Monday, February 09, 2009

1 PRK PARLIMEN PERAK DAN 1 PRK DUN KEDAH TAK LAMA LAGI

Politik Malaysia akan gawat semula. Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak, akan diadakan tidak lama lagi bila penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, kembali ke rahmatullah pada 9 Februari 2009. PRK ini dijangka lebih hangat daripada Permatang Pauh atau Kuala Terengganu.

Sumber-sumber Ibu Pejabat UMNO Malaysia pula meramalkan bahawa satu lagi PRK bagi sebuah kerusi DUN di Kedah mungkin juga diadakan tidak lama lagi. Ini kerana ADUN PKR bagi kerusi berkenaan dikatakan meletakkan jawatan akibat masalah peribadi yang serius.

Apakah peluang BN bagi kedua-dua kerusi di atas yang dimenangi PR dalam PRU12. Paling khusus lagi, apakah peluang BN memenangi PRK di Perak setelah ia mengambilalih Kerajaan Negeri baru-baru ini dan kekecewaan rakyat jelata mengenainya pun masih belum reda hingga ke hari ini? – Ruhanie Ahmad

21 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Yang pasti PRK kali ini akan menentukan hala pengundi buat BN sama ada menerima atau menolak...

Sama-sama kita nantikan...

Salam,

Blow d' whistle said...

apa kata datuk...nizar derhaka

macam mana pula dengan bapak Tajol Rosli dulu enggan letak jawatan MB bila Sultan Idris suruh...bukan derhaka juga ke UMNO waktu tu

jangan la doble standard wahai UMNO
totok

slyderrose said...

Arumugam has decided to quit his position as an exco due to the mounting pressure on him and his family to defect to Barisan Nasional.”

This Arumugam ada prinsip walaupun beliau bukan berugama Islam seperti 2 ADUN Perak yg tidak mahu kosongkan DUN mereka walaupun atas arahan Speaker. Pelik kan. Tuhan telah tunjukkan kejap saja.

Kita tengok nanti pihak mana yg disokong rakyat. Kalau PR menang keduanya, Najib dan Zahid Hamidi baik meletakkan jawatan sahaja. Biar Pak Lah meneruskan tugas beliau.

HangLipas said...

salam dato..

saya kurang setuju sedikit dengan kenyataan saudara Blow d' whistle yg mengatakan Tajol Rosli menderhaka kerana tidak mahu meletak jawatan MB...persoalannya,adakah beliau masih MB yg tidak meletak jawatan?

beliau juga bukan lah macam si Nizar yg gila talak...samapai dah jatuh kerajaan pun nak duduk pejabat MB lagi..tak malu!

Mika Angel-0 said...

bagus dan sedap jugak bunyi kata-kata Sdr slyderrose, Kuda Kepang.

tapi 'a bird in hand is worth two in the bush' apakah jadah maknanya?

Rozlan Daud said...

Salam Tuan,
Kalaulah nizar itu perderhaka kepada Sultan Perak, tidakkah Pak lah Lebih Derhaka kepada Dua Sultan dulu semasa perlantikan MB Perlis dan Terengganu??
Ini menunjukkan yang UMNO sendiri lebih penderhaka....

abunawas said...

Alhamdulillah, satu lagi peluang yang Allah berikan kepada kita semua agar parti-parti, calon-calon, penyokong-penyokong dan para pengundi menunaikan tanggung-jawab dengan jujur.

Amat simbolik buat waktu ini dimana Allah menunjukkan segala-galanya hanyalah sementara dan Allah boleh tarik bila-bila masa. Bayangkan kalau diwaktu dipanggil pulang ke hadrat ilahi seseorang itu sedang duduk dikerusi yang diperolehi denagn cara yang Allah tidak redhai!!!!!!!!!!!!!! Kita harapkan tidak pula begitu.

Amat menghairan dan mendukacitakan kalaulah setelah semua melihat kekosongan kerusi parlimen itu terbit dari satu kematian ianya disusuli dengan satu perebutan yang tidak menunjukkan satu sikap keinsafan bahawa kedudukan itu sementara dan ianya satu tanggung-jawab yang akan dipersoalkan malah lebih mirip kepada kegelojohan tanpa mengira nilai dan batas keimanan.

Lebih malang lagi apabila ianya disandarkan kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Sukar bagi orang bukan Islam untuk menghormati, apatah lagi untuk orang bukan Islam tertarik kepada agama yang kononnya diperjuangkan.

Dlam satu ketika lain, kita sangat marah apabila orang Islam dilabelkan sebagai terrorist/pengganas, pelampau dan sebagainya.

Tidakkah kematian itu satu peringatan yang amat jelas!!!!!!!

Semuga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

abunawas said...

Alhamdulillah, satu lagi peluang yang Allah berikan kepada kita semua agar parti-parti, calon-calon, penyokong-penyokong dan para pengundi menunaikan tanggung-jawab dengan jujur.

