Wednesday, March 18, 2009

UMNO PERLUKAN REFORMASI STRUKTURAL

Ruhanie Ahmad


Lapan hari lagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2009. Para perwakilan akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan menentukan nasib UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13. Tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Mohd. Ali Rustam belum pasti mendorong para perwakilan untuk memilih pemimpin mereka berdasarkan merit. Kesetiaan sesetengan perwakilan kepada seseorang calon pilihan mereka atas motivasi material sukar untuk dikikis dalam keadaan sekarang. Ini kerana sesetengah perwakilan telah bergolok bergadai di peringkat bahagian masing-masing untuk dipilih ke PAU supaya mereka berpeluang menjajakan undi mereka kepada pihak yang menawarkan ganjaran yang paling tinggi.

Saya pernah menjadi perwakilan ke PAU daripada 1984 hingga 2003 -- selama 19 tahun berturut-turut. Pada tahun 1992 saya diberi peluang oleh Perhubungan UMNO Johor untuk membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO. Tema ucapan saya adalah sindrom lupa sejarah atau historical amnesia syndrome. Saya huraikan, kalau orang UMNO ketika itu sudah tidak mahu melihat ke belakang untuk menjadikan sejarah perjuagan bangsa sebagai cermin dan iktibar kepada perilaku semasa masing-masing, saya bimbang UMNO ahirnya akan punah.

Lantas saya pun sarankan supaya proses pengukuhan perjuangan UMNO ketika itu dilakukan secara serius, komprehensif dan konsisten. Saya sarankan UMNO perlu mewujudkan satu blueprint perjuangan daripada atas ke bawah – daripada peringkat Majlis Tertinggi hinggalah ke cawangan. Ini untuk mengelakkan perjuangan UMNO jadi adhok dan bermusim mengikut citarasa dan matlamat yang bercelaru. Dalam ertikata lain, saya sarankan yang UMNO perlu diregimentasikan dengan norma, etika serta disiplin yang rigid, dengan pengisian perjuangan yang ikhlas dan dengan komitmen perjuangan yang luhur – ketepikan amalan cahketing, fitnah, pembunuhan karektor, cantas-mencantas, beri peluang kepada seluruh anak bangsa yang terpelajar untuk menyertai wadah perjuangan, jangan ada diskriminasi, jangan gadai parti kepada kapitalis yang memodali mereka untuk dapatkan jawatan dan seterusnya.

Sesudah itu, dalam beberapa tulisan saya untuk majalah dan akhbar (ketika itu belum ada blog) saya pernah sarankan supaya calon-calon UMNO untuk sesuatu pilihanraya ditentukan oleh satu jawatankuasa khas yang memantau dan memupuk potensi kepimpinan seseorang ahli UMNO sejak beliau menganggotai UMNO di peringkat cawangan. Saya buat saranan ini untuk mengelakkan perebutan jawatan di peringkat bahagian kerana selama ini wujud andaian bahawa sesiapa yang menduduki kerusi tertinggi di peringkat bahagian berpeluang besar menjadi calon pilihanraya. Tulisan saya hanya jadi bahan sindiran dan cacian. Ini kerana sudah berakar-umbi dalam pemikiran orang UMNO bahawa jawatan di bahagian adalah paspot untuk jadi wakil rakyat, exco, menteri, menteri besar, waimah perdana menteri.

Saya insaf saranan saya ada baik dan tidak baiknya. Baiknya, UMNO akan mengetengahkan tenaga yang pakar dalam bidang masing-masing sebagai calon pilihanraya. Tidak baiknya, saranan itu mungkin mengurangkan minat orang UMNO untuk memimpin bahagian. Saya hujah balik, kalau orang yang tidak berkemampuan dalam kepimpinan, tapi ada banyak lembu politik yang boleh diperah susunya waktu pemilihan kepimpinan, dan dia jadi ketua bahagian, orang macam ini kalau menang pilihanraya tentu akan cari duit lebih banyak untuk mempertahankan kedudukannya di peringkat bahagian atau lebih tinggi lagi.

