Saturday, March 21, 2009

LIMBANG: BUKTI KECUAIAN AKTOR UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA?

Ruhanie Ahmad

Aktor utama hubungan dan dasar luar sesebuah negara perlu pintar, articulate, berani dan proaktif. Contohnya adalah Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tunku Abdul Rahman membebaskan Malaysia daripada dominasi ketenteraan Barat. Beliau mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui Anglo-Malayan Defense Agreement (AMDA) semata-mata untuk melindungi negara ini daripada ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Tetapi, Tunku Abdul Rahman enggan menyertai pakatan ketenteraan multilateral South East Asian Treaty Organisation (SEATO) yang dianggotai oleh AS, Britain, Australia dan beberapa negara Asia. Ini kerana Tunku Abdul Rahman tidak redha AS memanipulasikan Malaysia di era Perang Dingin.

Tun Razak memperkenalkan konsep ZOPFAN supaya Malaysia dan ASEAN terbebas daripada dominasi ketenteraan asing di era Perang Vietnam dan Perang Dingin. Tun Razak juga menerokai hubungan diplomatik Malaysia-China sesudah China tidak lagi bersekutu dengan Russia tetapi berbaik-baik dengan AS. Tun Razak bertindak demikian untuk memelihara keselamatan dan survival Malaysia.

Tun Hussein pula berhempas-pulas mengimbangi kemaraan Russia yang bersengketa dengan China sewaktu Perang Vietnam. Beliau membantah penglibatan Russia di Vietnam dan membangkang China membantu Vietnam. Sesudah itu Tun Hussein melawat Beijing dan Moscow untuk menyejukkan hati kedua-dua negara besar berkenaan. Tun Hussein bertindak begitu untuk memelihara neutrality dan keseimbangan dasar dan hubungan luar Malaysia-China, Malaysia-Russia dan Malaysia-AS.

Tun Mahathir pun bijak menangani masalah hubungan dan dasar luar Malaysia. Beliau bersikap proaktif untuk berbaik-baik dengan negara membangun dan miskin menerusi kerjasama Selatan-Selatan bagi menyekat penindasan Barat ke atas Dunia Ketiga. Tun Mahathir juga berani dan tegas terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) yang cuba mengheret Malaysia menyertai pakatan ketenteraan internasional untuk menyerang Afghanistan dan Iraq menerusi Perang Anti Keganasan Global. Beliau juga berani menempelak Britain sewaktu negara itu melayani Malaysia sebagai tanah jajahannya.

Tetapi, mengapakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menjadi Menjadi Menteri Luar seolah-olah sambil lewa dengan soal-soal diplomasi dan diplomatik? Terbaru sekali adalah mengenai isu Limbang. Mengapakah terkeluar kenyataan beliau bahawa isu Malaysia-Brunei mengenai Limbang sudah selesai? Dan, setelah kenyataan beliau dinafikan oleh pihak Brunei, mengapakah hari ini beliau buat cerita lain mengenainya?

Tidakkah sikap aktor utama dasar luar seperti ini menyebabkan kredibiliti Malaysia tejejas? Mengapakah jadi begini? Adakah ini akibat salah nasihat oleh Wisma Putra atau akibat kesilapan Datuk Seri Abdullah sendiri?

Brunei Gugur Limbang

BANDAR SERI BENGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih.

Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini.

“Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah kerana Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang dan dengan ini Limbang akan menjadi sebahagian dari wilayah kita.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Brunei Denies Limbang Story

Bandar Seri Begawan - YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awg Lim Jock Seng, Minister of Foreign Affairs and Trade II, yesterday said claims on Limbang were never discussed during Monday's deliberations between Brunei and Malaysia.

He was responding to YB Dato Paduka Hj Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin's query on the contents of the "Letter of Exchange" signed between Brunei and Malaysia, which also touched on Brunei's claims over Limbang.

http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Mar09/18/nite01.htm

Isu Limbang Boleh Selesai

CYBERJAYA 20 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya kedudukan Limbang yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Brunei akan selesai apabila kerja-kerja penandaan sempadan kedua-dua negara secara kekal dan tepat dilaksanakan.

Serentak itu, Perdana Menteri meminta semua pihak tidak membuat andaian mengenai status wilayah itu setelah Kuala Lumpur dan Bandar Seri Bengawan menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih Isnin lalu.

‘‘Apa yang diputuskan ialah kita telah menandatangani perjanjian itu yang memberi kesempatan untuk membuat tanda-tanda sempadan yang tepat antara Malaysia dan Brunei. Apabila kerja-kerja menanda sempadan secara kekal yang telah dipersetujui, (maka) selepas itu tidak ada masalah (lagi) yang timbul berkaitan mana-mana tempat antara Malaysia dan Brunei yang menjadi pertikaian atau tidak dapat diselesaikan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

42 comments:

wira said...

Salam hormat Datuk Ron,

Jelas sudah kita kini perlukan seorang pemimpin yang penuh berwibawa dan bertanggungjawab yang tidak akan membuat kenyataan bodoh seperti ini.

