Tuesday, March 17, 2009

ALI RUSTAM DAN KISAH-KISAHNYA

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO menjadi satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bila Datuk Seri Ali Rustam yang didapati bersalah bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO dilarang bertanding jawatan berkenan.

Justeru pertandingan bagi kerusi nombor dua ini dijangka lebih sengit kerana para penyokong Ali mungkin memihak kepada Muhammad atas pelbagai sebab tertentu. – Ruhanie Ahmad

Seterusnya ikutilah beberapa bingkisan berita awal yang saya petik daripada Utusan On-line seperti berikut:

Ali Rustam dilarang bertanding

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO.

Keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Disiplin parti. – Utusan (4:36pm)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

Najib percaya Ali Rustam boleh terima keputusan Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Datuk Seri Ali Rustam boleh menerima keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang tidak membenarkan beliau bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri juga percaya Ketua Menteri Melaka itu akan terus kekal bersama UMNO. – Utusan (5:06pm)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

Ali Rustam buat kenyataan penuh esok

IPOH 17 Mac – Datuk Seri Mohd. Ali Rustam akan membuat kenyataan penuh esok berhubung keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarangnya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana perlu meneliti dan mengesahkan keputusan berkenaan terlebih dahulu. – Utusan (5:41pm)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Ali Rustam pengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri

MELAKA 17 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ketua-ketua UMNO bahagian. Sebelum itu, pada pukul 8.30 pagi, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob pukul 8.30 pagi ini. – Utusan (11:01am)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Ali Rustam serah kepada Lembaga Disiplin

MELAKA 17 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang.

"Tu kena tanya Lembaga Disiplin UMNO," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di sini hari ini. – Utusan (11:51am)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Setiausaha Politik Ali Rustam antara yang digantung

KUALA LUMPUR 17 Mac - Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil merupakan antara yang digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.

Dua lagi pemimpin terlibat ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail. -- Utusan. ( 6:07pm)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm


14 comments:

red rooster said...

Askm Dato',
I've got a feeling that ini semua ini drama arahan seseorang. Amacam? Come visit my posting. Tq.

Kedai Jam said...

tahniah kepada jawatankuasa disiplin umno kerana berani bertindak - dgn ini bermakna ali rustam telah didapati bersalah merasuah perwakilan . Maka saya rasa sprm harus melakukan siasatan segera keatas ketua menteri melaka ini. Dan ali rustam mestilah meletakkan jawatan sebagai ketua menteri segera. Adakah org melaka masih boleh menerima seorang ketua menteri yg kaki rasuah ? Yg menjadi persolan selebihnya ialah adakah lain2 calon tidak pernah merasuah pewakilan . Kalaubegitu bagaimana ada pewakilan yg mendapat begitu banyak rezeki akhir2 ini

em-pi said...

Mengapa kesimpulan dibuat bahawa penyokong Ali Rustam akan beralih sokongan kepada TS Muhammad Mohd Taib untuk jawatan No 2 seolah-olah ada sesuatu yang cuba dikiaskan? Apakah wujud kem-kem dalam pemilihan kali ini? Benarkah ada tangan-tangan ghaib menyusun atur pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada kali ini, dan jika benar ada, siapa? Jika benar ada tangan-tangan ghaib di balik tabir pemilihan kali ini, nescaya UMNO akan melaui zaman gelapnya sebelum menemui kehancuran. DS Najib akan mewarisi parti yang di ambang kehancuran jika beliau sendiri berperanan dalam hal ini setelah diberi laluan mudah untuk jawatan Presiden. Mengapa perlu menyusun atur siapa dan siapa untuk jawatan itu dan ini? Apakah tiada kepercayaan terhadap kemampuan sekelian perwakilan untuk membuat pilihan dengan bijaksana? Apakah mungkin para perwakilan dalam Perhimpunan Agong UMNO ini tidak berkemampuan dan terlalu jahil dalam membuat penilaian dan keputusan yang boleh membawa kebaikan kepada parti dan bangsanya? Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini benar, maka persepsi umum bahawa UMNO di hujung jalan akan menjadi realiti.

mantra-indeeptots said...