Hujah saya terbukti benar. Suatu ketika ada pertandingan bahagian. Seorang daripada calonnya ditaja oleh seorang tauke pemilik kedai jual kereta terpakai. Tauke itu hinggakan sponsor calon berkenaan beli kambing untuk kenduri di masjid sewaktu calon itu berkempen. Seorang lagi calon ditaja oleh seorang tauke kilang batu bata. Kilang itu menyebabkan pencemaran udara di kawasan berkenaan. Tapi terus beroperasi atas perlindungan calon terbabit. Orang UMNO tidak fikir panjang. Calon-calon seperti itu disokong dan didukung. Mana mereka dapat duit untuk beli tidak menjadi masalah. Sama ada mereka ditaja oleh tauke khinzir atau tauke judi haram pun tidak ada sesiapa yang peduli. Pokoknya, waktu kempen mereka seronok berduyun-duyun, makan sana, jamu sini, macamlah UMNO akan selama-lamanya akan berkuasa.

Kisah saya di atas hanya secebis daripada banyak lagi kisah. Saya tulis kisah ini menjelang PAU kerana kalau-kalaulah dalam PAU kali ini ada perwakilan nak bahas ucapan Presiden dan mahu cadangkan reformasi, fikirkanlah satu reformasi yang strategik dan komprehensif. Ini kerana masalah politik wang yang diperkatakan selama ini hanya satu daipada masalah UMNO. Masalah ini pun bukannya strategik. Malasah ini adalah masalah sampingan yang wujud daripada beberapa kepincangan yang strategik dalam struktur UMNO yang sudah tidak relevan dengan zaman mutakhir ini.

Seperti kata Datuk Seri Ghaffur Salleh dan Datuk Nurjazlan Mohammed dalam program Hujah TV9 malam tadi, UMNO perlu mengkaji pelbagai masalah yang dihadapinya hari ini secara menyeluruh – secara strategik dan secara struktural. Prof. Madya Dr Mohammad Agus Yusoff yang menjadi moderatornya kelihatan tidak puas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Oleh itu, apa ruginya UMNO jika dihimpunkan seluruh bijak pandai Melayu untuk memerah minda mereka bersama-sama UMNO untuk mencari formula remormasi UMNO yang terbaik yang dinanti-nantikan oleh anak-anak merdeka yang kini menjauhi UMNO kerana mereka dapati UMNO tidak lagi secocok dengan jiwa mereka.

16 comments:

Jed Yoong said...

Selamat pagi, Datuk.

Saya rasa masalah utama UMNO, selain dari korupsi, adalah pemimpin2 dan ahli2 betul2 berbeza dari golongan rakyat Malaysia generasi saya, lahir akhir 70an.

UMNO dah jadi satu parti orang kaya2. Bagi orang biasa-biasa dari keluarga biasa-biasa, sebab dasar parti bukan meritokratik tapi bodek ataupun feudal/talian darah, saya berpendapat tidak hairan jika ramai orang2 muda biasa2 ini macam "different wavelength".

Sejak Merdeka, banyak faktor dah berubah, terutamanya pertukaran dasar negara dari "ketuanan British" ke "ketuanan Melayu".

Pada pendapat saya, UMNO mungkin dilihat sebagai parti yang masih bersifat "ketuanan British" walaupun slogannya ketuanan Melayu.

Jadi ramai orang muda lebih suka mencampur KeADILan atau PAS, jika Cina biasa DAP, sebab lebih orang biasa2.

Sekian.

burungjantan said...

Salam datuk,

Umno memerlukan pemimpin yang ada wawasan. Tak kisah wawasan itu jadi penyamun ke atau jadi ulamak ke. Itu sebenarnya yang semua orang nak ikut.

Masalahnya sekarang pemimpin itu tidak ada. Yang ada pemimpin minta dipimpin oleh orang bawahan. Sedangkan orang bawahan mana nak fikir, sebab mereka sendiri tidak memikirkan nak jadi pemimpin.

contoh pemimin ialah Lim Kiat Siang, Datuk Nik Aziz, Dato Onn Jaafar, Tun Dr Mahathir, Datuk Harun Idris, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dr Bahanuddin, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Misalnya kalau Datu Sri Anwar Ibrahim tidak ada, adakah PKR akan hidup. Pakatan Rakyat akan wujud?

Begitulah UMNO. Umno sekarang hidup kerana status guo.

Kedai Jam said...

kembalikan umno kepada zaman dimana jati bangsa menjadi perjuangan utama bukan seperti sekarang poket penuh yang diperjuangkan .... kalau tuan berpeluang berborak dengan golongan umno dikampung ... mereka sudah muak dengan pimpinan dibahagian ni .kerana semua perkara yang dibincangkan akhirnya akan mengjurus kepada projek.... akhir jalan semuanya berkaitan macam mana nak menang kontrak ... macam mana nak pasti syarikat aku memang undi kat pejabat daerah ... jadi betullah kata orang pimpinan umno sekarang ini dipenuhi oleh golongan kontraktor .... cuba tanya ada tak golongan ini yang mempunyai kilang sendiri yang bukan mengharapkan untuk supply kepada gomen tapi dipasarkan sendiri kepada consumer .... ???
umno perlu total reform

hlekir said...

