Friday, March 20, 2009

BAGAIMANA HENDAK REFORMASIKAN UMNO?

Sejak kebelakangan ini ramai sahabat-sahabat menghantarkan komen meminta saya memberikan cadangan mengenai reformasi UMNO. Saya tidak termampu berbuat demikian kerana kostrain waktu. Kalau terluang masa pun saya tidak akan kemukakan cadangan itu kerana saya adalah generasi yang turut terlibat dengan keadaan UMNO mutakhir, sementara UMNO yang perlu direformasikan adalah milik generasi muda seluruhnya.

Oleh itu saya persilakan sahabat-sahabat blog ini untuk mengirimkan cadangan masing-masing untuk saya halusi dan publishkan sehari dua sebelum PAU 2009 bermula. Sampaikanlah cadangan anda secara ikhlas, elakkan emosi dan ketepikan sentimen negatif.

Sebagai panduan, cadangan anda mungkin boleh dikategorikan kepada tajuk-tajuk berikut: falsafah dan matlamat perjuangan; aspirasi generasi muda terhadap UMNO; program perjuangan yang yang paling komprehensif dan diterima ramai; perlukah seluruh anggota UMNO direorientasikan semula akidah perjuangan mereka; apakah ciri-ciri pemimpin UMNO; perlukah pucuk kepimpinan tertinggi UMNO di bahagian-bahagian diwujudkan atas perlantikan; apakah larangan dan dorongan yang diperlukan; perlukah sistem pemilihan kepimpinan UMNO pusat dirobah secara struktural; perlukah sistem pemilihan calon pilihanraya daripada UMNO juga dibuka kepada seluruh orang Melayu walaupun bukan ahli UMNO, tetapi simpatisan UMNO; dan sebagainya.

Saya kemukakan cadangan ini kerana UMNO tidak bersalah. Tetapi sesetengah kalangan UMNO yang sebenarnya menyebabkan UMNO jadi sedemikian rupa pada hari ini. – Ruhanie Ahmad

19 comments:

cakapsiang said...

Cari kaedah bagi membolehkan SEMUA ahli-ahli UMNO mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan. Ini akan menjadikan UMNO itu parti yang diterajui oleh Rakyat. Tetapi pengambilan ahli mestilah diperhalusi kerana takut akan ada unsur-unsur luar menyusup masuk dengan agenda mereka sendiri.

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Datuk Ron yg saya hormati.
Setelah kita melihat peristiwa yg tidak berapa elok telah berlaku di dalam negara sejak kebelakangan ini, apa yg dapat kita simpulkan ialah kebanyakkannya adalah berpunca daripada masalah personaliti dan peribadi individu itu sendiri. Parti dijadikan sebagai alat pelindung kepada seseorang individu untuk menutup kelemahan diri masing masing, tidak kiralah samada individu itu tokoh besar, sederhana ataupun dari golongan marhaen. Samada UMNO, PAS, DAP ataupun apa jua parti yg ada semuanya ada undang undang dan peraturan tersendiri yg menjurus ke arah kebaikan. Kita sering tersilap langkah dengan membiarkan hanya beberapa personaliti 'membentuk' acuan politik negara. Wajah wajah dan personaliti yg di anggap mempunyai ketokohan sebenarnya hanyalah individu biasa sahaja seperti kita cuma mereka mempunyai kelebihan dari segi nasib dan mungkin sedikit usaha untuk berjaya. Sebenarnya tidak ada penyelesaian konkrit untuk sesuatu permasalahan yg melibatkan perkara politik dan kuasa. Tidak ada formula khusus untuk menyelesaikan masalah politik. Semuanya agak kabur dan banyak menjurus kepada perkara retorik serta penuh dengan unsur unsur pembohongan semata mata. Langkah pertama yg selalunya diambil oleh individu yg tersepit dalam politik ialah menyalahkan org lain terlebih dahulu, kemudian mengambil langkah menyelamatkan diri. Selalunya penyokong yg berada disekeliling akan lari seandainya pemimpin mereka berada dalam keadaan yg sukar untuk survive. Yg tinggal di tepi mereka selalunya bukanlah org org politik bila seseorang pemimpin itu jatuh. Inilah yg diajar kepada kita sejak berkurun lamanya dan ianya telah diterima pakai oleh semua orang di seluruh dunia.