Amat simbolik buat waktu ini dimana Allah menunjukkan segala-galanya hanyalah sementara dan Allah boleh tarik bila-bila masa. Bayangkan kalau diwaktu dipanggil pulang ke hadrat ilahi seseorang itu sedang duduk dikerusi yang diperolehi denagn cara yang Allah tidak redhai!!!!!!!!!!!!!! Kita harapkan tidak pula begitu.

Amat menghairan dan mendukacitakan kalaulah setelah semua melihat kekosongan kerusi parlimen itu terbit dari satu kematian ianya disusuli dengan satu perebutan yang tidak menunjukkan satu sikap keinsafan bahawa kedudukan itu sementara dan ianya satu tanggung-jawab yang akan dipersoalkan malah lebih mirip kepada kegelojohan tanpa mengira nilai dan batas keimanan.

Lebih malang lagi apabila ianya disandarkan kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Sukar bagi orang bukan Islam untuk menghormati, apatah lagi untuk orang bukan Islam tertarik kepada agama yang kononnya diperjuangkan.

Dlam satu ketika lain, kita sangat marah apabila orang Islam dilabelkan sebagai terrorist/pengganas, pelampau dan sebagainya.

Tidakkah kematian itu satu peringatan yang amat jelas!!!!!!!

Semuga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

mal887 said...

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini - dari blog http://msomelayu.blogspot.com/...
hayatilah ia....

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan RASUAH.

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

Apa komen DATO'...????

ChengHo said...

Politik Malaysia adalah politik tempatan , Saperti KT calun yg diterima olih penduduk tempatan adalah penting , jangan ada calun payung terjun dan calun yg popular kepada Umno sahaja terutama yg popular kepada pemimpin Umno terpilih..
Pilehan raya adalah pilehan rakyat
pilih calun yg terbaik walaupun tidak memegang sebarang jawatan dlm parti , pilihlah calun yg bergelumang dan berjasa dgn penduduk tempatan yg bakal menggundi
Rakyat akan memilih kumpulan yg tidak derhaka kepada Sultan Perak
rakyat terlalu bijak untuk dikabui dan diselewengkan
Rakyat tidak mahu lagi Nga dan Ngeh manipulasi pemimpin pemimpin melayu...tidak semua pemimpin layu..

abunawas said...

Sahihlah sudah perletakkan jawatan ADUN di Kedah.

Sesungguhnya apa yang telah ditaqdirkan Allah sentiasa mengandungi hikmah bagi semua manusia. Namun ia mungkin disia-siakan jua oleh manusia.

InsyaAllah, pengundi-pengundi telah mempunyai peluang yang seluas-luasnya mutakhir ini untuk menilai. Namun demikian, bagi muslim khususnya kita sertai dengan solat istikharah sebelum mengundi.....semuga lebih diberkati.

Demi Allah Yang Maha Agong, Dia dalam kebijaksanaannNya mentakkhirkan balasan azabNya dan mempercepatkan nikmatNya.

Demi masa! Manusia sentiasa di dalam kerugian kecuali......

zeme said...

Salam Datuk,

Khabarnya sah akan berlaku piliharanya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah bilamana dengan rasminya wakil rakyat terbabit telah meletakan jawatan.

Ini suatu perkembangan menarik pasca pilihanraya 2008. BN harus memenangi kembali kerusi yang dipertandingkan semula selepas 2 kekalahan pada PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen tersebut amat penting buat BN malah juga Pakatan Rakyat terutama di Kedah. Sekiranya PR tewas di Kedah, ini akan mengoncangkan lagi spekulasi kedudukan kerajaan PR Kedah samada terus menjadi buruan BN bedasarkan kerusi sebelumnya PAS 16, BN 14, PKR 5 dan DAP 1.

PRK Parlimen Bukit Gantang juga penting buat BN untuk menambah kembali penguasaan majoriti di Dewan Rakyat setelah Parlimen Kuala Terengganu bertukar tangan. Persoalannya siapakah akan mengepalai jentera gerak kerja pilihanraya BN bagi kedua-dua kerusi terbabit? Adakah DS Najib juga setelah kegagalan 2 kerusi Parlimen sebelumnya? Bagi PRK Parlimen Bukit Gantang, BN boleh untuk meletakkan DS Ahmad Zahid Hamidi mengetuai jentera dan DS Najib perlu lebih mengerakkan penguasaan di Kedah kerana sekiranya menang bukan setakat dapat menakluk kembali kerusi DUN malahan mampu untuk menjengok-jengok kerusi kerajaan negeri sekalipun.

Sekiranya BN gagal dalam percubaan PRK kali ini sebelum menjelang PAU UMNO Mac nanti, bermakna barisan kepimpinan UMNO bukan setakat perlu melakukan post mortem, tetapi lebih elok menukar jenis ubatan dan mencari vaksin yang sebenar memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO khasnya dan BN amnya. Jika tidak, angka 13 (merujuk Pilihanraya Umum ke-13 akan datang) menjadi angka paling malang dalam sejarah politik negara buat parti UMNO dan BN.

Wasalam.

sangkakala said...

Kedua-dua pilihan raya itu akan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan, sama ada mereka mahu menyokong atau BN atau PKR.

