Sunday, March 15, 2009

NAJIB DAN MUHYIDDIN DIGANGGANG BARA SIASAH

Ruhanie Ahmad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, secara terus terang menyatakan dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa gabungan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin “merupakan gandingan yang amat mantap dan meyakinkan.” Kata Nazi lagi: “saya kira itulah yang hendak dilihat rakyat.”

Begitulah kata Nazri. Komen golongan yang anti-Najib dan anti-Muhyiddin mutakhir ini, sukar untuk kita ketahui. Negativiti umum terhadap Najib dan Muhyiddin bertebaran di warung-warung kopi hotel lima bintang dan warung-warung kopi di pinggir desa.

Kalau di Melaka, mungkin negativiti tersebut turut kedengaran di warung asam pedas dekat perigi Hang-Lipo atau pun di jeti perahu ke Pulau Besar. Kalau di Johor, mungkin negativiti berkenaan mengaung-ngaung di gerai mee Bidali, di perhentian bas Yong Peng, di gerai nasi lemak di stesen keretapi Kluang atau di restoren udang galah dan ikan baung di pinggir sungai di Bandar Segamat.

Negativiti terhadap Najib dan Muhyiddin juga mungkin berdengung-dengung di Rembau, Negeri Sembilan atau di kedai mamak di Kuala Kubu Baru, Selangor. Di Kedah, di Perlis, di Penang, di Perak dan di mana-mana jua, waimah di Sarawak.

Mungkin juga negativity mengenai Najib dan Muhyiddin turut dianalisis di bawah lindungan Eiffel Tower di Paris, di sepanjang Oxford Street di London, di 5th Avenue di New York, di Akihabara di Tokyo, di padang golf Burswood di Perth dan di Hotel Sahid Jaya Jakarta.

Sesetengahnya akan menganalisis Najib dari perspektif kes mahkamah tertentu, kes orang rumahnya, tohmahan rasuah, serangan siasah oleh pihak-pihak berkenaan dan sebagainya. Jarang-jarang sekali mereka menganalisis Najib dari sudut Tun Razak Hussein – akitek pembangunan luarbandar, pencetus gagasan Rukunegara, bapak pembangunan negara, pelopor keberkecualian ASEAN menerusi konsep zon aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN dan pembuka tirai buluh di Republik Rakyat China di era Perang Dingin pada 1974.

Mereka yang menganalisis Muhyiddin pula ghairah mengatakan beliau tidak ada PR, tidak pandai senyum, kurang mesra, gemar dengan fesyen baju batik gebobor, cendekel, susah nak ingat nama orang UMNO dan lain-lainnya. Mereka kurang arif yang Muhyiddin adalah family man yang yang setia, peminat seni tampak, anak Tok Guru Haji Yassin yang terkenal di Bakri dan Pancor, Muar, pernah jadi Menteri Besar dalam keadaan Johor amat diduga dengan gelombang siasah Melayu 80-an yang amat mencemaskan, menyatupadukan Melayu Johor menerusi Perhimpunan Melayu Johor yang turut didukung oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, pernah jadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor dan Ketua Perhubungan UMNO Johor, bekas Menteri Belia dan Sukan yang menjayakan Sukan SEA, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Najib dan Muhyiddin memang sedang mengharungi keadaan yang amat menduga dan mencabar. Kebelakangan ini mereka seolah-olah diganggang bara siasah yang tiada berkesudahan. Najib dengan tohmah dan kisah yang tidak pernah bernoktah. Muhyiddin pula diasak oleh ketangkasan lain-lain calon Timbalan Presiden UMNO yang cergas dari segi fizikalnya, dikatakan perkasa dari segi materialnnya dan memang terbukti ramah dari segi pergaulannya.

Najib serta Muhyiddin jugalah yang kebelakangan ini dikatakan sentiasa dirundung seribu satu kemungkinan -- sama ada kemungkinan dimangsakan oleh pihak yang berhajat untuk memangsakan mereka, atau dikorbankan oleh kelompok yang mendapati kedua-duanya sebagai gabungan yang boleh menghapuskan seluruh keghairahan percaturan politik kuasa oleh kelompok terbabit.

