Wednesday, March 04, 2009

ZAHID HAMIDI DAN IKON UMNO

Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff dari UKM, dengan pendiriannya yang tidak memihak, sekali lagi menghangatkan program Hujah TV9 malam ini. Kaedah moderator seperti Agus berjaya mencungkil ketokohan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang jadi tetamunya, untuk diadili oleh seluruh rakyat Malaysia.

Zahid seorang Menteri dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Isa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Kedua-duanya menawarkan diri untuk jadi Naib Presiden UMNO Malaysia.

Agus adalah pengantara rakyat. Beliau bertindak sebagai jurucakap kepada generasi muda yang sedang tercari-cari indentiti dan ikon paling sesuai untuk menyakinkan mereka mendekati parti UMNO. Pendek kata, Agus mewakili generasi muda Melayu yang sedang mencari identiti politik yang serasi dengan citarasa anak-anak merdeka. Hakikatnya begitu kerana Agus adalah Ketua Kajian Sains Politik UKM yang sentiasa mengikuti denyut siasah negara menerusi esei dan tesis politik pelbagai jodol yang majoritinya menggambarkan keresahan para siswazah terhadap UMNO sebagai tunjang siasah Malaysia di abad ke-21.

Persoalannya di sini, apakah bentuk ikon dan identiti baru dalam UMNO yang sedang dicari-cari oleh anak-anak merdeka? Adakah ikon dan identiti itu merupakan insan perjuangan, falsafah perjuangan atau kedua-duanya? Jika ikon dan identiti yang dicari-cari adalah dalam bentuk falsafah perjuangan, apakah kurangnya falsafah perjuangan UMNO hari ini? Jika ikon dan identiti baru itu mahu dijelmakan dalam bentuk insan perjuangan, siapakah insan itu dan apakah ciri-ciri utamanya? Jika ikon dan identiti itu adalah kombinasi insan dan falsafah perjuangannya, siapakah insan perjuangan UMNO mutakhir yang boleh mempelopori anjakan falsafah perjuangan UMNO?

Itulah tafsiran saya mengenai program Hujah malam ini. Dan, seperti saya tegaskan minggu lalu, program seperti inilah yang ditunggu-tunggu oleh sebilangan anak-anak merdeka. Mereka dahagakan wacana umum yang boleh membantu pencarian ikon dan identiti perjuangan mereka.

TV9 dan Agus memahami hakikat pencarian ini. Justeru itulah wujud Hujah dalam format terbaru yang sewajarnya dijadikan trend-setter kepada program seumpamanya di lain-lain saluran TV tempatan.

Moga-moga tokoh-tokoh UMNO seperti Zahid juga amat memahami hakikat ini serta sanggup mempelopori usaha untuk merealisasikan kewujudan ikon dan identiti baru ini. – Ruhanie Ahmad

19 comments:

Fadli Halim said...

Saya tak fikir ada anak-anak muda "intelektual" yang berminat untuk mendekati UMNO atau mempunyai ikon dalam UMNO, kecuali yang mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI sahaja.

Persepsi: UMNO parti KORUP yang sedang kepupusan.

Realiti: Menyokong persepsi di atas.

Kalau Datuk tak percaya, Datuk masuk ke mana-mana universiti tempatan dan tanya 10 orang secara rawak. Kalau bernasib baik, mungkin terdapat seorang penyokong UMNO. Itupun menyokong atas sebab "warna kulit".

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati.

Masalah timbul apa saja yang Umno nak buat pentingnya ada duit upah atau sogok! Kerana itu ikon umno ialah duit! Tak ada duit boleh pergi! Ada duit belum tentu lagi! SAiapa ajar?

Umno sudah parah datuk! Bukan seperti zaman datuk berjuang dulu sanggup naik basikal dan jalan kaki! Memanglah hari ini kereta ada, tapi nak isi minyak kereta pun pakai duit sogok juga!

Local Fighter said...