Sepanjang pengamatan saya tidak ada seorang pemimpin yang lalu membuat kenyataan yang menjatuhkan maruahnya sendiri terutamanya diarena antarabangsa.

Kita tidak ada ruang untuk cuai. Kecuaian bermakna kita rugi dan saya kecewa hingga kini orang orang kita saja yang rugi kalau kita mengimbau semasa mendapatkan kemerdekaan lagi.

Wahai kawan-kawan ku insaflah dan pilihlah pemimpin yang jelas tidak mementingkan diri mereka sendiri dan bijak berfikir serta beriman.

Anonymous said...

Saudara Ron,

Masaalah tuntutan bertindih(overlapping claim),tuntutan sempadan (territorial claim)merupakan masaalah yang cukup rumit dan mengambil masa yang amat panjang untuk diselesaikan.

Sebagai contoh lihat pada tuntutan bertindih dikepuluan Spratly yang melibatkan Malaysia,Philipina,Cina,Taiwan dan Vietnam hingga sekarang masih bergolak dan tidak dapat diselesaikan

Begitu juga tuntutan Philipina terhadap Sabah masih lagi bergema,saya amat hairan bagaimana dengan sekelip mata PM Abdullah Badawi dengan mudah boleh umumkan Brunei telah menggugurkan tuntutan terhadap LIMBANG.

Siapa sebenarnya yang silap ? Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Brunei atau Pak Lah tersilap dengar.

NOTA:Mohon layari http://undimejaranuar.blogspot.com ada berita menarik seorang calon BEBAS yang akan bertanding diDUN BUKIT SELAMBAU,MOHON BERI SOKONGAN

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Kosong - Nul - Zero!
(itulah nilai islam hadhari abdullah ahmad badawi)

Saya tidak akan menyuarakan yang buruk berlebih-lebih, Kuda Kepang.

Mika Angel-0 said...

Perjuangan Belum Selesai
(peringatan nasib mulia si-bani adam)

Mahathir Belum Putuskan Hadir Atau Tidak Perhimpunan Umno

PETALING JAYA, 20 Mac (Bernama) -- Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno minggu depan sebagai pemerhati tetapi belum memutuskan sama ada akan hadir atau tidak.

"Ya, saya dijemput sebagai bukan ahli Umno. Saya dijemput sebagai pemerhati. Tetapi saya belum memutuskan lagi (sama ada akan hadir atau tidak)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Maktab Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) di Petaling Jaya hari ini.

Perasmian Wisma SAHOCA disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai semula Umno kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden, Dr Mahathir berkata: "Saya mahu lihat dulu (kerana) beliau belum mengundurkan diri lagi."

Bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya keluar Umno pada 19 Mei tahun lalu atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Ditanya pandangannya mengenai pentingnya Perhimpunan Pribumi Perkasa yang akan berlangsung di sini Ahad ini, Dr Mahathir berkata: "Orang Melayu berada dalam kecemasan. (Mereka) dalam keadaan yang sangat keritikal. Mereka bimbang mengenai masa depan mereka.

"Perhimpunan ini untuk memperingati orang Melayu tentang kedudukan mereka, betapa mereka perlu hapuskan amalan yang boleh merosakkan orang Melayu.

"Ini bukan perhimpunan Umno. Ia (Perhimpunan) Melayu (Pribumi) Perkasa."

Menurutnya selama 50 tahun orang Melayu mentadbir negara, tidak timbul masalah kerana ia bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu tetapi pada masa yang sama turut menjaga kepentingan orang lain.


kepada allah berserah

pakbelalang said...

Pak Lah memang tidak bijak sebagai pemimpin.

Nasib baik ada KJ, menantunya yang lebih "cerdik" dari bapa mertuanya membantunya melalui kroni-kroni di tingkat 4.

Tapi malangnya Pak Lah tidak dapat menilai atau "digest" idea yang "sophisticated" dari menantunya.

Semua idea menantunya di terima pakai bulat-bulat kerana difikirkan menantunya seorang intellectual yang bertaraf "WORLD".

Dia main hentam keromo je dan terima apa saja menantunya kata. Akhirnya timbul persepsi mengatakan KJ yang sebenarnya "control" Pak Lah dalam membuat sesuatu keputusan dasar kerajaan.

Pak Lah apabila membuat sesuatu tindakan atau keputusan tidak teliti.Kurang membaca dan tidak mempunyai "analytical mind" yang tajam. Dia bersikap sambil lewa dalam membuat sesuatu kenyataan dasar kerajaan.Itu sebab banyak dasar kerajaan yang diputuskan menjadi "flip flop".

Inilah fakta sebenar yang akhirnya rakyat mempersoalkan kewibawaan Pak Lah sebagai Perdana Menteri yang bijak.

Sebenarnya memang pada awalnya saya memang berpandangan bahawa Pak Lah tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana saya tahu "intellectual capacity" Pak Lah adalah jauh berbeza seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Perdana Menteri yang terdahulu terutamanya Tun Mahathir.