Serangan terhadap Najib kini turut dilancarkan menerusi wadah komunikasi internasional. Siapa pengangkaranya Tuhan saja yang maha mengetahuinya. Di arena tempatan, ada juga ramalan mengatakan Najib mungkin hanya jadi Presiden UMNO tetapi tidak mungkin menjadi Perdana Menteri. Pendek kata, itulah hakikatnya Najib mutakhir ini. Segala-galanya seolah-olah diselubungi gerhana yang panjang.

Soal pengimplikasian kes mahkamah tertentu terhadap Najib mutakhir ini saya ikuti dengan teliti. Kritikan umum terhadap insan-insan terdekat dengannya juga saya ambil ingatan secara serius. Tetapi, soal roh, jiwa dan nurani beliau terhadap agama, bangsa, negara, UMNO dan BN jarang-jarang sekali dianalisis oleh pihak yang mengatakan Najib adalah insan yang diragui hinggakan beliau dihukum menerusi pendapat umum bahawa kerusi Perdana Menteri bukan miliknya dalam tempoh terdekat ini.

Malangnya Najib bukan kepalang. Di garis permulaan ke arah lonjakan kariernya, beliau berhadapan dengan aral yang melintang di sepanjang jalan. Pastinya tidak ramai di antara kita yang sudi membantu beliau mengatasi halangan tersebut. Sebaliknya, mungkin ramai pula yang sunggup menyediakan talqin siasah untuk menguburkan beliau secara politik ketika ini.

Begitu juga halnya dengan Muhyiddin. Ciri-ciri keluhuran jiwa, keikhlasan kepimpinan, ketangkasan minda dan komitmen kerja beliau basah lucut ditenggelamkan oleh banjiran material daipada pihak-pihak tertentu. Senjata yang berhasrat memancung, memenggal, mengelar, menghiris dan mencantas beliau juga muncul dari pelbagai hala.

Bagaimanapun, seperti kata Nazri, Najib dan Muhyiddin adalah gabungan terbaik dan mantap. Terserahlah kepada para perwakilan UMNO menentukan nasib Muhyiddin pada 26 Mac 2006. Dan kepada Allah saya berserah semoga ramalan Nazri menjadi realiti dalam tempoh 11 hari dari sekarang. Insya Allah!

21 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Mungkin saya sependapat dengan Datuk dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz.

2 M Gagal. Najib-Muhyiddin Jadi Taruhan.

Tahun 1981-1986, Tun Dr Mahathir telah berganding bahu dengan Tun Musa sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Gandingan 2M ini berjaya mewujudkan keadaan politik yang stabil, ekonomi yang mampan serta UMNO sebagai tulang belakang BN adalah sebuah parti yang teguh dan kuat.

Harapkan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Seperti kata orang, dalam satu kandang tidak boleh ada 2 ekor singa. UMNO akhirnya mengalami krisis hebat pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah telah mencabar Tun Mahathir sebagai presiden UMNO sementara Tun Musa dicabar oleh Tun Ghaffar bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Team B tewas. Kuli telah membawa keluar sebahagian ahli UMNO menyertai Semangat 46. Tun Musa bersara. Kumpulan 11 membawa UMNO ke mahkamah sehingga UMNO dharamkan pada 1988. UMNO (baru) dihidupkan semula dengan menambah perkataan (baru) semasa pendaftaran sedangkan perjuangan UMNO asal diteruskan.

Kemunculan Najib dan Muhyiddin menawarkan diri sebagai Presiden dan Timbalan presiden mengingatkan kita kepada gabungan 2M dahulu. Kemantapan dan kehebatan mereka berdua boleh menyaingi gabungan Mahathir-Musa.

Harapan rakyat mahu melihat gabungan ini menjadi kenyataan. Kehadiran mereka berdua sangat diperlukan buat ketika ini. Ketika UMNO berada di hujung tanduk. Ketika UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan. Suntikan dan tangan ajaib Najib dan Muhyiddin diharap menjadi taruhan terbaik untuk memulihkan UMNO dan meletakkan semula UMNO ke landasan yang betul.

