Tuesday, March 24, 2009

PENYOKONG ALI RUSTAM KE MANA UNDINYA?

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Pesiden UMNO kini hanya antara Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Setelah Datuk Seri Ali Rustam dilarang bertanding bagi jawatan ini atas kesalahan politik wang, siapakah yang akan jadi pilihan penyokong-penyokong beliau?

Persoalan ini rumit untuk dijawab secara tepat. Ada pihak mengatakan para penyokong Ali akan memberikan undi mereka kepada Muhammad atas dasar marah dan protes kepada keputusan yang dikenakan ke atas Ali. Ada pula pihak meramalkan undi para penyokong Ali akan terbahagi dua – kepada Muhyiddin dan Muhammad. Lebih serius lagi, ada juga pihak mengatakan kini terdapat arahan tertentu supaya seluruh penyokong Ali mengundi bukan Muhyiddin.

Di sini saya siarkan dua komen Pak Belalang yang dikirimkan ke blog ini mengenai perkara di atas seperti berikut:

Komen satu: Sah. Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan terbuka menyokong Najib dan Muhyiddin. Saya rasa ini adalah sokongan seikhlas-ikhlasnya dari ayahanda negarawan kita Tun Dr Mahathir. Adalah diharapkan bahawa perwakilan dapat merealisasikan kehendak Tun Dr Mahathir ini.

Inilah harapan terakhir bagi UMNO untuk dipulihkan semula martabatnya supaya rakyat kembali menyokong parti keramat UMNO ini demi untuk kesejahteraan orang Melayu masa depan. Kita tidak ada pilihan lagi. Perjuangan mesti diteruskan tanpa ada kepentingan diri. -- 12:43 PM

Komen dua: Last call untuk perwakilan UMNO. Pilihlah pemimpin yang bijak dan amanah menjalankan tanggungjawab untuk memperjuangkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Sebelum mengundi dan untuk mententeramkan jiwa supaya dapat memilih pemimpin yang tepat, saya sarankan supaya perwakilan membaca surah al-baqarah ayat 18. -- Shummun bukmun 'umyun fahum laa yar ji'uun! (Mereka tuli, bisu, buta, maka mereka tidak dapat kembali (ke jalan yang benar). - 10:44 PM

Fikir-fikirkanlah. Kepada Allah Berserah! – Ruhanie Ahmad

55 comments:

kluangman said...

Setiap syiling ada dua muka dan adat pertandingan pasti ada yang menang dan tewas.

Cuma buah dadu Ibrahim pendek dalam ali baba 40 penyamun sahaja yang berjumlah dua di setiap muka dan sebab itulah 'mari kila lihat siapa yang kena'

Penipuan yang licik dan terancang pasti meninggalkan kebenaran yang hanya berharap nasib tetapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Walaupun UMNO sudah makin dikatakan tidak relevan dan beban kerja besar yang menunggu, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada KJ, KT dan MM yang masih mahu menawarkan diri untuk merebut tugas tersebut.

Tahniah dan syabas juga atas semangat dan iltizam Mat Taib dan Muhyiddin menawarkan diri untuk berganding bahu dengan Najib dalam terus mentadbir parti dan negara.

Tahniah dan syabas kepada Ali Rustam dan Norza yang akur dengan kesilapan dan keputusan.

Tahniah dan syabas kepada perwakilan yang akan membuat pilihan dan keputusan majoriti diharapkan bersandar kepada parti itu lebih penting dari peribadi.

Kita berharap, sesiapa sahaja yang memang samada Mat Taib atau Muhyiddin, KJ, KT atau MM menanglah dengan majoriti yang banyak supaya mesej pilihan perwakilan cukup jelas untuk diterjemahkan kepada rakyat.



Ia akan menjadi indikator di dalam pilihanraya kecil terdekat dan PRU13 nanti.

Tahniah dan syabas juga kepada pembangkang kerana memberi persaingan dan kangkangan walaupun ada yang tidak matang, secara tidak langsung menyedarkan pemimpin UMNO untuk kembali kepda perjuangan.

Tahniah dan syabas juga kepada pelayar blog yang berbeza pendapat dan terimalah habuan masing2 jika ada fitnah dan dusta.

sangkakala said...

Salam,

Saya rasa sokongan Tun Mahathir kepada Muhyiddin ialah sokongan seorang yang tidak ada kepentingan.Jadi pandangan beliau memang wajar dipertimbangkan.

Tentang Muhammad Md.Taib saya kira sikap orang UMNO terhadap beliau akan membayangkan sikap orang UMNO terhadap rasuah. Sekiranya, orang UMNO menyokong beliau, maka berertilah orang UMNO sebenarnya tidak membenci rasuah. Bagi mereka yang berkenaan, rasuah agaknya adalah satu perkara biasa, dan bukan perkara yang memudaratkan parti dan negara.

Jadi siapakah yang akan disokong oleh penyokong Ali Rustam?

Jejakasuci said...

Assalamulaikum

Semoga perwakilan UMNO cerdik membuat pilihan. Mengapa perlu dipeningkan kepala untuk memilih antara yang dah jadi ahli Parlimen dengan yang berstatus senator.Mereka ini akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. UMNO perlu kekuatan dan tidak perlu banyak kerenah sekarang. Buatlah pilihan secara mudah.

Selamat Bersidang....

Mohd said...

Sir,

I don't know whether you have read or not, but somehow, I'm feeling that I must shown this excerpt here; from Kadir Jasin blog:-


"Pertimbangan Memilih Pemimpin

Mungkin syarat-syarat berikut boleh dijadikan panduan kasar oleh perwakilan dalam membuat pengundian Khamis ini:-

1. Tolak calon yang pernah didapati bersalah melalukan rasuah oleh Lembaga Disiplin;

2. Tolak calon yang didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia;

3. Tolak calon-calon yang pernah terbabit dengan kes-kes jenayah dan salah laku seks, sama disabitkan kesalahan atau tidak atas prinsip pemimpin bukan sahaja wajib bersih tetapi wajib nampak bersih;

4. Berhati-hati terhadap calon-calon yang disyaki mengamalkan rasuah dan sedang disiasat;

5. Pilih calon-calon yang terbaik;

6. Pilih yang agak baik daripada kalangan yang tidak baik;

7. Pilih calon-calon yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja; dan

8. Pilih calon-calon yang boleh mewakili parti dan negara di majlis kecil di kampung terpencil dan sidang kemuncak antarabangsa di merata dunia."