Dato',

Kelihatan pada setiap program hujah TV9, tetamu akan diasak dengan soalan2 yg realistik, terus terang dan ilmiah. Moderator jelas membuat kajian, lebih2 lagi melalui blog. Mustahil orang berilmu seperti Prof Agus mudah dibuai emosi hasil tulisan bloggers. Justeru, ketara sekali pemimpin2 UMNO yg ditemubual kebanyakkannya tidak ada idea untuk membuat reforms terhadap parti. Yg terbaru, Datuk Jazlan. Beliau hanya kerap membuat kritikan yg keras, namun program hujah mlm tadi membuktikan beliau ketandusan idea. Persoalan spt double standard pemerintah spt yg diajukan moderator (mungkin maksudnya SPRM, PDRM, SPR dll) dan diakui persoalan besar oleh Jazlan, namun beliau jelas tidak ada idea dalam mengulas isu tersebut.
Dato',
Spt yg saya sebut di atas, moderator amat `down to earth' dalam memahami isu semasa. Semua fakta itu dikumpulkan dalam bentuk persoalan yang diajukan. Tapi apa respond tetamu? Di hujung jawapan, salah pembangkang. Kalau nak menyalahkan pembangkang, jangan menjadi ahli politik.

Dato,

1) Soalan saya, kenapa parti pembangkang di negara kita dilayan seperti parti haram?

2) Terhadap soalan2 moderator, mungkin dato dpt beri pendapat dari ilmu dan pengalaman dato sendiri pula. Cth, apa sebenarnya reforms yg umno perlu buat? Kenapa anak muda benci umno? Kenapa ada double standard dalam institusi penguatkuasaan dan kehakiman? dan pelbagai lagi yg diajukan oleh Prof dr Agus.

Azrin H said...

Askm,

Kenapa sukar sangat UMNO untuk berubah mengikut zaman. Saya lihat orang muda semakin menjauhkan diri dari UMNO. Namun kepimpinan UMNO seakan-akan tidak peduli. Sehingga sekarang setelah setahun PAU12 berlalu tiada satu tindakan pengukuhan yang dilakukan yang dapat dilihat oleh rakyat.
Semoga selepas pemilihan UMNo nanti akan lebih jelas aktiviti UMNO

Raison D'etre said...

Soalannya sekarang semestinya: Siapa yang akan melakukan reformasi tersebut sebab nampa caranya ahli (bukan semua mungkin) Umno seperti tak mahu berubah?

Mungkinkah budaya makan harta haram dah sebati menjadi darah dan daging?

Sampai bila Dtauk sendiri nak menjadi part and parcel budaya yang menjahamankan ummah?

Reform from within dah lama di war, war, tapi cuma tinggal kata kata sampai kini.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Biarkan habis dahulu PAU dan Presiden UMNO baru menjawat jawatan Perdana Menteri untuk UMNO bertindak bikin structural reform.
Parti yang diharamkan ROS itu tak berguna lagi untuk negara - elok sahaja ada MAGERAN.

Dan eloklah Lembaga Disiplin UMNO selepas PAU itu dirombak dan ahli lembaganya digantikan dengan mereka yang lebih berprinsip untuk menegakan keadilan dari mengambil hati pemimpin.

N11 said...

Datuk...

Pandangan datuk tu memang cukup bagus...tapi melihat dari sejarah2 dunia..bukan setakat pertubuhan malah dalam struktur negara sekalipun...apabila negara/pertubuhan itu hancur dek tangan2 sendiri...dimasa itulah nanti akan wujud struktur yang baru dan kuat...makna kata...umno ni kena hancur punah ranah dulu baru orng2 di dalamnya akan tersedar...setuju tak datuk ron...

usabukata said...