Salam Datuk

Perwakilan ni tak baca Akta UMNO ke sebelum berkempen? That is sad...

Quantum Metal Consultant said...

Sepatutnya hasil siasatan dan cadangan keputusan dirujuk dan dibuat oleh Majlis Tertinggi - kenapa perkara ini sengaja di elakkan.

Ia akan dipertikaikan sebagai keputusan yang tidak sah kerana Jawatankuasa Disiplin tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman.

Ia dilihat sebagai satu helah untuk menyelamatkan Ali dan KJ daripada menerima hukuman yang lebih berat.

Najib masih menyimpan mereka mereka yang bersalah ini untuk dijadikan budak suruhan politik (tukang angguk) dalam kepimpinannya.

Sedia Gempur said...

Inilah politik. Mengimbas kembali Pemilihan Raya Umum yang lepas, negeri Melaka di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menang bergaya dan negeri pertama diumumkan untuk tubuhkan kerajaan. Semua hasil kerja kuat bekerja YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam bersama barisan kepimpinannya. 5 negeri termasuk Kuala Lumpur telah tumbang kepada pembangkang.

Hari ini 17 March 2009 tercatit sejarah Datuk Ali Rustam dikorbankan demi politik seseorang. Kes nya sama tapi hukumannya berbeza.

Semoga Datuk Ali Rustam tabah menghadapi tekanan dan terus bersama UMNO dalam perjuangannya.


Salam Perjuangan


sumber

Ir Gullit
www.mayaumno.blogspot.com

kembara putih said...

Ali Rustam mesti didakwa di mahkamah sama seperti rakyat marhaen lain. Jangan lagi cuba bodohkan rakyat dengan undang2 terpilih seperti diamalkan sebelumnya.

Unggal said...

Salam Dato
Lama tak komen sebab dah mual dengar cerita-cerita BN... Is this the same MMT yg 'smuggle' currency dahulu??? Hairan jugak macam mana ahli UMNO boleh calon dia... On second thought Timb.PM kita tak 'sue' the French paper tu...dan yang sedihnya Pemuda UMNO hanya jagoan kampong saja...Aduhai !!! Minah tertipu lagi..

TKasih.

DukeOfUMNO said...

Ermmm...Tok Ali dah kena...Mat Taib camana pulak Datuk? errr...Yg lain2 camana lak Datuk? Depa yg lain tu semua clean kottt...kalau sangkut pun, kena la dgn bukti dsb...UMNO tak la serasuah yg disangka...sekurang2nya UMNO tak pakai term "derma" atau "sedekah"! Telus dan berani berubah! Tak macam puak2 PR tuuuu...kan?

Unknown said...

Lembaga Disiplin telah membuat keputusan. Ketegasan UMNO dalam menangani gejala politik wang baik untuk UMNO dan baik untuk negara. Rakyat tak mahu mempunyai pemimpin yang tidak bermoral kerana pemimpin UMNO yang terpilih dalam pemilihan biasanya mereka akan menjadi pemimpin negara sekiranya parti yang diwakili menang majoriti dalam pilihanraya. Inilah sebabnya rakyat amat memberi perhatian terhadap apa yang berlaku dalam UMNO dan juga parti-parti lain. Persoalan yang timbul sekarang ini, apakah wajar DS Ali Rustam dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka. Saya telah mengulas sedikit perkara ini dalam posting saya terbaru (www.luahfikiran.blogspot.com). Apakah jawatan dalam parti dan jawatan dalam kerajaan perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza walaupun ia membabitkan individu yang sama? Jawatan dalam parti melibatkan ahli-ahli sahaja. Tetapi berebeza situasinya dengan jawatan dalam kerajaan. Oleh itu, kalau orang-orang UMNO mahu memperkukuhkan parti mereka, maka pandangan orang luar parti dan rakyat perlu diambilkira. Ini kerama parti memerlukan sokongan dan penerimaan rakyat. Parti akhirnya akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan samada parti akan dapat memerintah negara ataupun tidak. Kini terpulang kepada UMNO tentang apa yang mereka kehendaki. Bagi saya, tak kira apa parti pun, saya mahukan pemimpin yang dinobatkan adalah pemimpin yang hebat dan bersih segi moral dan akhlaknya.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Ahmad Rithaudeen semasa sidang akhbar berkenaan keputusan Lembaga Displin Parti. Saya petik kenyataan tersebut yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:-

"Adakah kesalahan Mohd. Ali dibuat semasa proses pencalonan atau selepas pencalonan iaitu semasa berkempen?