Benchmark untuk menjadi seorang Perdana Menteri mestilah tinggi. Pak Lah tidak sampai ketahap benchmark yang diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri yang berkesan.

Sekarang telah jelas bahawa Pak Lah telah tidak berjaya sebagai Perdana Menteri dan memang patut dia berundur diri secepat mungkin supaya pemimpin baru dapat "move forward" untuk memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku di dalam parti UMNO dan juga kerajaan.

Pak Lah dah jadi "deadwood" dan "lame duck" Perdana Menteri.
Tidak ada gunanya lagi Pak Lah bercita-cita untuk terus hendak berpaut kepada jawatan Perdana Menteri.

Angin untuk perubahan sudah bermula dengan kencangnya untuk UMNO bertukar haluan menerusi pimpinan yang baru, yang boleh menaikan semula image baru UMNO yang telah tercalar teruk disebabkan kepimpinan yang terlalu lemah, supaya dapat diterima semula oleh bangsa Melayu dengan rela hati yang terbuka.
Insya'allah.

Hidup UMNO dulu, kini dan selamanya .....sampai ke anak cucu !!

Seladang said...

Dato Ron yang dihrumati!

Sekarang mana dia Pemuda Umno yang amat prihatin dengan Melayu dan negara itu? Pulau Batu Putih sudah berputih mata! Kini menunggu Limbang untuk menerima ditimbang!

odeen said...

DASAR LUAR MALASIA SEKARANG NIE MAMANG TIDAK MEMBERANGSANGKAN LEBIH-LEBIH SELEPAS KALAH KE ATAS TUNTUTAN ISU BATU PUTIH....SEBAGAI RAKYAT SARAWAK KITA BIMBANG JIKA KITA TEWAS LAGI SEPERTI ISU TUNTUTAN BATU PUTIH YANG AKHIRNYA KITA PUTIH MATA. MENTERI LUAR KITA PADA MASA ITU(TUNTUTAN BATU PUTIH) SANGAT YAKIN AKAN MENANG DENGAN MENGATAKAN BAHAWA KITA ADA BUKTI KUKUH UNTUK MENANG. TERNYATA ITU HANYALAH CAKAP KOSONG YANG HANYA UNTUK MENYEDAPKAN HATI RAKYAT MALAYSIA.
SEBENARNYA BRUNEI MENUNTUT LIMBANG ADALAH KERANA TANAH LIMBANG KAYA DENGAN MINYAK. LEBIH-LEBIH LAGI BEBERAPA TAHUN YANG LEPAS PENEMUAN TERBARU MINYAK DI LUAR PANTAI LIMBANG YANG BERSEMPADAN DENGAN BRUNEI. MINYAK BRUNEI KINI SEMAKIN BERKURANGAN DAN DIJANGKA BRUNEI AKAN KEHILANGAN HASIL MINYAK UNTUK BEBERAPA TAHUN LAGI. OLEH ITU BRUNEI PERLU MENCARI PUNCA/SUMBER MINYAK BARU. EKONOMI BRUNEI ADALAH BERGANTUNG SEPENUHNYA DENGAN HASIL MINYAK. JIKA TIADA MINYAK BRUNEI AKAN JADI NEGARA MISKIN.

Jiwa Merdeka said...

Aktor utama itu siapa? Saya kira tentu termasuk Menteri Luar Negeri.

Dalam beberapa tahun terakhir, menteri luar kita ialah menteri kanan yang "hebat".

Tapi apa mereka buat?

Udo Majau said...

Sememang Abdullah tidak membuat kerja hanya mengharapkan org menyudukan mulut beliau. Saya tertanya tanya semasa DrM jadi PM lenakah beliau tidur malam apabila melihat cara beliau bekerja, tetapi Abdullah saya rasa tidur malam amat lena dan mungkin juga beliau lebih banyak tidur dari memikirkan masalah negara, sehinggakan terbawa bawa ke majlis resmi. Sesungguhnya Abdullah hanya layak jadi pesara biasa seperti gurubesar sekolah.

pakbelalang said...

Shahrir said "In the case of Mohd Ali, the reaction to the decision to bar him from contesting the post can't be avoided as he is popular with the grassroots," he said.

comment:
I am rather doubtful whether he is really popular with the grassroots. Of course you will be popular if you could afford to "feed them".

Semuanya wangi dan tak ada yang busuk. Kalau Ali kentut 100 kali sebelah kita pun, mesti bau wangi juga !! Gitulah lumrah alam bila kita dah termakan budi. kah,kah,kah !

Serupa juga macam orang bercinta. Semuanya wangi dan harum. Apabila dah kahwin baru tahu tembelang masing-masing !!

Sebenarnya Ali patut cermin dirinya sendiri setakat mana kemampuannya untuk memikul tanggong jawab sebagai Timbalan Presiden.

Untuk menjadi seorang Timbalan Presiden memerlukan KPI atau benchmark yang tinggi dan melebehi dari jawatan lain.

Umum tahu latar belakang Ali. Tahap kebijasanaan dan pengatahuannya tidaklah begitu menyerlah. TIDAK WORLD !!