And, in response with your earlier article, UMNO don't need to change- the leaders who need to change and the followers mentality need to change.

p/s- Think 'Chaos Theory' : theory of apparent randomness: a theory that complex natural systems obey rules but are so sensitive that small initial changes can cause unexpected final results, thus giving an impression of randomness. See also butterfly effect.

The, current set back in the PRU12, go back to the 'Power Law' concept. (Check wikipedia on this one)

ChengHo said...

Melihat forum terbuka secara lintas lansung di Awani malam tadi dapat dilihat bagaimana 2 orang calun Tim Presiden artikulasi idea dan pandangan mereka untuk bergerak kehadapan bukan sahaja untuk Umno malahan untuk keseluruhan rakyat dan negara
Tidak syak dan tidak perlu was-was lagi TS Muhyiddin Yassin adalah gandingan yg sesuai untuk Dato Najib
Untuk Calun VP Rais yatim dan Shafie Afdal perlu dikolompokkan sebagai VP Umno
Calun ke 3 VP Umno adalah di antara
Zahid Hamidi dan Syed Hamid
Memandangkan Syed Hamid lebih berpengalaman dan senior dari Zahid perwakilan perlu memilih Syed Hamid
Perwakilan jgn lupa pesanan Tun M pilihlah calun yg bukan sahaja bersih TETAPI misti nampak bersih
Najib memerlukan pasukan yg beraklak bersih dan mempunyai idea -idea yg besar

amirhamzah64 said...

salam Datuk,

KALAU saya penyokong DS Ali :

1. Terima dan Redha DS Ali memang tidak boleh bertanding bagi musim ini.
2. Mencari pilihan kedua terbaik selepas DS Ali tanpa melibatkan emosi yang tidak stabil tetapi kepada kerasionalisme dan kewarasan akal fikiran.
3. Memikirkan sejenak keperluan kepimpinan UMNO yang boleh berganding dengan DS Najib bagi menghadapi kemelut dalaman parti dan juga serangan-serangan daripada pihak pembangkang dan ancaman luar yang lain.
4. Merujuk kepada sokongan dan pandangan bekas-bekas pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir.
5. Membaca kehendak dan harapan DS Najib tentang pemimpin yang boleh membantunya.

terima kasih

Benteng Negara said...

Assalammualaikum Dato',

Mai join Gerak Saraf: ''Wang? atau Bangsa?''

Rocky dan Zakhir@BigDog dah join..

Boleh dapat logo disini:

http://bentengnegara.blogspot.com/2009/03/kempen-wang-atau-bangsa.html

Kalau rakan2 Dato ada sumber kewangan, boleh cetak dan edarkan di PWTC terutama sekali para perwakilan.

Sekian.

The Infinity said...

Selamat Berjuang dalam Perhimpunan Agong UMNO. Semoga apa yang terjadi menginsafkan perwakilan dan seterusnya menjadikan Parti Keramat Orang Melayu ini bebas sepenuhnya dari Politik Wang.

Semoga UMNO terus berjasa untuk orang Melayu dan Malaysia

pendekar bukit said...

Bukit Selambau anak tiri Pembangkan, read it here

http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/bukit-selambau-anak-tiri-pembangkang.html

menyegar said...

Rakyat sedang melihat PAU kali ini dengan penuh perhatian.Kerana pemilihan kali inilah yang akan menentukan sama ada UMNO masih relaven atau tidak.Jika perwakilan memilih calon yang tidak bersih rakyat akan menilaikan UMNO memanglah parti yang memang mengamalkan politik wang.Dengan ini sudah pasti rakyat tidak lagi akan memilih UMNO didalam pilihan raya ke 13 nanti.Peringatan untuk perwakilan.Jika rakyat menolak UMNO siapalah kamu?.

BoyDontUcry said...

Perhimpunan Agong UMNO kecoh

Madam Curi said...

Dear Datuk Ron,

We have been talking about the Muhyiddin vs Mat Taib in our coffee club. We reckon UMNO/Malaysia will move forward if we have Muhyiddin to support Najib. Hopefully the delegates will listen to TDMahathir and the wishes of the rakyat.

pakbelalang said...

Saya sangat bimbang tentang kewarasan perwakilan UMNO yang akan memilih pemimpin UMNO dalam perhimpunan nanti.

Harap-harap mereka tidak haprak dan HP6 dalam membuat pilihan barisan baru pemimpin-pemimpin UMNO.

Inilah peluang terakhir untuk perwakilan membetulkan UMNO yang dah jadi kelam kabut hasil dari kelemahan kepimpinan Pak Lah.

I have no malice against Pak Lah personally, but I am more concerned about the future welfare of the Malays, the future of my anak cucu.

There is no other party not even PAS that can replace UMNO in terms of its struggle for the Malays. Now the party is in a mess because for 5 years Pak Lah failed to strengthen the party instead he made UMNO going to the dogs.

Pak Lah is totally blank. He had no vision at all. The ideas that he projected thus far were all "cut and paste" ideas !! Not original.

That is why he could not express his so-called ideas confidently and found difficulty to turn his ideas into reality. He could not grasp the ideas being fed to him.

Looking at the mess which UMNO is facing now, how I wish to change my loyalty to be a sympathiser of PAS but I still feel PAS is rather introvert in its principles and outlook. It doesn't gel with my way of thinking. So now I have no choice but to keep my fingers crossed with the hope that UMNO will turnaround its fate from "red to black".

As for PKR, well, this party is a "fly by night" party with no principles at all. Its main objective is to promote Anwar Ibrahim's ambition to be a Prime Minister, nothing else.

pakbelalang said...

PM Wants People To Grow Herbs For Their Many Benefits



PUTRAJAYA, March 21 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today urged the people to make growing herbal plants a healthy family chore as herbs are beneficial in their daily lives.