Kedua-duanya mempunyai pengalaman menjadi Menteri Besar. Najib pernah menjadi Menteri Mesar Pahang ketika berumur 29 tahun. Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dan berjaya membawa Johor sebagai sebuah negeri industri serta mempunyai jasa besar dalam menyatukan semula orang-orang Melayu dalam Perhimpunan Melayu Johor.

Pembabitan mereka berdua dalam kementerian-kementerian utama serta meninggalkan jasa yang bukan sedikit perlu juga diambil kira. Keikhlasan Muhyiddin memberi laluan kepada Najib dengan meminta bahagian-bahagian UMNO mencalonkan Najib sebagai Presiden adalah satu permintaan yang ikhlas. Muhyiddin tidak terlibat dengan sebarang skandal, serta umurnya yang sudah menjangkau 61 tahun, lebih muda 5 tahun daripada Najib menunjukkan Muhyiddin bukan seorang yang gelojoh atau tamakkan kuasa.

Najib anak seorang negarawan, Muhyiddin anak seorang ulamak. Gandingan keduanya memang menjadi taruhan orang Melayu, Orang UMNO dan Rakyat Malaysia.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Melayu Sejati said...

My Guru...Datuk,

1. Gabungan Najib + Muhyiddin hanya nampak gah dan mantap dikalangan UMNO sahaja.

2. Tetapi gandingan itu tidak ada nilai dan harga langsung pada kacamata rakyat Malaysia di ketika ini.

3. Silap haribulan Najib akan terSUNGKUR dan Muhyiddin akan terNGANGA.

http://politikanjing.blogspot.com

Unknown said...

Salam Datuk. Apa yang Datuk tulis tu memang betul. Saya tak faham orang kita kebelakangan ni. Macam soal Mohidin. Orang UMNO lebih didorong oleh wang ringgit untuk pilih pemimpin. Macam Datuk Najib pula,mereka lebih dipengaruhi perkara yang belum pasti sahih ke taknya. Saya sedih. Dalam keadaan Melayu tercabar dan dicabar ni perlu kita ketengakan gandingan pemimpin yang mantap. Ketepikan sentimen dan persepsi yang kita sendiri tidak pasti. Saya sokong Najib dan Muhyiddin. HIDUP MELAYU!!!!

Unknown said...

Kalau orang Johor pun nak sembelih Mahyuddin elok kita sula mereka. Ini bukan soal Mahyuddin, Johor atau UMNO. Ini soal kepimpinan dan perjuangan. Kelompok perosak macam ni tak patut ada dalam UMNO. Dia orang yang terikut-ikut rentak politik wang ni ramai yang jadi perwakilan G7 pasal dia orang pun main duit. Betul Datuk. Bila datang PAU dia orang nak kutip le modal dan untung mereka sekali. Tak kiralah dia tu cikgu ke, kerani ke, penjaja ke atau apa ke. Berduyun-duyun dia orang naik ke kl jual maruah kepada mereka yang nak beli undi. Kalau gitu dia orang ni macamlah sundal atau pelacur politik. Datuk setuju tak?

Unknown said...

Dear Sir,

I pun heran looking at the UMNO perwakilan punya behavior. Like orang lapar or like buaya lapar. The other day my friend and I were having coffee at grand season hotel opposite KL GH. I nampak a group of them having feast like orang kemarok you know. I malu betul looking at the way they wallop their food. May be only during pemilihan UMNO they come to KL to solicit money. I know they are perwakilan because they talked so loudly about undi undi. I am a Malaysian Sir. I also concern about UMNO because I came from kampung in Kedah near Tun M’s Titi Gajah. So, I heran depa tu behaving like hooligan. Rambut panjang. Laughing all the way non-stop and sembang-sembang at the top of their voices. I respect UMNO Sir. Really. But susah for me to hormat those UMNO guys I met the other day. If like this, sure UMNO finish very very soon. I don’t like it. But if those UMNO guys don’t care, what to do? Good luck Sir….

PARPUKARI said...

NAK MINTAK IZIN UNTUK COPY ARTIKEL DATO INI KE BLOG SAYA YA...TERIMA KASIH DATO!

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati.

Di Pahang lagi hebat orang bercerita tentanbg Najib Rosmah! Nak tahu apa ceritanya singgah-singgahlah di warong-warong ikan patin negeri Pahang.