Maka mengapalah dia beria sangat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Berdasarkan populariti sahaja tanpa "intellectual capacity" yang outstanding tidak memadai untuk memegang jawatan Timbalan Presiden. Dia akan hanya jadi "passenger" sahaja tanpa dapat membuat sumbangan yang berkesan untuk menolong Presiden formulate dasar-dasar parti yang dinamik.

Kesimpulannya, it is a blessing he is now being barred from contesting or else I just cannot imagine how he is going to project himself as a Timbalan Presiden in order to get the respect from the rest of Majlis Tertinggi members who some of them are seen to be more polished and experienced than him.

This is my sincere comment made without any malice. It also applies to Mat Taib.

pakbelalang said...

Najib jangan sekali-kali memilih pemimpin yang telah nyata terlibat dalam politik wang diberi peluang memegang jawatan apa-apa pun dalam kabinet mahupun dalam agency kerajaan. Jangan nanti rakyat akan "cap" team Najib sebagai "TEAM PERASUAH NO. 1". Maka jika ini berlaku Najib boleh diberi gelaran "Bapak Melayu Terakhir" bertanggong jawab mengorbankan UMNO.

Najib has got no choice but to exclude all the known "UMNO rascals" from being appointed as cabinet ministers and other govvernment agencies. One guy for sure is Khairy Jamalludin. Another one is unfortunately his strong supporter Jamaluddin Jarjis. And of course, Mike Tyson, Khir Toyo,Ali Rustam, Isa Samad, Rahim Thamby Cik. Mereka ini semua dah kaya raya. Dari mana hasil mereka dapat menjadi kaya raya kalaulah tak kerana salah guna kuasa. We are not blind, deaf and dumb !!

We must frustrate these "rascals" and put them in the cold storage. They are not worth a sen as far as memperjuangkan bangsa is concerned.

pakbelalang said...

Be Cautious, Hishammuddin Tells Would Be Youth Chief

KUALA LUMPUR, March 20 (Bernama) -- Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Hussein has advised his would be successor to be cautious when making decisions to ensure that the movement would not be derailed from its struggle.

He said it would not be easy to lead a movement made of members, who were full of idealism.


comment:

Don't worry Hisham. If the delegates choose the right candidates who are not corrupted and seen to be not corrupted then everything will be in the right track for the movement.

But if the delegates themselves are corrupted or seen to be corrupted then of course the movement will be haprak and HP6 by also having corrupted leaders to lead the movement.

My choice is Mukhriz as the new Ketua Pemuda and Razali Ibrahim as the Deputy, period. Make no mistake about it. That is the right choice for those delegates who are not corrupted.

pakbelalang said...

Unhappy with Anwar’s choice of greenhorn

KUALA LUMPUR: There is opposition to PKR’s choice of a political novice S. Manikumar to contest in the Bukit Selambau by-election.

Groups such as Makkal Sakthi as well as PKR Indian leaders expressed their disappointment to Datuk Seri Anwar Ibrahim immediately after he announced Manikumar’s candidacy in Sungai Petani yesterday.

Makkal Sakthi coordinator R. Kannan said they were disappointed as several names proposed by Hindu Rights Action Force (Hindraf) had not been considered.

komen:

Rupanya HINDRAF yang diharamkan kerajaan berlidung dibawah ketiak Anwar Ibrahim untuk memperjuangkan gerakan mereka.

Memang sahlah bahawa PKR ini telah dijadikan sebagai "lembu" oleh pihak tertentu seperti NGO-NGO yang anti kerajaan dan juga Hindraf untuk memperjuangkan agenda mereka masing-masing.

Setakat mana mereka akan berjaya memperkudakan PKR kita lihatlah nanti apabila pemimpin UMNO yang baru dibawah pimpinan Najib, Mahyuddin, Afdal, Rais, Hisham serta Mukriz membuat strategy untuk menangani dakyah mereka yang licik.

pakbelalang said...

GERAK Submits Documents To MACC On Ex-Minister's Alleged Graft

SHAH ALAM, March 20 (Bernama) -- Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK), a non-governmental organisation crusading against corruption, today submitted various documents alleging corruption on the part of an ex-minister to the Malaysian Anti-Corruption Agency's Selangor headquarters here.

comment:

Who is the ex-minister?

The truth will prevail.Charge this person if really there is full evidence to prove that this person is involved in corruption.

If there is no truth in the allegation then this GERAK is just haprak and HP6 NGO making itself like stupid fool or being used by certain people for their vested interest.

Jangan aniayakan orang jika tidak ada kebenaran yang kukuh. Salah dari segi moral dan hukum. Satu perbuatan fitnah dan mengaibkan seluruh keluarga orang yang tak bersalah.

Tak ada bukti kukuh jangan buat laporan semata-mata dengan tujuan hendak memalukan peribadi orang. BERDOSA !!

pakbelalang said...

Those who oppose the use of English in Science and Mathematics are those who fail to use simple logic.