Launching the "Spice Garden" at his official residence, Sri Perdana, here today, Abdullah said herbal plants should be appreciated as they were a gift from God.

"I hope this Spice Garden will motivate others to create one in their own backyard as it can be a living pharmacy, providing us with health supplements. We should be grateful for this gift from God," he said.


comment:

he,he,he ! Dah nak keluar Seri Perdana baru nak buat "Spice Garden" !! Anway, never too late! kah,kah,kah

Takut-takut nanti Rosmah ada idea lain pulak. Dibuangnya "Spice Garden" dan di gantikan dengan "Rose Garden".

Saya nak buat " Taman Bunga Taik Ayam". kah, kah, kah

pakbelalang said...

Too Many Independent Candidates In Bukit Selambau?

SUNGAI PETANI, March 21 (Bernama) -- With just a week to go for nomination day, at least 11 people have declared their intention to contest as independents in the Bukit Selambau state seat by-election on April 7.

An Election Commission (EC) spokesman said the candidates could exceed the 10 symbols made available by EC for independent candidates, during its meeting on Feb 17.

He said, over 30 election forms had been bought by individuals who claimed to be planning to contest in the by-election.

Seven of them had even paid the deposit to contest, added the spokesman.

These individuals have been lured to contest the by-election on Independent tickets to either split the votes or sit in the state executive council.

comment:

Kalau saya pengundi di Bukit Selambau saya akan pangkah dan cari symbol "lembu main bontot", !!

Sorrylah a bit vulgar. Geram punya pasal melihat kebodohan rakyat kita.

pakbelalang said...

Abdullah Begins Visit To Kuwait

By Muin Abdul Majid

KUWAIT CITY, March 22 (Bernama) -- Malaysian Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi arrived here early today to begin an official visit to the Gulf state of Kuwait.

Abdullah and his wife, Datin Seri Jeanne Abdullah, were met on arrival at Kuwait International Airport by Kuwaiti government representative, Sheikh Dr Salem Al-Jaber Al-Sabah.

The special aircraft carrying Abdullah and his entourage from Kuala Lumpur touched down at about 1.10am (6.10am Malaysian time).

comment:

Memang seronok pergi "holiday" pakai duit Kerajaan sungguhpun dah tahu nak pencen.

Cakap orang muda, "last kopek". Manalah tahu balik dapat "prezen" DINAR EMAS berketul-ketul.

pakbelalang said...

PPBMM Urges Return Of Malay Language Dignity

BESUT, March 22 (Bernama)-- The Malaysian Malay Language Education Association (PPBMM) has urged the Ministry of Education, the Ministry of Higher Education and all quarters involved in education to restore the dignity and sovereignty of the Malay language urgently without any excuses.

comment:

I wonder who are the members. How many of them? I never heard this association before.

The dignity and sovereignty of the Malay languange are already enshrined in the Constitution. Apa nak lagi !!

What we should be concerned is to uphold the dignity of the Malays who are lagging behind in every field. Tak malu ke. Kita serba-serbi masih kekurangan. Kita masih miskin dari segi pengetahuan, pelajaran, ekonomi. Kalau semuanya kita miskin macam mana nak mempertahankan maruah bahasa Melayu? Tak faham lagi ke?

Janganlah kita jadi bodoh sombong. Kita mesti bagi keutamaan memperjuangkan maruah bangsa Melayu dulu supaya diiktiraf sebagai bangsa yang boleh duduk sama rata dengan bangsa yang dah maju dalam segala lapangan barulah kita boleh memertabatkan bahasa Melayu kita lebih tinggi lagi.

Dalam zaman globalisasi tanpa sempadan semangat nationalism tidak begitu dikisahkan lagi. Malay nationalism will come naturally if the Malays are respected by others.

pakbelalang said...

Rafidah slams smear tactics



Tan Sri Rafidah Aziz Wanita Umno chief


KUANTAN: In the run-up to the Umno elections, Wanita chief Tan Sri Rafidah Aziz yesterday claimed that she and her supporters were the target of a vicious smear campaign.


comment:

Walau bagaimanapun, Rafidah dah patut berundur secara terhormat. Apa dia nak lagi. Dia dah overstay her welcome. Nak jadi macam Samy Vellu juga ke. Cukuplah tu.

Lagi pun Rafidah pun bukan berseh sangat. Selepas Tun lepaskan jawatan sebagai PM, beribu AP dia luluskan kepada kroni dia (directly or indirectly). Dia tidak boleh menyangkal bahawa dia tidak ada pengaruh dalam kelulusan AP tersebut. Itu satu pembohongan besar.

Kalau satu AP untung berseh RM10,000. 100 AP yang diluluskan dan dapat dijual untung bersehnya (mungkin untung atas angin) ialah RM 1 juta. Bayangkan jika 1000 AP di luluskan kepada satu syarikat. Untungnya RM10 juta berseh.

So the moral is her credibility had already dented over the issuance of thousands of AP to her selective cronies.It had become a lot of controversy over this issue.

Awang Maya said...

Awang Harap nama berikut akan menang:-

1. Tim. Presiden - Tan Sri Muhyidin Yadin

2. N.Presiden:- Hishamudin, Rais Yatim dan Syed Hamid Albar

3. Ketua Pemuda:- Mukhriz Mahathir

4. Wanita:- Rafidah Aziz

AMARAN DARIPADA AWANG MAYA:-

Awang akan seal pintu hati Awang untuk menyokong apatah lagi mengundi UMNO jika nama-nama berikut menang:-

Muhammad Taib
Khairy Jamaludin

UMNO akan hancur jika dua nama diatas menang.

Awang tidak akan teragak-agak menyokong dan mengundi serta berkempen kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai agar menyokong PAS jika dua nama diatas menang.

Itu sahaja harapan Awang.

pakbelalang said...

UTM Introduces Cheap Durable Houses

KUALA LUMPUR, March 23 (Kuala Lumpur) -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has developed a new technology to build strong and durable low cost houses from metal and plastics, that would cost only RM30,000 or less, a unit.

