Monday, March 30, 2009

BERSIHKAN KREDIBILITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah pasti akan mengosongkan persada kepimpinan negara. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengisi kekosongan tersebut. Tun Dr Mahathir Mohamad pula menghadirkan diri di Perhimpunan Agung UMNO dan diberi penghormatan sewajarnya. Semuanya adalah petanda awal bahawa UMNO akan pulih dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun segolongan generasi muda tetap belum berpuas hati. Mereka masih mempersoalkan kredibiliti kepimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Mereka tidak dapat merasionalkan bagaimanakah individu yang sudah jelas dijatuhkan hukuman kerana politik wang diberikan tempat tertinggi dalam hiraki kepimpinan berkenaan.

Lantas golongan ini pun mendesak pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang sudah berikrar untuk memulihkan UMNO supaya bertindak tegas menyelesaikan masalah kredibiliti ini. Mana-mana anggota UMNO yang sudah dijatuhkan hukuman baru-baru ini hendaklah disiasat secara rapi oleh SPRM.

Jika tidak, soal kredibiliti dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan UMNO seluruhnya akan menjadi kanser yang akan menjejaskan seluruh perjuangan memulihkan parti. Ini kerana majoriti pengundi dalam PRU13 kelak adalah generasi muda yang masih muak dengan sesetengah individu tertentu dalam kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mutakhir.

Moga-moga suara generasi muda ini mendapat tempat di hati Najib dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin. Moga-moga selepas ini akan berduyun-duyun anak-anak muda kita yang selama ini berada di luar pagar kembali untuk sama-sama memperkasakan UMNO.

Nota: Saya tidak bertanding MT UMNO sebab tak cukup dua pencalonan untuk memenuhi kuota. Kepada sahabat-sahabat yang tertanya-tanya, itulah jawapannya. – Ruhanie Ahmad

33 comments:

PARPUKARI said...

SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN PANDANGAN DATUK INI!

PLEASE DATO SERI NAJIB AND TAN SRI MUHYIDDIN, DO SOMETHING ABOUT IT!

Melayu Sejati said...

Salam Datuk,

1. Bukanlah niat saya untuk mempertahankan KJ dan sayap Pemuda UMNO.

2. Saya rasa kredibiliti sayap-sayap UMNO lain juga perlu dibersihkan.

3. Apakah Datuk fikir sayap-sayap seperti Puteri, AMT, Naib Presiden, Tim Presiden dan Presiden...semuanya telah suci dan bersih?

http://melayusesat.blogspot.com

Keplu Look said...

Memang la sayap2 lain dan mt juga diragui berpolitik wang..tapi pemuda memang dh terbukti..mintak pihak sprm bertindak...

Anonymous said...

Salam Dato'.

1.Buatlah macamana pun,rakyat sudah tidak mempercayai UMNO lagi.Bukan hanya sayap pemuda sahaja tapi keseluruhannya.
2.Dipenamaan calun Bkt Gantang ,ditafsir dari sokongan kePR kepada Nizar nampaknya BN sudah kalah dipusingan pertama .Ini menunjukkan bahawa persepsi rakyat kepada UMNO masih tidak berubah kini dan selamanya.
3.Rasuah adalah parti UMNO dan UMNO adalah parti rasuah

Quantum Metal Consultant said...

Kesilapan berlaku pada pihak Jawatankuasa Disiplin yang double standard apabila membenarkan KJ bertanding walaupun didapati bersalah.

Adat pertandingan, KJ menang kerana diberi peluang bertanding, dipilih kerana dia ada penyokong, undi simpati dan selebihnya undi beli.

Jika UMNO gagal selesaikan masalah dalaman sekecil ini, mana mungkin UMNO mampu menyelesaikan masalah negara dan masalah global yang diluar jangkauan dan penguasaaannya.

antubiul said...

Bukan saa Ketua Pemuda, Noh Omar dan MT yang lain juga perlu di siasat secara rapi. MT 2009 dan UMNO youth tak nak kredibility. Yang boleh di harap cuma orang seperti Datuk Mustapha dan Naib Ketua Pemuda Rozali. Yang lain lain tu ntah lah

Unknown said...

If you believe in healthy intellectual discourses, thus enjoy 3 views on what actually happening in Perak; is there a crisis or not?

Mr. Ragunath Kesavan
Professor Dr Shad Faruqi
Datuk Muhammad Shafee Abdullah

Watch HUJAH, TV9 TUESDAY 9PM

Unknown said...