dato ron,

kalau setakat cakap retorik saya pun boleh cakap. hakikat sebenarnya ialah untuk menggerakkan serta membawa perubahan.
dah banyak kali juga saya komen bahawa selepas pru 12 pemimpin umno masih tidak sedar. masih dengan cara lama. masih tidak turun padang (secara konsisten). masih pentingkan tembolok sendiri.
saya asal dari johor sekarang menetap di selangor. sesekali balik kampung saya tak nampak pemimpin umno secara konsisten perihatin terhadap rakyat. di selangor pula saya perhatikan pemimpin umno satu bahagian (tempat saya tinggal) masih dengan cara lama. dikelilingi oleh mereka-mereka yang hanya pentingkan tembolok masing-masing.
tiada apa program atau aktiviti turun padang.
calon-calon yang bertanding boleh berhujah, bercakap dan berretorik sehingga lembu balik ke rumah tetapi selepas pemilihan dan perhimpunan masing-masing akan lupa semua itu baik yang menang atau yang tak menang.
contoh mereka taka akan berubah ialah selepas ali rustam diambil tindakan masih ramai penyokong yang kononnya nak merayu. apa makna semua ini. kalau dah salah tu terima saja. apa perlu merayu. apa asas untuk merayu. jangan kerana ada ruang untuk merayu maka merayu. benda benda ini semua rahsia yang diketahui. saya tak paham kenapa ramai pemimpin umno dari semua peringkat masih nak pertahankan benda-benda seperti ini.
harapan saya ialah antara perubahan yang patut dilakukan,
1. pemilihan terus oleh ahli diperingkat cawangan. mesti dilaksanakan dalam pemilihan seterusnya.
2. presiden dihadkan maksimum dua atau tiga penggal saja.
untuk pemilihan yang akan datang kita terpaksa terima calon presiden sebab tiada pertandingan.
untuk calon timbalan presiden nampaknya antara muhyiddin dengan mmuhammad taib. pandai-pandailah perwakilan buat pemilihan.
untuk 3 naib presiden saya harap perwakilan akan memilih rais yatim. dua lagi terpulang kepada perwakilan. tapi kena bijak jangan salah pilih.

usabukata

blogmaster said...

Dato Ron,
Barangkali inilah bahana demokrasi. Barangkali kesinambungan perjuangan bangsa Melayu perlukan kewujudan satu "organisasi belakang tabir" yang jujur dan mampu menggerakkan bangsa Melayu kehadapan untuk terus bersaing supaya 'melayu tidak hilang di dunia"

Kewujudan 'organisasi belakang tabir' dikatakan wujud dalam perjuangan bangsa lain di dunia dan ada yang berjaya "menguasai dunia" hari ini.

majoriti tidak semestinya betul dan berkualiti.

Si Tampok Manggis said...

Kalau ini Mainan Mereka, Apa lagi yang Hendak Kita Harapkan

Sepagi suntuk mengutip berita hangat yang dibincangkan di hampir seluruh media Malaysia.
" Jawatankuasa Displin UMNO halang Ali bertanding kerusi no 2"

'Lantak pi lah, itu parti UMNO yang memang dah nak karam' kata Tronge semasa minum di awal pagi.

Tapi bukan ke UMNO tu tunggak Barisan Nasional? Parti yang memerintah Malaysia hingga tamat penggal Parlimen kali ni, 2012 nanti. Presiden UMNO kebiasaannya akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden jadi Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri akan jad ahli-ahlii Kabinet Malaysia.

Jadi, 'Pergolakan dan perkembangan ni penting bagi semua rakyat Malaysia' kata Ng yang aku tau penyokong kuat DAP.

Kalau betul ada tangan yang tersembunyi di sebalik Jawatankuasa Displin UMNO, kesian melihat Y Bhg Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ahmad diperkuda pihak berkenaan. Simpati kepada ahli-ahli UMNO yang ingin melihat demokrasi hidup dalam parti mereka. Maknanya kalau ahli nak mendaki jawatan tertinggi parti jangan harap dapat kalau tak ada warlord kuat di belakang mereka. Kecilnya nilai sebuah negara bila pencaturan pimpinan negara di buat oleh seorang dua berpengaruh. Ahli UMNO yang berjuta jumlahnya cuma melihat hak mereka disamun di siang hari.

' Padan muka selama ni samun hak rakyat ' bebel Yek yang nampak nak cepat habiskan perbincangan pagi tadi.

