Wednesday, March 11, 2009

MENEGAKKAN SEMULA POKOK PERJUANGAN YANG CONDONG

Ruhanie Ahmad

Program Hujah TV9 malam tadi memberikan beberapa jawapan kepada rakyat Malaysia, mengapakah UMNO kini bermasalah, tidak diyakini oleh segolongan orang Melayu, dan amat dijauhi oleh segolongan anak-anak merdeka.

Menurut Datuk Seri Rais Yatim yang jadi tetamu Hujah, UMNO kini bagaikan pohon condong yang jadi rambatan kura-kura. Katanya lagi, pokok yang condong ini perlu ditegakkan semula supaya umat manusia dapat berteduh di bawah naungannya.

Kenyataan Rais mengenai UMNO bagaikan pohon yang condong ini membanyangkan sikapnya yang ikhlas dan berterus-terang. Tetapi, cita-citanya untuk menegakkan semula pohon perjuangan yang condong ini mencerminkan sikap Rais yang optimistik.

Rais optimistik kerana usaha menegakkan pokok perjuangan yang condong bukan satu usaha yang tidak besar. Usaha menegakkan pokok perjuangan yang condong bukannya satu usaha yang tidak memerlukan komitmen dan keikhlasan. Usaha menegakkan semula pokok perjuangan yang sudah condong bukannya satu usaha yang tidak menuntut semangat juang yang jitu, pukal dan sukarela.

Jadi, siapakah yang perlu melakukan kerja-kerja menegakkan semula pokok perjuangan yang condong ini? Apakah pra-syaratnya? Siapakah aktor utamanya? Adakah pokok perjuangan itu mahu ditegakkan semula supaya berdiri ke arah kiblat? Adakah pokok ini mahu ditegakkan semula mengikut arah matahari terbit? Adakah pokok itu mahu ditegakkan semula mengikut arah matahari terbenam?

Sesudah pokok perjuangan itu ditegakkan semula, siapakah yang perlu menyiraminya setiap pagi dan petang? Siapakah yang akan memberikan bajanya setiap bulan? Siapakah yang akan memotong ranting-rantingnya yang kering dan reput? Siapakah yang akan memusnahkan rumput parasit yang merambat ke batangnya? Siapakah yang akan membunuh seluruh anai-anai yang bersembunyi di bahagian akarnya? Siapakah yang akan menghalau segala beruk yang gemar bergayut sehingga merosakkan dahannya? Siapakah yang akan menghalau tupai yang akan membaham buahnya yang masih putik? Siapakah yang akan memagarinya pada setiap masa untuk mengelakkan kaum pengkhianat menebang pokok itu untuk dijadikan tangga di rumah mereka?

Permasalahan ini boleh disifatkan sebagai remeh. Tetapi seluruhnya juga boleh disifatkan sebagai permasalahan yang strategik mengenai sesuatu pokok perjuangan yang mahu ditegakkan semula.

Apapun, tahniah kepada Porf. Madya Mohammad Agus Yusoff kerana menerusi pendekatannya yang kurang bekeng, beliau berjaya mencungkil analogi pokok perjuangan ini daripada Rais. Moga-moga Agus selaku seorang pensyarah sains politik akan membantu Rais menjawab seluruh permasalahan strategik yang disenaraikan di atas untuk membolehkan pokok perjuangan tersebut kembali hijau, rendang, burung-burung sudi bersarang di situ sambil bersiul riang setiap pagi dan petang, dan anak-anak merdeka juga sudi bergilir-gilir untuk memagari pokok perjuangan itu daripada para pengkhianat yang mungkin menebangnyanya untuk dijadikan tangga memanjat martabat secara jalan pintas.

9 comments:

Mika Angel-0 said...

get us out of the economic mess and then you can talk of the unbending the bended tree or the perak tree -katakan kepadanya si calun vp ini, bung - or uprooting it.

talk is cheap - and posting comments

(apatah jawaban anda kalau saya tanya anda apakah harus mahu hidup macam raja tetapi tiada sudi menjadi sultan dan apakah kerjaya
najib dan perdana menteri seterusnya saperti itu, Kuda Kepang)

Mika Angel-0 said...

Masih Mengingati Prof Dr Zubir Ali
(menikmati lagu harga diri)

Kumpulan Harmoni (Zubir Ali)

Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

( ulang semua )

WaniBrah said...

Apa pun 'hujah' Rais, beliau tak akan mampu untuk menegakkan pohon yang sudah condong sekiranya Najib memimpin UMNO selepas Pak Lah. Oleh itu, semua 'skeptikal' Datuk Ron tak berbangkit. Melainkan Najib bukan ketuanya. Kerana Najib adalah 'beban' kepada pohon yang condong, maka akan rebahlah pohon itu. Kenapa Najib bakal 'merebahkan' UMNO? Harapnya biarlah penjeguk-penjeguk blog Datuk Ron dapat beri jawapan!!

PARPUKARI said...

GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.

Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

KOMEN SAYA:

LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

http://parpukari.blogspot.com/

mad said...

susah-susah menegakkan pokok yg condong, tebang saja pokok tu datuk, senang kerja. lagipun pokok tu sudah banyak berlubang ditebuk tupai dan banyak pula beruk-beruk tua masih asyik bermain dan bergayut di dahannya. tanam saja pokok baru yg lebih gagah dan sihat, barulah ceria hidup

Mika Angel-0 said...

Waltzing Matilda
(di dekat pohon munthaha duniawiyah)

Perak Speaker Sues Three Independent Assemblymen, EC

KUALA LUMPUR, March 10 (Bernama) -- Perak State Legislative Assembly Speaker V. Sivakumar has sought a judicial review against three independent assemblymen and the Election Commission (EC).

He filed the suit personally at the High Court (Appellate and Special Powers Division) Registry at 3.40pm here today.

He told reporters that the House had received resignation letters on Feb 1 from Cangkat Jering Assemblyman Mohd Osman Mohd Jailu and Jamaluddin Mohd Radzi of Behrang and another letter two days later from Jelapang's Hee Yit Foong.

"I had furnished the three resignation letters to the EC together with a letter stating that the three assemblymen had tendered their resignation and I had applied to the EC to hold elections within 60 days but unfortunately, I later received a letter from the EC saying that the decision was in doubt despite I having the power as the Speaker and my application was rejected and the elections were not called for the three state seats," here said.

He said that the situation showed some overlap of powers existed and he came to the court to get justice.

In the suit, he named Jamaluddin as the first respondent, Osman second, Hee third and the EC fourth.

Sivakumar sought a writ of "quo warranto" to compel the three assemblymen to show grounds and give information how and on what grounds or powers or authorities they were still representatives of the constituencies and could carry out the responsibilities, functions and duties of assemblymen.

He also sought a declaration that the Behrang, Changkat Jering and Jelapang seats vacant following the resignations of Jamaluddin, Osman and Hee, and an injunction to stop them from acting and carrying out the functions and duties of assemblymen.

He also wanted the court to grant a certiorari against the EC to review its decision not to hold by-elections for the three state seats and a mandamus to force the EC to hold the by-elections.

Sivakumar who is Tronoh Assemblymen also sought punitive, aggravated and exemplary damages payable to him and other reliefs.

Meanwhile, three voters from the three state constituencies -- Ahmad Sabri Wahab, Abdul Latip Afiffin and Foo Hong Wai -- and three assemblymen, namely A. Sivanesan (DAP-Sungkai), Tai Sing Ng (Parti Keadilan Rakyat-Kuala Sepetang) and Cheng Fook Chye (DAP-Keranji) also filed similar suits against the three independent assemblymen and the EC through Messrs Chooi & Co.
-- BERNAMA


nota:

Bajet Mini Misi Berani Hidup
(merangsang lazarus dari maut)

siapa yang mengamati budaya
mahkhamah mesti faham 'precedence'
pun akur pun berubah-ubah berjoget
mengikuti lunak suara resmi masa
:
kenapa di bukit selambau
surat letak jawatan resam diterima
;
dan dalam soal rangsang merangsang
ekonomi pseudoislamik-neoklasik
kapitalisma berasaskan riba dan tipu daya
dharuratnya elok pak menteri dan
kawan-kawan hiraki semuanya tangguh gaji


apakah tiada yakin tiada percaya kita janji dan kata-kata
sang dewata saksa purba
semua jinn dan maknawi dibangkitkan semula dan harta
bertimbun-timbun pampasan dosa
dihari yang kian tua akhirnya
menari-nari meniti mustaqeem

pohon yang baik tegak dan rendang
utoh berdiri dihari ribut melanda
tunjangnya mencecah keperut bumi
dan pohon si-musyrik raja sehari
jelek bagi yang berteduh padanya

dan di bawah pohon kemboja
si melayu mabuk laksananya persis
si-hindu botol menjerit pambu!

Seladang said...

Dtao Ron yang dihurmati,

Pokok condong kerana angin, Umno condong kerana rasuah!

wira said...

Datuk Ron,

Saya setuju juga dengan cadangan tebang aje pokok condong ini dan biarkan beruk2 tua yang ghairah memakan buah buah perjuangan jatuh sekali dengan pokok ini. Kan dulu kita dah tebang pokok yang macam ini. Tapi beruk beruk tua tu tak malu masih mengecek nak naik juga pokok baru ni dan sekarang pokok ni condong pulak. Salah satu beruk tu kan dah jadi ketua beruk beruk.

Saya pun tidak ada cadangan bernas lain melainkan semua pemimpin kembali kepangkal jalan memohon ampunan Allah melalui sembahyang tahajjud dan istikharah supaya diberi Allah petunjuk untuk membawa umat kejalan yang lebih sempurna dengan tidak ada kepentingan pribadi - iaitu rasuah atau buah tangan.

mad said...

semalam di parlimen ketua pembangkang membangkitkan isu pengerusi syabas yg bergaji rm5.1 juta setahun. setengah jam saya geleng kepala datuk. pokok pun semakin condong