Saturday, February 14, 2009

SIASAH MALAYSIA SEDANG MENCIPTA SEJARAH

Kita sedang mencipta satu sejarah. Inilah pertama kalinya dua PRK - satu untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, satu lagi untuk kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah - akan diadakan pada tempoh yang sama - hari penamaan calon pada 29 Mac 2009, hari pengundian pada 7 April 2009.

Dari segi taktik dan strategi, keserentakan ini mungkin baik. Sekurang-kurangnya seluruh sumber dan tenaga terpaksa di bahagi dua. Ini mengurangkan tumpuan seluruh negara hanya ke satu destinasi siasah. Ini mengurangkan kekelamkabutan suasana.

Dalam konteks siasah UMNO, kedua-dua PRK ini akan diadakan tanpa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden. Insya Allah, Presiden UMNO ketika itu adalah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Ini kerana Perhimpunan Agung UMNO dijangkan pada akhir Mac 2009.

Bagaimanapun, kedua-dua PRK ini juga akan menjadi indikator kepada penerimaan para pengundi dan rakyat jelata kepada Najib. Mungkinkah BN akan memperbaiki prestasi dan peluang kemenangannya dalam kedua-dua PRK berkenaan tanpa Abdullah?

Demi kebaikan semua pihak, di sini saya siarkan beberapa komen yang dikirimkan ke blog ini mengenai kedua-dua PRK tersebut.

Aiman: (komen menerusi SMS): Untuk BN memenangi PRK Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, mungkinkah Najib memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan UMNO dan lantik beliau sebagai penasihat Kerajaan?

Madam Curi: Para strategis BN/UMNO harus mambaca blog dan ambil iktibar daripada komen yang diberikan. Walaupun bukan ahli politik, saya insaf bahawa rakyat tidak begitu suka cara sesetengah pemimpin BN. Belum apa-apa lagi sudah cakap besar. Jika betul-betul ingin menjenamakan semula BN/UMNO sila turun ke padang dan ikutlah resmi padi...lagi berisi lagi tunduk. Datanglah menggunakan baju yang biasa dan jangan bermegah diri. Selain pemimpin, ahli keluarga juga perlu memainkan peranan.

Berita Dari Gunung: Ada alasan kuat kenapa BN perlu menawan semula kubu kuatnya (Bukit Gantang). Dengan senario krisis di Perak, BN perlu bekerja kuat untuk menang. Bukan kempen di situ saja yang penting, tetapi situasi feel good wajar diketengahkan dalam semua aspek, baik dalam media, baik setiap kata-kata pemimpin komponen BN.

Hasrul: Pada PRU12, majorIti undi hanyalah sekitar 2000. Insya Allah, BN akan mengambil semula Bukit Gantang dengan syarat, calon adalah anak tempatan. Bukan calon paying terjun! Andainya pandangan ini direalisasikan, jentera BN Bukit Gantang, UMNO khususnya, akan berlawan habis-habisan.

Amir Hamzah: Pemimpin atasan UMNO perlu belajar daripada PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu. Parlimen Bukit Gantang jadi kerusi taruhan BN untuk menguji sokongan rakyat Perak.

Nisha: Calon dan juga jentera BN sendiri memainkan peranan penting dalam menjamin kemenangan pada PRK ini – perlu sepakat. BN kena belajar dari kesilapan.

Matdeboq: Faktor calon yang bakal diketengahkan oleh UMNO (di Bukit Gantang) memainkan peranan penting. Pada PRU12 orang UMNO tak bersungguh-sungguh berkempen berbanding orang PR.

Bunga Raya: Kenapa harus calon di Bukit Selambau diisikan oleh calon India, sedangkan majoriti penduduk di situ adalah Melayu? Saya persoalkan perkara ini sejak dari zaman di Universiti lagi. Demi toleransi?