Masalah yang lebih besar di hadapan kita ialah ke mana hala tuju negara kita selepas ini. Persolan poltik di tangani dengan rampasan kuasa, samun di siang hari dan halangan bertanding di saat akhir. Ini kah negara yang akan menjadi negara maju menjelang 2020. Bagaimana masyarakat luar melihat politik negara kita. Sebelum ini peminpin UMNO menafikan mereka menggunakan sistem, institusi dan jetera negara. Segala sistem dan institusi negara tercinta kita dijadi kan buah dam percaturan politik puak yang berkuasa. Kehakiman, MACC, Parlimen, Suhanjaya Pilihanraya, Polis malah Istana dijadikan alat semahu-mahunya. Waima SUK, Hakim, AG, KPN sampai ke pak guard di Parlimen pun di permain-mainkan. Bila terjadi diperingkat dalaman parti, nak nafikan jugak?

'Ahli-ahli UMNO, korang tengok ler dan kaji balik segala penafian yang di buat oleh pemimpin korang selama ni'.

'Kalau Presiden korang tiba-tiba nak driver atau bodyguardnya jadi Timbalan Perdana Menteri nanti korang toksah terkejut.

Nanti kata Najib kepada Mahyuddin ' Hang menang pun pasai aku disqualifykan Ali Rustam, lagi pun tak semestinya Timbalan Presiden UMNO dari Timbalan Perdana Menteri'

Sebelum tu pun Najib agaknya dah berkata ' Ku Din cuma halang hang dari bertanding Timbalan Presiden, kalau pecat keahlian, nanti aku kena lantik ahli UMNO lain pulak jadi Ketua Menteri Melaka.' kepada Ali Rustam yang dirundung malang.

Tak ker ahli UMNO atau ahli Perkida rasa tercabar dengan tindakan yang dibuat pemimpin korang. Tak terasa ker hak dan keahlian korang di pijak-pijak orang? Nak dok diam tengok jer ker? Aku tumpang bangga kalau korang dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan. Menghalang kemungkaran. Mengembalikan kebenaran. Selamat berjuang.

Ada satu lagi teori yang lebih menarik. Dengan perkembangan terbaru pemilihan UMNO, tiba-tiba YAB Perdana Menteri Abdullah nafikan peralihan kuasa yang dipersetujuinya dulu. MP UMNO yang sokong Ali Rustam buat undi menyokong kepinpinan Abdullah, MP Pakatan pun sokong sama.

" Anwar memulakan, Najib mengiyakan, Pak Lah sekadar meneruskan sahaja, lagi pun tak semestinya Presiden UMNO jadi Perdana Menteri" komen Ali Rustam sambil tersengeh. Hajatnya nak jadi Timbalan Perdana Menteri termakbul juga.

anak parit said...

Salam Dato',

Mampukah UMNO berubah kalau setakat dua-tiga kerat yang bersuara macam Dato' tapi dibelakang pulun sakan duit rasuah yang dikhinzirkan (pinjam istilah Dato'Kadir Jasin).
UMNO perlu ditransformasikan ke'islam'an Had-had hari mereka supaya ia kembali pulih akidah pengikutnya. UMNO tak mampu lagi tengelam dalam arus kebendaan semata .
Kepimpinan yang ada sekarang hanya menambahkan lagi kecacatan UMNO. Barisan pemimpin yang bakal dalam senarai mempunyai masalah yang tak pernah dijawab, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Rahim Thamby, KJ, Khir Toyo dan ramai lagi mempuyai palitan lumpur yang belum dibersihkan.
Mampukah mereka-mereka ini mendapat penghormatan dari majoriti ahli-ahli UMNO?

Hanya perwakilan yang mampu merobah barisan kepimpinan masa depan UMNO.

Fikirkanlah.....

Anak_Parit

mohd ali ismail said...

Dtk.Ron,
Sungguh pun saya bukan ahli politik dan tak pernah menjadi ahli mana2 parti politik sepanjang hayat saya saya mengikut perkembangan politik UMNO selama ini.Era Tengku Abdul Rahman,Tun Razak dan Tun Hussein Onn kebanyakan orang Mealayu termasuk saya sendiri melibatkan dari dengan perjuangan UMNO samada mereka tu ahli atau tidak dan bangga menyerapkan diri bahawa UMNO tu Melayu dan Melayu UMNO.Persepsi mulia pendekatan diri kapada UMNO dikalangan kebanyakan orang Melayu kiankini hapus disebabkan telatah orang dalam UMNO sendiri yang mabuk dan salahguna kuasa dan rasuah.Kebanyakan orang Melayu dan rakyat jelata dah hilang kepercayaan pada UMNO dan saya ingat pada PRU13 nanti UMNO/BN terkubur, jika sesuatu yang menyerlah dibuat,menyakinkan dan mengubah minda pengundi balik kapada UMNO/BN.

add said...