Bukan sahaja Pemuda UMNO perlu dibersihkan tetapi juga UMNO keseluruhannya termasuk ahli-ahlinya. UMNO tidak boleh berfikir dalam ruang lingkup UMNO semata-mata. Kalau UMNO mahu terus relevan, maka UMNO perlu dekat dengan hati rakyat.Untuk berada dekat di hati rakyat, maka UMNO kena tahu apa yang rakyat mahukan. Seterusnya UMNO kena memenuhi kemahuan ini. Kalau sudah diusahakan dan pemimpin-pemimpin yang berkaitan masih lagi berada jauh dari hati rakyat, maka pemimpin-pemimpim berkenaan perlu berundur tanpa menunggu tempuh masa yang panjang. Isu utama sekarang ialah isu kepimpinan.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Menang Tak Menang Semua
(kita menang yang penting-penting)

3 pilihan-raya kecil yang sedang berjalan boleh dijadikan kayu ukuran tetapi bagaimana hendak di buktikan yang KJ tidak di terima rakyat dan bukan UMNO atau BN?

UMNO besar kemungkinan menang di Bukit Gantang dan BN perlu menang di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Calun-calun yang bertanding di atas tiket BN mestilah di terima masyarakat kawasan masing-masing.

Apa peranan yang dimainkan Pemuda KJ di kawasan yang menang dan di kawasan yang kalah?

Bukit Gantang akan merupakan medan yang sengit untuk UMNO daripada untuk BN. UMNO atau PAS yang relevan di Bukit Gantang.

(walaupun Bukit Selambau keberangkalian BN menang adalah lebih besar dari di UMNO menang di Bukit Gantang. UMNO tiada pilihan)

wira said...

Datuk Ron,

Tidak mengapa kalau Datuk tidak didalam MKT. Datuk masih boleh berinteraksi dan memberi pandangan melalui blog ini. Saya yakin suara Datuk lebih berkesan melalui blog ini.

Secara jujur tim DSNR dan TSMY insya Allah akan membersihkan laluan yang telah tercemar oleh PRU12 yang lalu. Semuga barisan pemimpin yang baru ini menyuntik semangat baru kepada pemimpin pemimpin muda didalam meneruskan perjuangan yang telah dizahirkan oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.

Unknown said...

Salam Datuk,

Tun Mahathir pernah berkata seorang pemimpin itu mestilah tidak hanya bersih, malah perlu kelihatan bersih pada pandangan umum.

Saya tidak nafikan ada pemimpin UMNO yang bersih, tetapi malangnya telah kelihatan kotor pada pandangan umum. Oleh itu umum telah melabelkan bahawa UMNO = RASUAH. Maka suka atau tidak, mereka yang bersih turut terpalit sama. Malah sangat ramai yang meragui tahap 'kerbersihan' DS Najib.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Apa Tindakan Presiden
(siapa yang melaksanakannya)

Presiden UMNO baru telah pun berucap dan juga Menteri Kewangan merangkap di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-59. Alhamdulillah.

Persoalan sekarang dibalik setimbun pertanyaan tentang pengurusan negara, belajawan di kepala terhormat Presiden hendaknya bagaimana UMNO bermula 'educating KJ' dan bersihkan kredibility pergerakan Pemuda UMNO? Mampukah Presiden menanganinya berserta penasihat Pemuda?

Apa kata Presiden?
Apa kata Majlis Tertinggi?
Apa kata negarawan-negarawan UMNO?
Apa kata ahli UMNO di Bukit Gantang? Ahli pewakilan Pemudanya?

Heran juga ada pihak yang kata KJ tidak jejas kredibiliti Pemuda mahupun UMNO dan tidak menjejaskan kewibawaan Barisan Nasional.


Persoalan ini juga akan bangkit di Bukit Gantang dan apa benar calun BN orang Bukit Gantang dan kenal selok belok pancaroba hidup mereka? Sedangkan calon PAS jatuh menteri ditimpa tangga dan seorang calun belum pasti dapat perkenan sultan.

Dan berbalik kepada renungan kita - dan apalah kiranya berbanding pemikir-pemikir bangsa di dalam dan luar UMNO; sekiranya Sdr Razali memangku ketua Pemuda apakah lancar pergerakan Pemuda terbit juga persoalan ini?

Transformasi ajaib ialah dari jahil ke taqwa kepada illahi - allahu ahad tuhan muhammad dan selawat dan salam atas junjungan kita Tho-Ha dan sekarang UMNO sudah ada dua orang negarawan tersohor.