Al-Balingi: Bukit Gantang bakal jadi medan sebenar antara BN dan PR. Mood rakyat memang menyebelahi PR. Tapi, apa-apa pun bisa berlaku. Jika ditakdirkan BN tewas, mereka harus belajar dan muhasabah diri.

Jiwa Merdeka: Saya menduga cara BN merampas Kerajaan Negeri Perak dariapda PR akan menyebabkan majoriti orang Melayu dan bukan Melayu bersimpati kepada PR.

Slyderrose: Saya yakin BN akan kalah lagi sebab UMNO/BN tiadak pernah belajar dari kesilapan.

Burung Jantan: Rakyat Perak mungkin masih emosi dan kemenangan akan menyebelahi mereka jika calonnya itu bekas MB perak iaitu Datuk Seri Ir Nizar.

Alam: Semua yang betanding dalam PRK Bukit Gantang memang menaruh harapan untuk menang tetapi realiti akan tahu selepas pengumuman. Berusahalah bersungguh-sungguh.

Moga-moga Najib sudi membaca seluruh komen di atas. Mudah-mudahan tempoh kempen yang panjang kali ini membawa kemenangan kepada pihak yang direstui Allah! - Ruhanie Ahmad

22 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Saya rasa sedih, geram dan kecewa dengan nukilan yang terdapat di Buku pelawat DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. Semacam saya berada di zaman puak Gasar, puak kanibal yang tidak tahu adab sopan, tidak tahu tata susila serta tidak langsung menghormati Sultan / Raja sendiri.

Komen-komen yang tidak beradab ini akan pula dibaca serta diterjemahkan oleh bangsa-bangsa lain diseluruh pelusuk dunia. Adakah kita akan rasa bangga menjadi bangsa yang berjaya memalukan dan mencaci maki rajanya sendiri?

Jika kita berani berkelakuan serta mengeluarkan kata-kata kesat begitu kepada raja sendiri, jangan fikir bangsa lain akan menghormati raja kita malah mereka akan buat yang lebih hina dari itu kepada kita dan raja kita.

Bangsa kita ni kecil sahaja, tiada apa-apa keistimewaan pun di mata bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka cuma kenali kita dengan perkataan 'AMUK'. Mungkin hanya itu sahaja kelebihan yang bangsa kita ada.

Perkara ini jika dibiarkan akan mewujudkan satu masyarakat yang tidak lagi menghormati institiusi beraja. Keadaan ini sangat berbahaya untuk negara majmuk yang mana bangsa asalnya masih belum sedia berdikari dan masih ramai dibelenggu kemiskinan serta mengharap raja sebagai payung mereka.

-Kontraktorwibawa.blogspot.com

ChengHo said...

Salah satu kelemahan Umno hari ini adalah imej dan persepsi
Umno harus belajar dari teori sistem pamasaran walaupun punya produk yg bermutu tetapi tidak dapat menyakinkan pengguna pengguna
Pejabat /biro/ketua penerangan Umno misti di rombak supaya kaedah baru kaedah moden dapat dilaksanakan
Rata rata ketua penerangan Umno tidak effektif lagi dgn cabaran masa kini mereka masih lagi bermimpi disiang hari dan menggunakan kaedah lama didlm menyampaikan message
Sudah terbukti di 2 PRK ketua penerangan Umno Mohamad Mohd Taib sudah tidak efektif lagi ' the wrong guy at the wrong time' zaman kegemilangan beliau sudah berlalu tidak punya karisma dan tidak 'crowd puller '
Ketua Penerangan adalah CMO ( chief marketing officer ) Umno seseorang yg punya karisma dan media savy ( media ,cetak , electronic dan baru ( internet , sms,mms)) mistilah juga orang itu pemidato yg baik yg dapat menyakinkan pendengar sebaik Anwar Ibrahim dari PR ( PEROSAK RAKYAT ? ) orang saperti Annuar Musa salah seorang pemidato hebat Umno perlu di pertimbangkan olih Najib
Selurun Umno berkampung di PRK tidak sesuai lagi semua nya itu adalah pemerhati dan 'by stander 'tidak memberi kesan kerana PRK adalah politik tempatan hanya orang tempatan yg berkesan dan efektif

kluangman said...