Salam Dato' Ron,

1) Hakikat yang perlu kita terima sekarang adalah anak muda begitu jauh daripada UMNO.
2) Saya merupakan bekas kepimpinan kampus UKM yang pro aspirasi kerajaan. Saya dan rakan-rakan berjuang di UKM untuk menukar persepsi mahasiswa daripada menyokong pro-pembangkang kpd pro-kerajaan
3) Alhamdulillah, usaha ini berjaya dan kami telah kekal berkuasa di UKM selama 5tahun berturut-turut.
4) Tetapi amat mengecewakan Dato', selepas kami tamat pengajaran di kampus tidak ada langsung inisiatif Pemuda mahupun Puteri UMNO untuk merapati dan mengajak kami menyertai mereka.
5) Walhal dikampus dahulu, kami bermati-matian berjuang untuk mempertahankan prinsip dan agenda kerajaan. Lepas belajar, kami tidak diperlukan lagi.
6) Pendekatan ini tidak sama seperti yang diamalkan oleh pembangkang terutama PAS. Mereka menjaga dan selalu berhubung dgn pimpinan kampus pro mereka.
7) Impaknya, seperti kita lihat sekarang pembangkang berjaya menarik golongan profesional muda menyertai mereka. UMNO..?
8) Saya naik jelek melihat pemimpin Pemuda, Puteri mahupun pemimpin utama UMNO bercakap utk mendekati golongan profesional muda ini tapi bagaimana? Apa perancangan? Saya tidak pernah lihat pun..
9) Tetapi atas prinsip 'Tetap Teguh Mendukung Aspirasi Kerajaan' sebahagian besar sahabat saya masih kekal menyokong kerajaan. Tetapi sokongan ini mungkin akan berubah sekiranya UMNO tidak berubah!! Ini bukan ugutan tapi harapan..

Presiden PMUKM 2004/2005

hlekir said...

Dato',

Soalan yang dilemparkan amat berkualiti. Tetamu boleh jawab apa saja yg terlintas, samada nak menghentam pembangkang atau tidak. Yang pasti jutaan rakyat yang menilai.

Seorang tokoh Islam pernah berkata `JANGAN SALAHKAN MUSUH'.

faizal said...

rata2 saya dan kawan berpendapat hujah semalam bukannya nak perbaiki imej UMno yg tercalar teruk tapi 2 panelis ambil kesempatan hentam pembangkang khususnya DSAI. saya tengok setiap kali Hujah x pernah miss, semua panel x lepas hentam DSAI..dia kan boleh jawab..kena ban media..kata kat DSAI mcm2 dulu depa ni yg sokong DSAI gila2..cium tangan lagi...x lama lagi Pak Lah akan dilayan mcm dr mahathir la ni..x pandang langsung...datuk pun ada blog, org x tengok tv dah..org baca blog..ingat2lah..pru13 saya rasa PR akan take over Malaysia BN akan kalah teruk..ikhlas saya cakap

Anonymous said...

salam,

elok juga persepsi komentar diatas.. apabila persepsi mengatakan UMNO sedang pupus, ini akan memberi advantage kepada UMNO.. pembangkang akan menganggap UMNO lemah dan tidak perlu di attack lagi.. kira dah jadi underdog..

walaubagaimanapun kerjasama parti kompenan dalam BN setakat ini adalah yang terbaik dan adil.. cuma kelemahan pentadbiran sekarang telah menjejaskan kekuatan BN tersebut.. walaubagaimanapun tidak ada nampak keserasian dan keyakinan terhadap perkahwinan campur pembangkang..

UMNO bagi saya perlu mendekatkan diri pada anak-anak muda tentang sejarah perjuangan, objektif, kejayaan, keharmonian dan perpaduan kaum kepada anak-anak muda. Kejayaan hari ini adalah hasil usaha keras kerajaan BN terdahulu. Berbanding dengan pembangkang mereka pandai mengambil hati dan emosi anak-anak muda ini dengan cerita negatif, sensasi dan adakalanya tidak benar.. ini adalah tidak baik untuk kemajuan negara.. sesungguhnya kekalahan teruk BN pada PRU12 bukanlah atas kekuatan pembangkang sebaliknya adalah kelemahan BN itu sendiri.. buat masa ini biarkan pembangkang dengan kerjanya mengsensasikan isu-isu politik yang tidak penting. UMNO tonggak kerajaan perlu fokus terhadap pemulihan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.

Pak Lah yang dipertanggungjawabkan atas kelemahan UMNO pada hari ini harus dibaiki oleh pemimpin akan datang dan seterusnya perlu bekerja kuat untuk menguatkan kembali UMNO.

Jomblo said...

Apa yang UMNO ada dan apa yang orang UMNO selalu fikir,cakap dan bertindak sudah tidak sehaluan dengan kehendak dan trend anak muda Melayu.

