Friday, March 13, 2009

ABDULLAH PASTI SERAH KUASA?

Semalam saya bertanya, apa dah jadi kepada siasah Malaysia? Hari ini saya bertanya, apa dah jadi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Benarkah beliau berasa berat untuk mengosongkan persada kuasa negara? Atau, benarkah beliau sudah menyediakan sepucuk surat bertarikh 3 April 2009 untuk menyerahkan kuasa kepada penggantinya? Kenapakah Abdullah seolah-olah berdolak-dalik? Kenapakah Abdullah seolah-olah mahu heret situasi politik yang tidak stabil di negara ini hingga ke peringkat yang paling maksimum?

Abdullah boleh terus jadi Perdana Menteri jika itulah kehendak dirinya sendiri. Beliau juga boleh terus berkuasa jika itulah kehendak penasihat-penasihatnya. Teruskanlah. Tapi, jangan salahkan sesiapa jika UMNO mungkin ranap dan BN mungkin musnah dalam PRU13 kelak. Dan, jangan salahkah sejarah jika Abdullah dikenang sebagai Perdana Menteri yang amat tidak sensitif kepada jeritan suara hati rakyat jelata Malaysia seluruhnya.

Kalau esok Abdullah mahu tubuhkan kerajaan perpaduan bersama-sama PKR, lakukanlah segera. Apa salahnya jika itulah yang terbabik untuk Malaysia. Lagi pun ura-ura mengenainya pun sudah merata hingga ke ceruk desa.

Jika esok Abdullah mahu singkirkan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, singkirkanlah mereka dengan segera jika itulah caranya untuk mengukuhkan UMNO tulang belakang kepada BN. Tiada siapa boleh membantah kerana itulah prerogatif Perdana Menteri.

Tapi awas. UMNO bukan milik Abdullah. Kerajaan Malaysia juga bukan milik penasihat-penasihat Abdullah. Hakikatnya, UMNO milik ahli-ahlinya. Kerajaan Malaysia milik rakyat jelatanya. Jangan perkecil-kecilkan kuasa akar umbi UMNO dan jangan pula perlekehkan kuasa rakyat.

Apa pun, insaflah. Peperangan dan keamanan pun ada etikanya. Konflik dan persengketaan juga ada batas-batasnya. Politik juga bukan semata-mata mengenai percaturan kuasa. Oleh itu, jika Abdullah (baca: penasihat-penasihat Abdullah) bercadang melakukan sesuatu kejutan, lakukanlah secara bijaksana. Jangan sampai kejutan itu juga menyebabkan rantaian kejutan yang lebih serius kepada kesejahteraan nusa dan bangsa tercinta.

Oleh itu, rakyat jelata Malaysia yang dibelenggu kebimbangan, saya harap mereka pegang kenyataan Abdullah sebelum ini. Sebagai seorang gentlemen, pastinya Abdullah akan mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada individu yang berhak menerimanya. Kepada Allah Berserah. – Ruhanie Ahmad

23 comments:

Jed Yoong said...

Hi!
Ahli politik di Malaysia ramai yang menghidapi penyakit "CAN'T LET GO, THE WORLD WILL FALL APART WITHOUT ME".

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati!

Ke arah manakah nasib rakyat Malaysia? Ianya bagaikan kata pepatah Melayu: Naik ke darat dibaham harimau, terjun ke air dibaham buaya.

Demikiankah pepatah mengandai Najib dan Pak Lah?

Madam Curi said...

Dear Datuk Ron,

Seriously fatigued with the antics of our current leaders.I have taken a stand to work hard and ensure that my students get the best out of me.
Saw you a couple of times in UKM. Keep up the good work.

kudakepang said...

Prof Yang,

I am of the same attitude as you are. But I have to write to keep my readers informed.

The next time you see me please call on my name aloud. Just kidding you. The truth is, some students regarded me as their unofficial tutors. I tried hard to avoid their persistent attempts to enlighten them with some backgrounds and opinions. But I failed. So I did what I could to assist them.

Anyway, how do i pass Perkasa's invitation to you for the 22nd gathering with TDM?

Salam takzim. Ron

wira said...

Datuk Ron,

Pergi dan datang, naik dan turun adalah lumrah politik. Perlu diingat bahawa politik bukan kerjaya. Mereka yang ingin berpolitik adalah mereka yang berjiwa ingin membantu ummah. Insaflah wahai semua ahli politik baik dari Umno atau dari mana mana parti politik lain.

Datuk Ron saya bangga dengan cara Datuk yang masih cergas dan segar didalam terus membela rakyat dengan menyediakan wadah seperti ini walaupun sudah tidak lagi diperlukan oleh pucuk pimpinan sekarang. Teruskan Datuk.