UTM vice chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang said the houses, build using German, South African and Malaysian "Fast-Track Wall" (FTW) technology, are relatively stronger than conventional houses build using cement, sand and wood and would only incur a fraction of the cost.



comment:

Ini lah yang kita harus banggakan. Inilah caranya untuk memertabatkan maruah bangsa ketahap kejayaan yang boleh diiktiraf dan dihormati oleh bangsa lain.

I am very sure that the research papers to develop the new technology are all being prepared in English Language.

Even to get the patent approved you need to submit all the documents in English.

So I don't see any valid reason for us to revert the teaching of science and mathematics in Bahasa Melayu. We should be farsighted and think positive of the benefits derived from it for our future generation.

Mika Angel-0 said...

pergi ke selatan!

pakbelalang said...

Whatever administrative and constitutional changes to be made by Najib in UMNO won't be effective at all if all the UMNO division and branch heads and their committee members are still behaving the same old habits and attitude.

As the saying goes a leopard will never change its spots. So the crucial area to look into is the "brainwashing" of these local "warlords" at the Division and Branch levels. Their attitude must change to be mesra rakyat. If their attitude is still thinking of their self interest then I feel sorry for Najib.

Najib will be struggling all the way until the next general elections.UMNO will doom to fail miserably.

I would suggest there should be a lot of activities to be organised at Division and Branch levels to discard the perception of the rakyat towards UMNO as being arrogant, dishonest and corrupted. The action and personality of the existing Division and Branch Heads must be monitored whether they are really acceptable by the rakyat.It is a tall order to overhaul the whole mentality of these "warlords".

Patriot Selatan said...

dato... dapat ke MT nanti ni.. insyaAllah saya doakan. Semoga dapat kembali berbakti dengan DSN, TSM, DRM dan lain-lain.

Parpu Kari said...

SAYA HARAP DATO MUKHRIZ LA MENANG HARI INI DATO, KALAU YANG LAIN ESPECIALLY SIL TU, HANCUR UMNO DATO...SAYA CUKUP RISAU LA DATO..NI ADA CERITA BAIK PUNYA DATO..NAK SHARE SIKIT..

NI ADA SATU CERITA PANAS PASAL MAMAT YANG BERNAMA WAN INDRA PUTRA BIN AHMAD! BUKAN TUAN-TUAN DIA NI BUKAN PEMAIN BOLASEPAK, DIA NI DIKENALI SEBAGAI RAJA SEGALA KATAK, KERJA DIA NI DOK SUKA MELOMPAT JE DARI SATU PARTI KE PARTI LAIN....ADAKAH ANDA KENAL DIA? ASAL UMNO LOMPAT PKR, MASUK BALIK UMNO KELUAR LAGI PASTU MASUK BALIK...PEHHHH...INILAH BAPAK PADA SEGALA KATAK SIOT! NIK AJIS NGAN AL JUBURI WAL LIWATI PUN TAKUT TENGOK MAMAT NI...

AL KISAHNYA BILA DIA MASUK UMNO SEMULA, DIA SANGAT LA SUKA MEMUJI PAK LAH FLIP FLOP! ASAL APA SAJA PAK LAH BUAT SEMUANYA BETUL LA BAGI MAMAT YANG BERNAMA SEPERTI PEMAIN BOLASEPAK NI....TU DIA, KIRANYA DIA NI JENIS AMPU DAN CIUM BONTOT TAHAP WORLD PUNYA LA, DENGAR CERITANYA DIA KELUAR UMNO DULU SEBAB DITOLAK DARI JADI AJK PEMUDA BAHAGIAN KOTA RAJA DULU, TUP TUP LOMPAT MASUK PKR JADI SETIAUSAHA KEADILAN@PARTI SEX BEBAS, TAK PUAS HATI JUGAK TUP LOMPAT MASUK UMNO BALIK! PASTU MACAM TU LA CYCLE DIA SAMPAI LA DIA DAPAT CABLE NGAN PAK LAH!

KESEMPATAN KEKABELAN INI TELAH DI GUNA PAKAI OLEH BRADER WAN INDRA PUTRA ATAU KAWAN-LAWAN DIA PANGGIL DIA WAN INDRAF POKEMON NI DENGAN BEGITU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SEKALI TAU! JENIS MANUSIA RAJA KATAK MACAM NI LAH YANG BUATKAN PAK LAH TAK SEDAR AKAN KESILAPAN DIA DAN TERUS MENGANGGAP DIRI BELIAU MASIH POPULAR! ORANG MACM NI LAH YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA!

NAK TAU APA DIA DAPAT, TU DIA PROJEK PASIR SUNGAI DAN BERMACAM MACAM LAGI LA! NAK TAU KENAPA SEBAB DIA BODEK TAHAP GABAN PUNYA KAT PAK LAH WOO! DASYAT MAMAT NI PUNYA WAYANG LA, SAYA INGAT NI MAMAT ADA AMBIK KURSUS DENGAN AL JUBURI WAL LIWATI LA! MESTI PUNYA LA! MALAH BOLEH DIKATAKAN BERJUTA JUTA DIA DAH SONGLAP LA! ITU LA PASAL DIA TAK MAHU HILANG NI TELUR EMAS, DIA BERMATI-MATIAN MAU PILIHAN PAK LAH YANG JADI TPM! SUPAYA DIA BOLEH SURVIVE LAGI...DASYAT GILE LE ORANG MACAM NI...TAKDE MARUAH KE?

PARPUKARI TARAK MERAPU PUNYA, APA SAYA CAKAP MEMANG BETUL PUNYA! PASAL JENIS ORANG MACAM NI LA UMNO PARTI KERAMAT DI PANDANG HINA OLEH PEMBANGKANG DAN MASYARAKAT PADA AMNYA!

TAK CUKUP DENGAN TU, BARU BARU INI, MAMAT INI TELAH MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN LA, NI LA AKU NAK CERITA NI...DIA BAGITAU DEKAT LEBIH DARI 1000 OANG DENGAN MENGHANTAR SMS JE, KATANYA PADA PERWAKILAN JANGAN UNDI MUHYIDDIN YASSIN, KATA SI RAJA KATAK PURU MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH! WHAT? TAN SRI MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH? MEMANG SAH RAJA KATAK YANG AMBIK KURSUS DARI RAJA KUNYIT NI DAH GILA NAK MAMPOS!