Siapapun yang menang ia tetap kemenangan rakyat.

Yang kalah bukan ditolak terus tetapi perlu muhasabah diri.

Pakatan bukan tidak pernah tipu rakyat dan BN bukannya selalu adil.

M.SEPIAL said...

Salam Dato' RON,

Pada aku siapa menang itu pilihan pengundi yang berbagai dunia pandangan nya, bermacam cita rasanya yang di pengaruhi faktor semasa dan akal dan naluri masing-masing . Kepentingan masing - masing turut mencorak pilihannya. itu lah natijah nya.

2. Sebagai pemilih kita amat patut memilih calun;
i. mengdahului dan mengutama kepentingan massa dari kepentingan diri

ii. berwibawa, telus,jujur , adil dan setia kepada organisasi atau instutusi yang diwakilinya.Bertaqwa.

iii. setiap masa membantu dan menolong khalayak tanpa memilih bulu dan warna. Makna nya berkonsep buta warna.

iv. Bersikap "lupa kan " jika membantu orang dan kesalahan orang keatas diririnya. Maaf dan memaafkan. Rakyat tidak berhutang budi kepadanya tapi pemimpin lah yang berhutang budi kepadanya.

v. Tidak mencerminkan keperibadian Hang Tuah, kerana semua jenis " KAKI" ada pada nya.

vi. ingat bila pensiner jadi "ungka" .semasa ada kuasa mungkin "Berok" atau " kera" dalam memimpin dan mengatur strategi.Kuasa itu dipinjam dan amanah saja. Segalanya hak Allah.


Fikir kan lah.......... Tepuk dada tanya otak jangan tepuk dada tanya perut.

Wasallam dan TK.

burungjantan said...

Nampak gaya dan nada serta suara politik parti membayangkan bahawa kemenangan akan menyebelahi tertakluk calun yang bakal diletakkan di Bukit Selambau.

Kata orang Bukit Selambau sebagai kunci kepada minat untuk keluar nak mengundi atau tidak.

odeen said...

BAYANGKAN JIKA MATEMATIK DAN SAINS DI AJAR DALAM BAHASA ARAB
ORANG YANG PALING MENENTANG SUDAH TENTULAH ORANG YANG MENYOKONG PENGGUNAAN MT DAN SNS DALAM BAHASA INGGERIS. PASTI MEREKA AKAN MEMBERI ALASAN BAHAWA BAHASA ARAB TIDAK BANYAK DIGUNAKAN BUKU2 ILMIAH(SN DAN MT). NAMUN ORANG YANG PANDAI BERBAHASA ARAB AKAN MENYOKONGNYA. PADA MASA ITU PASTI KEJADIANNYA TERBALIK DENGAN APA YANG KITA LIHAT PADA HARI INI. PAKAR2 BAHASA INGGERIS YANG LEMAH BERBAHASA ARAB AKAN BERKUMPUL DI JALANAN UNTUK MENGEMBALIKAN PENGAJARAN MT DAN SN DALAM BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MELAYU. PASTI PERLBAGAI ALASAN LAIN AKAN DIKEMUKAKAN...PADA MASA ITU MEREKA JUGA AKAN DIANGGAP TIDAK MENGIKUT PERKMBANGAN SEMASA. JADI WAJARKAN SN DAN MT DI AJAR DALAM BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MELAYU UNTUK KONTEK PENDUDUK MELAYSIA.

HE HE HE LARI DARI TOPIK LE..TAK MINAT POLITIK YANG MELAMPAU MACAM DI PERAK...

