Wednesday, February 11, 2009

KEMELUT PERAK: ANTARA REALIS DAN IDEALIS

Ruhanie Ahmad

Manusia wujud dalam sistem anarki kemanusiannya. Sistem yang semulajadi ini menyebabkan kepelbagaian ragam manusia dalam mentafsir sesuatu situasi, mentakrif sesuatu perkembangan atau menyelesaikan sesuatu kemelut. Sebab itu muncul pelbagai kelompok manusia – sekurang-kurangnya kelompok oportunis, pragmatis, realis dan idealis.

Kesemua kelompok ini mempunyai persepsi, kaedah dan cara yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu kemelut. Tetapi, kesemuanya juga mempunyai persamaannya. Semua kelompok ini menjadikan faktor kepentingan dan kelangsungan (survival) sebagai pemangkin tindakan masing-masing.

Pihak oportunis lazimnya tidak mementingkan ideologi atau nilai-nilai moral. Mereka bertindak seperti bulldozer. Motivasi keputusan dan tindakan mereka adalah keuntungan material yang segera untuk menjamin kepentingan dan kelangsungan mereka.

Manusia pragmatis lazimnya berprinsip. Tetapi, demi sesuatu keuntungan material atau bukan material, mereka sanggup menggadaikan prinsip mereka. Lantas, mereka pun jadi lalang – bergerak dan melentok-liuk ikut tiupan angin. Jadi, kelompok ini juga bergerak dan bertindak demi kepentingan dan kelangsungannya.

Kumpulan realis memang ideological. Mereka rela mencaturkan politik kuasa, tanpa mengira nilai-nilai moral, semata-mata untuk memperolehi kuasa, menebus semula kuasa yang hilang atau mempertahankan kuasa. Dalam lain-lain perkataan, kelompok ini sanggup mengaplikasikan doktrin Machaivelli demi kepentingan dan kelangsungannya.

Puak idealis juga ideological. Mereka juga menitikberatkan soal kepentingan, kelangsungan dan kekuasaan. Tetapi, kaedah mereka tidak Machiavellian, kurang berkonfrontasi dan berat untuk mengenepikan nilai-nilai moral. Puak ini percaya kepada prinsip-prinsip musyawarah, muzakarah, menghalusi punca masalah dan mengenalpasti jalan terbaik untuk meleraikan sesuatu kemelut supaya wujud situasi menang-menang di mana yang untung tidak untung segala-galanya, dan yang rugi tidak rugi kesemuanya.

Semua kelompok ini wujud dalam kerangka siasah Perak pada hari ini,. Tetapi, kelompok oportunis, pragmatis dan realis lebih menonjol impaknya daripada kumpulan idealis. Itulah realitinya.

Fikir-fikirkanlah realiti ini sebaik-baiknya kerana di sebalik keputusan telah diambil dan di sebalik tindakan yang telah dilaksanakan, mungkin wujud jerangkap samar atau bom jangka yang amat padah impaknya.

7 comments:

AhmadRazinHjYob said...

Salam Datuk Ron yg di hormati,

Suasana yang berlaku sekarang dalam negara kita samada politik, ekonomi mahupun sosial sebenarnya berada di dalam kawalan yang agak lemah. Tidak ada pihak yang boleh mendakwa mempunyai kelebihan untuk mengawal sesuatu. Kemahiran 'mencantas' telah melebihi kemahiran 'membina' sesuatu. Rakyat di dedahkan dengan satu budaya 'memusnahkan' melebihi budaya 'memperbaiki' dan 'membetulkan' antara satu sama lain.

Budaya ini dulunya bukanlah tradisi kita. Ia kini semakin biasa dan di anggap perkara lumrah terutamanya di dalam persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Bagi mencapai matlamat, kepentingan utama ialah berjaya dalam menjalankan misi dalam operasi yang dilancarkan. Ia di anggap berjaya seandainya musuh tewas dan tersadai. Di pihak lawan pula akan cuba bangun dan menyerang balik dengan pelbagai teknik.