SEBENARNYA DIA BUKAN GILA, DIA TAK NAK TS MUHYIDDIN NAIK SEBAB SUSAH DIA NAK MAKAN NANTI, YALAH TS MUHYIDDIN NI ORANGNYA TEGAS, TAK MAKAN RASUAH, TAK MAKAN BODEK PUNYA, LEPAS PAK LAH DIA NI NAK MINTAK KAT DS ANJIB MESTI TAK JALAN PUNYA, SEBAB DS NAJIB BIJAK ORANGNYA, SO DIA KENA MAKE SURE YANG AT LEAST BAKAL TIMBALAN PRESIDEN ADALAH ORANG YANG BOLEH DIA MAKAN! HMMMM...AGAK AGAK KORANG LA SIAPA LAGI SENANG SI MAMAT KATAK AL LOMPATI NI NAK MAKAN? DAH TENTU BUKAN TS MUHYIDDIN KAN? HAAA...SENDIRI MAU INGAT LA!

APA YANG SAYA CERITAKAN TADI ADALAH SALAH SATU DARI CONTOH DI MANA ORANG CUKUP TAKUT DENGAN GANDINGAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN DATO SERI NAJIB NI, YALAH PELUANG NAK MAKAN PROJEK FREE MELALUI BODEK DAH SUSAH LA KALAU TAN SRI MUHYIDDIN MENANG KAN? DS NAJIB, I DONT THINK SO DEPA ADA CHANCE NAK MAKAN DIA! SO APALAGI KAWAN-KAWAN DAN SAHABAT-SAHABAT PERWAKILAN SEMUA!

KITA KENA PASTIKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENJADI THE NEXT TPM!

KALAU NAK UMNO JADI BERSIH SEMULA, BUATLAH MELALUI PELUANG YANG ALLAH TELAH BERI PADA KITA INI, INGATLAH TUAN/PUAN PERWAKILAN DAN ORANG RAMAI DI LUAR SANA, ADALAH AMAT PENTING UNTUK UMNO REFORM SEKARANG!

REFORMLAH UMNO MELALUI PELUANG YANG DIBERI KEPADA ANDA, KITA MEMANG PERLUKAN ORANG-ORANG YANG TEGAS SEPERTI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN NI UNTUK MEMBETULKAN UMNO DAN MELETAKKAN UMNO DI LANDASAN YANG BETUL!

UNDILAH DENGAN BIJAK!!!

TayadihMaysia said...

"Khairy, Shahrizat dahului pencabar
Mar 25, 09 3:47pm
Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang mendahului calon-calon lain, masing-masing bagi jawatan ketua Pemuda dan Wanita dalam pengiraan awal petang ini.

Pengiraan undi bagi jawatan-jawatan utama Pemuda, Wanita dan Puteri masih berlangsung. Difahamkan proses pengiraan berjalan lancar.

Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira sejam kemudiannya.

Ramai menjangka Khairy dan Shahrizat terpilih dengan majoriti yang selesa." malaysiakini

- NAMPAKNYA UNDI PENYOKONG ALI BERPINDAH KEPADA KHAIRY DAN SHARIZAT...walaupun masih lagi awal untuk menyorak khairy dan sharizat tetapi jeng jeng jeng suspens...www.duniacacamarba.blogspot.com

Hamizi said...

salam datuk... disebabkan pemuda UMNO memilih KJ jadi ketua... saya postpone lagi join UMNO...

sekarang boleh tahu akal pendek pemuda UMNO...

UMNO boleh tapau lepas ni dalam pilihan raya kecil akan datang...

Unggal said...

Maaf Dato..anak jawe tumpang lalu..
Penyokong Ali tentu pergi ke Tyson..!! sebab boleh ganding dgn KJ yang baru menang tu...supaya PRU13 nanti the senior one can be the President & new ketua pemuda be the VP..... Maka sekali lagilah...BN dapat label parti perasuah..!!
Malam ni..tentu DS Najib bergaduh besar dgn sepupu dia sebab dia tak mahu bertanding....

Aduhai... Melayu tertipu lagi...!!

pakbelalang said...

Well, that's the thinking quality of UMNO delegates. What a pity !!
I feel like vomitting.Best of luck to UMNO !!

anonymous said...

Menantu aku menang!
Menantu aku menang!
Menantu aku menang!

Teriak Pak Lah.

kaki rasuah pun menang????

pakbelalang said...

A leopard will never change its spots. I am very disappointed with the results. I don't think UMNO will ever change. It is all just gimmick.

I feel sorry for UMNO. Now I am not bothered what is going to happen to UMNO, as I feel that by getting concern in the affairs of UMNO, it makes my intelligence very low indeed. I don't want to be associated with a party whose members are so deeply corrupted and whose thinking faculty is too shallow.What a pity.

I think it is enough for me to express my opinion about UMNO affairs in your blog. Not worth contributing anything at all.Respect is to be earned and UMNO has lost my respect.

pakbelalang said...

KJ menang hanya 38% dari sejumlah 793 pengundi !! Adakah dari segi moralnya KJ menang mutlak sebagai Ketua Pemuda?

Of course a win is a win but you are leading only 38% of the youth members who support you. What does this reflects? Technically, he won but morally he lost.

Awang Maya said...

Well, well well,

Seluruh suku sakat Awang adalah penyokong kuat UMNO.

Namun detik 11.45 malam tadi, Awang dah menekan button AMARAN dan ARAHAN bahawa seluruh suku sakat Awang akan MENYOKOKONG dan MENGUNDI PAS pada pilihanraya ke 13akan datang.

Pergi JAHANAM UMNO terutama PEMUDA BANGSAT lagi BODOH kerana pemilih petualang sebenar menjadi pemimpin.

Awang tidak menyokong mana-mana calon tetapi bukan Khairy bin Jamaluddin yang memang BANGSAT dan PETUALANG di sebalik tadbir kepada seluruh rakyat Melayu yang tiada kepentingan politik.

