Thursday, February 12, 2009

PRK BUKIT GANTANG: HARAPAN DAN REALITI

PRK Parlimen Bukit Gantang akan mengukur dampak kemelut siasah di Perak baru-baru ini kepada BN dan perpaduan serta ketahanannya.

PRK ini juga akan menutup episod kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam UMNO, BN dan Kerajaan Malaysia.

Majoriti warga UMNO setempat pula berazam untuk menebus kembali maruah BN menerusi PRK ini kerana Parlimen Bukit Gantang di era pra PRU12 adalah kubu tradisi BN. Tetapi, bagaimanakah kerjasama oleh lain-lain komponen BN, dan bagaimana pula corak sokongan pengundi bukan Melayu?

Sementara itu, banyak pemerhati di Kuala Lumpur menganalisis senario terkini politik Perak sebagai tidak akan memihak kepada BN dalam PRK berkenaan.

Sudikah pembesar BN menerima ramalan suram ini secara ikhlas? Mungkinkah ramalan ini mendorong BN menangani PRK ini menerusi pendekatan yang khusus, bijaksana, komprehensif dan berkesan? – Ruhanie Ahmad

37 comments:

al-Balingi said...

Salam Dato',

Bkt Gantang bakal menjadi medan sebenar antara BN dan PR. Mood rakyat mmg menyebelahi PR. Tapi apa2 pun bisa berlaku Dato'. Jikalau seperti kata Dato',ditakdirkan BN tewas, mereka HARUS BELAJAR DAN MUHASABAH diri.

All the best to BN n PR.

Berita dari gunung said...

Dato Ron,

Ada alasan kuat kenapa BN perlu menawan semula kubu kuatnya.

Bertolak dari situ, dengan senario krisis di Perak, BN perlu bekerja kuat untuk menang.

Bukan kempen di situ saja yang penting, tetapi situasi 'feel good' wajar diketengahkan dalam semua aspek, baik dalam media baik setiap kata-kata pemimpin komponen BN.

terima kasih.

zamri said...

Rasanya SPR 'sudi' mula menggunakan dakwat kekal ke? Itu juga harapan rakyat tu...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

No Words...
(sehingga menggigit jari)

1. Mohd Osman Was Not Admitted In HKL : Director

KUALA LUMPUR, Feb 11 (Bernama) -- Kuala Lumpur Hospital (HKL) Director Datuk Dr Zaininah Mohd Zain today denied that Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Jailu had been admitted to the hospital recently.

"Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Jailu was never admitted to HKL," she told Bernama today, in response to the claim by Mohd Osman's sister that her brother failed to turn up for his corruption trial at the Magistrate's Court in Ipoh on Tuesday as he was admitted in the HKL.

According to Norliza, her brother was admitted to the intensive care unit on Monday night. However, Norliza failed to produce any medical certificate as she claimed that the doctors were still observing Mohd Osman's condition.

Mohd Osman was issued with a warrant of arrest after he failed to turn up for his corruption trial.

Magistrate Sharmila Abdul Samad issued the order yesterday after Mohd Osman's sister told the court her brother had been admitted to hospital in Kuala Lumpur due to a heart ailment, but she failed to produce a medical certificate.
-- BERNAMA


2. Warga Indonesia Mengaku Tidak Bersalah Sertai Perhimpunan Haram

KUALA KANGSAR, 11 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara Indonesia, Idris Mhd Thaib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram di Jalan Istana, Bukit Chandan di sini pada 6 Feb lepas semasa upacara pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Idris, 34, pekerja ladang dari Padang Changkat, Kuala Kangsar bersama lapan lelaki yang lain didakwa telah melakukan kesalahan itu antara pukul 2.30 petang dan 3.30 petang pada Jumaat lepas yang boleh dihukum mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Lelaki warga tempatan yang lain iaitu Meor Safizal Meor Mohamad Amin, 34, dari Jalan Kampung Tawas, Ipoh; Mohd Faiz Mohd Arshad, 22, dari Changkat Tin, Tanjung Tualang; Zulhaizam Zulkifli, 25, dari Jalan Simpang, Taiping; Isha Riduan Ishak, 55, dari Taman Fasa 2A, Seri Manjung dan Bad Latif Mansor, 43, dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Mereka bersama-sama Adi Hilme Mohd Nasir, 40, dari Taman Perpaduan, Hulu Kinta; Yusoff Jaafar, 44, dari Surau Muhamadiah, Kuala Kangsar dan Mohamad Isamail S.M Abdul Kadir, 43, dari Taman Merchu Indah, Kuala Kangsar juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Kesemua sembilan lelaki berkenaan turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu mengingkari perintah polis untuk bersurai pada tarikh, masa dan tempat yang sama yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 27 (4) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (8) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun, jika disabit kesalahan.