*JIKA SN DAN MT DIAJAR DALAM BAHASA ARAB PASTI ANAK2 KITA AKAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN ALQURAN SECARA LANGSUNG DAN MUDAH*

CINTA suci abadi said...

dari utusan on line:
Tindakan Nizar tiada beza dengan saman Karpal
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah di Mahkamah Tinggi hari ini tiada bezanya dengan hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengerusi Biro Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Razali Ibrahim berkata, kedua-dua tindakan itu secara tersirat membawa maksud yang sama.
Katanya, ia mencabar dan mempertikaikan titah Sultan Azlan Shah walaupun menamakan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai responden dan bukan Sultan Perak.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, ini disebabkan Zambry bukan dalam kedudukan untuk melantik Menteri Besar di Perak.
Bahkan, menurutnya, Zambry juga bukan dalam kedudukan boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebaliknya ia adalah kuasa sultan.
''Maknanya, bukan Dr. Zambry yang dipertikaikan, tetapi tersiratnya adalah Sultan Perak sendiri.
''Justeru, tindakan Nizar failkan petisyen yang dia masih Menteri Besar adalah sama seperti mempertikaikan keputusan Tuanku dan mencabar kedudukan undang-undang negara kita……

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

.@blogger.com said...

Salam,
Para pemimpin mesti medengar suara rakyat. Sebahagian dari suara itu adal diblog-blog. Soalnya: 1. apakah pemimpin kita ambil perhatian kepada kewujudan blog? 2. apahkah pemimpin kita serius inginkan perubahan?

Juraimi Zainal said...

Saya berpendapat siapa saje calun dari Barisan Nasional akan tewas;

Mudah saje: 50% - Melayu (akan terbahagi 2), 30% - India (75% akan cenderung kpd PR), 20% - Cina (65% juga akan cenderung kpd PR).

So total up:60.5% goes to PR. Tak caya tunggu.........!!!!!!!!!!!!!

budak-kom said...

kepada bungaraya-tu cara tun kawal geng bukan melayu...dia orang ni nak ekstrimist sangat tak leh sbb nanti dia akan d lihat oleh pengundi kawasan dia kalau dia kasi hantam orang melayu...

ALAM said...

Saya rasa,PRK Bukit Selambau kali ini akan cukup hebat. Parti-prti politik akan mengambil sikap yang behati-hati dalam pemilihan calun. pada pandangan saya MIC perlulah berkorban demi kemenangan calun BN dalam pilihanraya Bukit Selambau. Berilah peluang untuk UMNO menentang PKR. Kita sudah maklum sekarang ini orang india hanya akan menyokong hindraf. MIC tidak payahlah hendak menegak kekuatan. tinjau saya keputusan undi rosak dahulu. Kalau MIC meletak calun di DUN Bukit Selambau saya yakin calun PKR atau calun bebas Melayu akan menang.

al-Balingi said...

Salam Takzim Dato',

Syukran kerna sudi menyiarkan komen saya dalam posting kali ini. Ba rakallahu fika.

shahbandarmalakat said...

“Kita sedang mencipta satu sejarah” Kata Datuk
Apa lah yang hendak dihairankan kalau PRK di dua tempat yang berlainan negeri nak di adakan serentak…

Sejarah yang telah di cipta oleh orang orang yang bukan keturunan Melayu tapi dapat mengaku diri mereka Melayu. dan buat onok dan kemusnahan di sana sini dalam Negara ini ,itu yang patut kita catat dan kenang…

Mereka ini lah yang menguasai UMNO dan berlagak lebih Melayu dari Melayu…sehingga di gelar Ultra Malay dan macam macam lagi …
Mereka sah bukan keturunan Melayu dari baka/Gene .Kalau di baca profile DNA mereka memang jauh lari dari profile biasa orang Melayu…Setengah itu tidak mengamalkan adat budaya bangsa Melayu dalam kehidupan harian mereka..ada yang tak guna bahasa Melayu dalam rumah mereka…tapi oleh sebab apa, saya pun tak tahu, tiba tiba mereka muncul dalam masyarakat dan di terima jadi orang Melayu, lalu boleh jadi ahli UMNO .

