Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.
Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad
Assalamualaikum wrth,
Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap rancangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'
Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.
Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.
Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad
Assalamualaikum wrth,
Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap rancangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'
Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.
Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.
Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.
Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.
Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.
Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.
Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.
Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.
Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.
Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.
Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.
Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.
Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."
Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD AGUS YUSOFF
32 comments:
TUAN
1. Sewajarnya isu 'persidangan bawah pokok' hendaklah dipandang dengan sangat serius, dan bukannnya sebagai lawak jenaka murahan.
2. Kenapa sampai begitu jadinya harus difikirkan, juga dengan sangat serius.
3. Adakah kita betul betul serius menangani semua itu.
Dato'
Saya tidak mempunyai sejarah sebagai ahli politik, lebih2 lagi ahli parlimen. Tetapi sejarah saya sebagai ahli perniagaan cukup membuktikan pada saya bahawa kekayaan negara diagihkan dengan tidak adil.
Tidak perlu hujah panjang lebar untuk saya tidak mengundi `sudin & ajis' dalam Nujum Pak Belalang.
Datuk,
Saya ingin mengucapkan "Terima kasih dan syabas Prof!" kpd Prof Agus.
Azman
Masalah yg timbul adalah diatas kelemahan CEO of the land PakLah
sapert kata Rais Yatim 2 malam yg lepas peruntukan perlembagaan dan undang undang sangat jelas hanya WILL POWER untuk ENFORCEMENT tidak ada dari CEO
Salam Datuk.
Saya dah lama tak antar komen sebab kesibukan tugas. Kali ini saya perlu komen sebab tak mau kegawatan politik Malaysia menyebabkan negara kita jadi lemah dan terhina.
Amat malang Prof. Agus diheret ke kancah kontroversi sebab kejahilan media dalam membuat laporan yang lengkap. Inilah sebabnya media perdana sering menyumbang kepada kegawatan politik tanah air kita.
Macam Datuk cakap dalam Awani Global tempoh hari, inilah bezanya media korporat dengan media rakyat. Media korporat buat laporan untuk sedapkan hati kapitalis pemiliknya, dalam hal Malaysia, kepentingan UMNO. Media rakyat seperti blogs, buat laporan untuk kepentingan rakyat jelata. Yang hitam dikatakan hitam, yang putih dikatakan putih. Media blogs, media rakyat, tidak buat laporan yang kelabu asap dan boleh melemaskan kita semua sehingga banyak pihak jadi kehilangan punca dan gagal memberikan keutamaan kepada masalah yang perlu diselesaikan secara bijaksana.
Kepada Prof. Agus, teruskan misi anda mendidik pemimpin kita tentang politik supaya semua pihak insaf bahawa politik bukannya untuk orang politik, tapi untuk dijadikan wadah menyelesaikan masalah demi agama, bangsa dan negara.
Dear Sir, what Agus said is very correct and timely. Both BN and PR must put aside their differences and throw away their arrogance in order to solve the current political deadlock in Perak.
Dato Ron,
Pada saya AQGUS pensyarah Sains Politik UKM itu tak perlu risau,apalagi takut dan kecewa. Terima saja kenyataan tidak semua apa yang kita kata di terima guna, apalagi ulasan. Hakikat nya : AGUS berhak memberi ulasan. Pemberita berhak bertanya dan menulis. Pembaca atau khalayak berhak menilai berita atau cerita tersebut.
2. Saya mengikut program hujah di TV9, Agus memang pandai mencungkil. Tapi kekadang terlajak dilihat agak kasar sedikit, mungkin kerana kesungguhan nya kok.
3. Agus jangan kisah lah. Itu lah kehidupan dari sudut mana mereka melihat. Tidak ada setuju sepenuh nya dengan apa yang kita kata dan kita harapkan.
TK.