MAHANOR SALEHA said...

PKR Kedah goyang kerana Anwar tikam belakang ketua cawangan Jerai

http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/pkr-kedah-tenat-anwar-tikam-belakang.html

pakbelalang said...

In politics no matter how high your intellectual capacity is, it does not mean anything at all if you do not have high moral background.

KJ is seen not to have this basic attribute as a leader.

I simply cannot comprehend why he won the contest for Ketua Pemuda if not because of his involvement in money politics. In fact, he was found guilty.

It is beyond my imagination for a person struggling to get himself qualified to be nominated and just managed to scrape through to be eligible finally won the contest.

pakbelalang said...

Pak Lah said why KJ won because he work hard. What an excuse !! Don't tell me being a Prime Minster he is so naive and gullible not to know what is really happening on the ground.

Takkan begitu "pekak, buta dan tuli" sangat Pak Lah hinggakan tidak mahu menerima hakikat bahawa menantunya memang "dajal".

pakbelalang said...

Mungkinkah Najib akan mengambil risko yang tinggi melantik KJ sebagai ahli cabinet?

Jika ini berlaku saya rasa sepetah kata Tun M Najib akan gantung dirinya sendiri.

Pasti cabinetnya akan dianggap sebagai cabinet "pariah", cabinet "haprak" atau cabinet "HP6".

Kemungkinan juga Najib akan hanya merasa jadi Perdana Menteri setakat tiga tahun sahaja. Perdana Menteri yang paling singkat sekali memegang jawatan.Tak sempat Rosmah nak buat "Rose Garden" di Seri Perdana. kah, kah, kah !!

Unknown said...

Selagi Tun Mahathir masih hidup selagi itulah beliau masih berkuasa. Walaupun tidak duduk di atas kerusi PM tapi beliau masih mengatur perjalanan politik negara ini.

PM yang tak sehaluan dengan beliau tentu tidak akan tenteram dibuatnya.

keris panjang said...

Salam Datuk,
Saya yg dh nk kerepot ni pun tak puas hati dgn kemenangan kj, apa lagi orang muda..

Nak tanya dgn 304 pemuda tu, dekat hati kecil awak ada tak terselit sedikit rasa bersalah/berdosa. Jika awak tak rasa apa2, teruskan lg hingga akhirnya berkat doa org teraniaya, awak akan terterjun ke jurang dalam penuh onak. Jika awak ada terasa bersalah, baiklah bertaubat nasuha dan hentikan perbuatan keji awak itu.

zeme said...

Salam Datuk,

Pada pandangan saya sebagai salah seorang Pemuda, perkembangan dalam kepimpinan baru Pemuda UMNO bukan sesuatu memeranjatkan. Kemenangan Khairy adalah bonus kepada beliau kerana bertanding atas status bekas Naib Ketua Pemuda, inilah kelebihan sebenar Khairy kerana beliau sudah mempunyai penyokong tegar yang telah digenggam pegang sejak beliau menjawat Naib Ketua lagi.

Di sini silap dan kurang bijak adalah strategi percaturan kerana wujud pertandingan 3 penjuru menyebabkan undi pecah. Sekiranya pihak penyokong Khir dan Mukhriz tidak ingin melihat Khairy memegang tampuk Ketua Pemuda, kenapa kedua-dua pihak ini (Khir dan Mukhriz) tidak berkompromi saja? Biarkan hanya salah seorang bertanding melawan Khairy. Sekiranya undi yang diperolehi oleh Khir (254 undi) dan Mukhriz (232 undi) dijumlahkan (486 undi) sudah jelas Khairy (304 undi) akan tewas dengan majoriti tinggi dan tidak akan memimpin Ketua Pemuda. Sebenarnya inilah tuntutan pengorbanan salah satu pihak baik dari Khir atau Mukhriz yang perlu sekiranya itu jalan terbaik untuk menyekat kemenangan Khairy namun mereka tidak bijak untuk berkompromi. Sekiranya 2 orang melawan seorang dan tetap kalah kemanakah kekuatan sebenar calon terbabit? Inilah strategi yang perlu digunapakai semasa pertandingan baik dalam pilihanraya sekalipun.

Sekurang-kurangnya Khir boleh mengundur diri bertanding Ketua Pemuda dan biarkan Mukhriz berentap melawan Khairy satu lawan satu atau Mukhriz yang berkorban memberi laluan menyokong Khir.
Kita lihat sahaja bagaimana kelebihan pertandingan 2 penjuru bagi Naib Ketua yang dimenangi oleh Razali mengalahkan Rizal Merican yang dikategori sebagai proksi Khairy.