Jadi, apalah sangat nilai perjuangan dan kesetiaan dalam politik era baru kini? Dan siapakah kita untuk memberi nasihat yg 'baik baik' kepada org org politik? Mungkin hanya merugikan masa dan akal kita sahaja. Mungkin nada ini dianggap kecewa dan seolah oleh kita tidak ada semangat lagi untuk membetulkan keadaan. Langkah yg paling baik ialah membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Jika kita sebagai pakar bom yg menjumpai satu bom jangka yg akan meletup dalam beberapa jam lagi, mungkin kita ada masa untuk mematikan suis bom tersebut. Tetapi jika kita hanya ada beberapa saat sahaja untuk bertindak, kita boleh pilih samada untuk tunggu memotong wayar bateri ataupun kita perlu undur untuk menyelamatkan diri...Kebanyakan pejuang pejuang seperti Datuk memilih jalan untuk memotong wayar bateri bom tersebut tanpa mempedulikan nasib diri. Seperti selalu, bom itu tetap akan meletup walaupun wayar yg di potong itu sememangnya wayar bateri! Sebab apa? Sebabnya ialah pejuang pejuang selalunya akan dipergunakan untuk menyelamatkan tokoh tokoh yg di anggap pemimpin kepada negara. Pejuang pejuang inilah yg selalunya akan menggadaikan semuanya untuk pemimpin atasan tanpa mempedulikan nasib mereka sendiri. Dan pada pandangan peribadi saya, sudah sampai masanya orang orang seperti Datuk untuk bangun sendiri demi perjuangan yg ikhlas dan bersih. Cukuplah pejuang pejuang ini memberikan jiwa dan raga kepada org lain. Kita perlu bersifat adil kepada diri kita sendiri...

sham aljohori said...

Assalamulaikum wbk,
Dato' yang dihormati.

Keluhuran budi dato' amat saya sanjung tinggi apabila menuntut satu rasa kerjasama ikhlas untuk membantu 'umno mutakhir'. Tetapi sebelum saya memberikan cadangan, ingin saya bertanya sekali lagi, iaitu "sejauh mana umno boleh menerima cadangan ini sedangkan nasihat Dato' Hassan Ahmad, Dato' Zainal Abidin Borhan Dato'Zainal Keling, dan Dato' Baha Zain pun mereka tolak mentah-mentah."

Bagi saya mudah sahaja. Umno perlu diruntuhkan terlebih dahulu supaya mereka sedar bahawa kekuatan yang berpaksikan ketamakan tidak akan bertahan lama. Dan melalui keruntuhan itu, barulah akan lahir kesedaran mutlak. 50 tahun usia umno itu menyebabkan mereka seperti berjaya menongkat langit. Mereka terlupa kepada suara rakyat akibat kuasa, kerakusan dan tamak. Maknanya pemimpin umno hari ini rata-ratanya bermentaliti marxsisme.

Keduanya, kita perlu memikirkan kaedah yang betul-betul dapat menyedarkan pemimpin umno akan tatasusila dan akal budi Islam yang syumul. Saya melihat pemimpin umno hanya islam di dalam kad pengenalan sahaja tidak keseluruhan hidup. Umno adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Soalnya ialah, di manakah Islam di dalam kepimpinan Melayu-Islam umno?

Banyak agenda telah dilakukan untuk memulihkan umno. Kenapa tidak berjaya sedangkan pemimpin di dalam umno silih berganti. Persoalannya, bukankah tradisi yang telah berakar umbi itu masih kuat dan tidak digemburmusnahkan.

Oleh itu, secara mudah ialah umno perlu diruntuhkan keseluruhannya. Kemudian daripada itu, satu kerangka/ sistem yang terarah atas prinsip politik yang harmoni dan syumul perlu dibangunkan.

Satu penggal menyerah dan mengalah tidak bermakna tewas selamanya. Biar berundur selangkah tetapi kemudiannya mara untuk satu tempoh yang lama.