After much explanation being put forward the rationale of using
Science and Mathematics in English, some of them are still adamant
not wanting to acknowledge the benefits that can be derived from it.
What a pity! I think they are introvert and nuts.

PARPUKARI said...

SALAM DATO, SUDILAH SEKIRANYA DATO MEMBACA ISU TERBARU DI BLOG SAYA DAN SAYA JUGA TELAH MENDAFTAR DAN SEKARANG SAYA JUGA ADALAH AHLI PRIBUMI PERKASA NEGARA..

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/fitnah-atau-kenyataan.html

mohd ali ismail said...

Ron,
Kebanyakan tokoh2 politik dalam UMNO la ni seronok dan pandai berpidato aje tapi kosong.PRK di Perak dan diTerenganu kalah teruk dibuatnya.Sedikit Cerdik pandai yang ada sibuk mengisi kantung mereka.Apa yang mereka buat tidak mendatangkan hasil untuk rakyat masakini.Rakyat kian bosan,jadi jelaslah mereka2 ini terpaksa ditolak bulat2 dan di gantikan dengan darah baru dan idea baru yang bolih merangsang ekonomi yang merusut dan membantu menaikan taraf image Malaysia yang kian luntur,kabur.

pakbelalang said...

KJ mesti tarik diri nak jadi Ketua Pemuda UMNO.

Kalaulah dia menang juga jadi Ketua Pemuda setelah didapati bersalah main politik wang, saya tak tahu lagi apa nak cakap melainkan perwakilan dah jadi "buta,pekak dan bisu".

Keputusan Lembaga Disiplin memang pelik. Ali dan KJ didapati bersalah mengikut peruntukan tata etika yang sama tapi satu dilarang bertanding dan satu boleh bertanding.

Agaknya ahli-ahli Lembaga Displin mungkin DAH NYANYUK tak !!!

Ali telah membuat rayuan. Apa guna nak buat rayuan.Dia dah main "politik wang" dan didapati bersalah. Ahli-ahli UMNO tidak boleh menyokong pemimpin yang dah tak ada moral.
Memalukan dan menjijikan.

pakbelalang said...

Brunei: Limbang claim not discussed



comment:

What is all this controversy , Pak Lah? Are you talking the truth?
It looks like Pak Lah did not read or understand the contents of LoE.
What a shame !!

If you want to take credit over the dropping of the claims on Limbang by Brunei before you leave office, you must ensure that it is really officially dropped. Now Brunei is officially denying that it has dropped the claim. Now which is which now?

Rais has got to clarify this matter. Pak Lah is just hopeless !!

pakbelalang said...

Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Melaka patut pecat Ali Rustam kerana didapati bersalah. Mengapa kita harus berpaut dan besubahat dengan pemimpin yang rasuah. Apa hukumnya?

Memalukan dan menjijikan dapat pemimpin yang rasuah.

Pemimpin yang rasuah bila berkuasa akan gunakan kroni-kroninya jadi macam kerbau dan lembu di ikat di hidung mereka dan di tonggang oleh pemimpin perasuah ini hinggalah sampai masa apabila lembu dan kerbau ini didapati sudah tidak guna lagi.

pakbelalang said...

ADAKAH MAT TAIB LAYAK JADI TIMBALN PRESIDEN?

Kita mesti berfikiran waras kerana Allah memberi kita akal yang terbaik sekali dikalangan makhluknya. Gunakan akal kita sebaik-baiknya. Kita janganlah jadikan akal kita "buta, pekak dan tuli".

Mat Taib tidak layak jadi Timbalan Presiden. Terimalah hakikat ini.Dari segi moralnya Mat Taib bukan pemimpin yang baik. Sejarah kepimpinannya banyak memberikan kita gambaran peribadinya yang tidak mencerminkan seorang pemimpin yang bermoral tinggi.

Tahap pemikiran Mat Taib tidaklah kemana. Jawatan Timbalan Presiden memerlukan personaliti pemimpin yang bertaraf GLOKAL untuk membawa rakyat ke tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kepada perwakilan yang telah diberi keistimewaan untuk mengundi calon pemimpin tertinggi UMNO saya ingin merayu dengan seikhlasnya supaya jangan diperjudikan masa depan UMNO dengan memilih pemimpin yang haprak dan HP6.

Fikirkan lah.

pakbelalang said...

Sah. Tun Mahathir telah membuat kenyataan terbuka menyokong Najib dan Mahyuddin.

Saya rasa ini adalah sokongan seikhlas-ikhlasnya dari ayahanda negarawan kita Tun Mahathir bin Mohamad.

Adalah diharapkan bahawa perwakilan dapat merealisasikan kehendak Tun Mahathir.

Inilah harapan terakhir bagi UMNO untuk dipulih semula martabat parti UMNO supaya rakyat kembali menyokong parti keramat UMNO demi untuk kesejahteraan orang Melayu masa depan.

Kita tidak ada pilihan lagi. Perjuangan mesti diteruskan tanpa ada kepentingan diri.