Perlu diingat bahawa tiada sesiapa pun yang 'indispensible' walaupun kewibawaan dan kepimpinan seseorang itu masih diperlukan seperti YAB Tun Mahathir. Tiada sesiapa pun dapat menongkat langit. Sebagai orang Islam insaflah. Lebih lama seseorang itu bertahan kerana kuasa ingatlah fitnah akan bertambah dan dosa akan terus bertambah dari sudut farhdu kifayahnya. Maka insaflah.

odeen said...

KERAJAAN CAMPURAN HANYA AKAN MENGUNTUNGKAN UMNO...INI ADALAH SUATU CARA UNTUK UMNO TERUS MEMBULI DAN TERUS HIDUP...

burungjantan said...

Masalah sebenar ialah Tun Dr Mahathir dan orang=orangnya. Ia sebagai tesis. Anti tesis ialah DS Anwar Ibrahim.

Kita akan melihat siapakah gajah, dan siapakah kancil

ZURICH AL Qaaf said...

ron...kalau hina pak lah pun perlu ada tertip... ron tengok politik ron... mahathir kerat ron kerana anwar ron... i kenal politik ron ..your self johor pun tak lepas...i am pak lah boy..

ZURICH AL Qaaf said...

thank ron

Mika Angel-0 said...

Pasti! Tetapi 'boy-boy' Abdullah berat lidah tak sudi berkata demikian.

Yang lain itu cerita untuk mengelabui mata:

Japan pledges a third round of spending to spur economy
By Bettina Wassener

Friday, March 13, 2009
it backs big stimulus

On the eve of a weekend meeting in Britain of finance officials from the Group of 20 nations, the Japanese government on Friday called for another round of public spending to aid its ailing economy.

The move puts Tokyo on the side of the United States and Britain in a dispute with Continental Europe, whose leaders are resisting calls for additional deficit spending to help pull the global economy out of its tailspin.

The U.S. and British governments have been pressing other nations to step up stimulus measures, while most European politicians say they have gone far enough, arguing that an overhaul of financial market regulation and a crackdown on tax havens are higher priorities.

The position of Japan, which is deeply in debt, had been unclear. But the renewed pledges Friday by Prime Minister Taro Aso and his finance minister for the third round of spending since last year put Japan squarely in the camp of the United States, sharpening a possible face-off with Europe when officials meet on Friday and Saturday.

Kaoru Yosano, the finance minister, said in Tokyo before leaving for the advance planning meeting of finance officials from rich countries and large developing nations that he hoped Japan would have its spending plan in place for the summit of G-20 leaders scheduled for April 2.

Yosano said he "intended to voice his strong approval" for the call by the U.S. Treasury secretary, Timothy Geithner, for nations to introduce fiscal stimulus measures equivalent to 2 percent of gross domestic product.

The dispute between Washington and European politicians highlights the continuing gap on a range of economic and strategic issues despite the broad popular appeal of President Barack Obama outside the United States. It suggests that underlying divisions and conflicting goals could prevent the G-20 summit from being the broad call to economic arms that was its original aim.

"The great gap that became apparent in the 1990s between European and American attitudes toward the conduct of international affairs remains as wide as ever," argued Robert Kagan, a conservative foreign policy strategist.

Moreover, some Europeans resent appeals from Washington for them to do more when they blame the United States for lax banking regulation and economic policy mistakes that sparked the current crisis.

"Meetings like these are intended to bring people together so that they can share experiences and learn from each other," said Holger Schmieding, chief European economist at Bank of America in London. "It's not helpful if instead of giving advice some people make demands."

Despite such fundamental differences across the Atlantic, experts saw several avenues of compromise.

One possibility would be to unite around a generally popular plan to vastly increase the International Monetary Fund's lending capability. That could offer more clout to emerging countries in international institutions while using the increased IMF cash to support the hard-hit countries of Eastern Europe.

Meanwhile, Washington has indicated a willingness to go along with some of the tougher regulatory requirements favored by Europe as long as they remain a matter of coordinated national policies rather than the establishment of a global policeman for financial institutions.

But whether those compromises will release more cash from European government coffers remains in doubt. In France and Germany, officials argue that their higher welfare payments to the unemployed and other safety net measures that serve as "automatic stabilizers" should be taken into account when comparing the scale of fiscal stimulus packages.

Both sides in the dispute received support on Friday from Robert Zoellick, president of the World Bank.

"The recovery must be global and incrementalism will prolong and increase the risks," Zoellick told reporters in London in a comment that supported the case for greater stimulus. "U.S. consumption alone is not enough to rescue the world. We need a new model."

But Zoellick also said that "stimulus packages alone are not enough. Turnaround can't happen unless you clean up the bad assets and recapitalize the banks. If you don't take on the banking issue, stimulus is just like a sugar high."