Malah yang paling malangnya tanah risab Melayu pun boleh bertukar tangan kepada mereka, pasal mereka sudah berjaya menukar nama mereka dari pada anak lelaki /anak perempuan sudah jadi 'bin' atau 'binti'…(Persamaan yang ada dengan kita ialah mereka Muslim).
(Di Zaman Orang putih mereka panggil diri mereka bangsa pakistan/India mudah dapat treatment istemewa dari British).
Waktu dulu orang orang ini Tunku Abd Rahman syorkan mereka masuk parti lain bukan UMNO .

Kerana ketidak prihatinan kita sendiri mereka telah merosakkan Melayu sendiri…kita tenguk Karpal ingin menyaman Sultan ,,Kenapa? Kerana Perlembagaan kita telah di pinda di sekitar tahun sembilan puluhan; dulu Raja Raja Melayu di atas undang Undang, sekarang sudah berubah…siapa punya angkara?….Datuk juga bersyubahat waktu itu kerana Datuk tak salah saya juga MP yang menyokong pindaan itu ( saya di fahamkan bahawa pindaan itu still unconstitutional pasal Raja Raja masih tak perkenan?) .

Dan siapa orang yang buat kerja kerja baling batu sembunyi tangan di jalanan suruh orang Derhaka pada Raja sekarangt ini? Siapa punya kerja kalau bukan orang jenis ini…Bapak bukan keturunan Melayu Mak pun mungkin bukan Melayu juga, tapi mereka di terima sebagai Melayu….

Pembawakan kita yang Melayu jati tak sama dengan mereka ini…kita ini banyak sopan santun adat resam yang hendak di hormati ….sebab itu mereka ini untuk menarik perhatian kena belagak lebih Melayu dari Melayu….pasal mereka tak reti bahasa dan muka tebal….

Bukan saja UMNO mahu di tawan malah semua persatuan yang berasaskan “melayu” semua sudah di swastakan oleh mereka…Gabungan Pelajar Pelajar Melayu pun mereka kebas kerana flatformnya baik. …

Ini lah sejarah yang patut kita catitkan Datuk…a

pemuda cheh said...

rakyat khususnya golongan muda tetap akan menolak UMNO parti korup. dan apa yang berlaku di Pmtg Pauh Dan K trengganu akan berulang di dua bukit nanti. tak kira sapa PM pada waktu itu. tambahan pula PM baru ni lagi hebat rasuahnya. tak percaya tanya sama timbalan menteri pertahanan.

pemuda cheh said...

islam, ilmu, amal dan parti.
assalamualaikum...kita manusia di beri satu sifat iaitu suka memilih. kalau nak beli atau buat sesuatu pekerjaan kita mesti memilih untuk beli atau buat yang terbaik. sifat ini ada pada orang yang guna akal untuk memilih. ada satu lagi golongan suka juga memilih, tapi pilih benda yang tak baik. golongan ini ada akal tapi tak digunakan akal dengan betul. kenapa tak betul sebab nak guna akal mesti ada ilmu. tapi ada pulak yang ada akal, ada ilmu tapi masih tak pilih dengan betul lagi, sebab apa...sebab tak mahu beramal dengan ilmu yang dia ada itu tadi. walau ada akal dan ilmu masih tak mahu guna untuk pilih yang betul. sebab apa, sebab cintakan dunia. takut hilang kedudukan dan kemewahan jika pilih yang betul atau untuk menyatakan yang betul.

jika kita membuat amalan contohnya solat maka kita mestilah mempunyai ilmu untuk menunaikan solat. pokoknya, kita mesti tahu apa yang akan kita lakukan. jadi untuk solat, kena lah tahu rukun dan syarat-syaratnya sebelum bersolat. sebelum solat kena berwuduk. untuk berwuduk kena pula tahu rukun dan syarat-syarat berwuduk. jadi kalau rukun-rukun dan syarat-syarat tu tadi kita tak pasti, maka solat pun jadi tak sempurna.

