Thursday, March 12, 2009

PERTEMUAN ENAM-MATA ABDULLAH-ANWAR DAN ULAMAK TAREKAT NASBANDIYAH

Kira-kira jam 4.30 pagi tadi (Rabu 11 Mac 2009) saya menerima lima pucuk SMS daripada seorang contact agent saya di Kuala Lumpur. Mesejnya adalah mengenai pertemuan enam-mata antara Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan seorang pemimpin tarekat Nasbandiyah daripada Sumatera bernama Sheikh Mahmud Majzub; di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor, pada tengahari Selasa 10 Mac 2009.

Terdapat beberapa fakta sulit terkandung dalam SMS berkenaan. Saya tidak akan siarkan fakta-fakta tersebut di sini. Tetapi, saya terasa kebas tangan dan kaki bila menjangka kemungkinan yang boleh terjadi.

Blog Tinta Merah milik sahabat saya, Mohd Sayuti Omar, memberikan liputan mengenai pertemuan berkenaan. Sila baca kisah selanjutnya di alamat ini: http://www.msomelayu.com/archives/author/admin

Sewaktu berada di UKM tengahari tadi, beberapa orang pelajar dan pensyarah bertanyakan kepada saya mengenai pertemuan berkenaan. Saya tidak dapat mengulas pertanyaan mereka kerana apa yang saya ketahui adalah sulit.

Pada 2.30 petang, saya pula memerima panggilan telefon daipada seorang penyair terkenal. Beliau mencadangkan saya membaca posting terbaru RPK dalam Malaysia Today dengan jodol 14 days is a long time in politics. Sila baca posting sepenuhnya di sini: http://mt.m2day.org/2008/content/view/19061/84/

Menjelang Maghrib tadi, seorang sahabat saya daripada Hulu Langat pula mengirimkan sepucuk SMS kepada saya. Mesejnya berbunyi begini: Pak Lah dan DSAI dengan Pak Kiyai Sheikh Mahmud bertemu di Madrasah Hulu Langat semalam. Ada perkara aneh nak terjadi. Agenda besar?

Kira-kira jam 9.00 malam ini pula seorang pembesar Malaysia mengirimkan SMS kepada saya untuk bertanya sama ada saya tahu apakah yang sebenarnya dirundingkan di Hulu Langat semalam.

Saya tahu apa yang terjadi semalam. Tetapi, apa yang saya ketahui adalah sulit. Saya tidak boleh siarkannya di sini kerana saya tidak mahu menyebarkan spekulasi liar. Biarpun begitu, izinkan saya akhiri posting ini dengan satu pertanyaan: APA DAH JADI KEPADA POLITIK MALAYSIA? – Ruhanie Ahmad

26 comments:

Pemuda Pelapis said...

Salam Dato',

Soalan: Apa dah jadi dengan politik Malaysia?

Jawapan: Masing-masing semuanya gila kuasa dan berlumba-lumba nak kumpul harta.

Kesimpulannya, lantak kau oranglah labu...

Akhir sekali, tunggu saja Allah SWT turunkan balaNya buat kita semua baru padan muka...

wira said...

YBhg Datuk Ron,

Saya kecewa perkara yang sedemikian berlaku kerana mereka yang berkenaan tidak langsung bijak dan menunjukkan pemikiran yang dangkal membiarkan media mengambil gambar dimana PM dengan ketua Pembangkang dengan seorang yang tidak dinamakan munkin bukan orang yang sepatutnya merayakan Mauludil Rasul kerana berpakaian bukan baju melayu yang lazimnya dipakai oleh orang islam melayu semasa majlis seperti ini.

Saya sungguh kecewa kerana orang kita langsung tidak terserlah kebijaksanaannya dan senang dipujuk dan digulagulakan.

Semuanya kerana kegairahan politik yang mempunyai kenikmatan jangka pendek yang sudah pasti membunuh diri sendiri.

zeme said...

Salam Datuk,

Apakah pertemuan ini adalah bibit-bibit ke arah pembentukan "Unity Government"?

Pak Lah pasti mempunyai sebab tertentu untuk mempertimbangkan cadangan yang pernah diutarakan oleh DS Abdul Hadi, rakan pakatan pembangkang DS Anwar yang jelas juga mendapat reaksi sokongan dan pandangan positif oleh mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh.