Orang UMNO gagal memahami perbezaan antara kehendak orang UMNO dengan kehendak orang Melayu.

Orang UMNO gagal menerima hakikat bahawa melayu tidak semestinya UMNO.

Bila orang UMNO jadi pemimpin kerajaan, mereka mesti berfikir,bercakap dan bertindak atas kapasiti melayu, bukan UMNO.

Perlu ingat, menang pemilihan UMNO bukan tiket menang pilihanraya, walaupun hampir pasti menang pemilihan UMNO mesti jadi calon pilihanraya.

Sekarang bukan "zaman lembu bertanding pakai lambang dacing" pun boleh menang!( pepatah org kg saya)

A-I-B said...

Hanya orang muda buta(hati) dan pekak(badak) sahaja yang akan menyukai UMNO. Orang siuman tak akan terpedaya dengan dakyah UMNO-BN. Parti najis, nak dekat pun dah trauma pasal berbau busyuk!....

aoazmi said...

Datuk Ron,

Saya melihat kedua-dua calon Naib Presiden UMNO itu terlalu ego dan jumuk dalam penafsiran tentang hala tuju golongan muda. Tiada idea-idea yang jitu dan jelas dalam menjadikan mereka sebagai icon untuk golongan muda. Pentas HUJAH digunakan seperti pak lawak untuk menghentam parti pembangkang bukan menawarkan UMNO yang mahu kepada PERUBAHAN dan menghayati citarasa golongan muda dan rakyat amnya.

Datuk, adakah adil dengan memukul pambangkang di atas pentas UMNO? Itu debat UMNO, bukan berdebat dengan pembangkang.

Saya berpendapat sepatutnya pentas tersebut digunakan untuk menonjolkan diri dengan idealisme, ketokohan, kejaguhan dalam isu demokratik UMNO kemana arah tuju untuk membawa UMNO lebih releven dimata orang ramai bukan menjadikan gelanggang Pak Lawak menghentam orang lain.

Cerita-cerita retorik zaman silam di jadikan modal untuk menjawab persoalan Prof. Agus. Kedua-dua pemimpin ini sebenarnya berhujah semacam pemuda (dengan emosi dan takbur) dan lupa berjuta-juta mata sedang memerhati. Idea-idea lapuk berulang-ulang (macam isu ketaatan kepada raja) sedangkan isu rasuah diselit dibawah tikar walau pun Tan Sri Isa terang-terang melakukannya. Mereka berhujah seolah-olah berdebat dengan pembangkang.

Sayang sekali, ruang yang luas ini tidak dimanafaatkan oleh bakal-bakal Naib Presiden ini untuk menerangkan idealisma masing-masing yang mantap, gitu dan berkesan dihati rakyat.Dato Seri Zahid pula terang-terang membodek Najib sementelah pernah berkhidmat dengan Najib.

Kalau inilah pemimpin yang akan dipilih nanti, saya percaya UMNO akan bermasalah besar dalam PRK dan PRU13 akan datang kerana tidak dalam menyelami hati anak-anak muda yang dahagakan perubahan.

Saya fikir tokoh icon pemuda yang dicari sekarang mungkin seperti Khairi (walau pun ditohmah bermacam-macam oleh pembangkang dan seteru politiknya). Dia mempunyai banyak idea dan kreatif dalan berhujah. Sayang, kiranya tokoh-tokoh seperti ini kalah dalam pemilihan akan datang. Dan satu dua tokoh di Johor yang mempunyai kredibiliti dan idea-idea kreatif dalam merobah UMNO era globalisasi dan mencabar ini.

Orang-orang yang berkrisma mungkin seperti datuk dan beberapa orang lagi biasanya menjadi melukut ditepi gantang dalam UMNO. Mereka hanya berbangga dengan sejarah masa silam yang telah ditelan zaman.

Salam..

Abi Ayyub said...

UMNO ada Ikon ke?

Saya rasa selepas TDM dah tak ada lagi dah. Yang ada sekarang ni sangat lah menyedihkan.

Yang jadi calon KP, satu saja yang belum diuji, yang satu "academic background" kira baiklah, tapi dari segi teori semua okay, tapi bab practical, "evaluate" lah masing masing. tapi yang sorang lagi tu ... entah lah, kalau masih ada yang undi (war chestnya yang besar tu ... kata TDZ) pasti sebab utama, maka beruntunglah UMNO.