Hakim Norsalha membenarkan semua lelaki tempatan itu diikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin manakala lelaki warga Indonesia itu pula dibenar diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 13 hingga 17 April depan bagi membicarakan kes tersebut.

Norsalha juga menetapkan bahawa kesemua lelaki warga tempatan berkenaan ditegah daripada menyertai sebarang perhimpunan haram lain manakala Idris pula perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga tamat perbicaraan sebagai syarat tambahan untuk jaminan mereka.

Kesemua tertuduh menjelaskan bayaran ikat jamin masing-masing.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah dan Hamdan Hamzah manakala peguam Augustine Anthony, Aminuddin Zulkifli, Charan Singh, Mohd Fathi Md Zain dan Yusnita Yusuf mewakili kesemua tertuduh.
-- BERNAMA


3. Manusia Perlukan Sebuah Lagi Bumi Menjelang 2050

KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Jika tidak berhati-hati, manusia memerlukan sebuah lagi bumi untuk menjamin kelangsungan hidup mereka menjelang 2050, kata seorang pakar hari ini.

Pengarah eksekutif pusat alam sekitar serantau Yayasan Asia-Eropah Marta Szigeti Bonifert meramalkan satu letusan demografi akan berlaku menjelang 2050 yang mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan makanan dan air serta terjadinya perubahan iklim, yang boleh merosakkan ekosistem dan memberi kesan buruk terhadap cuaca.

Katanya menjelang tahun berkenaan, penduduk bumi akan mengalami masalah besar apabila jumlah mereka bertambah dengan pesat, manakala sumber alam pula sudah kehabisan.

"Jika kita terus mengamalkan cara penggunaan yang ada sekarang, maka menjelang 2050, kita memerlukan sebuah lagi bumi. Malangnya, tidak ada bumi selain yang kita diami ini.

"Oleh itu, semua komuniti perlu memastikan wujudnya keseimbangan antara kewujudan manusia dan ekosistem dengan mengamalkan pembangunan secara lestari.

"Bumi ibarat kapal angkasa yang terhad kemampuannya dalam segenap segi," kata beliau dalam ceramah bertajuk 'Transition To Sustainability Through Cooperation' di sebuah hotel di sini, yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Bonifert berkata kini dunia menghadapi beraneka cabaran, termasuk kenaikan harga barangan keperluan dan pencemaran.

"Cabaran ini membawa kepada bertambahnya isu sosial, kejatuhan ekonomi dan perubahan pola jangkitan penyakit.

"Bagi memastikan wujudnya pembangunan lestari, kita perlu memikirkan langkah jangka panjang dalam memenuhi keperluan asas, satu struktur tadbir urus bagi mengawal pelaksanaannya, berkongsi sumber alam dan melindungi alam sekitar secara global," katanya.
-- BERNAMA


Nota:

Mugabe swears in rival as Zimbabwe prime minister
By ANGUS SHAW, Associated Press Writer Angus Shaw, Associated Press Writer
6 mins ago

HARARE, Zimbabwe – Zimbabwean President Robert Mugabe swore in his longtime rival Morgan Tsvangirai as prime minister Wednesday, ushering in a unity government in an extraordinary concession after nearly three decades of virtually unchallenged rule.

There had been pressure for Mugabe — who remains president in the coalition — to step down altogether, and questions remain about whether a partnership can work after a long history of state-sponsored violence against Tsvangirai and his supporters.

Mugabe, who recently declared "Zimbabwe is mine," went further Wednesday than many would have expected. He stood to face Tsvangirai as an equal in a white tent on the grounds of the presidential palace...


elok tanya pakar bumi itu, dong.


kepada allah berserah

jamaludin said...

Salam,

Betul ke UMNO belajar dari kesilapan dan memuhasabahkan diri?
Banyak sangant peluang diberi tapi saya rasa semakin sombong dan takbur adalah.....ataupun mungkin pemimpin2 UMNO yang berkuasa sekarang hanya mementingkan diri masing2. Walau apapun prinsip demokrasi harus dipegang untuk memakmurkan negara ini.

wira said...

