Sunday, February 08, 2009

PERAK: REALPOLITIK MENYULA WAJAH BULAN GERHANA?

Ruhanie Ahmad

Setelah mengkaji dan memahami denyut nadi sahabat-sahabat yang mengirimkan komen dan reaksi mereka - majoritinya duka dan kecewa - terhadap apa yang sedang bergolak di Perak mutakhir ini, saya pun berusaha untuk membuat sorotan ringkas terhadap dinamika politik Malaysia dalam era pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri.

Sorotaan ini saya bina dalam bentuk pertanyaan kepada diri saya sendiri. Saya bertanya: mengapakah sejak pemerintahan Abdullah, banyak perkembangan siasah yang luarbiasa? Contohnya, kedolak-dalikan kata sentiasa jadi polemik rakyat, soal neopotisme sering mendominasikan suasana, ketegangan antara rejim lama dan rejim baru jelas di depan mata, kestabilan siasah pemerintahan bagaikan telur di hujung tandunk, nasib rakyat jelata pula terumbang-ambing bagaikan layang-layang terputus tali.

Sesudah itu, saya terus bertanya: adakah segala ini akibat penguasa yang lemah dan dikuasai oleh pihak lain di balik tabir? Adakah kesemua ini net result daripada gross inefficiency pengurusan siasah dan negara? Adakah seluruhnya adalah impak daripada longgokan kekecewaan rakyat jelata bila harapan mereka tak kesampaian seperti lumrahnya sebelum ini? Benarkah segala-segalanya berpaksikan kepada soal pemimpin dan kepimpinan Malaysia sekarang ini?

Sesudah itu, saya simpulkan pertanyaan di atas juga dengan beberapa pertanyaan berikut: inikah kesan daripada amalan power politics? Inikah impak daripada percaturan realpolitik? Dan, inikah kesan daripada politik boneka rekaan Pak Dalang yang entah bagaimana wajah iblisnya? Soal politik kuasa, realpolitik dan politik boneka dalam persoalan-persoalan ini bukan saya sasarkan hanya kepada pihak pemerintah. Tetapi kepada semua pihak yang sedang bermain kuasa, yang sedang mencatur kuasa, yang sedang gila kuasa dan sedang beranggapan bahawa mereka adalah sumber dan pemilik kuasa yang paling mutlak dan hakiki menerusi landasan prinsip demokrasi.

Sesudah tamat dengan perdebatan minda diri sendiri, saya pun membaca kembali kiriman Zeme - seorang sahabat blog ini - yang bertanya sama ada dalam kemelut kuasa di Perak mutakhir ini, wajar diwujudkan satu kerajaan campuran BN-PAS untuk melenyapkan cengkaman DAP di negeri tersebut?

Seterusnya, saya kaji pula buah fikiran seorang lagi sahabat blog ini yang menggunakan nama Manggis Ajaib. Katanya: "wahyu adalah jawapan yang paling tepat untuk menjadi neraca pertimbangan kepada manusia yang beriman. Yang pasti, wahyu Tuhan tidak pernah dan tidak akan bertentangan dengan rasionaliti. Justeru untuk kita membuat keputusan dalam situasi getir seperti di Perak sekarang, kembalilah kepada wahyu. Rujuklah al-Qur'an dan dapatkanlah bahasan dari sejarah junjungan yang mulia Rasulullah SAW. Sekiranya masih sukar mendapatkan jawapan, rujuklah kepada pandangan waris Nabi-Nabi, yakni para Alim Ulama, agar keputusan yang bakal menjadi penentu kepada penerusan semula pemerintahan yang berasaskan sistem demokrasi beracuan Malaysia akan mendapat keberkatan dari Tuhan."

Kepada saya, pertanyaan Zeme ada relevannya untuk dihalusi. Ini kerana selepas kemelut politik pasca PRU 1969, Perikatan Perak pernah menerima Parti Progressive Rakyat (PPP) sebagai komponen kepada kerajaan campuran menerusi status PPP menyokong Perikatan dalam DUN Perak, sebelum Allahyarham Tun Razak Hussein mewujudkan BN pada 1974, di mana PPP jadi antara komponennya yang berdaftar.

