Saturday, February 07, 2009

POLITIK PERAK: HINDARILAH TINDAKAN DERHAKA KEPADA SULTAN

Ruhanie Ahmad

Sesuatu peristiwa bersejarah pasti ada sokongan dan bangkangan. Tidak kurang juga wujudnya cetusan suara-suara emosional sehingga seolah-olah hilang pertimbangan untuk menghormati sesuatu pandangan, keputusan atau tindakan secara berhemah dan bersantun. Begitulah hakikatnya dunia, manusia dan sistem anarkinya. Begitulah hakikatnya demokrasi. Begitu jugalah hakikatnya episod poitik kuasa yang sedang menggelora di Perak pada hari ini.

Sebab itulah bila saya katakan bahawa tindakan Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk membubarkan DUN Perak, sebagai tindakan yang demokratik; dan tindakan BN menyelamatkan politik Perak yang terumbang-ambing juga amat demokratik; pasti ada sahabat-sahabat yang setuju dan sebaliknya.

Ini kerana manusia dan keanarkiannya, tentu mempunyai tanggapan, persepsi, pendapat serta reaksi yang berbeza-beza. Dengan takzimnya, saya hormati seluruh kepelbagaian dan perbezaan ini. Bagaimanapun, sama-samalah kita berbeza dengan adat dan cara, dengan berhemah dan bersantun.

Dalam pada itu, walaupun saya katakan tindakan PR dan BN di Perak sebagai demokratik, saya juga tidak mengenepikan kemungkinan tindakan-tindakan itu mewujudkan kesan libasan bagaikan api dalam sekam - merah, membara dan akan membakar hangus bila tiba pada waktunya!

Bagaimanapun, biar apa jua kesan libasan itu - sama ada menerusi PRU13, sama ada menerusi tindak balas di Parlimen Malaysia, sama ada menerusi tindakan undang-undang - adalah teramat derhaka untuk sesiapa juga melemparkan pelbagai kata nista terhadap Sultan Perak, DYMM Baginda Sultan Azlan Shah. Ini kerana Malaysia dan jajahan takluknya adalah pengamal politik dwi-sistem - sistem demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan.

Lantaran itu, renungkanlah e-mail blogger Hasrul Halid daripada Pulau Pinang kepada saya seperti berikut:

Saya merasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati saya serta beberapa rakan blogger Melayu yang lain. Insiden Sarkas Perak 2009, amatlah memalukan. Pun begitu, ada perkara yang lebih memalukan yang terjadi dan seolah-olah direlakan, malah diapi-apikan pihak tertentu.

Untuk lebih jelas, Datuk bolehlah layari laman web yang saya sertakan alamatnya di sini dan lihat sendiri bagaimana DYMM Baginda Sultan Perak diperlekeh, diperkecil dan dihina sesuka hati. Sebagai Anak Perak, saya menyifatkan ini sebagai satu penderhakaan peringkat tertinggi kepada DYMM Baginda Sultan Perak.

Sekiranya Datuk layari guessbook Pejabat DYMM Baginda Sultan Perak, Datuk akan dapat lihat komen-komen yang pedih kepada DYMM Baginda Sultan Perak. Saya mungkin masih boleh menerima akan perlunya meluahkan perasaan marah kepada DYMM Baginda Sultan Perak. Tetapi, marah kepada DYMM Baginda Sultan mestilah melalui penggunaan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang berhemah sesuai dengan pangkat dan darjat Baginda sebagai pemerintah negeri yang berdaulat.

Untuk penerangan terperinci, Datuk boleh lawati blog Asrul Muzaffar Mohamad di alamat ini:
http://bandarutopia.blogspot.com/2009/02/daulat-tuanku-ii.html.

Jika dilihat dari tujuannya, penubuhan Pribumi Perkasa adalah antara lainnya "memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu". Maka saya berpendapat, PERKASA sebagai badan bebas tanpa ikatan dengan mana-mana parti politik, merupakan wadah terbaik yang boleh digunakan bagi menangani isu penghinaan kepada DYMM Baginda Sultan Perak.

Sehubungan dengan itu, saya meminta jasabaik PERKASA untuk menilai apakah langkah yang difikirkan sesuai dan terbaik untuk mereka yang meninggalkan komen atau yang mengapi-apikan rakyat untuk meninggalkan komen di guessbook Pejabat DYMM Baginda Sultan Perak.

Kerjasama segera dari pihak PERKASA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. - Hasrul Halid,
http://suratdalambotol.blogspot.com

Oleh itu, wajarlah kita sama-sama kembali rasional dan luahkan perasaan kita secara tenang, berhemah dan bersantun. Sambil itu, artikulasikanlah apa agaknya impak libasan politik (political backlash) yang mungkin tercetus terhadap BN dan PR.