Anak Tan Sri Sanusi tu mungkin ada harapan, tapi orang UMNO suka ke "outspoken" young people who says a differing view.

UMNO needs to reform if at all you wants a future.

Maaf lah, bahasa bercampur aduk.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Tan Sri Isa Tenang Dan Berpengalaman.

Malam Rabu tetap dinanti saban minggu di TV9 dekat di hati. Program Hujah malam ini(3Mac 2009)menyerlahkan ketenangan dan pengalaman bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dalam menjawab soalan-soalan panas dan menghiburkan daripada moderator Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff dari UKM.

Walaupun baru lepas daripada hukuman 3 tahun akibat politik wang dalam pemilihan yang lepas, sedikit pun tidak mengentarkan Tan Sri Isa berhadapan dengan orang ramai malah para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO nanti. Jawapan kedua-dua tetamu malam tadi, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Tan Sri Mohd. Isa Samad sedikit sebanyak dapat merungkaikan sedikit persoalan sama ada UMNO masih lagi demokratik atau tidak sebagai sebuah parti politik.

Turut disentuh ialah isu koata yang berkaitan dengan demokrasi dalam UMNO, visi dan misi calon-calon Naib Presiden berkenaan termasuk lah usaha pencarian idola di dalam UMNO sama ada merujuk kepada prinsip perjuangan atau tokoh perjuangan. Krisis politik Perak yang terus menerus mencabar sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan turut diberi perhatian.

Zahid seorang Menteri dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kelihatan sedikit emosi terutama apabila membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan politik semasa Perak. Sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru, penerangan berkenaan dengan proses peralihan kuasa baru-baru ini cukup jelas malah kedua-dua pemimpin UMNO ini mempunyai nada yang sama mengesahkan Kerajaan Perak yang baru dan menidakkan usaha speaker memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri tanpa perkenan Sultan.

Sebagai seorang bekas Menteri Besar selama lebih 20 tahun, Tan Sri Isa cukup bijak bermain dengan hujah berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya yang bukan sedikit. Jawapan Tan Sri Isa sangat mudah difahami, mudah diterima akal, dan disenangi. Golongan muda memerlukan jawapan dan penerangan yang telus dan jelas seperti yang disampaikan oleh Isa yang dulunya bekas seorang guru.

Kedua-dua tokoh bersetuju untuk mendampingi golongan saluran 4 dan 5 yang sekarang ini sedang selesa dengan PR. Bagi mereka berdua, golongan muda ini berada di seberang kerana UMNO lupa untuk mendampingi mereka yang mudah terpengaruh dengan persepsi dan permainan isu secara bijak oleh pembangkang.

Pendek kata, Hujah malam ini terus menarik perhatian penonton kerana UMNO masih lagi diterima sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi selari dengan tujuan dan matlamat penubuhannya. Setidak-tidaknya setelah 4 orang calon Naib Presiden menjadi tetamu Hujah TV9 setakat ini, seorang daripadanya mungkin akan terpilih.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

imah said...

Salam sejahtera semua..

"apakah bentuk ikon dan identiti baru dalam UMNO yang sedang dicari-cari oleh anak-anak merdeka?"

Dato'

1.Saya fikir Dato' sendiri pun akan ribut jika soalan ini diminta Dato' menjawabnya.

2. Jikalah sekarang ini dan sejak lama dulu Dato' berada diluar Umno dan dalam suasana hari ini tiba-tiba Dato' ingin menyertai Umno, apakah tujuan Dato' menyertai Umno?

Sudi kiranya mendapat reaksi Dato'

Wassalam.

Kapak Batu said...

maaf datuk , pada masa zahid hamidi ni emosi lebih dan komen entah apa - apa di jawabnya tetapi sy rasa zahid hamidi ni akan pendapat undi yg paling tinggi dalam naib president, isa samad banyak sgt berdalih bila berkata - kata

Kapak Batu said...

dari segi berhujah saya rasa Datuk Ruhanie jauh lebih baik dari segi memberi pendapat dan berhujah!

Jiwa Merdeka said...

Saya tak tahu bagaimanakah ikon UMNO yang dibayangkan oleh Zshid Hamidi.