Salam.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Jasmani Dan Ruhani
(mukmin itu baik nilai kedua-duanya)

Bagaimana hendak di'reform'-kan UMNO sekiranya badan yang dipertanggungjawabkan membenteraskan jenayah rasuah pun tanpa hemah dan sangat-sangat kurang amanah, kurang berani dan kurang telus menjalankan tugas-tugas berat yang telah diamanahkan kepada mereka malah pentabiran negara dan budaya masyarakat malah yang sangat-sangat gemar pilih kasih?

Nafsu amarah bisuu' tidak pernah menyesal di dunia ini - walaupun dia itu bergelar dan berketururnan syed-syed - kitab suci pun dikencingnya.

Apakah kita masih mahasiswa-mahasiswi korup dan tanpa pedoman hidup ketandusan nilai-nilai murni?
(jangan cuba menyentuh kitab suci tuhan yang ahad tuhan muhammad dengan hati yang kotor)

Kepada Allah Berserah

Unknown said...

1. ubah persepsi ini: "masuk politik/umno sebagai jalan cepat untuk mengumpul kekayaan".

2. ubah perangai wakil rakyat umno yang berlagak dan sedarkan diri maksud "WAKIL RAKYAT".

3. wakil rakyat umno nampak sangat kekayaan yang dikumpul (tak tahu mcm mane) RUMAH BESAR,KERETA BESAR,ETC..(MACAM MANA NK UBAH??)

SEKIAN, TERIMA KASIH.

bal said...

Salam Datuk Ron

Reformasi yang macam mana perlu di laku kan di dalam UMNO?

Satu antara sebab musabab apabila golongan muda sangat sukar untuk menjadi ahli UMNO, ada yang terpaksa menunggu sehingga 2 tahun, pun masih belum menerima apa2 jawapan.

Kalau nak jadi ahli pas tu, dalam masa 1 hari sahaja.

Banyak golongan muda yang berkelulusan akademik tinggi sukar hendak menyertai UMNO... UMNO cawngan atau bahagian lebih rela memilih individu yang kurang kelayakan akademik nya dari yang berkelayakan, sebab takut yang pandai2 mengambil alih...

cuba bayangkan jika banyak ahli UMNO yang kurang upaya dari segi akademik menjadi perwakilan, apa yang akan terjadi....?
Mereka memerlukan duit untuk menjaga keluarga serta diri mereka sendiri, akademik dah la kurang, mestilah jawatan dan gaji mereka setimpal dengan kelayakan mereka perolehi setiap bulan.

Macam mana nak survive dalam keadaan ekonomi sekarang?? bagi duit sikit dengan projek, dah berubah pendirian....

Bukan lah yang ada kelulusan akedamik ni pun semua betul... tapi kurang2 boleh la juga survive dengan keadaan ekonomi sekarang... setakat bagi rm200 datuk ron, saya pun ada, itu yang akan keluar dari hati saya.

UMNO mesti tukar cara pengambilan ahli baru,kami tunggu sampai 2 tahun, ezam PKR apply satu hari sahaja dah boleh masuk UMNO, apa cerita datuk?lepas tu ketua cawangan UMNO driver pencen, bendahari JAGA BANK, yang duduk kat bahagian pun lebih kurang cam tu jugak....

bagi saya kalau pemuda kita lemau, mcm mana nak mengadap org mcm M.Kayveas, Gobind, UMNO mesti ada ramai orang yang pandai2 dan bekelayakan..

kalau yg ada akademik pun dalam UMNO, anak bekas menteri lah, anak bekas duta lah, anak orang berpengaruh lah...

apa anak2 orang susah macam saya ni tak layak ke masuk UMNO?

Pada pendapat saya , UMNO seperti sengaja mengambil orang2 yang kurang kelayakan akademik, supaya mudah untuk di kawal kerana mereka terpaksa meminta minta untuk meneruskan kehidupan mereka..

maaf datuk ron, saya tak pandai sangat susun ayat.. salam semuga dato' sekeluarga mendapat Rahmat Allah semasa hidup di dunia, ketika hendak kembali ke sempadan akhirat, dan semasa berada di negeri akhirat.

Unknown said...