Cukuplah dengan gejala rasuah yang telah merosakkan bukan sahaja credibility pemimpin atasan UMNO tapi semua lapisan pemimpin UMNO dari peringkat cawangan hingga ke Majlis Tertinggi.

Tidak kah kita ada perasaan malu dan jijik melihat pemimpin UMNO melakukan rasuah?

Unknown said...

Salam datuk,

Bukan saja isu Limbang, kita sebenarnya telah hilang Singapura, Batu Puteh, dan etc sebab kelemahan pemimpin negara.

www.duniacacamarba.blogspot.com

pakbelalang said...

I quote Tun M statement:

"Asked on his choice for the Umno deputy president's post, Dr Mahathir said, it would be Tan Sri Muhyiddin Yassin, the International Trade and Industry Minister.

"I think what is left is somebody who is... well, could not read English and therefore he did something wrong in Australia. So my choice is Muhyiddin," he said."


comment:

May I add, what is left now is a "so-called leader" Mat Taib who is a deadwood, haprak and HP6.

He is not a leader but a "penyangak dan penipu besor".

Kalaulah dia menang jadi Timbalan Presiden maka perwakilan yang memilihnya bolehlah dianggap sebagai yang paling "DAJAL" sekali didunia. Perwakilan dah bodoh stupid !!!

Berkaitan dengan Zaid menghantar surat kepada Agong supaya jangan melantik Najib sebagai Perdana Menteri saya rasa he is the greatest fool on earth. What a stupid lawyer he is! What is his motive trying to derail Najib from becoming Prime Minister? Somebody must be behind the scene asking him to act on their behalf for their vested interest. Very disgusting, indeed !!

Cukuplah !! You have everything in life, Zaid. Allah has blessed you with all the comfort. What more you want? If not because of your status as "umnoputra" I don't think you would be a succesful filthy rich lawyer now. Setakat loyar haprak and HP6 je lah. Bersyukurlah, Zaid !!!

pakbelalang said...

RM10 Billion For Cleaning Up Sungai Klang

SHAH ALAM, March 16 (Bernama) -- The Selangor state government has allocated RM10bil to clean and rehabilitate Sungai Klang aimed at spurring economic growth via housing and tourism projects.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said Sungai Klang would be developed as an alternative public transportation system.

He said the project cost allocated under the state's economic stimulus package involves the removal of toxic waste and sediments from the river bed stretching some 120km.

"First to be implemented are projects at the estuary and upstream, slated for completion in two years. When fully completed, the river's reserve areas are expected to attract investments of RM5bil," he told reporters at the state assembly lobby here Monday.

Sungai Klang which has its source at the Titiwangsa mountain range traverse across Klang Gate dam, Batu dam and Ampang, bordering Pahang.

It is one of the largest rivers in Selangor while its basin is fourth largest after Sungai Langat, Sungai Selangor and Sungai Bernam.

Khalid said the state government also plans to extend the Light Rail Transit (LRT) system to Klang, Kajang and Rawang.

"Some investors from Germany are interested to brief us on the LRT system. I will be meeting them next week," he said.



comment:

Menteri Besar Selangor (MB textbook) is a real Pak Pandir. He is talking pure rubbish. Tongong !! The question is how is he going to get that huge some of money to fund all those projects. I can bet nothing will materialise at all.. Dia cakap macam di kedai kopi simpang lima just to impress that he has got fantastic ideas. Podaaah !!

pakbelalang said...

Pak lah said "It is our intention to have adopted Islam Hadhari as a comprehensive approach to the development of mankind, society and the country.

“We feel that everyone can be comfortable with Islam Hadhari because it embodies principles which are universally familiar and accepted,” he said.

comment:

Islam is Islam. There is no such term as "Islam Hadhari" as if it is another sect or branch of Islam. So this Islam Hadhari is all nonsense. Just a political gimmick and a slogan created by Pak Lah.

I would suggest to Najib not to create another Islamic slogan like "Islam Sadari" to replace Islam Hadhari and forget promoting this Islam Hadhari. It makes the Muslims confused.

pakbelalang said...

Bar Council Urges Govt To Repeal Sedition Act




comment:

No. Seditious Act is to remain until doomsday. Malaysians should bloody well respect each other and learn to be civilised. There is limit to freedom of speech and expression in a multi-racial society. It is not free for all. Don't dream !!

In order to uphold democratic principles in Malaysia we must learn the basic aspects of living in a multi-racial society. The spirit of tolerance and respect must always be maintained at all time. We have not reached that stage yet. We are still playing with racial card in our daily life particularly in politics.

So it will be suicidal for the government to repeal the law. The law is to safeguard our multi-racial society to live peacefully and to prevent unscruplous element within our society to harp and instigate
issues that are too sensitive among different races.

Bar Council just fail to appreciate this factor and it reflects how ignorant the Council is.

Just because "Singh is King" the Bar Council is so concerned. Come on, grow up Bar Council!!! Don't be nuts!!

pakbelalang said...

Come on, Pak Lah. Just fix the date of your departure. We want to move on without you. The earlier the better. Don't give us anymore surprises. We are tired of this child game!!