Dalam situasi kerungsingan kegawatan ekonomi, ketidakseimbangan sosial dan ketidakstabilan politik, setidak-tidaknya "Unity Government" bakal mencetus dan mencerna suatu impak kepada pembaikan serta perubahan urus tadbir antara gabungan pelbagai pihak ke arah penyatuan dan perpaduan sebagai asas kukuh pembentukan sesuatu kerajaan.

Politik itu sesuatu yang unik, kerana sebarang kemungkinan boleh menjadi munasabah meskipun pekara yang dinanti dan hampir pasti tidak semestinya dinikmati.

Wasalam.

Kapak Batu said...

ala nk buat kerajaan perpaduan !!, apa salahnya!!

al-brangi Online said...

Salam,

http://al-brangi.blogspot.com/2009/03/anwar-bertemu-pak-lah-tak-de-maknanya.html

Mika Angel-0 said...

Bagaimana dengan usul bajet mini 60billion ringgit yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Kuda Kepang?
Adakah ia akan mendapat sokongan?

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.

Sepertimana yang disiar dalam akhbar Sinar edisi Selangor menyebut pertemuan itu adalah sebagai kebetulan, elok sahaja kita terima.

Apa yang pastinya bahawa pertemuan itu adalah rancangan dari Allah swt. Tambahan pula ianya bersesuaian dengan sambutan Maulid Rasul saw dan tempatnya di tempat yang baik lagi dimuliakan Madeasah Nurul Iman. Mereka bersolat zohor bersama-sama.

Dalam majlis memperingati Rasullullah saw. dan disertai Ayahanda Sheikh Mahmud Al- Majzub dan alim ulamak adalah suatu majlis yang berkat. Bagi saya bahawa mereka adalah pemimpin-pemimpin negara sudah tentulah diantara bualan mereka adalah untuk keamanan negara dan kepentingan umat sejagat.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan perlindungan kepada mereka dengan iringan taufik dan hidayahnya.

Kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan eloklah bersangka baik kepada mereka yang dipilih Allah swt. sebagai pemimpin kita.

Tidakkah kita perasan bahawa kita ini sebenarnya jahil dan bertindak hanya dengan mengikut nafsu syaitan sahaja dengan membelakangkan kebenaran Allah swt.

Panglima Perang Cyber said...

Rasanya dia tariqat qadiriyah khalwatiyah.

Berdasarkan jawapan saya tanya kawan saya dari putrajaya.

Kalau berjumpa enam mata boleh mesra dan menyatukan hubungan antara sesama agama, apa salahnya.

Kecuali untuk berpakat membuat perkara memudaratkan agama bangsa negara maka tidak ada baiknya lagi.

Itu pendapat 3 sen sayalah Tuan !!

hasipin66 said...

salam datuk,
Allah Maha mengetahui segala-galanya.tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi,jika Pak Lah merasa terkilan kerja Tan sri MY telah mempercepatkan proses peralihan kuasa dari tarikh asal june 2009 kepada mac 2009,mungkin jugalah ada kaitannya dengan pertemuan DSAI dengan Pak Lah.

Yang kita tak tahu,barangkali akan ada lagi pertemuan mereka lebih sulit selepas ini.Rakyat malaysia tentulah mengharapkan proses peralihan kuasa ini dapat dilaksanakan tanpa masalah besar.

usabukata said...

dato ron,

ramai oreng kata kebetulan!
apa oreng-oreng ini baru beranak semalam ke?
mana ada kebetulan dalam kes dolah jumpa nuar ni. ini pelajaran politik 101.

kalu jumpa ular, dolah, nuar nak katok yang mana satu?

apa dah jadik dengan politik malaysia?

dah jadik politik katun.

Abuarif said...

Dua-dua tu faham Islam.Apabila berselisih antara kamu,kembalilah ke jalan ALLAH.Dua-dua dah terpesong jauh,dari sahabat jadi musoh(sebab dek politik kepartian).Dulu sama UMNO sekarang berpisah(dek politik kepartian).Dan nak maghrib eloklah bawak berdamai dan bersatu disaksikan Sheikh Mahmud(Tariqat Ismailiah).

Unknown said...

Salam Dato',

Pertemuan tersebut memang memberi tanda tanya yang besar kepada semua pemerhati politik. Tunggu dan lihat hasil dari pertemuan tersebut. Samada sesuatu drastik akan berlaku atau hanya cerita indah buat Pak Lah tidur lagi..

Seladang said...

Pertemuan 6 mata ini pernah berlaku masa zaman Dr. Mahathir (UMNO) dengan Ust Fadhil Noor dan Haji Yusof Rawa (PAS) dulu, kalau tak silap saya.