Saranan Manggis Ajaib juga amat penting untuk dirincikan oleh ilmuan dan intelektuil Islam supaya mereka dapat menasihati, kalau tidak menggesa, seluruh pihak yang sedang berbeza pendapat, untuk duduk semeja dan menyelesaikan masalah bersama mengikut cara Islam.

Dalam pada itu, komen Tok Iskandar dalam blog ini masih mengiang-ngiang di pemikiran saya. Beliau menuduh saya sebagai berfikiran spastik - maksudnya cacat dan goblok - semata-mata kerana saya telah menyuarakan apa yang terpendam di minda saya melalui beberapa postings sebelum ini.

Kepada Tok Iskandar, dengan takzimnya saya katakan bahawa kita wajar pintar berbeza dengan cara yang berhemah, bersopan dan bersantun. Bagaimanapun, saya juga ingin dapatkan kepastian daripadanya, apakah relevannya saya selaku senior beliau di UiTM dengan kespastikan minda saya? Dan, apakah relevannya status beliau sebagai junior saya di UiTM dengan anggapan bahawa minda beliau juga tidak terhindar dari cacat dan cela, dalam konteks diri kita sebagai manusia yang sememangnya tidak sempurna.

Akhir kata, saya persilakan sahabat-sahabat sekalian sudilah apa kiranya mengunjungi blog puisi saya di alamat: http://panggilan-pertiwi.blogspot.com. untuk membahaskan sama ada benar bahawa apa yang berlaku di Perak dan Malaysia mutakhir ini adalah umpama perbuatan menyula wajah bulan gerhana.

10 comments:

odeen said...

TIBA MASANYA PEMBESAR NEGERI DAN ISTANA... MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT JELATA...KUASA RAKYAT PERLU DIKIRA KERANA RAKYAT ADANYA RAJA...KEPADA RAJA DISINGGAHSANA TITAH DIJUNJUNG PERLULAH TARA AGAR ADIL BUAT SEMUA..PADA RAKYAT JUGA NEGARA...KEPADA RAJA DISINGGAHSANA RAKYAT KINI BUKANNYA BUTA...PINTAR RAKYAT TIADA DIJANGKA IBARAT HANG NADIM PENYELAMAT SINGAPURA...RAKYAT TAHU ANGKARA SIAPA BENCANA BERMULA...AKIBAT RAMPASAN KUASA PEMBESAR NEGARA...KINI JELAS PERAMPAS KUASA PENGKHIANAT BANGSA DAN JUGA NEGARA.

odeen said...

BENARKAH PERCATURAN MEDIA MENYEBABKAN POLITIK NEGARA TIDAK STABIL??? MEDIA MENYEBABKAN SEMANGAT LOMPAT PARTI MENINGKAT? MEDIA MENYEBABKAN RAMAI DERHAKA KEPADA SULTAN?? ADAKAH MEDIA PUNCA SEGALA-GALANYA??PERLUKAH MEDIA YANG BERAT SEBELAH TERUS WUJUD DI MALAYSIA?? PADA DASARNYA SAYA SEBAGAI RAKYAT BIASA MEMANG TIDAK SUKA LOMPAT PARTI SEJAK DARI DULU LAGI...SEKIRANYA PIHAK YANG TELAH MENGAMBIL-ALIH INGIN TERUS BERKUASA DENGAN BERMARUAH BUBARKAN SAJA DUN...SERAHLAH KEPADA RAKYAT MENENTUKANYANYA. SELAGI KITA TAKUT KEPADA RAKYAT SELAGI ITULAH RAKYAT AKAN PANDANG SERONG DAN MELUAT KEPADA KITA...

HASMAWI said...