Prof. Agus memang jadi mangsa press UMNO. Jangan risau. Yang benar akan muncul kebenarannya.Yang salah, dia orang sendiri tanggung kesannya. Tapi, apa hal politikus Malaysia ni suka heret masalah sampai rakyat terabai? BN dengan egonya. PR dengan keangkuhannya. Kita sebagai rakyat jadi timun, leper diinjak-injak oleh mereka. Insaflah, berapa lama lagi harus Malaysia jadi macam ni. Lepas Dollah bersara, ubahlah corak dan suasana politik Malaysia dengan segera. KJ jangan lagi masuk campur. Cukup dengan apa yang dan terjadi. Kita jelak dengan politik Dollah yang dinasihati oleh menantunya!
Tuan !
mohon izin sebar artikel tuan di blog kami warga BPN.
demi agama bangsa dan tanah air.
salam perjuangan.
Datuk, saya orang lama dalam UMNO macam Datuk. Saya bimbang kalau UMNO tak berubah, parti ini akan hancur. Apa yang berlaku kali ni akibat Abdullah yang dengar sangat nasihat anak-anak muda di kelilingnya. Saya harap orang universiti macam Prof. Agus dan lain-lainnya dihimpunkan oleh UMNO supaya mereka boleh beri pandangan ikhlas dan jujur macam mana nak baiki UMNO dan BN. Kalau tak, kita semua terimalah akibatnya.
Saudara Panglima Perang Cyber,
Silakan dan terima kasih.
Ruhanie Ahmad
Pak Ruhanie,
Prof. Agus guru saya di UKM. Pandangan beliau mengenai Perak memang betul. Anehnya suara beliau tidak disiar sepenuhnya oleh pers Malaysia. Jika di Indonesia, ini amalan yang harus kami kutuk. Saya sebagai warga Indonesia dan sahabat senusantara juga berfikiran yang kemelut politik Malaysia wajar ditangani dengan teliti dan sempurna. Makanya kedua-dua pihak terbabit wajar duduk semeja cari jalan atasi kemelut ini. Indonesia dengan Malaysia kan abang-adik. Kita juga terasa pilu kalau Malaysia jadi lemah dan terhena.
kudakepang berani. jujur. ikhlas demi ia amat berbeza dgn berani. jujur. ikhlas demi kebenaran.
Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.
-------------------------------
Datuk kena tempelak ke!!?
Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.
--------------
pada sy kata2 prof agus ni yg patut di ikuti
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.
----------------------
ni macam berpihak pada speaker
umno terus mara utk rakyat malaysia
Jelas sidang DUN yg ditangguh tak perlu perkenan Sultan.
dinamika politik malaysia tidak jauh daripada personality. para pemimpin politik hanya membincangkan permasalahan angota-angota parti sahaja. mula sejak isu lompat parti sampai pada isu kejatuhan menteri besar perak. ketika ini isu persidangan dibawah pokok dan sah diatas pokok juga telah mengheret personality seorang penganalisis politik tersohor malaysia. namun mengapa demikian? ya...hal ini kerana pihak media telah mengeksploitasi pernyataan beliau dengan memberitakan hal yang sumbang kepada rakyat. jika kita sadari apa yang berlaku saat ini adalah pemimpin yang memiliki kuasa lupa kepada rakyat.
prof, saya cukup kesal apabila kedaan ini berlaku. akan tetapi saya berharap prof akan selalu memberi masukan kepada semua warga negara malaysia dan mendidik ahli-ahli parti yang sedia ada.
prof..jangan berhenti menyuarakan hak rakyat, kerana rakyat hari ini membutuhkan nafas prof untuk mendapatkan keadilan.
melayu adalah satu
Entah betul entah tidak Dr Agus yang tulis. Biasalah kerja UMNO. Macam2 dia buat cerita tak masuk akal. Kalau Dr Agus tengok pasti dia terkejut beruk!.. dan kata "bila aku bagi satatmen macam tu". UMNO dah takde modal. Macam dia tuduh Exco PR di Kedah hina sultan tapi takde buti. Hampeh!....