Indeed, we want you to step down gracefully and prepare for your farewell party!!Lets be serious. This no more a game of "hide and seek"!

pakbelalang said...

Khir Toyo dah hancurkan Selangor. Sekarang Khalid Ibrahim diapit oleh Teresa dan Elizabeth. Khir Toyo melopong !!

Kita mahu barisan pelapis yang ada kaliber untuk menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri selepas Najib dan Mahyuddin dll.

Jadi inilah masanya kita dapat tentukan siapa yang berkemungkinan boleh memimpin negara pada masa depan.

Dari pemimpin barisan Pemuda UMNOlah yang patut kita ambil berat siapa yang layak untuk meneruskan perjuangan parti UMNO.

Terus terang saya katakan Khir Toyo tidak layak.Saya harap perwakilan sependapat dengan saya dan jangan memilih Khir Toyo. Dia tidak ada kaliber untuk membawa Pemuda UMNO ke puncak kejayaan yang lebeh cemerlang, gemilang dan terbilang!

Khir Toyo hanya boleh membawa Pemuda ke "PUNCAK FANTASIA" sahaja.

pakbelalang said...

Those idiots who keep on dicrediting Najib are desperate lot. They don't achieve anything. Mereka akan gigit jari terutamanya Anwar Ibrahim.

Najib will definitely be the Prime Minister of Malaysia, period.No need to change the date from 16th Sept. 2008 to 16th Sept. 2009 to 16th Sept. 2010 and on and on .......... We must acknowlesge the fact that he won the Presidency of UMNO without contest.And he won it with style. All the divisions of UMNO except one nominate him. So he is as strong as ever and he will be much stronger after he becomes Prime Minister. I am sure he had learned a lot from Pak Lah's weak leadership. He will shine for sure and of course I think he will get a lot of tips and guidance from Tun Mahathir.

pakbelalang said...

Ali Rustam, lebeh baik you tumpukan rancangan buat terowong kertapi laju dari Melaka ke Dumai.Kalau you boleh berjaya melaksanakannya, bolehlah bertanding Timbalan Presiden lagi 3 tahun dari sekarang. Mesti menang punya pasal you dah ada "saham mahal" atau track record yang mengkagumkan. Macam buat Smart Tunnel yang diilhamkan oleh Tun.

Kalau tak boleh buat terowong you buat jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang dan jumpa Putri Tiara disana. Kalau hajat tak sampai tengok je le teater PGL.

pakbelalang said...

On a question related to Umno, Najib, who is Umno deputy president, said he had a plan to bring reform to the principal party of the government and that he would make an announcement on that soon.

"The perception of Umno is that many people see the party as being arrogant and having unhealthy practices. We have to clean up Umno," he said.

comment:

Yes, Najib. You are in the right direction. The Malays are very angry with UMNO leadership for being arrogant, dishonest, no integrity and corrupted. You have to clean up UMNO and make it as if it is like a newly born baby.

It is time to look at the microscope and detect all kinds of diseases that are causing UMNO being seriously sick. You have no other options but to act fast and take drastic actions without fear and favour.

But most importantly, you have to clean up yourself too because there is still strong perception that you are not as clean as what the rakyat expect you to be.

Make sure your priority is right and no more FLIP FLOP decisions, the trademark of Pak Lah's administration.

pakbelalang said...

Saya memang nak anak cucu saya belajar orang putih pasal bapak saya susah payah hantar saya dan adik beradik saya belajar sekolah orang putih (English medium school). Bapak saya tak sekolah orang putih dan tak tahu sepatah haram pun cakap orang putih, tapi dia telah buat keputusan yang bijak hantar semua anaknya sekolah orang putih di bandar Muar, Johor sungguh pun sekolah kami jauh dari bandar lebeh kurang 10 batu. Keluarga saya duduk di pendalaman kampong Parit ??????. Banyak kawan-kawan kampong yang seangkatan dengan saya yang sekolah English medium telah berjaya dalam career mereka. Ada yang jadi professor, doctor, lawyer dan juga politician. Saya rasa mereka semuanya juga bersyukur dan berbangga kerana bapak mereka menghantar mereka ke sekolah orang putih sedangkan sekolah Melayu ada berdekatan di kampong. Bapak saya berwasiat kepada adik beradik saya supaya cucu-cucunya mesti sekolah orang putih dan pandai cakap orang putih.

Jadi saya beruntung boleh cakap orang putih, cakap jawo dan of course pandai cakap Melayu lah !! he, he,he, kah, kah, kah.

Rasa saya sasterawan-sasterawan yang berdemo tempoh hari juga fasih berbahasa Inggeris kerana babak mereka pun bijak menghantar mereka ke sekolah English medium.

Jadi mengapa mereka sekarang cuba menghalang anak-anak orang lain untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah itu adil? Anak mereka bagaimana pulak?

For heaven sake, please forget about being too nationalistic as far as getting knowledge is concerned.

Unknown said...

Siapa yang silap dengar & siapa yang salah cakap nieeeee.....

pakbelalang said...