Datuk Ron,

Konon dulu hendak membuat post mortem. Kini tidak perlu. Dengan adanya pilihan raya kecil ketentuan dari Allah ini, pemimpin Umno perlu sedar dan berubah bahawa rakyat akan terus menidakkan kerusi ini, kerana kekecewaan rakyat selama ini mungkin sejak dari keputusan terbesar didalam tahun 1978 pemimpin dibuai oleh kuncu kuncu mereka tanpa mengambil tahu kesejahteraan rakyat.

Perasaan jelas tergambar disebuah negeri yang sepanjang masa diterajui oleh parti pembangkang dan mereka selesa dengan keadaan ini. Mungkin suasana ini akan berlaku disebuah lagi negeri.

Oleh yang demikian pucuk pimpinan Umno memerlukan pimpinan yang muda yang jelas keiman dan keikhlasan mereka. Yang lama tidak perlu menunjulkan diri. Rakyat sudah muak dengan penjelasan dan pendirian mereka.

TOK GEBOR said...

Berdasarkan kepada PRU12 lepas.. undi penetu terletak kepada kaum cina dan idia, dari data PRU12 DUN jelas sekali trend ini.. mengambil kira bahawa senario situasi masih sama atau lebih teruk, pada pendapat saya melalui kebarangkalian.. Calon BN akan kalah jika calon UMNO diletak.. ini kerana kaum cina akan memprotes lagi.. kenapa.. kerana bagi mereka adalah adil jika UMNO memberikan Kerusi atau menambahkan kerusi wakil Cina atau India yang kurang dalam parlimen.. BN sudah membentuk kerajaan.. dan kerusi ini pun bekas pembangkang.. UMNO perlu berkorban.. dan sedar mereka perlukan rakan / menolong rakan mereka pulih dan mendapatkan kembali kerusi dari DAP untuk PRU13 nanti.. dan MCA atau Gerakan perlu membuktikan yang mereka mampu menarik kembali undi cina.. kalau Mereka menang UMNO sendiri yang untug besar... percayalah....

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Saya menduga cara BN "merampas" kerajaan negeri Perak dariapda PR akan menyebabkan majoriti orang Melayu dan bukan Melayu akan bersimpati kepada PR.

Inilah harga yang harus dibayar oleh pemimpin UMNO/BN apabila terus menjalankan politik tidak beretika.

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati.

BN jangan bimbang. Najib ada buah terakhir! Kalau kalah dalam Pilihanraya, Najib boleh angkat sembah rampas mandat rakyat!

Kamarudin said...

Salam Dato,

Saya rasa PRK Bkt Gantang kita serahkan kepada orang orang Perak, MB baru dan rakan rakannya. Jangan cuba membawa orang orang luar datang kempin terutama KJ, Pak Lah dan orang orang yang hendak bertanding Majlis tertinggi UMNO, jika buat macam diKT mananya BN/UMNO akan tewas.....ini pandangan akarumbi

bungaraya said...

Datuk Ron,
Saya nak menimbulkan soalan kenapa harus Calun di Bukit Selambau diisikan oleh calum India, sedangkan majoritinya penduduk disitu adalah Melayu?. Saya mempersoalkan perkara ini sejak dari zaman di Universiti lagi. Demi toleransi?. Pun masih belum mamsuk diakal saya. Realitinya Adun India jika nak berkhidmat kepada rakyat hanya fokus kepada kawasan dan masyarakat India sahaja yang sebenarnya minoriti jumlahnya. Jarang berlaku spt Sammy Vellu melayan semua kaum di Sungai Siput. Kenapa tidak di Kelantan terdapat ramai kaum India dan Cina sebagai Calun? Jika toleransi sebagai alasan. Hanya kita yang bersikap toleransi, namun kaum Hindraf tidak sama sekali. Kali ini saya cadangkan samada UMNO, PKR maupun PAS, letakkanlah calun dari kaum yang majoriti. Bukan disana letaknya toleransi tersebut. Mana-mana kaum yang tidak duduk di DUN maupun Parlimen kerana mereka hanya kaum yang minoriti, Buat lantikan sahaja demi toleransi kaum tadi. Bukan dipertandingkan dalam pilihanraya. Ini sangat tidak adil kpd kaum yang majoriti.

dizzy boy said...