Dalam jangka masa panjang, semua pihak akan musnah dan tidak akan mencapai apa apa. Yang akan rugi adalah generasi di masa hadapan yang bakal mewarisi satu budaya yang saling merosakkan antara satu sama lain. Pemimpin yang terdahulu sudah meninggal dunia, begitu juga yang ada sekarang ,juga akan meninggal dunia. Jika dulu ,mereka yang bergelar pemimpin bila mati, akan meninggalkan nama yang baik dan di kenang. Bayangkan jika pemimpin masa kini meninggal dunia, atas dasar apakah nama mereka bakal di kenang? Pemimpin masa kini jika meninggal dunia nanti wajar di kenang sebagai 'perosak' agama, bangsa dan negara, satu 'hukuman' yang berat dan di anggap tidak adil jika di label begitu. Seandainya pemimpin generasi sekarang tidak mahu di kenang dengan tanggapan negatif, maka sewajarnya lah semua pihak terutama orang Islam cuba berdamai dan saling bermaafan sesama sendiri tidak kiralah samada mereka seorang raja, sultan, perdana menteri, menteri ,bangsawan, hartawan malah rakyat biasa juga ada tanggung jawab yang cukup besar sebelum menemui ajal masing masing nanti.

Ia tidak lah mudah seperti berkata kata, tetapi ia boleh dilakukan seandainya kita semua sedar bahawa kita sebenarnya bukanlah maksum dan telah di jamin masuk syurga.....

matdeboq said...

Salam Sejahtera datuk,

Terima kasih di atas peringatan Datuk...!!

Tapi di Perak..Ini lah realiti nya. Yang jadi mangsa dan di caturkan adalah nasib Orang Melayu serta agama Islam yang di pertaruhkan..!!!

Golongan oportunis selalunya banyak resipi kejayaan instance atau serta merta...Dan itu lah yang orang nampak...!!

Maka dihidangkan kehendak semasa...walaupun akibatnya belum tentu baik burok nya..!!

Selamat pilih calon kpd BN dan PR...maupun di Kedah dan Perak..!

AZEMI AB LATIF said...

Soalan terlalu mudah ini amat sukar jika dijawab dalam kontak politik. Jawaban tetap ada disanubari masing-masing itu pun jika kita masih berupaya untok berfikir. Menunggu suatu kes atau kejadian yang berlawanan dengan kehendak kita maka ianya terus bertindak tanpa batasan agama dan lebih bertindak kearah kehendak emosi.

wira said...

Datuk Ron,

Saya ingin berkongsi pendapat sebagai seorang Islam yang senantiasa mencari keredhan Allah diddalam mengharungi penghidupan didunia ini.

Kemelut yang berlaku di Perak semesti dijadikan teladan bagi semua orang Islam yang ingin mendapat kebahagian didunia serta diakhirat. Jika sudah dirancang dan Allah jua yang menentukan bahawa seseorang itu harus turun dari tempat yang tinggi maka turunlah. Jangan terus mendengar nasihat orang bukan Islam yang senantiasa menggunakan orang orang islam untuk mencapai hasrat mereka yang tidak elok yang senantiasa menunjukkan ingin melawan dan menderhaka.

Wahai orang islam berwibawalah dan insaf dunia ini hanya seketika dan gunakan sebaik mungkin untuk membina ummah. Jangan jadi orang bebal dan tidak bermaruah.

ChengHo said...

Umno memerlukan pemidato yg hebat untuk menyakinkan Rakyat
Tidak dinafikan Anwar Ibrahim adalah pemidato yg berkesan dapat memukau pendengar pendengar nya
Annuar Musa dan Muhyiddin adalah pemidato yg sama hebat nya saperti Anwar Ibrahim berikan pentas kpd mereka
Jgn tinggalkan Ibrahim Ali berikan pentas Umno kepada beliau..

abunawas said...