SELAMAT TINGGAL UMNO! That's it.

Mika Angel-0 said...

ada orang tulis:
KJ menang, umno kalah

maka Mas:
muhyiddin yassin gelak besar!
(dan semua orang johor dan tanah melayu - alhmadulillah)

sCriBe,

Sdr Melati Ini Ahli UMNO Kah?
(apa pak kadir tak arif akan akan pertanyaan-pertanyaan kitakah)

indah sungguh surah al-qalam,
tak begitu, scribe?

nuuuun bunyinya

bukankah allah itu al-malikul-mulki
diberinya kerjaan
kepada siapa yang dikehendakinya
ditariknya kerajaan
dari siapa yang dikehendakinya
dan di atas segala sesuatu

qadiir

apa kita biasa meramal, scribe?

coba-cobalah
mana tahu tangan siapa sampai
ke langit dan siapa tersungkur
jelingan mata

nuuuun jauhnya
kita tersesat jalan
di atas siratul mustaqiim

mustahil itu kerja tuhan, scribe?


(nota:
bukankah telah kita katakan
hidup kali kedua
syukur kita
ke hadrat illahi)

kepada allah kita berserah

pakbelalang said...

Perwakilan yang memilih KJ jadi Ketua Pemuda adalah perwakilan yang dah betul-betul "pekak, buta dan tuli".

Mereka adalah satu kumpulan perwakilan pemuda yang daif fikiran dan bolehlah diumpamakan seperti golongan manusia bertaraf kasta "pariah" yang tidak mempunyai maruah diri dan yang paling menjijikan, kerana memilih seorang Ketua yang rendah moral peribadinya. Seorang yang telah didapati bersalah kerana rasuah.

In the final analysis we can safely say that without the slightest shadow of doubt UMNO Youth is now being led by a "pariah" leader whose only moral value that is left in him is when he wants to go to the "jamban" he still remembers to close the door.

pakbelalang said...

Perwakilan yang memilih KJ jadi Ketua Pemuda adalah perwakilan yang dah betul-betul "pekak, buta dan tuli".

Mereka adalah satu kumpulan perwakilan pemuda yang daif fikiran dan bolehlah diumpamakan seperti golongan manusia bertaraf kasta "pariah" yang tidak mempunyai maruah diri dan yang paling menjijikan, kerana memilih seorang Ketua yang rendah moral peribadinya. Seorang yang telah didapati bersalah kerana rasuah.

In the final analysis we can safely say that without the slightest shadow of doubt UMNO Youth is now being led by a "pariah" leader whose only moral value that is left in him is when he wants to go to the "jamban" he still remembers to close the door.

pendekar bukit said...

Indians feel betrayed by Anwar in Bukit Selambau
read it all here
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/kaum-india-kecewa-dengan-anwar-di-bukit.html

Mika Angel-0 said...

Adakah anda pernah membaca usman awang dan melayunya? adakah tidak hendak Perkasa pada penaung dermawan?

maka,

Scribe,

Bercengkerama Gentayang
(kerja mudah atau kerja bodoh mahaguru)

pak kadir jasin pun apa kurang hebatnya di zamannya
pak sako di zaman mereka

umno dan orang melayu mencari-cari
suara hati mereka pada lambaian
kata-kata

apakah tidak boleh ku ronta dengan
kata-kata melayu ku?

apakah hebat tukang cerita
ngah puteh ramlee
che det buat cerita

dan cerita mereka mithos melayu

apa kurangnya pak kadir jasin
orang tua kerepot pintar
berkata-kata jiwa bangsa

qalam itu sungguh indah


terima kasih

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Harap-harap programa saujana muda anda berjalan lancar dan rajin-rajinlah bertanya tun che det kita

siapa lebih hebat?
chip good year atau kj
atau umno&co.

sebesar-besar mukjizat adalah
al-qur'anul-majid

Malaysian Chronicle said...

Soalan Datuk, mengapa di dalam Umno wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang berpihak kepada seseorang tokoh tertentu? Dan adakah ianya satu permasalahan? Sekiranya ya, bagaimanakah Umno di bawah kepimpinan Najib Razak patut lakukan?

Patriot Selatan said...

dato.. menang tak?

pakbelalang said...

Khairy's Victory Due To Hardwork, Says Abdullah

KUALA LUMPUR, March 27 (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he is happy with Khairy Jamaluddin's election as the new Umno Youth chief, saying the Rembau member of Parliament had worked hard for the victory.

"He (Khairy) worked very hard, he really worked very hard, that is the truth, I know... because when I went to see my grandchildren and asked Nori (Abdullah's daughter) where is Khairy, she said he had gone campaigning and meeting the Umno Youth.

"So I said, he must be working very hard and she herself agreed that he did work hard... everyday going around.

"I think he deserves it after working so hard," he told reporters on the sidelines of the 2008 Umno General Assembly, at the Putra World Trade Centre here, Friday.

comment:

he,he,he, kah, kah, kah !! Who is saying?

Dear father-in-law of KJ,

Are you very sure he was working very hard?

Maybe you are right. But I am not too sure whether all his effort deserves a win at all, knowing very well he had just been found guilty of wrong doing by the UMNO Disciplinary Committee for being involved in corrupt practice. Why don't you highlight about this heinous act done by your pampered son-in-law. What a disgrace!

Anyway, Pak Lah, you are gone !!Gone forever leaving behind your legacy of making UMNO tattered and disarrayed attributed partly to your son-in-law's doing and your weak leadership quality.

pakbelalang said...

Khairi tidak boleh di jadikan apa-apa pun.

Dia betul-betul dah tidak di terima oleh rakyat. Ke mana dia pergi dia akan di boo.

Pembangkang akan terus gunakan si Khairi ini sebagai "punching bag" di mana sahaja ada pilihan raya kecil.

Khairi tidak boleh bersama-sama berkempen. Percayalah BN akan gagal jika Khairi bersama-sama turut berkempen.

Khairi bukan "asset" kepada UMNO malahan telah menjadi beban kepada barisan baru Najib.