BN menang kerana beri duit kepada pengundi.Sekarang isu besar di Perak.Isu yg masih panas diperkatakan.Rakyat pun sudah marah pd UMNO/BN.kita sama2 saksikan.Jika UMNO/BN tunggeng dan tersungkur di Bkt Gantang dan Bkt Selambau,maka almarhumlah si Najib.Pengarah Pilihanraya Nasional gagal buat kerja bersungguh2.Dah 2 kali beliau sudah gagal.Kali ini rakyat akan menghukum beliau dgn kuasa rakyat.Dgr tu Datuk Ron.....Jgn kau dok delete pulak tulisan aku ni....

Juraimi Zainal said...

just pendapat peribadi saya, rasa nya PR akan memenangi PRK ni dgn lebih tinggi majoriti.. ni berdasar kajian saya serba sedikit..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

UMNO/BN TAK NAMPAK PILLAR UNTUK BERJUANG!!!!

MAKA CALUN KENA AMBIL PEMAIN IMPOT...BUKAN DALAM KANDANG UMNO KOT!!!!

nisha said...

calon dan juga workforce dalam BN sendiri memainkan peranan penting dalam menjamin kemenangan pada prk nanti.pada prk di Terengganu,BN macam tak sepakat dan ada kem berasingan.jadi tak dapatlah BN nak bergerak sebagai satu unit sebab dah ada kem yang berasingan yang menyokong pemimpin berlainan.

BN kena belajar dari kesilapan.jangan hanya fikir pada takat peribadi sahaja.fikirkan juga kepentingan parti.kalau parti dah tak kuat,macammana nak ahli-ahli nak maju kehadapan?

matdeboq said...

Faktor calon yang bakal diketengahkan oleh UMNO bakal memainkan peranan penting..

Pada PRU12 yang lepas orang UMNO tak bersungguh2 berkempen berbanding dgn orang PR dan PAS mereka nampak memang kuat kerja dan bersungguh2 memenangi hati rakyat setempat.

UMNO harus buang sifat suka letak calon payung terjun di kawasasn ini.

Pengundi Bkt.Gantang yang ada sekarang..Bukan pekak dan tuli. Mereka dah boleh nilai...yang REMOTE ka atau yang depan mata...!!

youth attack said...

BN people should concentrate more on winning the by-election rather than bringing their feud between eachother that can jeopardice the chances of BN to win.this is what happened back then at Kuala Terengganu by-election.they got so caught up with the problem that are not concerning the by-election thus making the BN machinery not working properly.

things shouldn't happened like that.just look at PR.eventhough there are disagreement between some of the leaders but they still work in one unit.

BN should overpower and create the image that they're far competent and better than PR.

Hasrul Halid said...

Pada pilihanraya yang lepas, majoroti undi hanyalah sekitar 2000.

Insha Allah, BN akan 'mengambil' semula Bukit Gantang dengan syarat.. CALON ADALAH ANAK TEMPATAN! BUKAN CALON PAYUNG TERJUN!

Dan andai ini dapat direalisasikan, jentera gerak kerja BN Bukit Gantang (UMNO khususnya) akan berlawan HABIS-HABISAN.

Doakan kejayaan 'kami'!

rantong said...

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


View Profile: Rantong

slyderrose said...

Salah satu alasan dari pihak umno kenapa DUN Perak tidak perlu dibubarkan kerana hendak jimat wang rakyat kunun. Kalau begitu jangan adakan PRK kat Bukit Gantang dan BKt Selambau, kasi walkover pada empunya kerusi sekarang, yakni PR.

Saya yakin BN akan kalah lagi sebab umno/ BN tiadak pernah belajar dari kesilapan asyik tamak kuasa sampai melampui undang-undang dan fitrah manusia. Lihat sajalah macam mana IR Nizar diburukkan dalam mass media macamlah umno tidak buat benda yg lebih buruk dari itu?. Ingat 1993 macam Sultan Kelantan disuruh turun takhta dan Tengku Ibrahim Petra nak ditabalkan pulak?, ingat umno?. Ingat ketika Sultan Kelantan membawa masuk sebuah kereta mewah, bermacam penghina dilakukan terhadap Tuanku sampai ada seorang menteri pengangkutan menghina baginda..kesian. Tapi umno cepat lupa dan kini bertindak lebih ganas lagi.

Begitu juga seorang bekas MB yg melarikan anak Sultan dan kahwin di seberang sungai?. Dah tu tak mengaku pulak pada awalnya..panjang cerita...ini semua jelas 'derhaka'nya.