Goostee said...

Yang Mulia Datuk,

Pandangan Datuk mungkin boleh diterima kalau Najib dapat membersihkan persepsi yang memalit dirinya. Keengganan pihak yang berwajib menyiasat perkara-perkara pelik yang melibatkan kes pembunuhan diShah Alam itu membayangkan banyak yang benar-benar busuk yang cuba disembunyikan. Yang lebih anih, kejadian pelik tersebut nampak bertepatan pula dengan angkara yang dipercayai berbangkit dengan pembelian senjata perang oleh Negara pada masa itu ? Kalau kejadian-kejadian anih ini menjadi sesuatu yang pelik buat kami, tidakkah ia juga menjadi tanda-tanya buat Datuk ?? Mungkin Datuk ada jawapan yang lebih meyakinkan ???

burungjantan said...

Tapi Datuk, datuk jangan gabong mohidin dengan najib. Itu tidak adil kepada ali rustam dan mohd taib. Umno bukan milik mohidin.

Lagi pun teori macam datuk buat ini akan menyusahkan Datuk Seri Najib, sekalipun mohidin yang menang.

Tulisan datuk akan lebih adil jika tidak mengaitkan dengan datuk najib dalam pemilihan timbalan presden itu nanti.

jab sp said...

Nazri Aziz dalam usaha untuk mempertahankan Najib telah melakukan satu kesilapan paling besar apabila mencadangkan kepada parlimen Malaysia supaya Gobind Deo digantung.Dengan pengantungan ini akan meluaskan lagi skop pembincangan apakah benar Najib terlibat sebagaimana tuduhan yang menyebabkan GD terpaksa melupakan tugas MP selama setahun.Adakah GD dan PR akan berdiam diri atas perkara ini.

ChengHo said...

Perwakilan Umno misti melihat kepada kehendak negara dan rakyat Malaysia bukan hanya untuk orang orang Melayu , kualiti Meritokrasi bukan nya satu perkara yg phobia bagi perwakilan
Pemilihan mereka akan menentukan survival orang Melayu dan temadun nya , pemilihan kali ini sangat kritikal dan Melayu berada di persimpangan
Pemilihan gandingan Najib dan Muhyiddin akan meletakan meritokrasi di tempat yg sepatut nya , ianya adalah gambaran negara akan menuju kearah kecermelangan
Beberapa tahun yg lepas disatu persidangan di Bangalore LKY ditanya apakah rahsia dan recipe Singapore menjadi negara kelas satu didunia , LKY menyatakan ' i just put the right man for the right job'
For TPM ,Muhyiddin is the right man for the job..

Unknown said...

Salam Dato',

Kolaborasi Najib dan Muhyiddin dilihat sebagai satu gandingan yang mampu mengemudi negara JIKA kedua dua mereka dapat membersihkan kredibiliti yang telah dicemari dengan isu isu berkaitan dengan mereka. Tidak dinafikan Najib dan Muhyiddin adalah antara pemimpin yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kepimpinan kerajaan. Cuma isu isu yang berkaitan dengan mereka, sedikit sebanyak merencatkan kredibiliti. Najib dan Muhyiddin perlu membuat sesuatu agar tidak hilang kepercayaan rakyat Malaysia terhadap mereka.

Azom Networks Online said...

Pembetulan kepada artikel amirhamzah64. Ku Li sebenarnya tidak pernah membawa keluar ahli UMNO menyertai Semangat 46. Yang sebenarnya apabila UMNO baru ditubuhkan, Ku Li dan pengikutnya membuat keputusan untuk tidak menyertai UMNO baru tersebut. Jadi tidak timbul soal Ku Li dan pengikut keluar UMNO. Setelah UMNO lama diharamkan, semua ahli tidak berparti sehinggalah ditubuhkan UMNO baru. Dalam UMNO baru ini, bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn tidak menyertai UMNO baru hingga ke akhir hayat.

zeme said...

Salam Datuk,

Apakah reaksi dan ulasan Datuk tentang perkhabaran bahawa esok Lembaga Displin Parti yang akan bermesyuarat bagi mencadangkan penggantungan keahlian salah seorang calon jawatan Timbalan Presiden UMNO bersabit kesalahan politik wang menjelang PAU 2009 nanti.