Assalamualaikum,

Saya sentiasa mengikuti politik negara, samada melalui medium Pakatan ataupun yang pro BN & kali ini saya cuba meluahkan pandangan saya melalui blog, kalau sebelum ini dgn kawan2 ada la.

Pada pandangan saya keputusan Sultan Perak amat bijaksana,
MENGAPA;

1. Ketika PRU12 baginda telah membuat keputusan untuk Pakatan Rakyat memerintah sedangkan Pakatan Rakyat sebenarnya masih belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah mengikut undang2, gabungan (PAS,PKR & DAP) diwujudkan hanya ketika PRU12 tanpa didaftarkan mengikut undang2.
2. Baginda sebenarnya berhak dari segi undang2 utk mengistiharkan BN sebagai pemerintah walaupun dgn minoriti (Terdengar juga BN cuba meminta baginda berbuat demikian)tetapi dgn kebijaksanaan baginda ia tidak berlaku & BN menerima hakikat mereka sebagai pembangkang di Perak & tiada sebarang demontrasi dicetuskan yg boleh menggugat keselamatan negara.

3. Apabila 3 ADUN Pakatan telah keluar menjadi BEBAS serta menyatakan sokongan kepada BN maka baginda dgn kebijaksanaan baginda sekali lagi telah memanggil semua ADUN & mendengar sendiri pengakuan mereka & majoriti berpihak kepada BN. Jadi apa perlunya IR Nizar berkeras tidak meletak jawatan MB & memanggil mesyuarat exco utk undi tidak percaya sedangkan semua ADUN telah menyatakan pendirian masing2 & dan sekali lagi ditegaskan majoriti memihak BN walaupun pelbagai spekulasi menyatakan BN "merasuah" ketiga2 ADUN yg melompat itu dan sebagainya. Saya bukan utk menyatakan disini "matlamat menghalalkan cara" tetapi selalunya Pakatan akan cuba menarik perhatian rakyat dgn mewujudkan spekulasi begini termasuklah membuatkan rakyat membenci polis yang turut menjaga keselamatan mereka sekeluarga tetapi tiada bukti & bila mereka menang dalam sesuatu isu / pilihanraya semua itu akan tenggelam.

PERSOALAN UTAMA KENAPA SULTAN PERAK TIDAK MEMBUBARKAN DUN & SETERUSNYA MENGADAKAN PILIHANRAYA.

4. Bagi saya baginda tahu negara didalam krisis ekonomi global termasuklah ribuan pekerja kilang yang telah & akan dibuang kerja & tidak seperti krisis 1998, krisis kali ini dijangka benar2 dirasai rakyat bawahan & lebih panjang kerana sektor perkilangan paling teruk terjejas termasuk Singapura yang dulunya tidak terlalu merasa tempias krisis 1998. Ini tak termasuk krisis makan dunia & kenaikan harga minyak dunia yang lalu & tiba2 turun pulak mengejut ditambah pulak PM Pak Lah yang cepat melatah dgn turut menaikkan harga minyak di Malaysia dgn mendadak terus barang2 naik & susah dah nak turun.( Org kerja kerajaan kalau tak tau bersyukur tak tahu la sekurang2 nya masih dapat gaji bulan2 samada krisis atau tidak & utk simpanan hari tua dah ada pencen membantu ), yang kerja swasta macamana..??
5. Jadi baginda dgn bijaksana tidak membubarkan DUN Perak & kerajaan tidak perlu membazirkan duit mengadakan pilihanraya samada hanya di DUN yg melompat katak tu atau negeri keseluruhannya. Bagi saya 1 pilihanraya negeri mungkin akan menyebabkan duit dibazikan mungkin mencecah RM 100juta untuk SPR/POLIS termasuklah duit yang cuba dilaburkan BN kepada Perak dalam keadaan tergesa2 tanpa perancangan yang teliti kerana nak memancing undi @ Pakatan pun takkan nak buat semua persiapan pilihanraya mereka "free" sudah tentu banyak jugak duit yang akan dibazirkan sedangkan PRU13 hanya kurang dari 4 tahun.
6. Lagipun sekiranya pilihanraya negeri tetap diadakan & katakan keputusannya masih hampir sama spt PRU12 dimana BN atau Pakatan hanya berjaya dgn majoriti kecil tidak lebih 3 undi & lepas 2, 3 bulan ada pulak ADUN yang melompat tak ke lagi serabut dibuatnya...duit dah berjuta habis buat pilihanraya yang sepatutnya Pakatan rakyat bersabar & sekiranya tsunami politik ini berterusan mereka pasti akan dapat memerintah Perak dengan majoriti yang lebih kuat malah mungkin berjaya menubuhkan kerajaan pusat pada PRU13 nanti. PAS & DAP sebagai parti yang telah lama wujud & masih tetap dengan ideologi mereka pasti boleh bersabar. Tapi nampaknya DSAI & parti PKR nya seperti dah tak sabar. Kalau dulu (PRU12) kelihatan PKR lah yang berjaya membuatkan Pakatan menang besar tapi nampaknya sekarang kelihatan PKR lah yang telah menghancurkan gabungan ini. Sebab berita terkini menyatakan Karpal singh pun dah naik meluat kat DSAI & mahu beliau letak jawatan ketua pembangkang.

