Tuesday, February 10, 2009

MUKHRIZ SARAN PAS PERAK SERTAI BN

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- PAS Perak hari ini disaran menyertai Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan seterusnya membentuk satu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata PAS harus mempertimbangkan cadangan berkenaan agar sebuah kerajaan negeri yang kuat dan bersatu padu dapat dibentuk.

"Dengan cara itu, kita (BN) akan dapat memimpin dan mentadbir negeri Perak dengan lebih terjamin dan berkuasa kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Bebas dan PAS akan dapat mewujudkan satu pentadbiran negeri yang lebih mantap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Majlis Makan Malam Gala Persatuan Sindrom Down Malaysia di sini.

Katanya apabila orang Melayu bersatu, semua masyarakat di negara ini akan mendapat manfaat dan faedahnya.

Mukhriz berkata demikian ketika mengulas pergolakan politik di Perak sehingga menyebabkan kepimpinan negeri itu yang sebelum ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertukar tangan kepada BN. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=388595

19 comments:

Usahawan Komunikasi said...

Sepatutnya lama dah PAS dan UMNO bersatu. Kekuatan ini boleh diterjemahkan kepada pembangunan yang lebih menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan ugama. Nescaya Malaysia akan lebih maju.

Usahawan Komunikasi said...

Malah semua orang Melayu patut bernaung dibawah satu panji-panji. Nescaya negara ini akan menjadi lebih makmur. Pun begitu syabas Mukhriz. Anda berjiwa seorang pemimpin yang boleh dikagumi jika sentiasa berpandangan positif.

Jiwa Merdeka said...

Jika PAS Perak menyertai kerajaan BN, yang akan jadi kuat ialah kerajaan BN; bukan PAS. Kedudukan dan peranan PAS barangkali hanya sebagai "nasi tambah".

Jadi dari segi logik politik, barangkali tidak ada alasan yang kukuh mengapa PAS Perak harus menyertai BN.

PAS ialah parti alternatif kepada UMNO. Jadi mungkin lebih baik PAS terus berada di luar BN.

shahbandarmalakat said...

Umat Islam memang di suruh bersatu dalam apa jua keadaan...Tentu ada khemah yang besar bila bersatu..bila ada seruan untuk bersatu bersatulah...kalau tidak nescaya kita di timpa banyak musibah ...ambil lah peluang ini bersatu, yakin lah kita tak akan kemana bila kita teruskan pemusuhan...Palestin hilang negara kerana Arab tak bersatu dan dalam keadaan yang runcing macam hari ini pun mereka masih tidak mahu bersatu...memang lah ini keadaan umat Islam berpecah belah dan walau pun umatnya banyak tapi macam bueh adalah reality kehidupan akhir zaman seperti di gambarkan oleh Jujungan kita, namun mana yang tersedar cepatlah betulkan keadaan...

ChengHo said...

Mukriz harus mengusulkan pemuda Umno misti adakan mesyuarat tergempar untuk membincangakan unsur unsur derhaka kepada Sultan Perak , hingga hari ini tiada tindakan dari pemuda yg bolih menakutkan mana mana pihak yg pemuda adalah benteng pertahanan melayu dan institusi raja raja
Adakah MM sesuai sebagai Ketua Pemuda?

Hasrul Halid said...

Dato' Ron, Say No To Lompat party!

http://suratdalambotol.blogspot.com/2009/02/entri-245-gerakan-rakyat-malaysia.html

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Saya adalah pengundi kawasan P059 Bkt.Gantang dan DUN Ckt.Jering...!!!

Allahyarham Hj.Roslan Shaharom telah melaksanakan tugas nya sebagai Ahli Parlimen Bkt.Gantang dgn baik sekali. Lebih mesra rakyat dan macam-macam projek yg dilaksananya lebih mendekati rakyat kawasan yg beliau wakili.

Pada pilihanraya yg lepas2 sebelum PRU 12. Saya memangkah BN...samada Parlimen atau DUN. Tapi pada PRU 12. Saya telah beralih arah ke PR.