Kita tidak boleh nafikan kemenangan Khairy kerana dia bijak untuk menumpukan kepada perwakilan yang mengundi kerana undi perwakilan adalah yang penting meskipun semasa pencalonan beliau menduduki tangga tercorot. Silapnya adalah perlembangaan UMNO yang tidak dipinda awal berkaitan proses pemilihan jawatan-jawatan UMNO. Sekiranya ahli UMNO sedar kesannya kenapa tidak dilakukan EGM untuk meminda kaedah pencalonan dan pemilihan parti sebelum PAU diadakan sekiranya itu jalan terbaik untuk mengatasi soal politik wang.

Wasalam.

ChengHo said...

Pemilihan sudah di buat apa keadaan pun KJ telah dipilih olih perwakilan untuk menjadi KP
Cara yg terbaik adalah KJ tidak dilantik dlm apa juga jawatan kerajaan biarkan KJ menumpukan usahanya untuk pemulihan pemuda lambat laun pemuda akan menerima nya secara total
Lantikan yg penting sekarang adalah ketua perhubungan negeri negeri jangan lagi dilantik MB/KM negeri berkenaan lantiklah ahli MKT dari negeri lain menjadi ketua perhubungan di negeri yg lain dgn ini kuasa mutlak negeri negeri tidak berada ditangan MB/KM
Satu lagi jawatan yg amat mustahak adalah Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja Umno lantikan perlu menggambarkan perubahan didalam Umno mistilah dilantik calun yg bersih ,cekap dan perpengalaman Rais yatim dan Nazaruddin Alang Saidin bolih diketengahkan..

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Kita boleh tunggu samada UMNO boleh membersihkan perkara yang berbangkit ini ataupun kita tunggu rakyat yang akan membersihkannya nanti... terpulang...

tok iskandar said...

Pak Lah lancarkan projek Puncak Baru di Kampung baru bertujuan nak bangunkan Kampung Baru.Licikkan UMNO.Ayam bagi kat rakyat tapi tanah rizab Melayu dirampas perlahan-lahan daripada penduduknya yang majoritinya orang Melayu.Pakatan Rakyat kena bantah tindakan kerajaan UMNO-BN ini.Dulu almarhum Sultan Selangor pernah membantah tindakan kerajaan UMNO-BN untuk mengambil tanah Kampung Baru atas alasan pembangunan.

Sejuta hektar tanah rizab Melayu telah dirampas kerajaan UMNO-BN setakat ini atas alasan pembangunan.Agaknya kerajaan UMNO-BN suka tengok Melayu merempat sudahlah bahasa Melayu kena jual.

Dah tak ada alasan untuk rakyat menerima UMNO

Unknown said...

Salam Datuk..
Saya ahli UMNO berumur 21thn amat gembira apabila KJ menang kerana ini terbukti bahawa KJ memang terlibat rasuah.Jika Datuk Ali Rustam boleh dikenakan tindakan,mengapa tidak KJ? Diharap selepas ini KJ akan menerima nasib yg sama seperti Tan Sri Isa Samad.KJ naik terlalu pantas & akan jatuh juga dengan pantas...

aoazmi said...

Assalamualaikum Datuk!

Intergriti KJ semua orang tahu, tetapi sebenarnya UMNO perlu di intergritikan itulah hakikatnya kalau mahu UMNO itu masih releven. Kalau tidak, UMNO jadi satu lagi bahan sejarah!

Orang muda dan orang kampung melihat UMNO itu terlalu elit. Lihat sahaja gaya hidup orang-orang UMNO. Cuba ubah pendekatan gaya hidup hebat ini. Tak payahlah saya sebut apa itu hebat, semua orang faham.

Satu lagi, isu rasuah itu merupakah 'kanser' fasa terakhir yang perlu komitmen yang gitu untuk membenteraskannya. Apa yang berlaku hanya 'hanya hangat-hangat tahi ayam'. Tubuh SPRM, body masih orang lama diperingkat executive. Otak masih sama. Begitu juga cara bertindak berpilih-pilih. Orang ramai masih berpersepsi yang SPRM tiada integriti. Ini yang orang bawah nampak sekarang. Begitu juga yang berlaku kepada Badan Disiplin UMNO itu.