Sekiranya benar perkhabaran ini dan ada keputusan dari Lembaga Displin Parti esok, maka sewajarnyalah tindakan dua orang anak tokoh UMNO melakukan injuksi untuk menangguhkan pemilihan dan PAU 2008 sehingga parti UMNO benar-benar bebas dari unsur-unsur mencurigakan pencalonan dan pemilihan yang tidak sihat.

Wasalam.

Unknown said...

Asmbth Dato. Saya setuju dengan YB Dato Nazri. Gadingan terbaik ialah Najib-Mahyudin. Terus terang saya katakan bahawa Ali Rustam dan Muhamad Taib tak layak sebagai bakal TPM. Cuba dengar cara mereka bercakap dan berhujah nampak sangat ada kelemahan. Bayangkan jika Ali Rustam dan Muhamad Taib dilantik sebagai TPM dan pihak media asing mengadakan temuramah mungkin buat malu Malaysia.

Saya bukan hendak menghina dan kondem ketokohan mereka tetapi itu adalah realitinya. Cara Najib dan Mahyudin bercakap ada ketokohan...ini kalau kita dengar Ali Rustam bercakap dan memberi idea nampak macam Pengerusi JKKK yang bercakap.

Jangan marahkan saya ini teguran yang telus ikhlas . Kepada Perwakilan UMNO pilihlah tokoh yang benar-benar hebat bukan kerana dapat sesuatu. UMNO hanya boleh diselamatkan melalui Perwakilan. Jika silap pilih UMNO akan mendapat aibnya nanti.

Bagi jawatan Naib Presiden saya berharap Dr Zahid Hamidi dan Shafei Afdal adalah calon yang paling sesuai untuk dipilih. Seorang lagi pilihlah calon sebaik-baiknya mewakili golongan veteran. Kita tidak mahu pemimpin yang ego dan degil dengan polisi yang tidak menguntungkan bangsa melayu

APPLE PIE said...

salam to,
Saya ingin menambah, Ts Muhyiddin juga Menteri Belia Dan Sukan Sewaktu Malaysia Menjadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 1998.Malaysia Boleh!

zainal abidin awang kechik said...

UMNO DAN MASA DEPAN MELAYU
SAYA PERNAH MEMIKUL TANGGUNJAWAB KETUA PERMUDA UMNO BAHAGIAN BATU GAJAH PERAK.
1996 UCAPAN SULUNG SAYA KETIKA ITU...SAYA BERKATA BAHAWA TAUKE SAYA PAK LAH AKAN MENAWAR BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN UMNO 1998..IZIN ALLAH DIA MENANG TANPA BERTANDING.
HAMDAN TAHA,DR ZAMBRY,HJ DAUD SENYUM...JAMAL NASIR KATA SAYA CRAZY... BUT I TELL HIM ...YES..I'M CRAZY BUT NOT STUPID..

RAMLE NGAH TALIB SMILE AT ME..

TODAY AFTER 11 YEARS,ALL THE UMNO BOYS FIGHT FOR THEIR FUTURE POLITICAL MILEAGE,THEY DO NOT WORRIED ABOUT NEXT GENERATION NEITHER THE NEXT ELECTION.
THEY THROW THEIR MONEY LIKE THERE IS NO TOMORROW.
I REMEMBER ONE THING WHAT PAKLAH TOLD ME IN HIS ROOM IN WISMA PUTRA "NON,WE LIKE THE TRUTH BECOURSE THE TRUTH DOES NOT HURT US,AND WE FIGHT FOR THE TRUTH.NON WE WORK FOR OBJECTIVE NOT FOR CREDIT,..."

TODAY,UMNO LEADER HAVE FORGOTTEN WHAT HAPPEN DURING THIER LEADERSHIP IN 1987,TEAM A TEAM B ,ON 1993, THE FIRST TEAM WAWASAN WHEN GHAFAR BABA THEY THROW OUT LIKE RUBBISH,ABDULLAH AHMAD BADAWI WAS KICKED OUT BY THE TEAM WAWASAN,COURSING MONEY DOLLAR AND CENT AS THE FACTOR FOR UMNO MEMBER TO BELIEVE IN TEAM WAWASAN .

