Tuesday, March 03, 2009

PEMIMPIN MALAYSIA MENENTANG APARTHEID SEJAK 1957

Saya cukup teruja bila ada pihak mengatakan Malaysia mengamalkan dasar apartheid. Saya teruja kerana sememangnya dasar itulah yang seharusnya dilaksanakan sebaik sahaja Malaya merdeka pada 1957. Dengan dasar itu, kita boleh usir seluruh imigran ketika itu pulang ke negara asal masing-masing.

Tapi, saya juga amat menghargai kebijaksanaan para pemimpin Malaysia kerana mempunyai hati budi untuk mempelawa golongan imigran menjadi warganegara di bumi bertuah ini. Kebijaksanaan dan ketulusan hati pemimpin Malaysia ini adalah lambang keperimanusiaan yang amat terpuji.

Lantaran itulah saya amat sedih bila mutakhir ini wujud kelompok-kelompok yang buta sejarah dan terencat budi sehingga tergamak untuk mengungkit-ungkit status kepribumian orang Melayu dan etnik bumiputera lainnya di Malaysia.

Saya berpeluang melawat Afrika Selatan dua tahun sebelum dasar apartheid di negara itu dimansuhkan. Sewaktu berada di Cape Town, saya dibawa oleh seorang keturunan Melayu di sana untuk meninjau kawasan Malay Quarters. Beliau tunjukkan kepada saya kesan-kesan penindasan rejim apartheid kulit putih terhadap keturunan Melayu di Cape Town yang dikategorikan sebagai golongan coloured. Sesudah itu, beliau bawa saya meninjau keadaan hidup pribumi Afrika Selatan di Black Settlement, iaitu perkampungan pribumi Afrika Selatan yang dikategorikan sebagai blacks.

Sesudah tamat meninjau keadaan, kenalan saya berkata bahawa rejim apartheid adalah keompok manusia tidak berhati perut. Pribumi Afrika Selatan dijadikan hamba abdi. Hidup mereka ditindas. Tenaga mereka diperah ke peringkat maksimum. Kekayaan negara mereka, terutama sekali berlian, habis dikaut oleh golongan imigran kulit putih. Di bawah dasar apartheid, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

Sewaktu menjamu selera di rumah kenalan saya itu, saya pun ceritakan kisah zaman kanak-kanak saya yang hidup di sebuah kampung pendalaman - tidak ada bekalan air bersih, tidak ada bekalan letrik, tidak ada jalan tar, tidak ada segala-galanya. Saya juga katakan kepadanya bahawa kaum imigran di era penjajahan Malaya, hidup senang lenang di bandar-bandar - ada jalan batu, ada api letrik ada bekalan air bersih. Kata saya, sementara kaum pribumi Malaya ketika itu hidup merempat di ceruk hutan, kaum imigran pula menikmati seluruh kemewahan di bumi tempat mereka berdagang.

Kenalan saya bertanya, adakah pribumi Malaya di era penjajah Inggeris pun hidup dalam keadaan apartheid seperti coloured di Cape Town dan blacks di seluruh Afrika Selatan? Saya beritahu beliau, keadaannya telah berubah sesudah merdeka. Tetapi, keturunan imigran terus hidup mewah tanpa diganggu-gugat oleh pihak peribumi. Kenalan saya berkata, you Malays are so kind hearted and the non-Malays are so very lucky!

Begitulah kisahnya apartheid. Dasar tersebut adalah dasar penindasan peringkat tinggi. Dasar tersebut adalah dasar terkutuk. Dasar berkenaan menyebabkan pribumi Afrika Selatan dijadikan pariah, ditindas, dihina, diperas, dinafikan hak politik mereka, dilarang untuk berinteraksi dengan orang putih – sekolah asing-asing, tandas awam lain-lain, segala-galanya memanifestasikan bahawa pribumi Afrika Selatan dinafikan seluruh hak keperibumian mereka.