[Nota kepada Hasrul: Sebagai Ketua Penerangan PERKASA, saya telah panjangkan e-mail di atas kepada Presiden dan Timbalan PERKASA untuk mengambil tindakan segera.]

13 comments:

Hawaii five -O said...

salam

Aku x kisah apa nak jadi dgn korang2 yang merebut2 kuasa kat dunia ni... tapi aku peduli sangat apabila tunggak orang melayu la ni iaitu Kesultanan di hina, di caci, di maki oleh orang Melayu dan bukan melayu kerana percaturan politik. JIKA Pakatan kembali berkuasa di Perak. pada siapa pula MB Perak dan EXCO2nya akan mengangkat sumpah .....pada Sultan Kapral Sing atau Raja Anuar Ibrahim.... Jangan ingat Raja2 Melayu ini xde perasaan,

Baguslah ada pula orang melayu dah kurang ajar pada Raja Melayu, ingatlah kalau dah TIDAK SUKA pada Raja Melayu, baik cari negara lain....

Tahniah pada korang2 smua ,nama2 korang dah tercatat dalam sejarah melayu moden kini...PENDERHAKA... bagi BUKAN Melayu jangan terlalu biadap pada Raja Melayu kelak memakan diri sendiri....

Daulat Tuanku..... aku akan pertahankan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU...sehingga titisan darah terakhir.....

Mas said...

Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?
maka sanggup mencabar raja Melayu
Raja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!
di manakan maruah mu?

Tidak pernah Melayu
mencabar dan derhaka seperti kamu
di manakah nilai keislaman mu?
akibat hasutan iblis dan kafir keparat
maka kamu sanggup menjadi bangsat!
hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
kini kamu anjing maka tuan digigit!

Wahai Melayu
sedarlah kamu
kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
perhatikan keliling kamu
bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?
di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?

Janganlah kerana emosi
kamu derhaka kepada Sultan
ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
selagi Melayu tidak hilang di dunia
selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

kluangman said...

Saya bukan mengajar itik berenang tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat yang sering memperlekehkan Najib begitu malu besar berbanding dengan perasaan kecewa apabila tewas secara teknikal beberapa jam sahaja selepas Najib menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Perak.

Radix Muar said...

Kalaulah UMNO tak terima Jus Soli... mungkin takde parti DAP kan
Jadi UMNO buat keputusan atas untungnya parti bukannya rakyat.
Think..!

anakmalaya said...

Pertama, umno mengelar sultan 'binatang' di terengganu kerana deris jusoh tidak dapat jadi mb. Derhaka kah itu?
Kedua, kenapa umno takut sangat untuk berdepan dengan pilihanraya negeri? Apakah umno sudah tahu rakyat tidak bersama mereka? Kalau sudah tahu rakyat tidak menyokong kenapa merompak jawatan mb?
Itu saja.

Hang-Jebat said...

Tua Hamba Radix,
AMENO hanya mabuk kuasa.Sebab itu menerima Jus Soli. tetapi selepas berkuasa, masih berkiblatan undang-undang penjajah serta masih menggunakan cara kerja penjajah. Kuasa ekonomi masih diberi mereka yang penerima Jus Soli. Jika benar Raja Melayu kecewa dengan pemberian Geran 999 Tahun kepada Kambung baru, kenapa sejak 51 yang lalu, Paduka Sultan tidak titahkan untuk mengambil semula Tanah Kambung Baru. Paduka Sultan tahu atau tidak sejak 51 tahun AMENO berkuasa berapa hektar tinggal Tanah Rezab Melayu. Wakaf Tanah Kubur Islam pun dijual ke Toke Cina. Di mana keadilan?

bulan said...

Mekar melaka gemilangan seri.
Anakda paduka mempelai ratu.
Nizar derhaka, kehilangan negeri.
Ta sangka perangai sampai begitu.

Sangkaan langit begitu rendah.
Pandang dekat, capai tak dapat.
Kesukaan mencuit,menipu mudah.
Sedang memikat, katak melompat.

Berketak kokok ayam didarat.
Bersenyap mutiara dilautan tenang.
Menggertak Umno balasan terjerat.
Kerap ketara barisan yang menang.

Rashidzack said...

mungkin dah sampainya kita mula mengorak langkah ke arah pembentukan demokrasi ala baru iaitu ala Amerika Syarikat dan Indonesia...sistem republik dan presiden. Bira rakyat jadi 'sultan' dan 'raja' memilih pemimpin. Ingatlah kesilapan sultan boleh menyebabkan perkara yg lebih buruk lebih berlaku.

azlani said...

sultan pun manusia biasa gak...tunggu je la balasan ALLAH...kalau PR salah,ALLAH balas,kalau sultan salah ALLAH juga yang balas...yang penting kita jaga hak2 ALLAH dulu baru kita jaga perkara lain....ini x ALLAH suruh tutup aurat pun xnak ikut...mcmana nak jaga yang lain...fikirkan lah...