In Japan, Aso's promises came as his popularity hit all-time lows, with national elections to be held this year. His Liberal Democratic Party risks losing power, and Japan's flailing economy is partly to blame.

Japan's economy, second in size only to that of the United States, slid into recession last year — contracting at a 12.1 percent annual rate during the last quarter of 2008, according to revised government statistics released in recent days. That is roughly double the plunge in both the United States and Europe over the same period.

The Japanese government has already announced spending programs worth more than ¥12 trillion, or $122 billion, and other steps to ease the financial squeeze that many companies there face. Other measures include purchases of commercial paper, a type of short-term corporate debt, by the central bank, as well as a decision, announced Friday, to inject ¥121 billion into three regional banks.

Still, many economists have criticized the government's policy action to date as inadequate and dominated by political posturing.

Gathering evidence over the past few weeks that the global slowdown is deeper and more protracted than initially feared has heightened the debate about whether governments should focus first on better regulation or emergency spending.

Several European governments, notably Germany, are wary of the swelling debt they are accumulating and favor a more cautious approach. They argue that the time is not yet ripe for more spending or tax cuts, and that the focus now should rather be on regulatory improvement.

Bettina Wassener reported from Hong Kong and Landon Thomas Jr. from London. Hiroko Tabuchi contributed reporting from Tokyo; Julia Werdigier contributed from London.


(kerana apa berat lidah: tiada bezanya abdullah dengan si-najib bakal Presiden UMNO baru dan bermulalah cantas mencantas
)

ChengHo said...

Dato Najib terlalu sejuk tidak mengambil tindakan yg proaktif
masa ini memerlukan kepimpinan yg dinamik dan berani menyatakan putih itu putih dan hitam itu hitam
Najib dan AAB perlu mengumumkan peralihan kuasa itu akan dibuat selepas habis sahaja mesyuarat agung Umno
Majlis angkat sumpah PM baru dato Najib perlu dibuat pada 30 hb march
kepastian ini adalah demi keutuhan
politik dan ekonomi Malaysia
Pada minggu ini juga Najib perlu istiharkan pilihan nya bagi Tim Presiden Umno adalah Muhyiddin
Pewrwakilan Umno menanti Q dari Najib
Dato ali rastam dilantik sebagai S/Usaha Agung dan mike tyson tetap mike tyson..

usabukata said...

dato ron,

analisa saya

kalu dollah hendak kekal sebagai pm dengan sokongan majoriti ahli parlimen boleh.

dengan itu ia merintis presiden umno tidak semestinya jadik pm malaysia. dengan itu juga timbalan presiden umno juga tidak semestinya jadik tpm malaysia.

kesimpulannya selepas dollah sesiapa boleh jadik pm malaysia asalkan dapat sokongan majoriti ahli parlimen.

calon-calonnya tentu ramai. soalnya siapa dapat sokongan majoriti.

implikasinya, sendiri mau ingat.

usabukata

hantubangi said...

SALAM DATO' RON,

ROH POLITIK MALAYSIA KINI SUDAH MEMASUKI GELOMBANG DEMOKRASI YANG SEBENARNYA JIKA BETUL DS ABDULLAH INGIN BERKONGSI KUASA DENGAN PKR. SAYA BERKATA SEDEMIKIAN KERANA SUDAH SAMPAI MASANYA ABDULLAH MEMILIH LANGKAH SEDEMIKIAN UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN. LANGKAH INI JUGA ADALAH LANGKAH YANG AKAN MENYELAMATKAN UMNO DAN BN DARI TERUS LENYAP DARI INGATAN MASYARAKAT WALAUPUN IANYA PERIT UNTUK DITERIMA OLEH AHLI2 UMNO DAN BN YANG "SANGAP" TERHADAP KUASA. INI ADALAH TEKTIK TERSEMBUNYI UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN DENGAN TRAN MASA KINI. SAYA PERCAYA TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG AKAN DI BUAT OLEH DS ABDULLAH ADALAH MUNGKIN PETUNJUK DARI YANG MAHA ESA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KEAMANAN NEGARA MALAYSIA. KEPADA DATO' RON, SAYA BEGITU BANGGA DENGAN SEMANGAT DAN KEIKHLASAN DATO' DALAM MENYUARAKAN PENDANGAN DAN KRITIKAN TERHADAP POLITIK NEGARA MASA KINI. TERUSKAN PERJUANGAN DATO' DEMI BANGSA DAN NEGARA.

Madam Curi said...

Dear Datuk Ron,

I will e-mail you my address. Sorry could not shout out your name as I was in the car and you were walking very close to FST.

I reckon we need people like you to voice out the concerns of the masses.

This morning I was talking to a friend and she too reckons that we can't do much being mere trouts. We concluded that we shall try be the best and healthiest trout!