AHMAD RITHAUDDEEN: Kesalahan yang dilakukan oleh ejen Mohd. Ali ada dilakukan semasa tempoh pencalonan dan ada semasa tempoh kempen."

Jelas disini terbukti wujud unsur-unsur tidak sihat semasa tempoh PENCALONAN lagi.

Jadi pencalonan yang telah dibuat keatas Mohd Ali secara logik sudah dikira tidak sah dan terbatal. Maka apakah adil kuota pencalonan itu kepada calon lain yang berhak mendapatkan pencalonan semasa persidangan bahagian tersebut? Maka bolehkah persidangan bahagian-bahagian yang mencalonkan Mohd Ali dikira tidak sah kerana terdapat unsur-unsur pencalonan yang mencurigakan dan telah terbukti wujud unsur-unsur kesalahan melanggar perlembagaan parti?

Wasalam.

neurmatt said...

patutnya mana calon yang kena tindakan displin patut letak jawatan ja.. tapi macam tak adil lak khairy boleh tanding padahal kes sama.. satu lagi mana calon yang dok kena siasat patut tak yah bagi tanding wat malu ja kalau depa menang.. SPRM takkan bertindaknya sebab depa risau tak dapat gaji.. atau kehilangan segala-galanya..

odeen said...

ALI RUSTAM DAN KHAIRI ADALAH KAMBING HITAM UMNO...BAGI MEMPEROLEH KEYAKINAN RAKYAT BAHAWA UMNO SUDAH MEMBERSIHKAN PARTI ITU DARI RASUAH. KHAIRI DIBENARKAN BERTANDING KERANA DILIHAT TIDAK LAGI MENJADI ANCAMAN KERANA TELAH TERPALIT DENGAN TINDAKAN DISIPLIN ATAS PERBUATAN RASUAHNYA. INI ADALAH STRATEGI NAJIB UNTUK MENGHAPUSKAN PENGARUH KONCO-KONCO PAKLAH YANG SELAMA INI MENJADI ANCAMAN KEPADA NAJIB UNTUK MENGUKUHKAN PENGARUHNYA SEBAGAI PM KELAK.

SEMENTARA ITU TINDAKAN YANG DIKENAKAN KEPADA KHAIRI DAN ALI RUSTAM JUGA CUBA MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA NAJIB DAN MUHYIDIN SERTA KONCO-KONCO NAJIB YANG LAIN ADALAH BERSIH SEKALIGUS MEYAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA INI LAYAK MEMIMPIN NEGARA. SELAIN ITU TINDAKAN INI JUGA TELAH MEMBUKTIKAN ISU RASUAH YANG SELALU DIBANGKITKAN OLEH TUN DR MAHATHIR SEMEMANGNYA BENAR BERLAKU YANG MANA TELAH MENGIYAKAN BAHAWA KHAIRI ADALAH PERASUAH SEBENAR UMNO MANAKALA NAJIB ADALAH PEMIMPIN YANG BERSIH. SEKALIGUS JUGA MENCAPAI HASRAT TUN UNTUK MENJADIKAN NAJIB DAN KONCONYA SEBAGAI PROKSI BELIAU SELAIN INGIN MENGANGKAT ANAKNYA MUKRIZ SEBAGAI PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA. JADI PENGARUH DAN WARISAN TUN TIDAK AKAN TUMBANG...ITULAH MOTIF SEBENAR DISEBALIK APA YANG TUN RENCANAKAN SELAMA INI.

PARPUKARI said...

GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html