Tapi bolehkah salah seorang daripada mereka ini menjadi ikon yang boleh menarik orang muda menyokong UMNO;
a) Khir Toyo
b) Khairi Jamaludin
c) Mukhriz Mahathir

Entahlah.

mad said...

datok walaupun saya tak tengok rancangan tu tapi saya dah dapat bayangkan hujah2 yg diucapkan. tak boleh tidak, menghentam pembangkang juga salah satu menu yg dihidangkan kepada penonton. perbetulkan saya jika saya silap datuk.

malam tadi saya sempat menonton temuramah di tv1 bersama ts muhd muhd taib. mendengar hujah beliau membuat saya merasa seolah2 sedang berada di tahun 70an dulu. kenapa masih lagi bercakap hal membasmi golongan miskin tegar. sepatunya golongan ini sudah tidak wujud lagi selepas 50 tahun negara kita merdeka, dengan hasil bumi yg kaya, khasnya hasil minyak.

satu isu yg turut dibincangkan ialah perihal kemudahan asas seperti api/air yg membuat saya geleng kepala. ts muhd2 taib bertekad semua rumah dalam lingkungan 30km radius dari bandar akan mendapat kemudahan asas ini. apakah masih ada rumah yg tidak mendapat kemudahan asas ini setelah 50 tahun merdeka? 30km radius dari bandar bukannya jauh sangat.

Jutawan CPO said...

Salam Dato,

Saya dr dulu x penah menyokong UMNO kerana UMNO tidak ikhlas dlm memperjuangkan kemajuan bangsa Melayu itu sendiri. NATO.. actionnya lebih menjatuhkan melayu shj. Contohnya.. bab kontrak2 kerajaan(sy bukan businessman)... yg dpt kontrak juta2 adalah org yg sama cuma company yg berlainan. Kekayaan dikaut sendirian tanpa perkongsian bersama rakyat.(Dato bole kaji sendiri). dan bnyak lg contoh2 yg saya rasa Dato sendiri aware akan keadaan itu.

Melihat kepada perkembangan UMNO semasa... lebih parah lg.. kebnyakn pemimpin UMNO sekarang mengamalkan rasuah berdasarkan aduan yg dibuat dan juga pengalaman mereka2 yg berkenaan

Melihat pada Hujah tempoh hari.. pandangan saya adalah.. panelist tidak menjawab soalan secara professional dan wibawa. Melihat pada pemikiran mereka, adakah org ini yg mau diambil menjadi pemimpim?. Adakah rakyat bersedia menghadapi keadaan dimana negara menjadi hura-hara dgn mereka2 ini menjadi pemimpim? Saya rasa Dato lebih layak bertanding jawatan naib presiden dr mereka, jawapan yg tiada isi. Kesian...kesian...

zeme said...

Salam Datuk,

Pendapat saya sebagai seorang anak muda, ikon perlu menjadi idola kepada anak muda berlandaskan asas perjuangan yang terurus. Kalau baik asas perjuangan maka molek lah model pembentukan perjuangan.

Ikon perlu bukan setakat mengajak anak muda menyukai UMNO tetapi lebih utama mengajak anak muda menghayati dan menjiwai UMNO. Sekiranya anak muda memahami landas perjuangan asas UMNO, secara lumrahnya anak muda akan ikhlas menyukai untuk mendokong dan menyokong perjuangan UMNO sebenar tanpa ada prejudis meletakkan kepentingan peribadi sebagai faktor utama.

UMNO sekarang rata-rata dijadikan tunjang dan tunggangan segelintir pihak yang berkepentingan mencari kuasa dan harta. Ikon perlu menjadi titik tolak permulaan sebagai model kepada suatu bentuk proses pembelajaran bermula dengan mengenal sejarah perjuangan asal dan asas UMNO untuk menyemai mentaliti anak muda memikir seterusnya menilai untuk apa UMNO ditubuhkan sebenarnya jika bukan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Wasalam.

ZUL@AJOI said...

salam Dato'..
saya sebagai anak muda ingin tegaskan kepada Dato'..saya langsung tak tertarik hati pada Umno walaupun saya orang melayu..saya yang hidup dikeliling orang umno(kampung saya umno totok:generasi tua)melihat betapa bebal,jumudnya orang umno..tidak boleh menerima hujah orang lain,hasad dengki(paling saya tak suka mereka liat untuk ke majlis ilmu)..bermacam-macam lagi perkara negatif membuatkan saya jadi menyampah..tapi masa sudah berubah Dato..generasi baru bukan lagi seperti lembu dicucuk hidung...