Thursday, February 05, 2009

DR. ZAMBRY MENTERI BESAR PERAK YANG BARU

SUBANG 5 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh. – Utusan. - 8:04 malam.

5 comments:

Abd Bashid Harun said...

Saya bersyukur kerana nama yang saya harapkan menjadi MB Perak menjadi kenyataan.Tahniah Dr Zambry

amirhamzah64 said...

Tahniah Dr. Zambry - Jaga Perak Baik-Baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang Jumaat 6hb Feb.2009. Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Walaupun saya kurang bersetuju dengan peralihan kuasa antara kerajaan PR dan kerajaan baru Barisan Nasional atas beberapa perkara yang telah saya nyatakan dalam tulisan saya dalam blog www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com bertajuk 'Nasharuddin - Raja segala KATAK', akhirnya saya akur atas keputusan DYMM Paduka Seri Sultan Perak . Baginda juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

Sebagai Rakyat Malaysia saya bersyukur kerana DYMM Paduka Sultan Perak telah memainkan peranan yang sangat penting menggunakan kuasa yang ada sesuai pada tempatnya. Pertama, apabila baginda melantik Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar selepas pilihanraya Mac 2008 dan pada hari ini baginda tetap menjadi rujukan dengan menyelesaikan kemelut politik Perak.

Tahniah kepada Datuk Dr.Zamry bin Abdul Kadir ADUN Pangkor sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Dengan kedudukan kerusi BN sebanyak 31 berbanding Pakatan Rakyat 28 kerusi, kerajaan ini adalah sangat rapuh apatah lagi jika ianya ditentukan oleh ADUN KATAK. Kami percaya dengan MB yang pintar dan Sultan yang cerdik, Perak akan keluar daripada kemelut politik yang tidak stabil.

Sekarang kami sedang menanti terlungkupnya KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR pula. Rakyat kena faham dan tidak terlalu emosional dengan isu lompat melompat sekarang. Siapakah yang memulakannya? Sejak 16 September 2008, kita telah dimomok-momokkan dengan cerita Ahli-Ahli Parlimen BN akan menyeberang ke PR dan sekali lagi pada 26 Jan.2009, ADUN Bota telah menyertai PKR.

Sarang tabuan jangan dijolok, dua kali DS Anwar mempermainkan dengan cerita dan lagu 'lompat sikatak lompat' akhirnya diri sendiri yang kecundang. Kemungkinan selepas ini Selangor pula akan menuruti Perak.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Malaysia Boleh! said...

Hidup Melayu! Hidup Ketuanan Melayu!

Hidup MB Perak Melayu! Eh?
Anak Mamak Abdul Kadir? hahahaha
Orang melayu kena tipu lagi....

mata said...

kalau dah haram tak kan boleh jadi halal,lain la halal sekarang dah jadi haram
dicampurkan jadi halam



untuk mb nizar lawan tetap lawan
kami anak rantau tetap setia dibelakang DS

Mat said...

Saya sebagai wakil penduduk kg padang tembak sgt2 kecewa dgn sikap pemimpin kpd penduduk kg ini..yg kaya btambah kaya yg miskin btmbh miskin..mna tak nye yg btul2 ank yatim x diberikn sumbangan yg bkn ank yatim dberikn sumbangan..kemana pergi nye duit bantuan yg di salurkn jika byk ank2 yatim tidak dberikan bantuan. Harap jbtan pihak bkuasa tlg amik endah jgn amik mudah..