Mohd said...

Nak sangat main lompat2 kan..
dari tahun lepas tak habis2 nak suh org lompat2 kan..
haa skang ni org dah lompat apsal tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Kenapa tak puas hati? kenapa lawan sultan? kenapa salahkan org lain? padahal sendiri yg nak main lompat2 dari tahun lepas. Saya percaya kalau bawak masuk MAHKAMAH pun kalau PKR kalah mesti dorang buat buat perhimpunan resakser lagi..

Ibnu Ahmad said...

Datok Ron

Salam BBB, Pening kadang aku nak telan dengan perkataan DERHAKA ini. Setelah berumur setengah abad perkataan ini entahlah hilang dari minda aku. Kadang2 aku pikir macam perkataan khurafat saja. Sekiranya sesuatu perkara ada aturan, undang, tatacara, dusturnya apakah perlu ada satu kuasa lain yang nampak adil tetapi memihak. Kerana mana ada mutlaknya demokrasi setelah keputusan di buat!. Entahlah ... inilah politik tempoyak agaknya..

A said...

Datuk Ron, saya memang menghormati prinsip YB dalam berpolitik didalam Umno iaitu menjadi pemimpin yang "jauhari dan budiman" - meminjam kata2 Dr Abu Hassan Hasbullah dari Zentrum Future Studies. Pandangan ini saya rumuskan setelah mengikuti penulisan Datuk sejak beberapa ketika ini.

Berkenaan bencana politik yang berlaku di Perak yang mana kini meningkat kepada perasaan amarah rakyat kepada kerabat diraja, semata-mata kesan dari tidak mengikut tatacara yang tertib mengikut proses perundangan sedia ada. Cara membuang MB Nizar adalah tidak budiman. Cara yang budiman menurut hemah saya ialah membubarkan Dewan Negeri atau mengadakan undi tidak percaya didalam DUN. Banyak pendapat pakar dan ahli politik yang telah disiarkan dipelbagai medium dan blog. Salah satunya ialah apa yang telah dicakapkan oleh YAM Ku Li di laman blognya razaleigh.com.

Datuk, saya bimbang bahawa perkara yang telah terjadi di Perak merupakan permulaan kepada satu pengakhiran. Sudahpun nampak bunga-bunga permulaannya. Misalnya, apa yang diluahkan oleh Rashidzack disini, memang perasaan ini telah ada dirasai oleh ramai orang.

Siapa hendak disalahkan? Rakyat lagi?

NeomaX said...

hawaii five-o dan pembahas

Dalam menilai masaalah derhaka, protes ini izinkan saya membawa satu peristiwa yang berlaku di terengganu semasa krisis perlantikan MB yang melibatkan istana.

Kerana tak puashati dengan pilihan istana, penyokong UMNO dari kumpulan idris jusuh telah mengadakan satu demonstrasi/protes di KT. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang.

Antara kain rentang itu ada berbunyi " MENATANG (maksudnya BINATANG) KAMI MAHU IDRIS JUSUH " - begitulah maksudnya lebih kurang walaupun tak tepat.

Now, bagaimana kita menilai tindakan tersebut?Baik ajar ke? Puji ke derhaka? Tindakan tersebut mungkin bukan atas arahan pemimpin tetapi pemimpin bertanggungjawab diatas tindakan penyokongnya samada dia tahu atau tidak.

Satu lagi keanehan berlaku semasa protes tersebut - polis tak buat apa.Setelah dibiarkan protes tersebut berjalan beberapa ketika, pihak polis kemudian merampas sepanduk keji tersebut dan menyuruh penyokong-penyokong tersebut beredar. Tiada tangkapan dibuat. Tiada gas pemedih mata dilepaskan.

Selepas insiden tersebut, tidak ada seorangpun didakwa. Pemimpin-pemimpin utama kumpulan tersebut tidak kedengaran dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan dsb.

Yang paling menarik akhbar-akhbar utama tidak menjadikan insiden tersebut sebagai muka depan malah ada yang tidak melaporkan langsung.

Bayangkan kalau protes tersebut dengan menggunakan perkataan keji seperti itu dianjukan oleh pembangkang, kita tahu bagaimana polis akan bertindak.

Now coming back to tindakan karpal, sebahagian besar rakyat malaysia tidak menyetujuinya, malah perlu dikutuk sebagaimana insiden oleh penyokong idris jusuh di KT tempohari.

bat8