Tapi hasilnya Umno tetap menzalimi para pejuang Islam dan demokrasi di negara ini.

Harap-harap Pak Lah tidak mengikut jejak Mahathir! Tapi masa telah terlewat, Najib yang menjadi anak didik Dr. Mahathir akan menerajui Umno, bersiaplah para pejuangan Islam dan demokrasi di negara yang akan membentuk kekuasaan Undang-Undang sebuah Negara Polis!

LeeSlimShady said...

Dato, saya rasa AGENDA pentingnya adalah untuk mengantung najib dan menangguhkan perletakkan jawatan Pak Lah dari Perdana Menteri...


PASAL NAJIB DAH JADI BUDAK JAHAT...


LAPOR AKHBAR PERANCIS?

PELIK PEMUDA UMNO TAK NAK LAK BUAT LAPORAN POLISS BERHUBUNG PENDEDAHAN OLEH AKBAR PERANCIS TU PASAL NAJIB???


BETAPA PENGECUTNYA PEMUDA UMNO

nagagua said...

satu lagi lawak bodoh selepas lawak tong ikan .kah kah kah

ALAM said...

Yang bhg. Dato',
Adakah Dolah dan Anuar ini telah memasuki ajaran sesat kerana mengiktiraf ulamak yang telah diharamkan oleh Kerajaan Selangor seperti yang telah diwartakan. harap dato' dapat komen. bersama-sama disertaka warta tersebut untuk dato'.

NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor

Mika Angel-0 said...

(Now it is your copy: Terima Kasih, Kuda Kepang)


Greatest Memories
(african chills is an other cd)

Let me, allow me to thank you
thank you dato' thank you dato'
terima kasih pak kadir jasin
for such a lovely bla bla bla
as only you could pull it off

blase in french is again in eu
something is just not right
as american bernard madoff off to jail

- THE PONZI KING! fellow inmates
treat him nice as the lovely requiem:
A 'sorry and ashamed' Bernard Madoff pleads guilty
By LARRY NEUMEISTER and TOM HAYS,
Associated Press Writers –

NEW YORK – Saying he was "deeply sorry and ashamed," Bernard Madoff pleaded guilty Thursday to pulling off perhaps the biggest swindle in Wall Street history and was immediately led off to jail in handcuffs to the applause of his seething victims in the courtroom.

U.S. District Judge Denny Chin denied bail for Madoff, 70, and ordered him to jail, noting that he had the means to flee and an incentive to do so because of his age.

Madoff earlier spoke softly but firmly to the judge as he pleaded guilty to 11 charges in his first public comments about his crimes since the scandal broke in early December

too many knives that cut both ways
to many knaves that fall both ways
and what funny fellow creatures
comments posted and amusing
a tiger a cube in a blurr
snapshots and peace purring amokers

as a samurai would have it - extra!
sumimasen is a japanese wrestle
a barbie doll all hitched up jawa
as imaginative as only the soul
could profound to whisper a snare
to seek a command performance

what will it be that concedes
with a strenuous strikes strategic
shall it be the father and the son
hear his command! proceed!
and regards to tun che det cherished
his long campaign and style bestowed
let it be that abdullah chose anwar
- he waited for him
sapertimana riba itu zalim

and ke mana tumpahnya kuah!

greatest memories last very long
and how a man to his beginnings end
siapa yang tahu bersyukur beruntung


the battle has just begun, scribe
is tun dr mahathir up to it?
(check mate, scribe, and perhaps a rose
can tell us in how many moves)
there is nothing to be ashamed of
just regrets if you are not careful



terima kasih master scholar, mas
semua benda dan alat pakai!

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Pertamanya,walau apa sekalipun alasannya,Pak Lah sepatutnya tidak harus pergi ke Majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang DS Anwar.Ia sudah tentu akan timbul berbagai spekulasi negatif samada di kalangan rakyat mahupun ahli Umno.Bayangkan jika Majlis tersebut dihadiri oleh DS Najib dan DS Anwar tanpa menjemput Pak Lah dan DS Najib pula pergi tanpa restu PM.Apa pula reaksi Pak Lah.Dulu pun apabila TDM menjemput DS Najib,Pak Lah tidak merestui perjmpaan itu.