NGINAP SRENGENGE said...

orang dah fed-up dengan umno.
umno pula akan menerima pukulan maut secara perlahan2.
satu demi satu kerusi akan jatuh.
last sekali mati tak berkubur.

Seladang said...

Dato Ron yang dihormati.

Untuk Bn menang mudah, minta Najib sembah sepuluh jari pada Tuanku Sultan Perak DR memohon diistiharkan saja Parlimen Bukit Gantang dimiliki oleh Barisan Nasional. Sultan Parak boleh berbuat begitu kerana Baginda amat arif tentang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak. Siapa yang mempertikaikannya, kita jerit kuat-kuat: Kamu Penderhaka!!!!

burungjantan said...

Rakyat perak mungkin masih emosi dan kemenangan akan menyebelahi mereka jika calonnya itu bekas MB perak iaitu Datuk Seri Ir Nijar bertanding.

Orang awam tak tahu sangat peraturan undang-undang dan perlembagaan, sebabkan hujjah politik adalah boleh atasi segala perkara dan kemungkinan.

Namun PRK Parliment Bukit Gantang akan memihak kepada BN apabila isu yang dibawa tidak menyakiti hati ahli-ahli UMNO.

Jangan kecilkan hati anak sendiri, tetapi kera di hutan disusui.

Belajarlah dari PRK parlimen di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu baru-baru ini.

Untuk apa nak ambil hati orang lain, tetapi ahli-ahli sendiri keciwa. Jangan ulangi seperti berlaku dalam PRK Ijok Selangor dulu, di mana calon dari UMNO diketepikan, kononnya nak jaga tradisi dan hati orang lain.

ALAM said...

Semua yang betanding dalam prk bukit gantang memang menaruh harapan untuk menang tetapi realiti akan tahu selepas pengumuman. berusahalah bersungguh-sungguh..

amirhamzah64 said...

Pak Lah: Dengarlah Cakap Orang Bukit Gantang!

Pemimpin-pemimpin atasan UMNO perlu belajar daripada PRK Permatang Pauh dan juga PRK Kuala Terengganu. Khususnya PRK Kuala Terengganu di mana dikatakan ahli UMNO tidak memberi sokongan 100% kepada calon pilihan Pak Lah dan Khairi.

Setelah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang menjadi kerusi taruhan BN untuk menguji sokongan rakyat berdasarkan krisis politik yang berlaku di Perak. Kemenangan atau kekalahan BN di Bukit Gantang nanti akan memberi gambaran umum tentang pendirian rakyat Perak sama ada bersetuju atau menolak peralihan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini.

Bagi mempastikan sokongan orang-orang Melayu khususnya UMNO terhadap calon yang diketengahkan nanti ianya mestilah berdasarkan pandangan dan kehendak orang-orang Melayu akar umbi khususnya dan UMNO Bahagian Bukit Gantang amnya. Undi Melayu adalah undi penentu berdasarkan statistik pengundi 2008.

Jumlah pengundi di P059 Bukit Gantang menunjukkan pengundi Melayu masih menjadi pengundi utama daripada 55, 471 pengundi keseluruhan. Pecahannya adalah seperti berikut. Bagi DUN Changkat Jering, pengundi Melayu mencatat 63.43% daripada 24,864 orang, DUN Kuala Sepetang, pengundi Melayu berjumlah 59.83% daripada 19,699 orang dan pengundi Melayu bagi DUN Trong pula berjumlah 69.42% daripada 10, 908 orang.

Perkara yang pasti, calon BN mestilah datang daripada UMNO. UMNO telah berkorban dengan menyerahkan calon Gerakan bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada pilihanraya 2004 atas semangat setiakawan dalam BN. Kini tibalah masanya masyarakat bukan Melayu menyokong calon UMNO berikutan kemerosotan pengaruh MCA, Gerakan dan MIC dalam pilihanraya Mac 2008 yang lalu.

Perkara kedua, calon UMNO mestilah dari kalangan anak jati Bukit Gantang dan diterima oleh ketua-ketua cawangan dan UMNO Bahagian Bukit Gantang kerana merekalah yang akan bekerja kuat dan merekalah yang mengundi. Tegasnya, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi bukanlah calonnya kerana beliau bukan anak Bukit Gantang. Beliau ini adalah orang Batu Gajah, menjadi ketua bahagian Bukit Bintang.