Atas dasar kemanusiaan, para pemimpin Malaysia, sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra hinggalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak pernah jemu-jemu bersuara dan berbicara untuk menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Di era awal kemedekaan Malaya, Tunku Abdul Rahman sudah mula menentang apartheid menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mahathir pula menentang apartheid di mana sahaja beliau berpeluang untuk menentangnya - menerusi pentas komanwel, Selatan-Selatan dan PBB. Pemimpin-pemimpin Malaysia ini berjuang menentang apartheid kerana mereka insaf bahawa apartheid adalah “a system of legal racial segregation.”

Sebab itulah bila dasar apartheid di Afrika Selatan mulai 1948 dihapuskan pada 1994, Malaysia adalah antara negara yang aktif membantu Afrika Selatan untuk mengendalikan pilihan raya bebas yang pertamanya. Sampaikan poster pilihan raya pun di cetak di Kuala Lumpur dan diterbangkan khas ke sana.

Jadi, betulkah Malaysia mengamalkan dasar apartheid? Dan, bukankah hanya manusia yang buta sejarah dan terencat minda sahaja yang tergamak mengatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah pengamal dasar apartheid? – Ruhanie Ahmad

17 comments:

Semut Api said...

cinapek johor ni kurang ajar la datuk...

musti keturunan kongsi gelap hai san dan ghee hin...

antubiul said...

Nik Azik kata status 'BUMIPUTRA' tak relevant, abih cam mana dah melayu sendiri tolak 'status' melayu apa lagi bangsa lain 'kaduk naik junjung'.
Macamnilah hai melayu, dari sekarang kita semua sokong bangsa asing. Kita undi CIna supaya mereka jadi Perdana Menteri Malaysia dan memecahkan Malaysian Book of Record 'The First Non Malay (Buddish ke Christian ke lantaklah) Pm of Malaysia'. Bukan itu saja, Kita make sure bangsa lain jadi majority di dewan undangan negeri dan Parlimen supaya dapat mereka bentangkan usul 'hapuskan Raja Raja Melayu dan di gantikan dengan 'Sngh the King' yang mulia Karpal Sing sebagai 'King of Malaysia' dan anak nya Gobind Singh King sebagai 'Raja Muda Malaysia'.Lepastu bentangkan usul hapuskan DEB dan taraf Bumiputra sebab dah tk relevent. Tarik semua keistimiwaasn Bumiputra ,no more Malay Reserve land. Samaratakan peruntukan pembinanan rumah ibadat semmua agama. Hapuskan Agama Islam sebagi agama rasmi Malaysia.Jadikan semua agama sebagai agama rasmi Malaysia Ikut cam Nik Aziz, bina patung besar besar.Dengan cara ini baru lah aman Malaysia betuk tak.
Kalau dah melayu sendiri yang tak kisah dengan hak mereka dan masa hadapan orang melayu nak buat macam mana. Betul kata kata DR M 'Beliau dah habis idea mcam mana nak tukar pemikiran orang melayu sampai beliau menangis melihat bangsa nya (walau pun beliu bukan pure malay)' Malang nya pure malay seperti Nik Aziz lain pulak ceritanya. Dulu kalau nak makan bersama denga orang kafir jijik sebab mereka makan babi tapi sekarang makan sepinggan tidur sebantal pun tak pe. Bau peluh ketiak orang kapir dulu busuk bau babi sekarang dah harum bau syurga!. Iu lah Pas yang aku kenal.

UrbAnWiTch said...

saya sgt setuju dengan point ramai org buta sejarah dan tidak mengenal budi, terutamanya org melayu sendiri. tapi yg paling sedihnya bila takder org yang explain balik atau attack balik..knp masih sgt defensive?

awang kata said...

Bukan bumiputera di negara ini memang melampau sekian lama. Dan memang wajar mereka ini diperangi.

Mereka tidak tahu berterima kasih diterima menjadi warganegara. Misalnya masih bersikap imigrantisme walaupun telah jadi warga negara.

Yang Cina masih dengan kecinaannya dan India dengan keindiaan. Patutnya biarlah dengan kemalaysiaan yang berteraskan Melayu atau Bumiputera.