Khairi akan mencacatkan barisan pimpinan Najib jika dia turut sama menempil.

Saya rasa jika Mukhriz di ketengahkan bersama barisan Najib mungkin rakyat akan menerima dia dengan hati terbuka kerana ada elemen rakyat bersimpati dengannya kerana kegagalannya dilantik menjadi Ketua Pemuda.

Sebenarnya ahli-ahli akar umbi dan rakyat memang mengharapkan Mukhriz dilantik sebagai Ketua Pemuda tapi malangnya perwakilan yang tidak amanah telah menafikan kemenangan kepada Mukhriz, semuanya bahana "politik wang" yang dilakukan oleh KJ. Ini telah terbukti dengan keputusan Lembaga Disiplin yang telah menjatuhkan hukuman terhadapnya.

pakbelalang said...

PM not revealing power transition date yet
BERNAMA

KUALA LUMPUR, Fri:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi continues to keep everyone guessing on the date he will hand over the post of prime minister to Datuk Seri Najib Tun Razak under the power transition plan agreed to by both of them.

At a news conference during the ongoing Umno General Assembly 2008 here, a cheerful Abdullah said he would announce the date when he wished to do so.

"You do not have to ask me that (the date for the transition of power). I will let you know," he said.


comment:

Don't waste time lah, Pak Lah. The party is over. We have work to do and are looking forward for Najib and his new team to start cracking their heads to keep the economy going. We simply do not want you to hang around anymore. The rakyat want to see the government under the leadership of Najib to move forward as quick as possible before the economy becomes from bad to worse. Please be responsible enough to confirm the date of your departure. The game is over and we are tired of this kind of childish way of playing delay tactic.
Nobody gains. Do you realise that investors are waiting at our doorstep for too long and it costs money to them for not making decisions.In business uncertainty costs money, Pak Lah.

pakbelalang said...

The first thing Azeez will contribute his "productive" idea in the Mesyuarat MT is by suggesting to get all the new members of MT including Najib and Mahyuddin to fly to the North Pole and do the parachute jumping 7 kali untuk "buang swei" just like what he did to the Mat Rempits.

That's the quality of Azeez as ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Lepas tu dia akan "bodek" menteri untuk dapatkan AP.

Betul tak,Dato? kah,kah,kah !!!

pakbelalang said...

Tengku Adnan: Lack Of Umno Flags Part Of Concept Change

By Azril Annuar

KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- The lack of Umno flags during the Umno General Assembly was part of the changes Umno is instituting in the party, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said.

He told Bernama at the end of the five-day assembly that this year's concept was different from previous assemblies to reflect the party's transformation.

"There are actually many flags around. Just look around you. The delegates were complaining because they did not understand the change of concept that we're making this year," said Tengku Adnan.

Several delegates had complained that there were hardly Umno flags in this year's assembly.


comment:

Alahai,Dato'. Inikah qualiti perwakilan yang menghadiri persidangan UMNO. Nampak benar macam IQ mereka rendah. Perkara remeh macam ni pun dibangkitkan. Adakah mengibarkan beratus bendera UMNO akan meningkatkan image UMNO yang dah setengah "kojol"?

Patutlah apabila nama-nama pemimpin yang diistiharkan menang didapati ada yang patut layak menang tapi tak menang dan yang tak layak menang tapi menang. Rupanya ada Bahagian yang menghantar perwakilan yang haprak dan HP6 tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana intan diantara pemimpin yang bertanding.

Mereka mungkin datang dengan satu niat sahaja iaitu hendak "PAU" pemimpin-pemimpin yang bertanding supaya mereka balik dari persidangan poket berkepuk-kepuk penuh dengan "WANG EMAS DINAR".Dapatlah belanja sakan!!

pakbelalang said...

Khairy's priority to unite Youth

Khairy Jamaluddin says he has to work hard to unite Youth members.


KUALA LUMPUR: "I'm wasting no time to close ranks even with three by-elections coming up. Time is running out. I have to work hard to reunite the Youth," said the Rembau member of parliament, who took over the helms of the movement from Datuk Seri Hishammuddin Hussein after Wednesday's polls.

He expressed the hope that exco members would give him their undivided support.

comment:

Yes, KJ, you can close ranks but the perception of the majority of Pemuda UMNO grassroot members and the rakyat feel that your credibility is questionable. The perception of the rakyat is that UMNO youth is being headed by a bloody corrupted leader.What a disgrace!!

You are a liability to UMNO and I doubt you can achieve anything to project a good image for Pemuda UMNO. Pemuda UMNO is now considered as a "pariah" UMNO youth wing.

Only a moron who has no moral value would respect you as Ketua Pemuda. Your maruah has gone to the drain. Make no mistake about it.

Wherever you go the stigma of being a corrupted leader is always sticking on your forehead and would not be easily erased for sure.

Where is your conscience, KJ? If I were you, I would step down immediately to uphold my dignity.

Respect is to be earned and I don't think you will ever get the respect from UMNO grassroot members, UMNO youth members, the Malays, members of BN parties and the whole rakyat.

All your exco members are directly affected by your immoral behaviour of being a corrupted leader. I just wonder how they are going to face the fact that their leader's credibility is GROUND ZERO.

Your victory is artificial and not absolute. Remember, you won only 38% of the total votes cast. How are you going to lead an organization with 60% of the members rejected you outright as their leader. Not unless you continue to play "dirty tricks" all the way to ensure that your position is intact.

I hope Najib will sideline you or put you in a cold storage so as to prevent UMNO's image from becoming bad to worse. You really have caused serious damage to the party's credibility. It is very UGLY indeed.

David Odonkor said...

Dato Ulas sikit perkara berkaitan Pemuda UMNO.. kenapa KJ di "Boo" oleh sesetengah perwakilan ?

http://ikanjerung.blogspot.com/2009/03/perwakilan-pemuda-umno-memperjudikan.html

pakbelalang said...

Pulai Umno Division Supports PPSMI

JOHOR BAHARU, March 29 (Bernama) -- The Pulai Umno division does not support the Johor Umno Liaison body's proposal to cancel the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI), but instead feels the policy should continue.