Siapa tak sayang UMNO kerana sudah berjasa lebih 50 tahun. Bagi orang bawahan, senang jawapan. Tanggung-jawab. Macam bapa dengan anak. Kalau kita semai benih yang baik, kita dikurniakan anak yang berjasa kepada ibu bapa. Kalau tidak, sebaliknya. UMNO juga begitu, perlu menerima hakikat sekiranya rakyat tiada lagi bersama-sama dek kerana segelintir golongan-golongan elitnya yang ego dan tidak mesra rakyat. Tengok sahaja semasa berjabat tangan pun tak pandang muka! Perkara kecil begini pun boleh menjadi persepsi yang jelas kepada rakyat kerana ia berkait rapat dengan 'attitude' sesaorang pemimpin UMNO.

Satu lagi bagaimana UMNO dapat menepis persepsi rakyat tentang integriti buruk bakal PM kita nanti. Adakah sekadar menjawab itu hanya fitnah atau membuat seribu kali penafian. Atau gantung sahaja akbar-akbar pembangkang. Bagaimana dengan arus maklumat atau tomahan dari blog-blog, akbar-akbar luar negeri yang mungkin memberi persepsi yang salah dengan bakal PM kita sekarang? Adakah cukup dengan trend defensif sekarang. Ini semua perlu dijawab dengan jelas dan telus. Rakyat mahu mendapat penjelasan mengikut fakta dan bukti penafian.Rakyat sekarang sudah bijak. Banyak sumber maklumat alternatif boleh didapati.

Kalau UMNO mahu bersih, pertama harus bersihkan dulu nama orang nomber satu itu. Yang lain akan menyusul kemudian. Soalnya, bolehkan UMNO berubah kearah itu? Cukup sahajakah dengan penafian demi penafian. Atau sahaja buat-buat tak nampak? Wallah...

slyderrose said...

Pembersihan perlu dilakukan bermula dengan pemuda umno. Lihat saja di hari penamaan calun bagaimana pemuda2 umno mengejar mpv Karpal Singh dan membaling botol-botol. Nasib baik himpunan PR di seberang padang sana, kalau tidak mungkin pasti kecuh.

Apa pun leadership by example. Kalau nak organisasi yg berwibawa, kenalah cari kepimpinan yg berwibawa juga. Akhlak mesti baik. Bukan korup dan merampas hak orang lain.

Fauzi said...

Salam Datuk...
1. Suka sangat saya dengan pandangan pandangan Datuk.
2. mengenai Pemuda.. saya harap pucuk pimpinan parti dapat buat sesuatu.
3. Teruskan usaha datuk...

pakbelalang said...

Semua Exco Pemuda yang baru dilantik patut buat "vote of no confidence" terhadap Ketua Pemudanya yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Parti kerana mengamalkan politik wang.

Apa gunanya bersubahat dengan Ketua yang mengamalkan rasuah. Mana mertabat dan moral ahli-ahli Pemuda UMNO bersekongkol dengan Ketua yang tak bermaruah dan perasuah.

Jika semua ahli-ahli pemuda UMNO melalui exco baru mereka tidak membuat sesuatu terhadap Ketua mereka supaya didesak letak jawatannya maka bolehlah kita sifatkan bahawa Pemuda UMNO adalah sayap UMNO yang tidak ada moral dan credibility. Sayap haprak dan HP6 !!

Inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan kepincangan yang berlaku dalam UMNO. Jika tidak dilakukan dan bertindak dengan tegas maka harapan dan cita-cita hendak membuat perubahan besar dalam UMNO untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO hanyalah angan-angan dan omong-omong KOSONG sahaja.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Siapa Nakhoda Cekap
(siapa penumpang yang pintar terredha)

Bagaimana pula kredibiliti Lembaga Disiplin Dan Tatatertib UMNO?

Bolehkah anda Sdr Ruhanie perpanjangkan pertanyaan saya kepada negarawan-negarawan UMNO, Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi?

(bagaimana sistem organisasi parti politik yang berjaya yang UMNO boleh buktikan keberkesanannya? rasuah itu bukan budaya muslim apabila kita memperkatakan tentang norma-norma dan nilai-nilai melayu, mas)

Penggali Kubur said...

Salam Datuk Ruhanie,

UMNO sekarang ibarat...

Mulut kata nak bersihkan rumah, dalam masa yang sama bawa masuk SAMPAH.

Nak tarik golongan muda??? Maaflah... PEMUDA pun RASUAH!!!

Kemenangan KJ seperti membuat "tattoo" COP RASUAH di dahi UMNO...

Ali Rustam masih jadi KM walaupun rasuah.