Mereka sering menyalahgunakan kebebasan dan tolak ansur yang diberi selama ini. Hak-hak peribumi nak dipinggirkan dan dinafikan. Mereka ini mirip dan menagnut faham Yahudi (Yahudisme).

Troy said...

Thank you Datuk for this excellent post. Menusuk jiwa mereka yang buta sejarah.

CINTA suci abadi said...

BATON ROUGE, La. – Widely panned for his national TV address, Louisiana Gov. Bobby Jindal offered his first defense of the speech Monday, saying he sticks by the message, while acknowledging shortcomings in his delivery.

"Look, I get that people thought I could have spoken better. I get that. That's fine ... What's important to me is the content. I'm a policy guy. You guys know that. I've always been a policy guy, always will be a policy guy. The ideas are important. The substance is important," Jindal told reporters in the state Capitol, a day after returning from a family vacation.

The 37-year-old governor, regularly touted as a presidential contender, said he outlined a critical philosophical distinction between the views of Democrats and Republicans as he gave the national GOP response to Obama's first address to Congress last week.

Republican party leaders have touted the Oxford-educated Jindal, son of Indian immigrants, as the future of the GOP, generating lofty expectations for his debut national address. Jindal said he wrote the speech himself.


berita lanjut klik...
http://news.yahoo.com/s/ap/20090302/ap_on_re_us/jindal_defending_the_speech

Datuk ,apa saya nak katakan ialah kat America Orang macam Jindal ini tak komplen pun bila orang panggil dia anak pendatang haram dari India..SON OF INDIAN IMMIGRANTS...

Kat Malaysia lain pula...Cuba kita panggil Karpal singh to SON of INDIAN IMMIGRANTS...ANAK PENDATANG HARAM INDIA ...SUDAH TENTU MELENTING BANGSA ni...

wira said...

Datuk Ron,

Sesiapa yang membawa pendapat apartheid di Malaysia dikalangan rakyat Malaysia, kalaulah dia ini rakyat Malaysia, memang orang ini tidak bijak dan faham hakikat sebenar apartheid.

'White African' yang digelar Afrikan itu menafikan hak pribumi Afrika Selatan itu yang mengamalkan apartheid.

Kerajaan yang memimpin Malaysia sejak dari 1957 lagi tidak pernah menyokong apartheid.

Oleh itu sesiapa yang menimbulkan isu apartheid ini membuktikan mereka ini langsung tidak bijak dan tidak diajar dengan baik apakah itu apartheid.

Anonymous said...

salam bro dtk,

dr boo mungkin buta fakta. kalau dia nak tau apakah sebenarnya aparteid, elok dia belajar sejarahnya.

saya adalah antara kumpulan wartawan asean pertama dibawa ke soweto dan transvaal tiga bulan selepas berakhirnya aparteid. banyak yang saya saksikan.

menyamakan 'bumiputera' sebagai cara aparteid akan meningkatkan kemarahan orang melayu. malah, ia mampu mencetuskan ketegangan kaum.

orang seperti dr boo patut diberi pendidikan mengenai aparteid, baru dia faham apa sebenarnya pengasingan kaum.

sila ke www.justread-whatever-blogspot.com untuk kisah yang sama.

aoazmi said...

Assalamualaikum Datuk Ron,

Berkaitan apartheid yang digembar-gemburkan itu hanya cuba menangguk di air keruh oleh individu-individu tertentu dalam situasi politik semasa sekarang.

Teruja Datuk itu bertempat (kali ini saya sokong 100%).

Mereka-mereka ini ibarat kacang lupakan kulit.Kadang-kadang semacam belanda minta tanah. Cuba keluar isu perkauman semata-mata untuk melepaskan geram. Tak kira lah dari parti mana atau ngo mana, semuanya cuba ambil kesempatan. Mentang-mentanglah sikap keterbukaan yang kita amalkan sekarang.

Salam..semua!

CINTA suci abadi said...