Terlebih dahulu saya minta ampun dan maaf kalau saya tersalah, tapi ini apa yang saya nampak, pandangan saya secara peribadi, sebagai nak watan, sebagai anak melayu!!

Saya lihat pemimpin-pemimin parti lain, bila dilantik atau bila jadi menteri mereka kan berusaha dan bekerja keras diatas kapasitinya bagi memastikan agar dia dipilih atau disokong oleh ahli-ahlinya, membuka ruang dan mencari peluang sebanyak-banyaknya kepada kaum yang diwakilinya, manakala orang kita bila dilantik, tidak mengguna ruang dan peluang yang ada, khususnya untuk membela nasib melayu dan mengukuhkan UMNO dan mengekalkan kerusinya, tetapi asyik berkempen suruh orang sokong sahaja,bagi mengekalkannya kerusinya, dan yang lebih sakit dan pedih lagi bila berkempen ( sewaktu mengundi), rela basah, rela panas bersinting lenggan tapi bila menang kereta pun bubuh cermin gelap nak jumpa pun susah..Tindakan ini membuatkan orang melayu tidak menaruh harapan kepada pemimpin tersebut atau tak yakin dengan pemimpin tersebut banyak bercakap dari bekerja, lambat membuat keputusan, tidak berani dan terlalu tolenran dan membunuh kerjaya politik kawan sendiri!! , macam cerita singapura dilanggar todak...

Kedua
Semasa zaman penjajahan dahulu, penjajah tidak menyentuh 3 perkara utama.
1. Raja-raja
2. Agama
3. Hak Orang Melayu

Hasilnya mereka kekal disini hampir 400 tahun..

AKU ANAK GURUN said...

kita sayangkan UMNO, tetapi sejak akhir-akhir ini saya mula membencinya. cubalah pujuk hati saya dan hati Pemimpin UMNO supaya berhentilah berpura2 dan buatlah sesuatu. tolong sdr cadangkan kepada mereka

AKU ANAK GURUN said...

Dari kepala sampai ekor kena salin kulit. itu aja

Al-Saif said...

Satu Transfomasi Akan Berlaku???!

Perhimpunan Agong UMNO tahun ini yang akan berlangsung pada minggu hadapan menarik perhatian dan tumpuan bukan sahaja kepada para perwakilan, ahli UMNO dan komponen BN serta pihak PR tetapi juga semua lapisan masyarakat non-partisan yang prihatin terhadap gelora politik negara yang berantakkan akibat dari krisis kelemahan kepimpinan.

Adakah pemilihan kali ini akan memperlihatkan UMNO sedia untuk membariskan satu pasukan yang mampu menangani gelora kepimpinan negara dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat di luar UMNO untuk memberikan semula kepercayaan dan harapan mereka kepada UMNO.

Para perwakilan yang memilih diharapkan memberikan undi kepada calon yang dilihat bukan sahaja menjadi pilihan UMNO tetapi juga calon yang diterima oleh masyarakat di luar UMNO. Jika undi perwakilan diberikan kepada calon-calon yang kelihatan tidak diterima orang-orang di luar UMNO maka mereka ini tuntunya tidak akan memberikan undi mereka kepada UMNO pada PRU yang akan datang.

Walauapapun keputusanya satu transfomasi akan berlaku ke pada UMNO, positive atau negetif masa akan menentukannya, buat masa ini 2500 perwakilan di PWTC nanti akan menentukannya

pakbelalang said...

Saya nak cadangkan supaya UMNO di peringkat cawangan dan bahagian memberikan tumpuan banyak kepada aktiviti kemasyarakatan atau sosial daripada aktiviti politik dengan tujuan untuk merapatkan perpaduan dikawasan masing-masing. Strategi ini adalah untuk memberi kesempatan bagi ahli-ahli politik UMNO berjinak-jinak dengan semua golongan masyarakat setempat supaya selesa dengan UMNO.
Saya ingin sarankan supaya Ketua Bahagian dan ahli-ahli jawatan kuasanya dapat fikirkan satu program bersepadu untuk menguruskan aktiviti kemasyarakatan ini. Umpamanya seperti berikut:

1. Pelajaran

Adakan klas tusyen PERCUMA di kampong-kampong.