Tetapi dalam Pilihanraya Kecil ini di kawasan P059 Bkt.Gantang ini..saya masih belum dapat pasti yang mana harus saya PANGKAH.

Kalau Pangkah BN..dah tentu calon dari UMNO..!!!! Masalah Faktor 'Pak Lah dan KJ'..!! Membelegu perasaan..!!

UMNO pula selalunya meletakan calon Payung Terjun. Seperti YB-YB UMNO yang lepas2 dari Bkt.Gantang...!!Bila jadi saja Ahli Parlimen..muka batang hidung pun tak muncul2 dah..!! Kena tunggu PRU lain pula barulah nampak bayangnya...!!

Kalau pangkah PR...orang PAS dah tentu calon nya..!!

Tapi..dgn senario sekarang ini..PAS lebih DAP pulak dah..!!

Isu geran 999 Tahun..dan macam2 lagi projek DAP dapat dilaksanakan dgn Restu PAS..!!

Ini lah Delima yang sedang menyelubongi Pengundi2 atas pagar P059..!

Bagi diri saya sendiri. Saya nak tengok dulu calon2 yang bakal di kemukakan oleh BN dan PR..!!

Jika PAS istihar keluar dari PR..Mungkin peluang memenangi hati pengundi Melayu lebih cerah lagi..dan seterusnya memenangi kawasan P059 ini..

Pengundi2 atas pagar P059 mungkin sedang memantau keadaan yg sedang melanda Perak dewasa ini...Dan ramai yg tengah dok celaru sekarang..!!

Sekian.Wassalam.

NeomaX said...

Dato Ron

Mukhriz sengaja buat lawak. Sekadar hendak mengusik PAS yang dilihat tidak terkena badi lompat seperti PKR dan DAP.

Saya katakan mengusik kerana Mukhriz sendiri tahu jawapan PAS dalam soal ini. Nasihat saya kepada Mukhriz, cari le isu lain nak berkempen.


bat8

Malaysia Boleh! said...

Yang kuat sertai yang lemah atau yang lemah sertai yang kuat?

Dato rasa umNO yang kuat atau yang lemah?

lunas oh lunaih said...

Kadang-kadang kalau kita kata puak-puak umno ni bodoh,mereka akan marah..tapi tindakan mereka menampakkan kebodohan mrk.....

Umno yang bergelumang dengan RASUAH,putar belit,kekejaman ISA,isu-isu pendatang asing,kehakiman,kezaliman polis dan lain2 CUBA mengajak PAS bersama mereka...ish..DATO tak rasa lawak atau lucu kah???.
Itu belum lagi dibangkitkan isu ISLAM,arak,judi,murtad dll....

Kalau UMNO lapar sangat kuasa, maka laksanakan dasar mengikut kehendak Allah dan jadikan Alquraan sebagai panduan/dasar.Pada masa itu PAS dengan sendirinya TERKUBUR atau dibubarkan......

Mana mungkin org PAS menerima pemimpin spt Hisamudin yang terdapat gambar meminum minuman keras menjadi pemimpin?Najib dengan kes Altantuya,dan bermacam-macam lagi....

Fikirkanlah????????????????????

NeomaX said...

Cadangan usahawan komunikasi bukanlah sesuatu yang baru. Sar5anan seperti ini timbul setiap kali apabila UMNO berada dalam keadaan tersepit. Dalam keadaan UMNO kuat,tidak terlintas untuk mengajak PAS bersatu, makin menekan adalah.

Kita tahu, bila UMNO ajak PAS bersatu - walaupun sudah dalam keadaan tenat, PAS yang kuat disuruh masuk dalam UMNO. Mana ada jalan Dato'.

Kalau UMNO memang ikhlas mahu bersatu demi orang melayu, masa yang paling sesuai untuk membuat tawaran tersebut adalah selepas GE 12 dulu.