Rasuah bukan masalah dalaman parti, ia masalah RAKYAT MALAYSIA sebab pemimpin UMNO pegang jawatan dalam kerajaan.

Selagi SAMPAH tak buang, sembang pasal perubahan pun tak guna. Retorik.

UMNO jangan ingat orang Melayu bodoh hingga terpaksa undi perasuah atas dasar 'hidup Melayu'.

UMNO dah terlampau sinonim sangat dengan RASUAH sekarang ni. Rakyat Malaysia pun dah arif sebab UMNO pun dah terang-terangan RASUAH.

UMNO = RASUAH
(Bukankah tak jauh bunyinya?)

Mungkin DBP boleh masukkan dalam KAMUS DEWAN perkataan "umno" sebagai perkataan baru yang bermaksud "rasuah".

Kami tidak mahu anak cucu kami disusahkan oleh pemimpin rasuah.

Salam.

pakhashim said...

I think not just Pemuda corrupted BUT the the whole organisation corrupted because most of them involved in this practice. For those who are spare from this ugly practice they were failed to react accordingly to clear the party's name.

For me UMNO dah PARAH.......

Kawanlama said...

Datuk dan Saudara Pembaca Sekelian,

Saya begitu tertarik terhadap pandangan-pandangan yang kesemuanya tidak ke arah menerima keputusan ke atas pemilihan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini.

Inilah tabiat orang-orang kita, kononnya terima segala keputusan yang dibuat oleh badan disiplin UMNO yang diterajui oleh YM Tengku AR, tetapi hanya terima sebahagian dan tidak mahu menerima keputusan yang tidak berpihak kepada kumpulan yang berkepentingan.

Saya fikir para pengundi muda UMNO telah menunjukkan kebijaksaan mereka dalam menentukan keputusan yang dalam suasana kekangan dan terpaksa memilih di kalangan mereka yang bermasalah, mereka yang semuanya terlibat dan pencetus kepada pelbagai permasalahan kepada UMNO dan negara ketika ini.

Justeru itu para pemuda UMNO telah memilih seseorang yang difikirkan akan mengurangkan tahap kemudaratan kepada UMNO khususnya, dan negara amnya.

Berasaskan kadar kemudaratan yang mungkin ditimbulkan sepertimana berikut:-

o Datuk Mukhriz adalah sebagai penjelamaan semula Tun Mahathir, dan oleh kerana rakyat tidak mahu lagi melalui suasana 22 tahun di bawah cengkaman TDM, keputusan pemilihan tidak ke arah Datuk Mukhriz, dan rakyat tidak mahu mengambil risiko sebegini lagi. Tidak mungkin Datuk Najib dan TS Muhiyidin bebas dapat mengawalnya dengan kehadiran TDM;

o Datuk Khair Toyo pula penuh dengan permasalahan semasa pemerintahah di Selangor dan seharusnya amat berisiko tinggi jika beliau terpilih. Tetapi kadar kemudaratannya adalah tidak terlalu teruk sekiranya dibandingkan dengan keadaan yang mungkin wujud jika Datuk Mukhriz terpilih;

o Untuk Saudara Khairy, saya berpandangan yang para pemuda mengambilkira risiko yang wujud adalah terkawal. Seharusnya jika diberikan peluang, corak kepimpinan beliau yang akan sentiasa terkawal di bawah Datuk Najib dan Tan Sri Muhyidin kelak.

Atas dasar 2 faktor ini, Pertama: Pemilihan terpaksa dibuat di kalangan mereka yang bermasalah dan bukan terbaik dan Kedua: mengambilkira kemungkinan kadar kemudharatan yang boleh diwujudkan oleh ketiga-tiga calun pemuda itu kelak, maka perwakilan Pemuda UMNO telah membuat satu keputusan yang bijaksana demi kepentingan negara agar Datuk Seri Najib dan TS Muhyidin dapat mentadbir negara bebas daripada apjua gangguan selepas ini.

Percayalah, untuk kebaikan semua pihak Khairy seharusnya perlu melalui "cooling off period to allow a compromise to be reached and hope at last our common sense should prevail, isn't it?"

pakbelalang said...

Sdra hussein,

Your argument is quite sensible. No doubt he won the contest but with only 38% support from the delegates who voted him, do you think he would be able to close rank and rally support from the rest. So now we have to observe what he can do to get the trust and respect from UMNO youth members.

inderaloka said...

Rasuah di dalam Umno telah menjadi barah yang sukar diubati lagi.