2. Kesihatan
Adakan ceramah-ceramah untuk menjaga kesihatan dan amalan-amalan yang baik untuk mencegah penyakit seperti kencing manis,kanser,darah tinggi dll.

3. Agama

Anjurkan klas agama untuk orang dewasa.(bukan ceramah agama)

4. Pertanian

Anjurkan gotong royong bercuck tanam di tanah terbiar dan hasilnya dikongsi bersama.

Kalau nak fikirkan memang banyak boleh dilakukan di peringkat Bahagian untuk menarik masyarakat setempat mendekati UMNO.

UMNO peringkat Bahagian mesti aktif dalam segala urusan kebajikan masyarakat. Kurangkan berpolitik, dan nawaitu hendaklah mempamirkan keikhlasan kerana masyarakat kampong adalah golongan yang simple dan sensitif.

REFORMASI MESTI BERMULA DARI CAWANGAN DAN BAHAGIAN.AHLI-AHLI UMNO JANGANLAH TERLALU FIKIR UNTUK DAPAT JAWATAN TAPI MASYARAKAT SEKELING YANG PERLU PERTOLONGAN DIABAIKAN.

INILAH YANG MENJADIKAN RAKYAT MENJAUHKAN DIRI DARI AHLI-AHLI POLITIK UMNO. ANGGAPAN NEGATIF RAKYAT SEKARANG IALAH MEREKA HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

pakbelalang said...

Ketua Bahagian mesti bersikap seperti Penghulu kampong dan Ketua Cawangan mesti bersikap seperti Ketua kampong yang boleh dihormati masyarakat setempat. Kalau Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan bersikap macam "towkay besar" dan berperangai macam orang kaya-kaya berlagak macam "high powered businessman" maka persepsi rakyat tentunya tidak selesa dengan UMNO.
Mereka tentunya beranggapan negatif terhadap pemimpin UMNO yang berkepentingan diri mereka sendiri. Akhirnya UMNO akan ditolak bulat-bulat dalam pilihan raya.

Ketika ini cuba kita bergaul dengan orang kampong di Parit Jawa, Muar umpamanya, kita sudah kedengaran dari perbualan mereka suara-suara negatif terhadap pimpinan UMNO. Mereka terutamanya anak-anak muda telah mula "diacah-acah" oleh pembangkang untuk berpihak kepada mereka. Apa sebabnya?

pakbelalang said...

It all boils down to the attitude of local UMNO leadership who have deviated and keeping a distance from the rakyat. They are more concerned with their personal interest rather than concerned about the welfare of the rakyat.

So in order to reform UMNO, the attitude of UMNO leadership must change first.This is very basic. The present attitude of UMNO leaders does not reflect UMNO's spirit of struggle for the rakyat, bangsa, agama dan negara.

Selagi sikap ini tidak diubah saya rasa kita tidak akan berjaya untuk mengembalikan martabat parti UMNO seperti asal.

PARPUKARI said...

SEMALAM JUGA KITA SUDAH TAHU AKAN PENDIRIAN TUN YANG MENYOKONG TAN SRI MUHYIDIN YASSIN SEBAGAI TPM, ALHAMDULILLAH, INILAH YANG SAYA TUNGU TUNGGUKAN NI.

SAYA NAK CAKAP SIKIT LA KALAU ADA PENYOKONG ALI RUSTAM KAT SINI, YANG DATANG MEMBACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI, SAYA AMAT BERSIMPATI TERHADAP APA YANG DAH TERJADI KEPADA DATO SRI ALI RUSTAM, TAPI TUAN TUAN SEKALIAN, ANGGAPLAH INI SURATAN TAKDIR, BUKAN REZEKI DIA...