Tidak dapat dinafikan keujudan kelompok-kelompok tersebut bahkan sejak Nabi Adam lagi.

Pada keseluruhannya mereka akhirnya terbahagi kepada dua sahaja tidak kira opportunist, pragmatist, realist atau idealist malah ape jua, iaitu terdorong dan didorong oleh hidayah atau terdorong dan didorong the opposite of hidayah ( x kira apa nak kita labelkan...nafsu ke syaitan ke atau ape pun).

Pattern dan gelagat setiap satu golongan itu juga sama sejak dari Adam hingga kiamat kerana gurunya sama. Satu orang/pihak gurunya syaitan dan yang satu lagi gurunya hidayah. Itulah hakikatnya.

Andaikata perbezaan wujud dalam kesungguhan semua pihak mentaati Allah (khususnya ianya dilihat dterajui dikalangan puak-puak Islam)maka i'Allah pebezaan itu adalah satu rahmat bagi umat sebagimana sabda nabi pebezaan di kalangan umatku adalah rahmat. Tiada pihak akan kalah dan yang pasti menang adalah umat itu senderi.

Andaikata ianya pebezaan antara yang haq dan yang bathil, maka yang haq tetap menang pada hakikatnya walaupun zahirnya kalah.

Apa pun, kita mengharapkan yang terbaik buat semua dan mendoakan pihak-pihak bertanding mendapat hidayah begitu juga yang mengundi.

Dalam keadan yang tidak dapat kita pastikan kesahihan propaganda serta tohmahan pihak yang bertanding, amatlah wajar sekali kita kita umat Islam berlapang dada dan berhati-hati serta merujuk kepada Allah dengan memperbanyakkan istikharah sebelum mengundi. Tiada satu saat dan perlakuan dalam hidup ini akan terlepas dari perhitungan Allah.

Mungkin juga pangkahan kita itu merupakan satu benda yang paling baik dan jujur yang pernah kita lakukan dalam hidup yang menjadi dinding bagi kita dari azab di akhirat....seperti kisah yang diriwayatkan bagaimana seorang wanita mendapat kebaikan dari sebiji tamar yang disedekahkan dengan penuh kejujuran yang mana ianyalah satu-satunya amal baik dalam hidupnya dapat melegakan azab api neraka akibat dari semua pelakuan jahatnya dalam hidupnya. Wallahu a'-lam.

bebas said...

salam dato,

saya sebagai anak muda yang mengharapkan sesuatu yang baik dapat di lakukan oleh pemerintah.samaada di peringkat federal mahupun state.melihat kepada keadan politik yang terumbang ambing kita dapat merumus kan bahawa dunia politik ini akan di rasakan seronok kepada orang yang dapat untung.jika yang kalah akan mengatakan dunia politik tidak adil.dalam politik perlu ada helah dan strategi.masing2 akan mengenali satu sama lain untuk menumbangkan sesama musuh politik.strategi yang baik akan mendapat pulangan yang baik.Bagi saya NAJIB RAZAK telah salah langkah kerana telah menghalalkan cara yang sebelum ini di tentang oleh dia sendiri.Ini menunjukkan sikap tidak sabar dan gelojoh ada pada NAJIB RAZAK.Apabila perak di rampas tiba2 pak lah yang umum MB baru.Bagaiman MB pilihan najib?YANG PULUN NAJIB,MB ORANG PAK LAH kan pelik.BEKAS ORANG REFORMASI PULAK TU.Ini semua kemuncak pertarungan sengit antara ANWAR dan NAJIB tetapi tak tahu PAK LAH MASUK CAMP mana.MUNGKIN masuk camp sekampung dan satu negeri.Selepas 12 hb ini akn ada lagi kejutan kita tunggu dan lihat.Negeri kedah tak serupa perak kerana ADUN PKR tak da kes rasuah MACAM PERAK.SELAMAT PKR TAK PERLU TANGGUNG LIABILITY 2 ADUN RASUAH TU.YANG TANGGUNG HANYALAH NAJIB RAZAK.