Kalau UMNO buka kepada warga pendidik. maka rasuah dalam UMNO akan slow la sikit tetapi aktiviti kearah membentuk nilai sosial akan tinggi dalam masyarakat bawahan, tetapi kalau maintain macam sekarang, siapa yang banyak duit serta jadi kontraktor, maka ketua akan terus dipuja selagi projek "masyuk". Bila projek dah kurang, maka pemimpin bawahan akan beralih kepada ketua pusat untuk menyempilkan diri demi projek dan bukan demi parti yang didokong. Itulah sebab UMNO makin lenyap dari orang muda.

pakbelalang said...

UMNO mesti adakan kemudahan riadah di Mukim-mukim atau kampong-kampong untuk anak-anak muda supaya jangan melepak berkeliaran disimpang jalan atau ditembuk-tembuk jalan.
Kumpulkan mereka membuat sesuatu yang berfaedah. Aturkan aktiviti sosial untuk mereka. Adakan persatuan sosial seperti kumpulan nasyid, kompang, ghazal, zapin, kuda kepang, bola sepak, sepak takraw, badminton, belajar buat kuih, tarian dll di taja oleh UMNO.
Buat aktiviti gotong royong bersehkan parit atau kubur. Adakan lawatan rombongan pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di negeri lain. Umpamanya Bahagian Muar buat rombongan pergi melawat Trengganu misalnya.Ada anak-anak muda dikampong yang tidak pernah menjejak kaki ke negeri lain. Mereka kalau sesekali dikumpulkan mesti gembira dapat mejelajah ke tempat lain, keluar dari kampong mereka.
Di Mukim-mukim buat community hall seperti Dewan sekolah dimana boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sosial seperti meraikan perkahwinan. Adakan "sports carnival" setahun sekali atau family day.
Peringkat Bahagian UMNO patut edarkan buletin bulanan untuk menyampaikan aktiviti sosial yang berlaku di Bahagian masing-masing supaya anak-anak muda tahu apa yang berlaku dalam UMNO di Bahagian-bahagian masing-masing. Get these youngsters "connected" to UMNO.Jangan cerita pasal politik je.

MARI BERSATU said...

hapuskan sistem quota, sistem quota tidak demokrasi, menyekat orang dari bertanding, tidak fair, tidak jujur. Buka peluang sesiapa saja boleh bertanding asalkan ada 1pencalon dan syarat hendaklah menjadi ahli UMNO. Yang jadi rosak ialah sistem quota, bila nak bertanding kena ada pencalonan, bila nak pencalonan kena sogok, siapa sogok lebih dia akan dapat banyak pencalonan...so main duit la apalagi...

Ini bermakna sifat kepimpinan untuk membawa UMNO kehadapan sudah tidak ada kerana yang dipilih bukan orang yang positif tapi otak negatif kerana SOGOK...SOGOK adalah RASUAH...RASUAH adalah HARAM...kalau dah menang dengan cara haram...macam-mana kedudukan dan tindakan akan diberkati...itu kalau nak cerita pasal halal haram la.

contoh ada satu ketua pemuda di satu bahagian di kelantan...beliau sekolah lulus SPM GRED 3, SRP AGREGATE 30, setiap kali peralihan tahun beliau hanya mampu duduk belajar di kelas C ke atas (c, d, e, f) jadi bayangan bagaimana otak si mamat ni. Namanya berpangkal J, bila ada pertandingan di bahagian...beliau merupakan jiran kepada calon ketua bahagian lalu beliau masuk dalam kelompok calon ketua bahagian...beliau dikatakan menyogok orang yang kira undi yang mana akhirnya beliau diummkan menang ketua pemuda bahagian....

aL KISAH NYA...apabila beliau diminta berucap...nampak sangat bahawa otak dia 0, PENGAJARAN dari kisah ini ialah : APAKAH ORANG SEPERTI INI mempunyai konsep dan wawasan apa untuk diaplikasikan kepada ahli umno di bawah pimpinannya. Gagasan apa yang mampu beliau bawa dalam membangunkan masyarakat kampung dalam rangka membebaskan KELANTAN dari PAS...paradigma jenis apa yang mampu beliau canangkan dalam rangka menghidupkan kembali industri desa di kawasannya yang telah rebah....MAKANYA sistem quota kena hapus....sekian dulu, maaf kalau ada yang tidak berkenan