2. Sebagai ahli politik(dua Ketua)apabila bertemu secara tertutup 4/6 mata, adalah tidak masuk akal mereka tidak berbincang soal kepentingan politik peribadi masing2.Takkanlah nak bincang soal AF7 yang belum bermula.Takkan nak bincang Mini Bajet yang pada ketika itu belum dibentang.Takkan nak bincang soal agama dengan Tok Guru yang baru sahaja selesai memberi ceramah.Apa yang dibincang? "Lu fikirlah sendiri".

3. DS Najib semasa membentang Minit Bajet telah membuat tawaran kepada "mereka yang di sebelah sana" (pembangkang) supaya bekerjasama dengan Kerajaan bagi menagani krisis ekonomi.Namun DS Anwar telah menolak tawaran itu mentah2 atas alasannya DS Najib tidak ikhlas.Mungkinkah tawaran Pak Lah lebih menarik kepada DS Anwar dari tawaran DS Najib?Ini menimbulkan beribu persoalan dan memerlukan satu jawapan.

3. Dalam keadaan sekarang, walau pun tiggal hanya beberapa hari sahaja lagi bagi Pak Lah melepas jawatan tapi tarikhnya masih menjadi tandatanya.Oleh itu tindakan Pak Lah mengada pertemuan dengan manusia yang memang kemaruk untuk mendapat tahta PM sudah tentu menjadi persoalan yang amat besar.Jika kita masih ingat,bukan Pak Lah yang ingin melepaskan jawatan itu tapi ia kehendak rakyat dan Umno demi survivor negara.Jadi strategi ini mungkin satu cara Pak Lah untuk memanjangkan lagi tempoh tahta PM dan seterusnya membuka ruang kepada DS Anwar untuk merampas tampok kepimpinan negara itu."Lu fikirlah sendiri".

Orang Sabah said...

Salam Datuk,
Saya rasa eloklah pertemuan itu. Sesuatu yang positif. Sekarang ni terlalu banyak orang sembang mengenai TPM.

kijang said...

To manipulate and create speculation is basic skill of a politician !

shekh said...

Salam Datuk,

Untuk pengetahuan, sebuah blog parti pembangkang yang memperjuangkan politik islam telah mencaci menghina Sahabah Nabi Muhammad SAW. Blog penarik beca dengan link ruangan islam beliau telah menghina memfitnah Saidina Abu Bakar AsSiddiq RA dan Saidina Umar AlKhatab RA. Perbuatan sengaja menghina Allah dan Rasulullah SAW.

url : http://penarikbeca.blogspot.com/
http://www.google.com/reader/shared/user/17444068823680896118/state/com.google/broadcast

Sama-sama kita fikirkan dan saya berharap kerajaan Malaysia dapat mengambi tindakan tegas terhadap kegiatan dan perbuatan menyesatkan dan menghina Islam.

Terima kasih.

tajudin said...

Dato' KK, yang lain OK cuma saya baru pertama kali baca yang penjodoh bilangan bagi SMS itu ialah pucuk.

Z-MAY said...

datuk,
politi malaysia telah terjadi sebagimana yg kita tak ingin ianya terjadi...!

tawfik bin yaakub said...

salam dato,
saya tawfik

dato,dato sila komen pendapatn Tan Sri Rozali Ismail,Pengerusi SYABAS yang hampir RM 500,000 sebulan...rakyat di bawah mederita sengsara,tapi CEO GLC gaji hampir setengah juta

link www.cetusanmindamuda.blogspot.com

slyderrose said...

Sumber SMS Dato itu sahih ke?. Apa yg dibincangkan olih DSAI dan Pak Lah, adakah melibatkan sumber tersebut? Atau pun sumber Dato tersebut pun sarkap jarang aje?

Dewasa ini memang ramai rakyat marhean menolak Najib menerajui negara sebab kes Altantuya yg banyak menimbulkan persoalan dan tanda tanya yg tidak dijawab di mahkamah. Tidak perlulah saya huraikan di sini. Tetapi penyokong Najib membutakan hati dan mata mereka dari realiti ini. Mereka ini tidak dapat menilai dari sudut Islam dan moral pemimpin bagaimana yg harus disokong. Bagi mereka apa yg penting saham-saham, projek-projek dan perlaburan mereka. Mereka cuma memikirkan short term gains tanpa melihat jauh kehadapan dan keredhaan Allah SWT.

Bagi saya kalau pertemuan DSAI dan Pak Lah mampu membawa Malaysia ke tahap yg lebih baik, Alhamdullillah.

kudakepang said...

Slyderrose,

Ya Saudara. Sahih. Jarang sekali sumbernya meleset.

Salam takzim
Ruhanie Ahmad