YALAH, BANYAK YANG PERTIKAI KENAPA BELIAU SAJA YANG KENA PADAHAL ORANG DAH DIDAPATI BERSALAH PUN MASIH BOLEH BERTANDING KAN? ITU SAYA TAK TAU, KITA TERIMA JE LA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT...ALLAH TA'ALA MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH TELAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN, SO PILIH LAH DENGAN BIJAK YA. INGAT! INI BUKAN PERKARA MAIN-MAIN TAU! INI ADALAH SOAL MASA DEPAN NEGARA, APA KEPUTUSAN YANG KITA BUAT HARI INI AKAN MENENTUKAN HARI ESOK UNTUK ANAK CUCU KITA....JANGANLAH KITA TERPEDAYA DENGAN SEDIKIT HABUAN YANG TAK BERMAKNA!!! ESPECIALLY PERWAKILAN UMNO YANG BERJUMLAH LEBIH 2500 TU...MASA DEPAN UMNO TERLETAK DI TANGAN ANDA, MAKA UNDILAH DENGAN BIJAK DAN FIKIRLAH SEMASAK-MASAKNYA SEBELUM MEMBUAT PENGUNDIAN....

KEPADA PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM, JANGANLAH IKUT HATI, JANGANLAH KERANA MARAH ANDA NANTI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKAN DISESALI DI KEMUDIAN HARI....MARAH, YA SAYA FAHAM ANDA MARAH DAN ANDA MERASA BENDA YANG BERLAKU INI SEPERTI TIDAK ADIL KAN? TAPI TUAN-TUAN SEKALIAN, INI ADALAH SURATAN TAKDIR TUAN-TUAN, TERIMALAH TAKDIR ALLAH NI DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN JANGANLAH ANGGAP APA YANG BERLAKU INI ADALAH PERANCANGAN JAHAT DARI SESETENGAH PIHAK, JANGANLAH KITA BEREMOSI! INILAH YANG HENDAK DILIHAT OLEH PIHAK PEMBANGKANG, MEREKA SUKA LIHAT ORANG-ORANG UMNO BERPECAH-BELAH!

YANG TAK MENARIKNYA, SEMALAM SAYA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM AKAN SABOTAJ TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN MEREKA KEPADA CALON YANG LAGI SATU! YANG PELIKNYA, KENAPA TAN SRI MUHYIDDIN DIPERSALAHKAN PULAK YA? KENAPA? WHY? HMMM....

TAHUKAH TUAN-TUAN, KALAU TIDAK DISEBABKAN OLEH KEBERANIAN DAN KELANTANGAN SUARA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN UNTUK MEMPERCEPATKAN PERALIHAN KUASA INI, ADAKAH PERALIHAN AKAN BERLAKU DENGAN SEBEGINI CEPAT? PATUTKAH TUAN-TUAN SEMUA MARAHKAN TAN SRI YANG SANGGUP MELETAKKAN LEHERNYA DI HUJUNG PEDANG DEMI MENYELAMATKAN UMNO TERUS DARI TENGGELAM? INIKAH CARA KITA MEMBALAS BUDI BAIK TAN SRI? DENGAN MENGIKUT EMOSI?

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ADALAH SEORANG WIRA YANG SANGGUP MEYAMPAIKAN HASRAT AKAR UMBI WALAUPUN IANYA BOLEH MENCANCAM KEDUDUKAN BELIAU....MANA WIRA-WIRA LAIN MASA TU? SEMUANYA MEMBISU SERIBU BAHASA.....

INGATLAH, JANGAN LUPA AKAN JASA TAN SRI MUHYIDDIN KEPADA UMNO DAN NEGARA, SOKONGLAH BELIAU TANPA BERBELAH BAGI, BELIAU ADALAH PARTNER DATO SRI NAJIB YANG TERBAIK!!! INI JUGA DIAKUI OLEH TUN DR MAHATHIR.

JADI SAYA MINTAK PADA PENYOKONG-PENYOKONG ALI RUSTAM SUPAYA FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM PEMILIHAN. ORANG TUA-TUA KATA IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA!

MARILAH KITA MENAIKKAN UMNO SEMULA KE SATU TAHAP YANG LEBIH TINGGI!!!

SEKIAN BUAT KALI INI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH YA!!!!

http://parpukari.blogspot.com

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Saya kira pada pokoknya pilihan yang terbuka untuk UMNO adalah sama ada ia mahu menjadi "lebih Melayu" (lebih memperjuangkan kepentingan orang Melayu) atau lebih liberal.