Kalau Malaysia mengamal dasar apartheid dah lama dah kita sekat dia orang dapat kerakyataan….kata Tan Siew Sin, seperti di lapurkan oleh Cik Det

http://test.chedet.com/che_det/2008/11/siew-sin-on-sino-malay-relatio.html#more

"When negotiating the terms of independence before that date," Siew Sin continued, "the MCA had asked that every Chinese who could legitimately claim to be regarded as a citizen should be allowed to become a citizen with the achievement of independence. It is a tribute to the farsighted statesmanship of UMNO and its leaders that they reacted sympathetically to this request. To give effect to this sympathy, a provision was inserted in the constitution itself to the effect that "good character" meant any person who had not been in jail during the period of three years preceding his application for citizenship.

"This was the main stumbling block to the acquisition of citizenship in colonial days. With the removal of this barrier, it was possible to admit approximately one million new citizens within 12 months of Merdeka and, of this number, roughly 800,000 were Chinese. If the Malays had been against giving a fair deal to the Chinese in the matter of citizenship, they would not have allowed such a situation to develop.

"The next major issue was the one concerning the special position of the Malays. Not many people are aware that this provision was inserted in the 1948 Federation of Malaya Agreement as part of the special responsibilities of the High Commissioner in the following terms;

"The safeguarding of the special position of the Malays and of the legitimate interests of other communities.

Orang cina di Negeri ini bebas untuk berniaga…kawan kawan saya terdiri dari jurutera jurutera yang mula perniagaan mereka sekitar tahun 80an, semuanya berjaya sekarang ini, semua (15 orang ) menjadi millionaire , yang melayu hanya 2 orang millionaire…
Kebanyakan anak anak mereka yang tak minat meneruskan usaha bapa mereka berhijrah di negera lain, bukan jadi businessman tapi makan gaji sebagai professional…
Saya tanya kawan yang berkerja di Ireland, (terdapat orang Cina di sana) apakah business orang orang Cina di Dublin mithalnya.. Dia jawab : jual phone card atau buat kedai take- away Chinese Foods ada lah…” ada tak Cina yang jadi kontraktor ke , industrialist ke, Developer ke macam di Malaysia? “ Tanya saya lagi…” Tak ada” jawabnya…..
Tempat lain…mana mana tempat yang pernah saya kunjungi, macam LA, Dallas, Washinton Dc, New York, Zurich, Geneva, Amsterdam dan lain lain di Eropah ada Cina tapi mereka berniaga di Cina town je lah…jadi contractor ,industrialist, developer….saya tak nampak pun…tak tahu lah kalau mereka bersembunyi…
Bangga dengan Singapore? Singgapura tu kalau kita serious jangan adakan hubungan perniagaan dengan mereka dia akan mati…cuba stop export/import barangan ke Negara Malaysia ini tidak melalui Singapura…bayangkan lah keadaannya…siapa yang akan komplen dulu kalau putus hubungan perniagaan dengan Singapura ..orang cina lah…cuba kerajaan kita buat tegas macam Singapura ada undang undang ketat …Polis dengan ketegasannya tak ada ruang untuk merayu bila buat kesalahan macam lalu lintas…siapa yang dulu compliant …orang cina lah yang dulu complain, susah mahu cari makan tapi di singapura tak apa…kalau di Malaysia ini corruption 100% terhapus…siapa yang susah hati…orang cina lah susah hati susah mahu berniaga…hahaha ..harap dapat kita hapuskan 50% pun dah cukup kita tenguk siapa yang mengelabah…tapi itu lah orang kita ini senang sangat di korupkan…pegawai pegawai yang ada kuasa, engineer, consultant , Qs, Architect dan lain lain jawatan ..senang sangat lah..bagi orang cina belum kenal pun dalam telipon pun boleh test market dah.terus . “ hello tuan Hj,,saya punya barang factory testing dekat China…sekarang ini serupa ..USA punya brand tapi kilang dekat China juga …Sekarang semua China…kita boleh pergi sana…sama sama kita cari amoi cantil cantik….” Selamba je..kalau dia tahu orang yang dilayan bercakap agak tegas dia cepat cepat tugar nada dan cepat minta maaf…
Tapi alim alim dan lebai pun ada kawan dapat juga trap orang macam ini…dia orang ini..termakan juga akhirnya dengan barang hadiah sejadah berharga rm 1000 sehelai mesti tebal permadani sejadahnya……hahaha..Datuk Dunia…

burungjantan said...