Masa itu UMNO begitu kuat, PAS pula dalam keadaan lemah. Dengan kekuatan UMNO masa itu, UMNO mampu meletakkan pelbagai syarat kepada PAS dan juga kepada komponen BN yang lain untuk menrealisasikan pergabungan PAS-UMNO.

Mengapa sekarang baru diajukan, semasa UMNO sedang dalam keadaan tertekan. Kalau nak bersatu sekarang, eloklah UMNO dibubarkan dan kesemua ahlinya masuk PAS kerana dalam keadaan sekarang UMNO dah tenat dengan pelbagai penyakit dan hanya menunggu masa u8ntuk rebah.

Dalam keadaan sekarang tidak logik untuk PAS memasuki UMNO yang sedang tersepit. Logiknya, dalam keadaan tersepit ini, UMNOlah yang kena beralah demi masa depan orang melayu.

Tidak begitu ?

bat8

Permatang said...

Kenapa bila UMNO diambang kemusnahan baru isu pengabungan dibangkitkan?Dimana UMNO semasa PAS tidak mempuyai kuasa? Penganbungan ini tidak SEHARUSNYA berlaku. Sekiranya ianya berlaku juga puak-puak UMNO akan mendapat faedah nya manakala PAS akan terus merundum.
www.permatang.blogspot.com

WaliMuar said...

Pembangunan pembangunan pembangunan nak muntah aku dengar perkataan ini.Jangan le bodoh sangat siapa yang membangun awak, saya ,adik beradik kita.Jangan mimpi le yob.Puak teratas BN le yang kenyang awak tu berharap le sampai mampus.Aku cukup benci dengar nama pati ni ,apati yang tidak ikhlas yang penuh kedurjanaan Melayu.Lebih baik dia mampus cepat

add said...

Jiwa merdeka;
Lebih baik jadi nasi tambah dari jadi boneka.Nasi tambah boleh mengenyangkan tetapi boneka dipermainkan... tak kan lah UMNO tidak cerdik nak jadikan nasi tambah sahaja, paling tidak mesti lantik 2 atau 3 exco , daripada tak de langsung baik ada, kalau dulu memang ada exco tapi dikelilingi oleh cina dap, apakah terlalu zalim umno nak perlakukan pas sebegitu rupa terhadap kaum seagamanya... oh tidak,,, cubalah PAS perak bergabung dan tengok macam mana reaksi dan tindakan kerajaan UMNO... kalau rasa boleh hapuskan cina,,, apa salahnya...

abunawas said...

Apakata kalau belia menyarankan TDM masuk UMNO semula dan berdamai dengan PM dulu sebagai contoh bersatu padu.

tombak karat said...

Jawapan kepada saranan MM tu mudah je.Apa kata kalau dicadangkan UMNO menyertai PAS. Agaknya apa jawapan MM.Itu jugalah jawapan yang sama yang akan diberi oleh PAS kepada saranan MM tu.Bukan menentang perpaduan Melayu cuma rasanya dalam keadaan sekarang agak tak logik saranan MM tu.

ahbhajb said...

Orang Melayu di Perak patut tepuk dada tanya selera. Sejak akhir

has said...

Kalau sekarang orang kata UMNO lemah.. tak mustahil nanti suatu masa PAS pula lemah... lebih elok bersatu.. Tapi memang suatu yang sukar kerana Hamas dan Fatah pun bergaduh.. Israel dapat untung. Kalau UMNO gaduh ngan PAS, DAP jugak untung...

Meor Syamsudin said...

Ngapa PAS Perak je yang masuk UMNO. Baru la ni UMNO nampak PAS. Semasa kome kuat kome tak nampak pun PAS. Kome hentam PAS depan, belakang. PAS tu orang Melayu jugak. Melayu sama Melayu perang yang untungnya Cina. Kome ingatlah semua ini mainan zionis. Teman ingat eloklah PAS, PKR dan UMNO bersatu untuk membangunkan ekonomi Melayu dan bukannya merosakkan kontrak sosial. Ingatlah Melayu la ni dah rosak. Perbetulkan sebelum terlambat.