Division chief Datuk Nur Jazlan Mohamed said the decision was made during an Umno division committee meeting about two weeks ago, well before the Umno general assembly which began on Tuesday.

He said pressure (to cancel PPSMI) from the Johor Umno during the party's general assembly, which ended yesterday, was not a unanimous decision from the 26 Umno divisions in the state.


comment:

Siapa dalang yang menghasut supaya PPMSI dibatalkan?

Saya setuju dengan kenyataan Jazlan dan Bahagian UMNO Pulai.

Yang penting sekarang ialah supaya segala kelemahan dalam PPMSI mesti di beri perhatian segera dan pihak Kementerian mengambil tindakan untuk menyediakan infrastruktur yang berkesan.

Jika perlu peruntukan kewangan yang lebih, ianya mesti dilakukan tanpa lengah-lengah lagi walaupun budget memerlukan berbillion ringgit.

Pembangunan insan adalah lebih terjamin lagi untuk memertabatkan bangsa. Kita mahukan insan yang berilmu tinggi. Inilah modal (harta) yang paling berharga sekali untuk ditinggalkan kepada anak bangsa kita. Mendapatkan harta ilmu adalah yang paling diredhai Allah kerana ilmulah yang akan menentukan kekuatan ummah.

Hishamuddin jika masih kekal menjadi Menteri Pelajaran adalah dinasihatkan supaya membuat sesuatu dasar yang betul, tepat dan berani.

Remember Hisham, you have just been promoted as Vice President and your key performance index is being monitored whether you are really effective as VP or just as HP6 passenger only.

pakbelalang said...

KJ is a goner.I don't think he could ever recover his badly dented credibility.

It is ground zero chance for him to mend his evil deeds politically.

The perception about him being a bad boy or budak hitam has long being in the minds of the rakyat since the day his father-in-law became the Prime Minister. Not only just after he was being found guilty of corrupt practice by the UMNO Disciplinary committee.

It is already being imbibed in the minds of the rakyat he is one the culprits who destroyed UMNO and could not be easily forgiven or be erased in their minds.

He will definitely be just a "JAGOH KAMPONG".He will be snubbed by other youth wings of BN component parties as well as the opposition parties.

If UMNO desperately wants to get back the confidence of the rakyat KJ must not be involved in any political activities at all from now onwards, period.

I would suggest the right course of action for UMNO to deal with KJ's problem is to get him out of sight by sending him to further his studies just like Fairus of PKR.

Then only UMNO will stand a good chance to revive its image without him being around spoiling the whole exercise of changing the party's fate.

Believe me, this is the only option available for Najib to strengthen the party's image in the eyes of rakyat.

pakbelalang said...

Shahrir is a man with great principle. I appreciate his stand. Personally, I think Shahrir should be in the cabinet. I think the delegates made wrong judgment on Shahrir and few others who do not qualify to be included in MT. What a pity.
There are few "crooks" in the new line-up of MT who should not be included.

pakbelalang said...

More M'sians Suffer From Hypertension

JOHOR BAHARU, March 29 (Bernama) -- Adult Malaysians generally are unaware they suffer from hypertension...and the statistics keep rising.

comment:

Yes, agreed. Lebih-lebih lagi apabila kita telah dihidangkan oleh perwakilan UMNO dengan kemenangan pemimpin-pemimpin yang haprak, HP6 dan perasuah.

Pengsan dibuatnya, kawan !!

pakbelalang said...

Azalina Lets Najib Decide On Cabinet Post




KUALA LUMPUR, March 29 (Bernama) -- Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said, who failed to retain her seat on the Umno Supreme Council, is leaving it to incoming prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak to decide on her position in the new Cabinet.

"It depends on the good offices of the incoming prime minister to make the decision. I leave it to him. I have no problem in accepting his decision," she told reporters here today.



comment:

Well, Azalina, just too bad. I don't think Najib will consider you at all.

Your credibility is questionable.

pakbelalang said...

Muslim Converts Join Treasure Hunt On Islamic Knowledge




KUALA LUMPUR, March 29 (Bernama) -- More than 100 people today participated in a road treasure hunt with a difference -- finding answers to clues based on Islamic knowledge.

The participants, all Muslim converts and some among them from abroad, had to find answers to questions on Islamic teachings within a five-kilometre radius of the National Mosque here.

The treasure hunt, carrying the theme "A Drive to Appreciate God's Creations", was organised by the Islamic Outreach-ABIM (Malaysian Islamic Youth Movement) with the cooperation of the National Mosque.

It was flagged off at the mosque by Senior Assistant Director of the mosque's Social Service Unit, Md Ali Sarbini.

Md Ali said the participants had to find answers to questions on Islamic knowledge at every pit stop, for example how many times one has to pray in a day.


comment:

I wonder if there were questions like how many wives can a Muslim marry? What is murtad? List the 5 pillars of Islam?

pakbelalang said...

Proposal To Allow Group A Teachers Join Politics Gets Mixed Response




KUALA LUMPUR, March 29 (Bernama) -- The proposal by Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein to allow group A teachers to be involved in politics has met mixed response from various quarters.

Some were all for it while others were against the idea fearing it would affect teaching and students as some teachers might be influenced by the opposition.

comment:

I am not in favour. The tendency for these teachers to neglect their profession is great. We simply cannot compare the situation 30 or 40 years ago where teachers were regarded as true nationalists to fight against the British. But now the social environment is totally different.I am afraid they might focus their involvement in politics for material gains rather than truly wanting to champion the rakyat.Nowadays the perception is that there is a lot of opportunity
to be gained materially, if you are directly involved in politics.

Looking at the background of the present Malay teachers especially in the rural areas I can safely say that they are more inclined to be symphatizer of the opposition parties.

Mika Angel-0 said...

setelah keputusan kita ketahui, maka persoalan kemana undi-undi itu pergi tentu jawabannya dapat meremajakan semangat kita.

(Muhyiddin was elected as Umno deputy president after obtaining 1,575 votes compared with 916 votes obtained by Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhamad Taib
-bernama)