6. Kepada IR Nizar...ingatlah titah Sultan Perak seperti yang jugak ditulis dalam harakah supaya ""Inna-Allah ha ma'a sobirin,", beliau masih muda & Insya-Allah jika beliau benar2 ikhlas dalam perjuangan pasti kejayaan akan ada, tapi jika beliau tetap berkeras terus "menderhaka" kepada Sultan pasti beliau akan dikenang dalam sejarah malaysia moden sebagai "penderhaka" terutama dikalangan orang melayu kerana tidak seperti Hang Jebat yang membuat keputusan menderhaka secara bersendirian tetapi IR Nizar kelihatan menderhaka disebalik pengaruh DAP & PKR.

7. Kepada rakyat Perak bersabarlah & buat pertimbangan sewajarnya kerana lebih baik kita hidup dgn aman dan biarkan pemimpin kita samada BN atau Pakatan tidak terlalu memikirkan tentang politik sebaliknya bersama2 cuba berfikir menyelesaikan masalah crisis ekonomi utk memastikan rakyat tidak terlalu merasa tempiasnya.
PRU13 nanti buatlah keputusan. Perlembagaan dah jelas nak tak nak kurang dari 4 tahun lagi PRU 13 kena buat jugak. kalau negara dah kacau bilau apa yang kita dapat. Kepada kaum cina yang memang kebanyakkan berniaga pasti tak mahu ini berlaku. Kepada yang terlalu ahli2 parti yang terlalu taksub berpolitik nak buat macam mana, ingat sama masa depan diri & anak2 kita nanti.

HIDUP UMNO & PAS HANCUR PKR YANG BUAT KACAU BILAU

abunawas said...

1. Tiada orang yang zalim akan mengaku bahawa dia seorang yang zalim.

2. Tiada orang yang sebenar-benarnya baik mengaku ia seorang yang baik.... macam juga tiada seorang wali mengaku dia wali.

3. Hanya jauhari mengenal ma'nikam.

shahbandarmalakat said...