Siapa apartheid?

Politik keling karam sekarang memamng mencabar kesabaran.

Ini gara-gara UMNO lemah mengusai keadaan. Perjuangan selama ini yang dibena begitu lama dimusnahkan.

Kerana politik, UMNO sanggup menjual bangsa. Kerajaan lemah sungguh.

Jangan bagi muka, UMNO tetap bagi muka. semata-mata konon faktor penentu.

Tapi UMNO lupa sokongan mejoriti dari siapa? Kenapa sokongan mejoriti tidak dipandang?

Kita akan tengok siapakah calon PRK Bukit Selambau. Jika bagi muka juga. Bungkus sahaja UMNO.

Hapuskan perangai keling karam!

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati.

Apartheid ertinya perbezaan warna kulit. Perkauman ertinya mendabik dada mengagongkan kaum-kaum masing-masing - Rasanya tak ada bezanya.

Kini Umno mendabik dada mengagongkan Melayu dan memperlekehkan kaum-kaum lain!

Apa pendapat dato?

Ahmad Muaz said...

Kenapa la takda pemimpin umno yg cakap macam ini.Kalau boleh datuk buat la rencama hantar kat akbar2.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dr. Boo(doh?) patut ditanya soalan-soalan berikut:
1. Semasa lahir dahulu, di hospital kerajaan atau swasta? Kalau swasta, siapa agaknya tokeh hospital itu.
Kalau hospital kerajaan, agaknya, ibu Dr. Boo(doh?) diletakkan di katil yang sama dengan orang lain atau tidak?
2. Dr. Boo(doh?)mendapat pendidikan di sekolah mana? Sekolah Kebangsaan atau sekolah Cina? Kalau Sekolah Cina, sekolah tu dapat bantuan modal dari kerajaan atau tidak?
3. Pernah ke dia dan kaum kerabat dia naik pengangkutan awam kena asing dari kaum lain?
4. Kaum kerabat dia boleh pergi mengundi masa pilihanraya tak?
5. Kaum kerabat dia boleh menjadi calon dan menang pilihanraya tak?
6. Berapa banyak kedai atau kilang yang dipunyai oleh kaum kerabat dia berbanding kaum lain?
7. Kaum siapa pula yang mensyaratkan mesti tahu berbahasa Mandarin bila minta kerja di syarikat kaum dia hatta sebagai jurujual pun?
8. Kaum siapa pula yang menentang sistem sekolah satu aliran walaupun Prof. Khoo Kay Kim setuju kerana mengikut Penyata Razak.
9. Kaum siapa pula yang bermurah hati menderma 1000 hektar tanah kepada sekolah2 Cina sedangkan sekolah2 pondok hanya dapat 400 hektar sahaja janji mulut.
10. Siapa pula yang meminta berbagai-bagai tuntutan menjelang sahaja piliharaya dan dilayan pula oleh kerajaan?

Shahnon said...

Artikel yang menarik. Adun DAP dari Johor itu sememangnya buta sejarah dan cetek akal.

Satu fakta penting ialah sebaik sahaja polisi Apartheid Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1994, gagasan DEB Malaysia telah dijadikan model untuk membangunkan ekonomi kaum kulit hitam di Afrika Selatan dengan nama BEE. Polisi ini adalah 'affirmative action' untuk membangunkan ekonomi kumpulan majoriti yang tertindas.

Harus ada perbezaan yang terang dan jelas antara makna 'affirmative action' dan Apartheid - sebuah polisi yang mengasing kaum kulit putih dan hitam dari segi penglibatan dalam kerajaan, sosial, perniagaan dll. Sampaikan tandas dan kawasan mandi di pantai pun tak terkecuali daripada pengasingan kaum.