Tambahan pula,dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu, Abdul Azim tewas dengan majoriti 1,566 undi apabila mendapat 18,499 undi berbanding calon Pas, Roslan Shaharum yang mendapat 20,015 undi.

Pendapat saya ini disokong oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Samad.
"BN biasanya cepat belajar. Saya yakin BN, terutama UMNO pasti sudah belajar daripada kesilapan dan kelemahan kempen yang dilakukan ketika Pilihanraya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dulu," katanya.

Menurut Shahrir, beliau percaya berdasarkan pengalaman dan pengajaran daripada kedua-dua PRK itu, BN boleh mengaturkan strategi lebih tersusun dan memilih calon tempatan yang sesuai dan popular serta diterima masyarakat.
"Saya harap BN tidak bertindak seperti dahulu, iaitu lebih mengutamakan kepentingan parti daripada kehendak pengundi," katanya kepada agendadaily.

Perkara ketiga, selain pilihan UMNO akar umbi dan UMNO Bahagian ianya mestilah mendapat sokongan daripada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak yang baru bukannya terdiri daripada orang-orang Pak Lah atau Khairi. Sentimen anti Khairi dalam UMNO amat ketara di Kuala Terengganu. UMNO perlu belajar banyak perkara di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Perkara keempat, budaya mengutuk, menghentam, membelasah PR secara keterlaluan melalui ceramah dan media massa hendaklah diganti dengan budaya menjelas, menerang dan mesra pengundi. TV 3 jangan menjadi lebih sudu dari kuah. Isu yang berlebih-lebih akan menambah rasa meluat dikalangan pengundi atas pagar dan pengundi tidak berparti.

Perkara kelima, Isu-isu peralihan kuasa kerajaan baru ini perlu dijelaskan secara berhemah, mudah difahami oleh masyarakat luar bandar, rasional dan boleh diterima oleh akal rakyat teramai. Penerangan secara jujur dan telus amat diperlukan bagi menangkis gambaran yang telah terpesong.

Berilah rakyat berfikir dan membuat keputusan dengan ikhlas bukannya mengundi BN kerana mendapat habuan, hadiah dan janji-janji manis.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

WaliMuar said...

Ya Allah Ya Tuhan Ku, aku berdoa dan bermunajat kepada mu,memohon kekuasaan mu,hidayat mu,kebesaran mu agar BN dikalahkan diBukit Gantang supaya ianya akan menjadi pengajaran kepada umat Melayu supaya bersatu dan tidak berpecah belah.Kau menangkanlah pehak yang benar.......amin amin ya rabbulalamin.

gotahlantun said...

Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

samo2lah kito pikirkan.

fudzail said...

Apakah Tengku Razaleigh akan turum berkempen?

Madam Curi said...

Dear Dato' Ron,

Saya rasa para ahli strategi BN/UMNO harus mambaca blog and mengambil iktibar daripada komen yang diberikan. Pada hemat saya walaupun bukan ahli politik, rakyat tidak begitu suka cara sesetengah pemimpin BN bercakap. Belum apa-apa lagi sudah bercakap besar. Jika betul-betul ingin menjenamakan semula BN/UMNO sila turun ke padang dan ikutlah resmi padi...lagi berisi lagi tunduk. Datanglah menggunakan baju yang biasa dan jangan bermegah diri. Selain pemimpin ahli keluarga juga perlu memainkan peranan. Salam hormat.

Ainur68 said...

Salam,
Simple indication if we want to know BN boleh menang atau kalah.
1-Masa tempoh kempen nanti kita tengok ramai tak yang datang time BN bagi ceramah. Ini cuma orang2 Perak saja yang tahu.
2- Tengok media, kalau same approach macam kempen2 kat PP dan KT...gelap masa depan BN.
Conclusion : Do the same things, get the same results.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Mungkin benar juga pandangan "al-Balingi" bahawa pengundi di Bukit Gantang akan bersimpati dan menyebelahi Pas dan PR akibat dari kehilangan Kerajaan PK di Perak.

2. Cuma yang akan membuat perubahan keputusannya nanti ialah cara bagaimana DS Najib mengatur streteginya dalam PRK ini.Jika BN dan DS Najib masih tidak mengambil iktibar dari kekalahan dalam PRU 2008 dulu maka keputusan PRK ini juga tidak akan berubah.BN harus lupakan cara lamanya yang gemar menabur janji dan wang kepada kawasan terlibat.BN harus sedar bahawa pengundi sekarang sudah matang dan BN juga harus matang.

