Friday, March 06, 2009

ALFATEHAH BUAT ZUBIR ALI


Penyair, penggubah muzik dan penyanyi Zubir Ali, yang suatu ketika dulu popular dengan kumpulan Hamoni dan lagu Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang, pagi tadi kembali ke rahmatullah.

Saya temui beliau kali terakhir di majlis puisi Untuk Mu Palestin anjuran Kumpulan Utusan beberapa minggu yang lalu. Saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau. Juga didoakan semoga Allahyarham akan sentiasa berada di kalangan orang-orang yang soleh. Alfatehah! – Ruhanie Ahmad

ZUBIR ALI MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 6 Mac – Pencipta lagu-lagu puisi, Zubir Ali meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Damansara, Petaling Jaya akibat serangan jantung. – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

6 comments:

Z-MAY said...

al-fatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat...

wah@janggo said...

Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali.

Al-Fatihah.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia di sisi orang-orang yang soleh.

A Voice said...

In na lillahi wa inna hi rajiun.

He is a good man, tok.

My fatihah for him and may his soul be blessed ...

Aidel Azhar said...

AL-FATIHAH....SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA...

Seladang said...

Al Fatihah! Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat sama dengan roh-roh mereka yang beriman oleh Allah SWT.

Takziah pada keluarga Allahyarham!

Mika Angel-0 said...

Doa

Tuhanku dalam termangu
Kusebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingatkan kau penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku pintumu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


Seindah-indah Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita al-musthafa muhammad.

Al-fatehah.