samalah juga dalam soal berpolitik. kita kena guna akal dan ilmu untuk mencari amalan dan pegangan politik yang betul. dalam konteks kita sebagai umat muhammad s.a.w, politik yang mendapat kerehdaan allah di dunia dan akhirat. bukan politik untuk dapat habuan didunia saja.

jadi, politik dalam islam adalah melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah keluarga, negeri atau negara dengan berlandaskan al-quran dan hadis. bukan berlandaskan undang-undang atau perlembagaan ciptaan manusia seperti perlembagaan ciptaan LORD REID. tapi ada orang kata, malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum, macam mana nak laksana undang-undang islam. senang saja jawapannya. dunia dan makhluk dalam alam semesta ini ciptaan siapa? al-quran diturunkan oleh siapa? jadi kalau penciptanya sama sudah pasti semua ciptaan dan kejadian itu adalah yang terbaik sebab allah maha mengetahui. allah yang mencipta segalanya sudah pasti semua ciptaan dan perintahnya itu adalah yang terbaik buat kita makhluknya. ada sesiapa yang berani kata undang-undang ciptaan manusia lebih baik dari undang-undang allah?

sama juga dalam soal memilih wakil rakyat kita. dalam konteks kita sebagai umat islam mestilah memilih wakil yang ingin melaksanakan islam. untuk pilih wakil yang ada cita-cita dan asas perjuangan begini, pastilah mereka dari parti yang menjadikan islam asas perjuangan. bukan parti yang memperjuangkan bangsa. yang mana ahlinya pun ikut bangsa. macam umno, parti orang melayu. orang cina, india atau iban tak boleh. tapi PAS walau apa bangsa pun boleh asalkan islam.

melaksanakan pemerintahan ikut perintah allah adalah wajib buat semua yang mengaku islam. sebab kita dah mengaku dan berikrar bahawa "tiada tuhan yang disembah melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah". jadi kalau kita mengikut undang-undang selain dari undang-undang allah, maka siapa kita? malah ada yang kata undang-undang islam dah lapuk dan tak sesuai untuk masyarakat majmuk di malaysia. undang-undang allah tak sesuai? murtad lah orang yang berkata sedemikian. sama lah juga dengan orang yang memperjuangkan undang-undang selain undang-undang allah yakni al-quran dan sunnah.

sebab tu dalam soal memilih kena guna ilmu dan akal, lepas tu bila dah pilih kena amalkan atau guna pilihan itu. samalah dalam soal memilih parti. kalau parti tu terang-terang tolak islam kenapa nak pilih? mungkin sebab tak ada ilmu. kalau tak ada kena cari lah. tapi macam dikatakan di awal tadi, ada yang dah ada ilmu tu, tapi takut nak guna sebab takut hilang pangkat dan kemewahan. golongan ini adalah ilmuan fasik. ada ilmu tak nak guna. sama macam orang yang pakai seluar pendek, mereka ini adalah golongan fasik, sebab dah tahu hukumnya haram pakai seluar pendak sebab tak tutup aurat, tapi masih pakai jugak. itu lelaki, perempuan pula bila tak pakai tudung. bukan tak tahu rambut tu aurat. tapi masih tak bertudung. ada suami pun tak boleh nak perintah untuk tutup aurat. kalau ke atas isteri pun dah tak boleh untuk dilaksanakan perintah allah, macam mana nak perintah negara atau negeri? pemimpin macam ni ke kita nak pilih dan agung kan? parti yang mempunyai pemimpin beginikah yang kita nak pilih.

wahai pembaca semua, ketepikan keegoan kita. fikirkan sejenak. bila kita mengucap dua kali masyahadah dan pada masa yang sama menolak perintah allah, maka siapakah kita disisi allah.
dan ingatlah bahawa ilmu itu akan jadi ilmu hanya bila kita beramal dengan ilmu itu, dan untuk beramal mestilah berilmu barulah amalan itu diterima. jadi untuk memilih gunakan lah ilmu. wassalam.
Posted by pemuda cheh at 08:40 0 comments Links to this post

fudzail said...