Setuju dengan Hisham...
bubar dewan pilihan kedua...tidak wujud suasana stalemate lagi dimana timbul kebuntuan menentukan siapa majority...majority lebih kepada BN...(lompat melompat pun halal di sisi undang undang, hanya isu moral yang di pertikaikan)...jadi tiada keperluan untuk bubar dewan dan ada pilihan raya semula...itu lah guna raja raja dalam perlembagaan...Kenapa Nizar tidak panggil dewan bersidang untuk menentukan kedudukan nya sebelum merujuk kepada Sultan untuk bubar?kenapa setelah DYMM Sultan tolak bubar Dewan baru nak panggil dewan bersidang ...semuanya di buat after thought...
After tujuannya dia nak bubar Dewan?Bukan semata mata nak menyelamatkan diri yang sudah tersepit dengan percaturan sendiri...konon bila pilihan raya nanti Dia akan menang balik (itu sebenarnya yang di fikir) Apa orang lain akan kata bila Sultan bersetuju bubar Dewan sedangkan keadaannya tidak mendesak lagi tiada stalemate, tiada kebuntuan..peralihan kuasa jelas kena lakukan...(Kalau tidak Jadilah Raja yang tak berfunsi kalau semua berjalan ikut apa kata esekutif) Dalam bab , saya rasa kenyataan Tengku Razaleigh supaya di bubar dewan tidak tepat, itu hanya sebagai cadangan jalan yang paling baik...memang lah itu lah pilihan yang akhir...mithalnya selepas peralihan kuasa ini ada lagi masalah segi majority pasal ada lagi lompat melompat(lompat melompat halal, undang undang tak salah yang salah persepsi rakyat yang mengundi pasal sebenarnya mereka mengundi personality bukan parti,siapa suruh pilih parti, saya menundi pilih personality, itu lah betul orang kata kalau macam itu letak kera pun boleh menang,jadi silap siapa,,,undang undang betul di draft oleh orang bijaksana)
Nak bawa ke mahkamah bawa lah tapi jangan tibulkan kekacauan yang akhir kerajaan tiada pilihan buat mageran seperti Di Kelantan pada tahun tujuh puluhan...
Kalau berlaku tak tahu apa komen orang lain pula...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Baguslah kita ada sdr Hasmawi memberi pandangan ilmiahnya.

Jadi apa perlunya IR Nizar berkeras tidak meletak jawatan MB & memanggil mesyuarat exco utk undi tidak percaya sedangkan semua ADUN telah menyatakan pendirian masing2

Kenapa perlu ada pertanyaan ini kalau sudah terang bersuluh pula? Tetapi kenapa kita mesti dengar cerita si-karpal dengan niatnya mahu menyaman sultan dicemuh dan diugut?

Apakah begini cemerlang, gemilang dan terbilang tindakan sdr MP Pekan
dalam hal ini atau dia telah tergesa-gesa dan dalam kegopohannya dia lupa untuk undi tak percaya mesti dibuat dahulu dalam dewan.

Ya, tindakan Sultan Perak bijaksana maka kenapa perlu takut ia di cabar di makhkamah, dong?


Kenapa sultan tidak minta MB Perak letak jawatan sebelum perkenan yang baru? Semestinya tindakan sultan itu ada hemahnya, mas atau baginda tuanku tidak terima nasihat sebegitu - dan kenapa, Najib?

Kalau setakat ini jangan kita nak bermegah-megah mahu bebicara dan bercakap pasal morality, akhlaq, rasuah, dan wang politik di tanah air kita.

Buang masa dan duit?
Sdr Hasmawi, sekarang ini kerajaan persekutuan sedang mahu berbelanja besar dalam badjet2009 dan pelan ransangan atau sebenar campak duit dalam lubang najis - kerja membazir. Apa erti satu dua trillion terbuang, terbazir saperti nun di Amerika itu, mas yang dibangga-banggakan sistem dan budaya masyarakat mereka?

Kenapa kita dalam mencari kebenaran takut kepada adat keadilan, Kuda Kepang?

luaskanmata said...

Amww Datuk:

Saya benar-benar berharap sejak dulu untuk semua yang mentauhidkan Allah supaya berbincang dengan meletakkan sumber Quran, Hadith dan Ijmak di hadapan. Tinggalkanlah segala kepentingan diri, harta dan kuasa demi meletakkan kemuliaan Islam itu pada tempatnya.

Salam jihad.

tombak karat said...