Last call untuk perwakilan UMNO sama ada mereka akan ke syurga atau neraka.

Pilihlah pemimpin yang bijak dan amanah menjalankan tanggong jawab untuk memperjuangkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Perwakilan yang dah terima wang "pengeras" dari pemimpin perasuah masih ada lagi peluang untuk ke syurga. BERTAUBAT LAH !!!

Sebelum mengundi dan untuk mententeramkan jiwa supaya dapat memilih pemimpin yang tepat saya ingin sarankan supaya perwakilan membaca surah al-baqarah ayat 18.

Shummun bukmun 'umyun fahum laa yar ji'uun !

Mereka tuli, bisu, buta, maka mereka tidak dapat kembali (ke jalan yang benar).

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Perhimpunan Agung Ku Ke-59
(bertapa mudanya aku ketika itu)

bung! mas! sayang ku si kuda kepang
sambil menggosok gosok mahkotanya
sapertinya kuda zulkarnian si-sulaiman
nabi raja sepelusuk cucu khalilullah kita

salaamun 'ala ibrahim fil-'alamiin

dikemas-kemaskan tocang-toacangnya, bung
teringatkan kita perhimpunan kita
membawa rasa - entahlah
seronok pun ada
suka pun ada
rindu pun ada
letih pun ada
sesal pun ada
sedih pun ada
semacam segala perisa
saperti pun perencah

tapi rindukan mas
seperti hanya mas yang tahu
juga kita selami bertapa dalamnya

kasih kita akan che det, bung -
bagaimana?

rasa kita terbuai politik kan , bung
demi bangsa, agama dan negara
manis di lidah tersenyum bibir
lupakan kita Tun Hasmah kekasih anak raja
semua

hidung mancung
senyuman menawan boleh tahan
ketika itu usia kita berapa, doktuur

hanya itulah yang ku tahu akan bawahnya arus
parti bangsaku ini, wahai temanku
memperjuangkan yang hidup
memperjudikan nyawa dan umur usia

setelah kitab kitab kita telaah
ceritanya cerita benarlah belaka
di dunia dulu
zaman dahulu
seketika

dan gelaknya kuda kepang mas mesti tahu
di perhimpunan agung ku ini
kita mendatanginya dengan segala harapan murni saperti mengejar-ngejarnya
nabi
debaran hati

apa yang kau kerjakan hari ini
akan kau tuainya di hari kelak

dan si-fakir itu hanya kirim salamnya

selamat bersidang di Perhimpunan
dan kirimkanlah salam kasih kepada semua
pewakilan pepermerhati
kepada abang abang kakek-kakeknya
semua
berserta do'a dan seiringi salam selawat
tak terlupa hadiah
fatihah kekasih
buat semua teman teman

saperti butiran-butiran delima bermahkota berlian bergedipan

berkatakan kita bung

bismillah

dan ikhlas itu sehalus halus bisik
malaaikat Allahul-malikul-mulki
al aziizur-rahiim


kepada allah berserah

Semut Api said...

Pak Lah ada penasihat sendiri di Pejabat PM tu..

kudakepang said...

Saudara Pakbelalang

Jutaan maaf kerana terpaksa edit sikit komen anda di bawah ini untuk mengelakkan sebarang implikasi undang-undang. Terima kasih – Ruhanie Ahmad.

Zaid to join another political party soon
By SIMRIT KAUR


PETALING JAYA: Former defacto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim, who was expelled from Umno in December last year, said he will join another political party soon.

Zaid, however, would not reveal which political party it would be.

“I will make a decision soon on the party and I will tell you later.


comment:

A former Umnoputra yang tak sedar diri. Masuklah parti mana dia nak masuk. Tak menjadi hal. After all who is he? Maka jadilah katak si katak lompat !!

Berjuanglah habis-habisan bersama Anwar. Manalah tahu nasib baik dapat jadi Timbalan Perdana Menteri, mungkin pada 16hb Sept, tapi tahun berapa ..........entah bila! Hentam saja lah !!!
(pakbelalang) 3/24/09

nightcaller said...

Memang janggal apabila bekas Meneteru Luar Malaysia masih sempat membuat kesilapan besar (major mistake) dalam hari2 terakhir...http://dnightcaller.blogspot.com/2009/03/of-pm-aab-leavingand-new-pm-is-not.html

jurutera pencen said...

Salam Dt Ron,

Dalam hal ini nampaknya 'Tertidur diwaktu berkerja lebih teruk dari berjalan sambil tidur'.

Unknown said...

pak lah terlalu lembab pemikirannya..tak layak jadi pemimipin..sudah lahhh..mamsa kamu dah sampai..pergilah berehat banyak-banyak di rumah pencen awak bulan depan..di mintak A.S.A.P..jangan tunggu dah..lama dah sangat 5 tahun ni rasanya..naik meluat

PARPUKARI said...

SALAM PAK BELALANG SAYA NAK JOIN MASUK BLOG TUAN BOLEH KA?

PARPUKARI...PEMINAT TUN NO 1..