Salam Datuk,
Terima kasih atas maklumat ini. Akhirnya terbongkar segala spekulasi yang cuba dimainkan oleh pakatan haram PR terhadap kenyataan Prof. Madya Mohammad Agus sebelum ini.
Saya "copy and paste" sebagai entri di blog saya dengan tajuk berikut:
Isi Sidang Bawah Pokok Oleh Prof. Madya Mohammad Agus
Salam,
Saranan Dr.Agus supaya kedua-dua pemimpin berjiwa besar dan berunding adalah bagus, tetapi tidak realistik, dan tidak akan dihiraukan oleh kedua-dua pemimpin yang berkenaan.
Yang bagusnya dan yang lebih realistik ialah DUN dibubarkan dan diadakan pilihan raya baru. Itu saja jalan penyelesaiannya.
Pandangan orang akademik seperti Prof. Agus sepatutnya dihormati dan dilaporkan dengan telus oleh media.
Ahli-ahli politik kita yang BEBAL pula manipulasi media untuk kepentingan puak sendiri.
Mereka tak sedar mereka menggali kubur sendiri. Sekarang ramai dah tak percaya pada suratkhabar dan tv.
Betul kata Prof. Agus, "kita memang tak belajar dari sejarah". Orang-orang BEBAL ini akan menyebabkan bangsa kita pupus macam yang berlaku kepada kaum-kaum dahulukala.
Kepupusan itu akan bermula dengan UMNO.
50 tahun akan datang, generasi anak cucu akan menyumpah golongan ini seperti mana kita menyumpah Firaun dan Hitler.
Kadangkala saya merasa pandangan saya betul dan pandangan orang lain salah. Tapi dari sudut tertentu kadangkala pandangan yang saya katakan betul itu boleh jadi sebaliknya.
Jadi tak semestinya pandangan orang lain yang saya rasa terbukti bersalah itu dianggap sememangnya pandangan saya yang betul.
Kadangkala pula saya merasa anda yang bersalahlah perlu mengalah tapi saya yang merasa saya benar juga kadangkala perlu mengalah.
Biasanya apabila marah saya tak pernah memikirkan perkara yang betul apatah lagi benda yang salah.
saya ingat nak boikot jap soal politik nih..
Assalamualaiku w.b.t.
Dato',
Prof. Agus, Prof. Aziz Bari, Prof. Kho Kay Kim antara pemerhati politik berkecuali yang sering memberikan pendapat yang tidak berpihak.
Masyarakat kita sukar menerima dan terlalu angkuh untuk menerima pendapat orang lain, sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan kita bahawa "Perbedaan pendapat bagi umatku adalah satu rahmat". Ertinya apabila lebih banyak pendapat yang ada maka lebih luaslah penilaian minda boleh dicerna dan keputusan salah/benar akan lebih jelas. Tapi budaya kita hari ini perbedaan pendapat merupakan kesalahan amat besar dan dianggap musuh.
Media juga tidak berfungsi serta bertanggung jawab mendidik tapi lebih berperanan untuk mengelirukan pembaca dengan agenda masing-masing.
Politik Malaysia semakin menarik
Datuk Ron,
Saya sependapat dengan sahabat sahabat didalam blog ini yang memandang serious tentang perangai pehak pehak yang menggunakan isu ini untuk tujuan politik mereka.
Saya sedih dan kecewa orang orang melayu sendiri sudah hilang pegangan dan iman untuk menghormati diri mereka sendiri sebagai orang melayu. Jika begini lakunya maka benarlah titah baginda tuanku Sultan Selangor yang mengingatkan melayu akan rugi akhirnya.
salam ,
saudara ruhanie...
saya merasakan isu negeri perak ini haruslah ditanggani oleh Sultan Perak dan keputusan yang dinantikan ialah dari mulut Sultan Perak sendiri.