Dato'
Melihat kepada kekalutan yang berlaku, saya percaya yang akan jadi mangsa akhirnya ialah rakyat jelata. Sebagai anak jati Perak, saya sangat tidak berkenan apabila DYMM Tuanku Sultan dihina dan diderhakai. Walaupun begitu terfikir dibenak saya siapa yang sebenarnya menjadi punca segala kekalutan ini? Adakah permainan kuasa ini dimainkan sehingga tiada yang memikirkan akibatnya Istana turut dikritik dan dilihat berpihak? Kita perlu ingat bahawa rakyat melihat dan menilai.Media pula dilihat terlalu berat sebelah sehingga hari ini saya melihat ada yang berterusan mencetuskan api perkauman.Institusi kesultanan dijadikan alat meraih sokongan orang melayu dengan memainkan sentimen perkauman.Ada yang mula menuding jari kepada orang lain sebagai penderhaka sedangkan realitinya tiada siapa yang pasti apa yang sebenarnya berlaku. Media Perdana pula sudah hilang kredibiliti untuk dipercayai kerana terang terangan menjadi alat parti pemerintah serta amat gemar memainkan sentimen perkauman bagi membakar semangat orang Melayu.Adakah ini satu cara yang sihat untuk kita meneruskan kelansungan hidup dalam negara berbilang kaum ini.
Saranan saya sebagai rakyat yang non partisan,cukuplah.Matanglah sikit dalam berpolitik dan jangan ikut politik matlamat menghalalkan cara ini. Adakah rakyat terlalu bodoh untuk percaya bahawa ketiga ADUN yang melompat ini membuat keputusan atas dasar prinsip dan kerana memikirkan kepentingan rakyat dan bukannya atas sebab memperjuangkan kepentingan peribadi. Tuanku Sultan telah membuat keputusan dan semua pihak perlu menghormati keputusan baginda. Satu hari nanti rakyat pasti akan bersuara dan membuat pilihan. Pada masa itu barulah kita akan tahu bagaimana corak pemikiran rakyat atas isu ini. Akhir kata apa yang berlaku dalam negara hari ini adalah hasil dari acuan yang dibuat oleh pemerintah terdahulu dan begitulah apa yang dibentuk oleh pemerintah hari ini akan terjelma di generasi akan datang.

odeen said...

DALAM SITUASI DI PERAK KINI ADALAH LEBIH BAIK DUN DIBUBARKAN ...INI AKAN MEMBERI SITUASI MENANG-MENANG KEPADA KEDUA-DUA PIHAK BN DAN JUGA PR...JIKA TIDAK PERAK AKAN JADI SEPERTI SUMPAHAN MAHSURI TIDAK AKANAMAN SELAMA UJUH KETURUNAN...

odeen said...

RAMPASAN KUASA DI PERAK AMAT MENARIK...INI ADALAH STRATEGI NAJIB UNTUK MENGALIH PERHATIAN TENTANG ISU ALTANTUYA. RAMPASAN KUASA INI MENYEBABKAN KES ALTANTUYA TENGGELAM DAN LANGSUNG TIDAK DIIKUTI DAN DIPEDULIKAN UMUM. PADA HARI RAMPASAN KUASA PERBICARAAN KES ALTANTUYA JUGA BERLANGSUNG YANG MANA TERTUDUH SIRUL SAMBIL MENANGIS MERAYU KEPADA MAHKAMAH AGAR TIDAK MENJATUHKAN HUKUMAN MATI KEPADANYA KERANA BELIAU TELAH DIKAMBING HITAMKAN UNTUK MELINDUNGI MEREKA YANG TIDAK BERADA DI MAHKAMAH.

DALAM SITUASI DI PERAK KINI ADALAH LEBIH BAIK DUN DIBUBARKAN ...INI AKAN MEMBERI SITUASI MENANG-MENANG KEPADA KEDUA-DUA PIHAK BN DAN JUGA PR...JIKA TIDAK PERAK AKAN JADI SEPERTI SUMPAHAN MAHSURI TIDAK AKAN AMAN SELAMA TUJUH KETURUNAN...HE HE HE