Di samping itu, keputusan pilihan raya itu mungkin boleh dijadikan petunjuk sama ada kecenderungan pengundi muda masih ke arah PKR atau berbalik semula ke arah BN.

cekodokmasin said...

Salam Datuk,
PRK Bukit gantang sudah pasti tetapi PRK di Kedah belum tentu. ni kerana maklumat tak lengkap. Berita cuma kata dia letak jawatan? Letak jawatan exco ker atau letak jawatan ADUN? Kalau Exco tak ada ler PRK...

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

setelah membaca komen sdr Zeme, saya harus mengaku bahawa saya masih tidak faham.

Apakah bukan kunci kepada kewajaran kesinambungan ujud UMNO dan Barisan ekonomi negara yang mesra rakyat dan mesra kejayaan - satu rukun wujudnya Visi2020?

Atau ia lebih senang mengerti pengertian kawalan manusia-warga dengan sebuah pembikinan police state yang amat moderen, Kuda Kepang? Suatu kemungkinan dari kebarangkalian Visi2020 juga.

Saya bimbang hal kredit, mas.
apakah si-muslim harus bimbang juga?

(apa kesannya bila harus semua 'economic stimulus plan' negara maju tidak tergapai matalamat?)

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau (Kebetulan kedua-dua ada BUKIT)nanti akan terpancarlah samada BN atau PR yang berjaya mendaki. Kekuatan parti yang bertanding akan terserlah selepas kedua-dua RPK itu nanti.

Semua keputusan ini terletak di tangan rakyat bukannya ditangan pemimpin samada BN atau PR. Rakyat akan menjelaskannya nanti.

rashid said...

salam.

nampaknya tahun ini macam tahun "pilihanraya kecil" sebab setakat dah dua pilihanraya kecil diadakan dan InsyaAllah dua lagi pilihanraya kecil bakal berlangsung.

tapi rasanya prk di Perak yang akan menjadi tumpuan kerana ianya memang langsung tidak diduga.ahli Parlimen tersebut telah meninggal dunia baru-baru ini dan ini memberi laluan untuk prk bakal diadakan kelak.

tamparan yang hebat untuk mana-mana pihak yang kalah pada prk di Perak nanti.jika PR kalah,bererti rakyat mahukan BN dan jika BN kalah maknanya rakyat masih mahukan PR.

pihak yang kalah nanti kenalah berundur.jangan jadi macam Nizar pula.mula-mula kata akan terima apa jua keputusan Sultan tetiba kemudian Nizar pula yang tak mahu menghadapi kenyataan dan tak mahu berhenti :).

ryzul akustike said...

Salam datuk,
Mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangai fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .

Soalan satu Kenapa sultan memilih BN.
Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.

Soalan kedua : kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?
Jawapannya: Jangan lupa Sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 je MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.

Soalan ketiga: kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?
Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik PRK untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu diorang ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan status mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui PRK, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.

Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.

Apa pun …Daulat Tuanku..

sedikit tambahan , saya berani jamin situasi politik di perak takkan tenang sehingga PRU yang akan datang, kecuali DUN changkat jering dan Behrang distiharkan kosong atau seballiknya oleh mahkamah serta keputusan mengenai kes dua adun bebas yang ada kes rasuah tu, kalau mereka bebas dari disabitkankan kesalahan maka BN akan lega dan sedikit konfiden memerintah negeri sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang, dan jika mereka sangkut” maka…faham-faham sendirilah akan kesannya.
selain itu kalau pun diistihar kosong maka disini BN dan Pakatan akan berentap dan ini sekali lagi jadi penentu siapa yang berhak mengepalai kerajaan ngeri perak.

http://ryzulosman.blogspot.com

odeen said...

NAMPAKNYA HASRAT PEMIMPIN BN(UMNO) UNTUK TIDAK MENGADAKAN PILIHANRAYA DI PERAK TELAH DIUBAH OLEH TAKDIR TUHAN. KEMATIAN AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG MEMBUKTIKAN BAHAWA PEMIMPIN BN(UMNO) HANYA MERANCANG TETAPI TUHAN MENENTUKAN. BUKAN SATU PILIHANRAYA AKAN PEMIMPIN BN(UMNO) HADAPI TETAPI DUA TERMASUK DIPERAK. ANEHNYA IA BERLAKU PADA HARI YANG SAMA.MUNGKIN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.

bujang3 said...

sikap umno buat orang semakin benci

lunas oh lunaih said...

Sekiranya SPR tak dayus dan melaksanakan pilihanraya secara adil...dah lama BN kalah.

Saya cabar SPR laksana 1) dakwat jari, 2)undi pos mansuh atau benarkan wakil masuk 3)Rasuah waktu pilihanraya oleh menteri dikekang.

undi popular PRU12 membuktikan BN sudah tidak relevan
BN 50.6%
PR 49.4%

keputusan di atas dengan kekuatan jentera kerajaan disalahgunakan,media hanya kempen untuk BN,Rasuah dan lain2 amat MEMALUKAN BN.

Perkara yg paling MEMALUKAN adalah undi pos kawasan KUANTAN dipindahkan ke PEKAN. DATO tak rasa malukah?????