3. Perlu diingatkan bahawa PRK ini merupakan yang pertama bagi DS Najib selepas mengambil alih kepimpinan Parti bulan Mac 2009.Keputusan ini akan memberi impak yang amat besar kepada kepimpinan DS Najib.Inilah masanya beliau menunjukan corak kepimpinannya yang berbeza dari Pak Lah yang telah gagal menaikkan Umno dan BN.

4. Kita berharap PRK ini akan bersih dari rasuah.

ChengHo said...

PR ( Pakatan Rakyat ) tidak pernah didaftarkan mengapa PR dilegitimasi kan sebagai Pakatan Rakyat ,kumpulan ini adalah Perosak Rakyat ( PR )....

Mika Angel-0 said...

Red Herring
(berapa harga sekilo, singh)

Nizar Asks Court To Declare He Is Still MB
News Political Turmoil In Perak
2009-02-13 17:46

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin filed an application in the High Court here Friday (13 Feb) seeking a declaration that he is still the rightful Menteri Besar of Perak and an injunction to bar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir from discharging his duties as the menteri besar.

He also asked the court to declare that Zambry, who was appointed as Menteri Besar on 6 Feb, had no right to hold the post.

Mohammad Nizar, 52, who appeared in court dressed in green 'baju Melayu' filed the application at the High Court registry (Appelate and Special Powers) through the firm of Leong & Tan at about noon.

The Pasir Panjang state assemblyman named Zambry as the respondent.

In the application, Mohammad Nizar, who was appointed Perak Menteri Besar on 17 March last year, said he was still the Menteri Besar on three grounds, namely that there was no dissolution of the state assembly, secondly there was no motion for a vote of no-confidence, and thirdly, he did not resign as the Menteri Besar of Perak.

In a supporting affidavit for the application, Mohammad Nizar stated that two state assemblymen, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) had quit as state assemblymen vide letters dated 20 Jan 2009 and another state assemblyman Hee Yit Foong (Jelapang) had reliquished her post through a letter dated 3 Feb 2009...

13 Februari, 2009 12:09 PM
Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Dan Bukit Selambau Serentak Pada 7 April

...Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan...


anda kata jerangkap samar, Kuda Kepang? Fikir-fikirkanlah realiti ini sebaik-baiknya kerana di sebalik keputusan telah diambil dan di sebalik tindakan yang telah dilaksanakan, mungkin wujud jerangkap samar atau bom jangka yang amat padah impaknya
KEMELUT PERAK: ANTARA REALIS DAN IDEALIS
Wednesday, February 11, 2009


(siapa sebenarnya perhangatkan emosi melayu sebenarnya dan malapetaka yang akan datang bersama-sama luahannya? saya benci kuasa luar masuk campur hal negara kita, bung)

haji said...

salam datuk,

saya mencadangkan pd datuk AKJ supaya dia bertanding Sebagai calun BEBAS B.Selambau. Dia kan org Kedah. Datuk setuju tak?

kudakepang said...

Saudara-saudari sahabat KK. Jutaan terima kasih. Moga-moga cadangan Prof. Mdm. Curi diambilhirau oleh pembesar BN dan UMNO. Moga-moga pandangan anda sekalian - pro dan kontra - juga dihalusi oleh pihak yang berminat. Buat saya, PRK Bukit Gantang dan Bukit Selembau memang crucial dan kritikal kepada BN dan PR. Kedua-dua pihak mencari legitimasi untuk menempah tiket kemenangan dalam PRU13. Saya juga setuju agar sesetengah nama yang disebut oleh sahabat-sahabat dalam komen di sini tak payah buang masa untuk datang berkempen.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

saiful said...

salam reformasi

sekiranye UMNO benar diperak,anjurkan 1 perdebatan untuk meyatakan kebenaran.perdebatan antara Najis dan anuar brahim itu pun klu berani

burungjantan said...

Saya tidak hairan kalau BN akan mengulangi bungkus macam PRU-12 jika sekiranya ikut status quo seperti ditegaskan YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Pisang akan berbuah dua kali, jika calon MIC ditempatkan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Dua bukit akan menjadi batu Nissan BN.

Kemarahan UMNO bermula apabila telinga pembuat dasar pekak dan tak dengar cakap.

Tak percaya takdir?