Kalau P.Ramlee masih ada, apa agaknya yang dia lawakkan, alangkan sultan pun dipanggil setan dan perdana menteri dipanggil bahlol

aoazmi said...

Datuk Ron,

Saya pengundi Bkt. Selambau. Apa yang mau saya lihat adalah isu global bukan isu perak, raja-raja yang dikatakan tidak releven oleh orang-orang macam saya. Kami menganggap raja-raja telah mula diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Nampaknya kisah silam raja-raja dikelilingi oleh memanda yang tamak haloba kembali semula (Kesultanan Melayu Melaka).

Kalau BN boleh berkempen secara berhemah mengalahkan pembangkang (yang dikatakan agresif) isyaallah kemenangan pasti ada.

BN mesti menjawab dengan penuh yakin dan logik akal dengan segala tuduhan-tuduhan atau fitnah-fitnah pembangkang. Kalau tidak, wal hasil balik asal! Riuhlah seluruh media dan dunia tentang keburukan pembangkang, kesannya akan terima semacam K. Trengganu dan Ptg. Pauh.

Yang pasti jangan bawa masuk berkempen orang berpaling tadah seperti ezam, Tun Mahathir dan 3 orang ADUN Perak ke kawasan Bkt. Selambau!Penduduk disini dah meluat dengar cerita mereka.

Gunakan kredibiliti pemimpin-pemimpin UMNO yang bersih seperti Mahayudin.

Selamat berkempen! Datuk tak turun padang ka?

Salam.

kembara putih said...

Bila SPR (Boneka UMNO) nak perkenalkan penggunaan dakwat kekal? Dah lama saya tunggu UMNO berlawan secara anak jantan..dah jemu menunggu.

Madam Curi said...

Datuk Ron,

Semoga PRK berjalan lancar. Semua seharusnya keluar mengundi kerana ramai yang terkorban menentang askar British (jangan kita lupa pahlawan Melayu kita seperti Mat Kilau) dan kita perlu sedar bahawa pengorbanan mereka ini membolehkan kita mengundi pada hari ini. Undi jangan tidak mengundi.Rakyat bijak membuat pilihan yang tepat.

PS Terima kasih kerana menyiarkan komen saya. Syukran.

mad said...

tindakan spr mengadakan prk selepas pemilihan parti umno semacam ada hubungkait kan datuk?

anakmerdeka said...

Dato Ron,
UMNO memerlukan masa yang banyak untuk diterima kembali oleh orang Melayu. Paling utama, ahli UMNO perlu ketepikan pemimpin yang rasuah. UMNO perlu dilihat amat serius untuk menghapuskan rasuah. Rasuah secara jangka panjang akan membunuh tamaddun bangsa. Sebab itu pemimpin yang rasuah perlu di tolak tanpa tolak ansur. Rakyat mahu melihat UMNO serius untuk menangani isu ini. Kalau tidak, letak sapa pun, pada masa ini, PRK "dua bukit" nanti UMNO/BN akan kalah.

bat8 said...

shahbandarmalakat

Saya setuju dengan pendapat anda. Golongan inilah yang mendapat kedudukan dalam UMNO(Baru). Dulu dalam UMNO lama, mereka ini tidak mendapat tempat.

cinta suci abadi

Rasanya petikan dari media milik UMNO sudah tak dipedulikan. Petikan berita dari media milik UMNO atau pembangkang adalah partisan dan tak menarik minat ramai pembahas.


bat8