Sultan atau Raja kita di zaman Millenium ini tidak sepatutnya hanya mendiamkan diri apabila berlaku isu2 seperti ini melibatkan negeri2 yg terlibat .Kalau lah pihak istana meminta media TV dapat menyiarkan secara langsung titah baginda sultan perak berkenaan hal ini ketika sidang DUN kontroversi ini atau sebelum sidang ini berlaku,perkara ini dapat diselesaikan dengan segera .
sewajarnya , samada satu pilihanraya diseluruh negeri Perak atau hanya melibatkan 3 DUN yg kontroversi itu diadakan , pasti masalah ini dapat diselesaikan segera .
Saya harap DYMM sultan atau Raja Nazrin dapat membaca blog dan komen dari kami semua ini , dapat mempertimbangkan cadangan dari rakyat ini . kalau di NTV7 yg membuat undin dan hasilnya 97% setuju pilihanraya semula diadakan untuk menyelesaikan masalah di negeri perak ini , kenapa ada pihak masih perlu memikirkan atau nak mempertimbangkan ttg kehendak rakyat ini??
sekian....
Salam.
Dato' dan Dr Agus.....
Teruskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran. Nescaya kebatilan akan diruntuhkan oleh kebenaran !!!
Mengapakah UMNO kini bermasalah, tidak diyakini oleh segolongan orang Melayu, dan amat dijauhi oleh segolongan anak-anak merdeka?
Persoalan ini memang sukar dijawab oleh orang UMNO kerana orang UMNO hanya menyedari bahawa Melayu itu UMNO, sedang hakikatnya tidak semua Melayu itu UMNO.
Orang UMNO masih leka dengan anggapan bahawa kekuasaan dan kedudukan dalam UMNO bermakna menguasai negara dan seisinya.
Orang UMNO belum sedar bahawa sekarang ini bukan lagi zamannya "siapapun bertanding guna lambang dacing mesti menang".
Orang UMNO masih amalkan suara atasan mesti didengar dan dituruti,kalau tidak derhaka.Sedang hakikatnya suara yang berkuasa dan menentukan kuasa ialah suara bawahan (pengundi), yang tidak semuanya penyokong UMNO.
Dan selagi UMNO gagal terjaga dari mimpi indah-indah dan berlagak KEBANGSAWANAN (satu sikap yang sangat dibenci oleh pengundi sekarang ini), jangan harap UMNO dapat menambat semula hati orang Melayu.
Assalamualaikum
Persoalan timbul kerana Prof Agus memberi komen yang salah.
Mengikut undang-undang persidangan tersebut tidak boleh diadakan dibawah pokok dan bertentangan dengan warta untuk melaksanakan persidangan Dewan Undangan Negeri di negeri Perak.Tindakan mengadakan persidangan tersebut merupakan retorik politik PR.Ini diakui sendiri oleh Prof Agus bahawa isu ini menjadi kompleks. Persepsi politik telah mengatasi segala-galanya termasuk keabsahan undang-undang sendiri. Sewajarnya beliau tidak perlu memberi komen persidangan tersebut sah. Kerana ia boleh jadi sah dan boleh jadi tidak sah.
Jawapan Prof Agus dilihat bias untuk pihak tertentu. Sebab itu ia dipolitikkan. Tanpa disedari Prof Agus membiarkan dirinya digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
Kesimpulannya Prof Agus memang seorang yang arif tentang pembelajaran dan tafsiran politik. Tapi beliau belum tentu mahir dalam berpolitik.
Itu yang perlu dipelajari oleh Prof Agus.
Wassalam
Dato,
Dah agak dah. Kekadang blogger pun tulis apa yang dia nak dengar dan nak bagi tahu jer. I believe in there is always 2 sides of the story. Izinkan saya sebarkan pandangan penuh Dr. Agus ni.
Terimakasih.
Post a Comment