TODAY THE MONEY ,THE POWER ,THE CORRIDOR ,THE SKILL , THE STRATEGY ,THE SPIRIT ,THE STRENGTH IN UMNO CONSIDER LAST TO 100 METER TO FINISHING LINE.
I BELIEVE THIS TIME THE EARTHQUAKE AND POLITICAL TUBULANCE WILL BE HAPPEN ON 2009 UMNO ASSEMBLY,BUT THE BLOOD IN MALAY DOMINANT WILL BE THERE FOREVER.

mad said...

saya akan ketawa terbahak2 jika ali rustam dipilih menjadi tpm dalam pemilihan umno nanti. sekarang pun saya nak ketawa bila terbayangkan kemungkinan itu berlaku, hahahaha

Ikut Suka Saya said...

Salam Dato' Ron

Saya amat tidak sependapat dengan pandangan Dato' Nazri dan juga Dato sendiri.

Sambil kita mengakui kebolehan dan jasa baik Tun Razak, saya tidak bersetuju dengan pandangan Dato seolah-olah Dato' Seri Najib Razak itu diklonkan hampir serupa dengan ayahandanya.

Dato' Seri Najib mempunyai seribu satu masalah.Beliau sebenarnya gagal untuk mempertahankan diri secara terbuka mengenai masalah peribadi beliau.Beliau hanya berselindung di sebalik watak Allahyarham Tun Razak sahaja!

Begitu juga dengan Tan Sri Mahyuddin..Anak Tok Guru tidak semestinya jadi Tok Guru.Bahkan anak Nabi Nuh pun ada yang sesat mengikut syaitan.Ilmu dan amalan bukannya boleh diwarisi.Tulisan mengangkat Tan Sri Muhyidan sebagai anak Tok Guru tersohor dibuat seolah2 beliau akan menjadi pemimpin terbaik sedangkan hakikatnya beliau juga terlibat menggadai kepentingan Melayu Johor kepada Cina dan Singapura.Apakah itu digelapkan?

Sebenarnya yang patut menjadi Presiden UMNO ilah YTM Tungku Razaleigh yang memang diakui kawan dan lawan banyak berjasa kepada negara dan sentiasa berkorban demi Melayu ini!!

Mika Angel-0 said...

Sdr Kuda Kepang,


Mengapa Jadi Begini, Ya?
(ali Rustam dilarang bertanding)

17/03/2009 4:36pm
KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO.

Keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.
- Utusan


Khairy diberi amaran, Khir tidak bersalah
17/03/2009 4:37pm

KUALA LUMPUR 17 Mac - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.
- Utusan


Kes hasutan : Karpal mengaku tidak bersalah
17/03/2009 11:24am

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pengerusi DAP, Karpal Singh, 69, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebut kata-kata hasutan terhadap Sultan Perak pada satu sidang akhbar awal bulan lalu.

Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa telah menyebut kata-kata menghasut itu di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co di alamat No.67, Jalan Pudu Lama di antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 petang 6 Februari lalu.

Dakwaan terhadapnya mengikut Sesyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 4(1) akta tersebut.
-Utusan


(sometimes the truth hurts very much and it is only with the grace of the lord that we may thread upon the siratul mustaqeem home, mas)


KEPADA ALLAH BERSERAH

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Terkini hanya tinggal dua saja calon Timbalan Presiden, peluang TS Muhyiddin lebih cerah. Seorang rakan saya yang bertugas di Selatan Semenanjung mengatakan ramai orang UMNO di sana kurang senang dengan TS Muhyiddin. Manakala di Utara pula ramai yang menyokong kepimpinan beliau. Harapan saya semoga perwakilan nanti membuat keputusan yang bijak.

Gadingan DS Najib dan TS Muhyiddin adalah merupakan gandingan terbaik masa kini. Cuma DS Najib perlu cari jalan mengikis persepsi buruk terhadapnya secepat mungkin. Keyakinan rakyat perlu dikembalikan ke landasan yang betul.