Rais Yatim nampaknya mahu UMNNO menjadi lebih Melayu. Tapi risikonya ialah ia mungkin akan semakin ditolak oleh orang bukan Melayu, sedangkan sokongan orang muda Melayu masih tidak dapat dipastikan.

Pilihan kedua (menjadi lebih liberal) mungkin tidak dapat dielakkan,kerana keadaan politik tanah air sekarang memang menghendaki begitu.

Ini terbukti apabila PAS pun terpaksa bersikap "terbuka" dan tidak boleh "terlalu Islam".

Mika Angel-0 said...

Datuk Ruhanie Ahmad,

Kalau sudi tolonglah ambil hati Tun Che Det kita supaya beliau senang hati hadir pada Perhimpunan Agung UMNO pada minggu depan di hari Presiden UMNO baru diumumkan, disahkan dan diresmikan.

Ini satu langkah baik untuk memulihkan kembali kewibawaan dan maruah UMNO.

Terima Kasih.

(kirimkan sahajalah salam terhormat saya tetapi kalau tiada halangan dan diizinkan tuhan saya akan turut hadir perhimpunan agung ini dan juga saya berharap sangat dapat memohon maaf atas segala silap dan ketelanjuran saya terhadapnya)

slyderrose said...

Datuk Ron,

Reform mestilah bermula dari setiap diri pemimpin umno, terutamanya pemimpin tertinggi. Ini memerlukan komitmen yg amat tinggi. Siapa yg tak sanggup mesti meletakkan jawatan. Akhlak pemimpin menjadi ikutan orang bawahan. Pemimpin yg berahlak Islam akan jadi ikutan. Pemimpin berakhlak Islam sudah pasti pemimpin yg bertakwa. Dan sudah pasti tidak rasuah, tidak korup, bercakap benar, adil dan tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri. Meraka ini mesti mencontohi Tok Guru Nik Abd Aziz. Bila mereka sudah berakhlak Islam, mereka ini tidak akan mengunakan SPRM atau polis untuk kepentingan diri atau kroni. Macam mana pemimpin umno nak berakhlak Islam:

1. Pemimpin2 yg ada masaalah mestilah ditukar atau meletakkan jawatan.
2, Pemimpin baru dilantik mestilah ditarbiah setiap masa olih para ulamak. Kerjasama umarak dan ulamak, saling complement adalah mustahak. Ini termasuk ketua polis dan SPRM.
3. kalau akhlak mereka dah baik pasti perlaksanaan pun baik, Insyaallah.

abunawas said...

Dalam keadaan hampir semua orang sibuk cakap nak reformasi, yang terbaru restorasi menjelang perhimpunan ini, dikhuatiri makin jadi sangsi dan bukan sebaliknya.

Cuba lihat and cari logik!

Kalau ada calon yang kantoi bagi rasuah , pastilah ada yang menerima rasuah.

Tak kan bagi satu dua orang je.

Pasti ramai yang ambil.

Yang beri dah pasti dan dah dihukum.

Yang terima tak salah ke n tak kene hukum ke.

Macam mana boleh sabitkan orang yang yang memberi kalau tak sabit orang yang terima.

Mana logik nak dicari bagi orang yang mendengar.

Ni juga boleh jadi bukti ramailah perwakilan yang mengundi tu terdiri dari penerima-penerima rasuah.

Lagi best....tiada konspirasi....itu kata badan yang menghukum dan juga yang dihukum.

Cuba faham-fahamkan apa yang boleh dimenegrtikan (what can be implied) terutama bila yang tertuduh kata tiada konspirasi....antaranya... dia mengaku bersalah (jadi pasti ada pemberi dan penerima2), dia sebenarnya tak bersalah tapi tak mau buat kecoh (maknanye lembaga disiplin tersilap...kalau tersilap maknanya tiada wibawa), ada penyelsaian (deal)lain...ni lagi menjadikan lebih ramai hilang wibawa. Walhasil semuanya menyedihkan batang tubuh UMNO.

Sayang seribu kali sayang kenapa UMNO jadi begini.

kijang said...

Jadikan UMNO sebagai wadah perjuangan sebenarnya bukannya periuk nasi. Perjuangan yang berhubung terus dengan balasan di akhirat.