Thursday, February 05, 2009

KENYATAAN PENUH SULTAN PERAK

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Feb 5, 09 5:15 petang.

4 comments:

Damansara said...

Raja Petra’s Website is promoting the Rally against the Sultan’s Decision tonight

One of the articles in that website even proclaimed Nizar as a MODERN JEBAT

For me both Anwar and RPK are MENTALLY SICK people

They have been going hand-in-hand for many years spreading lies under the pretext of JUST DEMOCRACY

Today, for me, is the pinnacle of their MISLEADING PROPAGANDA

Their REAL AGENDA is for Anwar to rule this country; BY HOOK OR BY CROOK

SADLY there are many SMART AND BRAINY PEOPLE easily felt to their obvious trap

They became the best platform for both Anwar and RPK to voice their agenda via ‘the End Justify the Means’ MODUS OPERANDI

At the end, these BRAINY & SMART people become the real DISSERVICE to the very democracy they long for

In the meantime, BN continues to RULE comfortably knowing their opposition has LOST THE PLOT completely

A REAL SAD REALITY

Mika Angel-0 said...

Damansara - We Have A Problem
(it is the umno election)

Mika Angel-0 said...

aside:
dalam sistem keadilan yang syumul
boleh kah diterimapakai saksi-saksi saperti empat orang adun ini, mas?

Blow d' whistle said...

apa komen datuk kalau selepas ini anwar berjaya dapat lompatan yang secukupnya untuk buat kerajaan baru dan terus jumpa YDP Agong bersama ahli Parlimen yang secukupnya

adakah datuk akan bersetuju ianya diadakan hanya di Istana dan tak perlu vote of no confidence di Dewan Rakyat

precedent case ini akan dibandingkan nanti oleh generasi akan datang...dan kita dikutuk pasal tak pandai amalkan undang2 yang kita buat sendiri