Z-MAY said...

tak mungkin pak lah mungkir janji...

KHAIRUL said...

Akhir-akhir ini mcm2 spekulasi timbul.Tiada kata muktamad dari Pak lah.Mungkin Pak Lah berat hati untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri selagi dia tak dapat pastikan org-org dia menang dalam pemilihan nanti.Semestinya dia nak suara-suara dia menang dan terus kekal dalam kerajaan.Mereka ibarat panglima dia apabila beliau melepaskan jawatan nanti.Kita tengoklah apa game selanjutnya.Pak Lah hanya lepaskan jawatan Presiden dan mungkin Perdana Menteri.Tapi harus di ingat beliau masih lagi Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian.Beliau tidak bersara.setuasi ini tidak sama sebagaimana peralihan-peralihan kuasa yang lepas.fikir-fikirkanlah.(ini pendapat aku sebagai orang muda yang berumur 29 tahun dan baru 10 tahun dalam umno)
*salam suaraperubahan

MoneyMatters@Nizam said...

Dato Ron,

Pak Lah memang sudah terkenal dikalangan rakyat sebagai PM yg tidak pernah menunaikan janjinya. Dan suka berbohong.

Tetapi rakyat juga takut untuk menerima sebagai PM disebabkan beliau merupakan seorang yg terpalit dengan pelbagai jenis skandal yg sehingga kini tiada jawapannya.

Mungkin sesetengah pihak mengatakan bahawa ianya satu fitnah, tetapi apakah fitnah itu terlalu banyak untuk ditanggung? Seorang pemimpin mesti bersih dan DILIHAT BERSIH.

Semoga Allah selamatkan negara kita.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. I agree that Pak Lah has no choice but to pass over his leadership to DS Najib.As for Umno,the members have given the sound support to DS Najib and also endorsed Pak Lah's retirement. And with God's willing the handing over proses of Umno's new President will officially takes place during the coming Umno General Assembly.

2. However we must not forget that the appointment of Pak Lah as the PM was made by Agong, as him being the leader of the parties holding majoriy seats in parliment during the last March 2008 General Election. Though it is the prerogative of Agong to appoint new PM, but the Agong will not be able to simply appoint the new PM unless the present PM (Pak Lah)resigns or hand over his PM post.As it is now Pak Lah has never given any slightest indication on the exact date of the hand over.So it will either be a day, a week/weeks, or a month/months or years after Umno Assembly.Only Pak Lah knows when he is ready to hand over the post.

3. However Pak Lah knows that he will be under tremendous presure if he fails to fulfill his promise.In such a case Umno or BN will have no choice but to initiate the vote of no confidence against Pak Lah and it will eventually result in the splitting of Umno and BN. I am sure Pak Lah will not want to be remembered as a leader who ruined the Party.This unprecedented scenario I suppose, is not due to Pak Lah's wanting but the master mind of the "invicible Tingkat 4" advisers.For them, "perjuang belum selesai" and they will do anything to be remained in power.

4. So just like you and other ordinary citizen, I do pray the above tregedy will not happen and that there will be a smooth hand over of our new Premier.

Mika Angel-0 said...

Saya harus menyatakan bahawa kata-kata yang terpendam dalam diri anda disusun dengan pernuh hormat akan Presiden UMNO.

Terima Kasih


kepada allah berserah

burungjantan said...

Kalau betullah PakLah tak mahu undur dari jadi PM atau main pusing-pusing macam Tun Dr Mahathir buat dulu, eloktak?

Elok tak elok pun kalau ramai kaki hantu, seperti kaki-kaki hantu Tun Dr Mahathir, maka undurpun tak guna juga. Ianya hanya menyusahkan pengganti PM buat kerja.

Harap-harap Datuk Seri Najib tidak menghadapi kesukaran seperti kesukaran yang dihadapi oleh PakLah. he ho ho ho

kluangman said...

Hidup kita, kalau hari hari disumpah seranah rakyat, agak agaknya berkat tak..

bayaan said...

Dengar! Dengar! Dengar !

Mengikut ramalan Tok Nujum Pak Lah tak akan memalukan UMNO.Percaya lah.Pak Lah akan serah kuasa dgn terhormat.

Bersabarlah.Sabar sebahagian drp iman.

Ahmad said...

Salam MSO,

Berpandukan Konsep Islam Hadri yang diperkenalkan oleh Pak Lah sendiri, sudah pasti beliau akan menyerahkan kuasa pada Najib. Melainkan beliau sendiri yang ingin dilihat sebagai seorang yang tidak amanah dan jujur serta tidak berpegang pada janji. Apabila sudah berjanji untuk berundur, perlu lah berpegang pada janji tersebut.