Kalau Malaysia atau polisi DEB (tak dinafikan terdapat kelemahan implementasi DEB, tetapi itu utk perbincangan lain hari) itu disamakan dengan Apartheid, masakan negara Afrika yang baru bebas daripada Apartheid ini hendak menjadikan kita sebagai model?

Amatlah bodoh dan langsung tak masuk akal kalau nak menuduh Malaysia mengamalkan Apartheid.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Memang jelas bahawa mereka yang menyatakan Malaysia mengamalkan Apartheid itu adalah buta dan tuli sejarah.Mereka ini yang mengaku pandai sebenarnya tidak cerdik (hampir jadi bodoh).

2. Seperti kata Dato' jika orang Melayu tamak maka semasa mencapai kemerdekaan dulu lagi mereka dah mulakan Apartheid dengan menidakkan semua hak orang bukan Melayu.Tapi sebaliknya orang Melayu dengan murah hati membenarkan pendatang2 dari China dan India menjadi warga negara dan menikmati taraf dan hak yang sama seperti rakyat peribumi.Orang Melayu sejak merdeka dulu tidak pernah cemburu tentang kejayaan orang bukan Melayu dalam bidang2 ekonomi,pendidikan,perniagaan dan lain2.Malah dalam politik pun orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu.

3. Bagaimana sifat toleransi orang Melayu ini telah dicemarkan semasa peristiwa 13 Mei 1969.Sifat toleransi dan berbaik2 orang Melayu ini telah dirosakkan dengan penghinaan terhadap orang Melayu.Tatkala itulah orang Melayu hilang kesabaran kerana sifat toleransi mereka selama ini tidak pernah dihargai tapi sebalik dikeji pula oleh mereka yang telah diberi budi.Mereka tidak kenang budi baik orang Melayu.

4. Malah selepas peristiwa 13 Mei itu orang Melayu sepatutnya mempunyai asas yang kukuh untuk mula mengamalkan apa yang dikatakan Apartheid terhadap orang bukan Melayu berdasar kepada peristiwa dan pengalaman tempoh lalu.Tapi sebalik Kerajaan di bawah kepimpinan orang Melayu memperkenalkan pula DEB semata-mata untuk mengimbangkan masyarakat.Dalam dasar ini kaum Bumiputra tidakpun menuntut hak 100% atau 50%, tapi hanya 30% sahaja dari kekayaan negara kepada kaum bumiputra.Itu pun sehingga ke hari ini target itu belum pun tercapai.Bumiputra sekarang hanya berusaha untuk mencapai target ini.Untuk itu mereka tidak pula menuntut supaya hak orang bukan Bumiputra diberi kepada Bumiputra.

5. Oleh itu kita harap sifat toleransi fasal kedua ini tidak diambil mudah oleh orang bukan Melayu kerana kita khuatir orang Melayu tidak sanggup lagi memberi toleransi fasal ketiga.

usabukata said...

salam dato ron,

apa yang boleh pemimpin melayu boleh buat? diasak dari dalam dan luar tiada siapa yang berani ambil tindakan. 50 tahun lebih sedikit yang dulu kenapa kita bagi kerakyatan? tiada sebab kita bagi kerakyatan. sampai sekarang masih ramai yang tak tahu berbahasa malaysia jangan kata fasih. sekarang mereka menidakkan sejarah. 50 tahun akan datang orang melayu akan lenyap dari tanah melayu.

kalau orang melayu cakap pasal kepentingan orang melayu mesti dituduh perkauman. kalau orang lain cakap pasal kepentingan kaum mereka itu hak asasi.

dato ron,

ada satu teori iaitu 'lord of the rim' iaitu penguasaan lingkaran pasifik oleh .........
ia semakin menjadi kenyataan dengan sokongan dan bantuan orang melayu sendiri serta kelemahan pemimpin melayu.

mungkin dato boleh ulas mengenai latarbelakang perjanjian belanda inggeris 1824 yang membahagikan nusantara melayu dan dijajah seterusnya dipaksa berkongsi dengan orang lain dan sekarang orang melayu akan dihalau dari tanah air ini. apa maknanya jika orang melayu tidak ada kuasa?

setakat ini dulu,
sambung lain kali