Thursday, February 05, 2009

POLITIK PERAK: KEMBALILAH RASIONAL DEMI MANFAAT RAKYAT JELATA

Ruhanie Ahmad

Kini banyak pihak bersuara bahawa apa yang dilakukan oleh BN di Perak adalah bertentangan dengan kehendak rakyat jelata yang memilih PR menerintah Kerajaan Negeri Perak menerusi PRU12 pada Mac 2008. Suara seperti ini memang ada kebenarannya. Tetapi, tindakan BN untuk menyelamatkan Perak daripada proses politik kuasa yang terumbang-ambing sehingga menyebabkan nasib rakyat jelata di negeri itu seolah-olah terbiar juga banyak manfaatnya.

PR yang hilang keyakinan ADUN Perak terpaksa mempertahankan survivalnya menerusi cadangan membubarkan DUN Perak untuk mencari mandat baru menerusi pilihan raya. Proses itu juga memang demokratik. Tetapi, tindakan BN untuk memperjuangkan survival rakyat menerusi pengambilalihan Kerajaan Negeri Perak juga tindakan yang demokratik. Ini kerana keputusan itu adalah berdasarkan keputusan serta perkenan Sultan Perak, Raja Azlan Shah, yang berasaskan Perlembagaan Perak. Ini bermakna, tindakan BN menguasai DUN dan Kerajaan Negeri Perak juga adalah legal dan amat demokratik.

Kedua-dua usaha di atas adalah demokratik walaupun tidak menenuhi persepsi sesetengah pihak yang menyokong PR. Pihak ini wajar menerima hakikat bahawa proses demokrasi bukannya hanya jalan sehala dan tanpa pilihan. Sebaliknya, demokrasi adalah sistem masyarakat, sistem politik dan sistem kenegaraan yang menyediakan pelbagai pilihan dan alternatif.

Bezanya, PR berusaha menggunakan saluran demokratik untuk mempertahankan kepentingan dan survivalnya sendiri. Tetapi, BN menggunakan saluran yang demokratik dan sah di sisi undang-undang demi kepentingan rakyat jelata Perak.

Ini bermakna, PR menggunakan demokrasi untuk satu kepentingan yang sempit. Tetapi, BN menggunakan demokrasi demi satu kepentingan yang besar dan menyeluruh. Ini juga bermakna, PR hanya berusaha untuk bertindak demokratik atas motivasi survival pakatan politiknya sahaja. Tetapi, BN bertindak menerusi saluran demokratik demi survival rakyat jelata, survival sebuah negeri dan survival sebuah negara.

Oleh itu, pertimbangkanlah sendiri siapakah yang lebih berjiwa rakyat dalam konteks percaturan politik kuasa di Perak mutakhir ini. Fikirkanlan sendiri, siapakah yang menggunakan saluran yang demokratik demi kepentingan yang lebih besar daripada mempetahankan survival sebuah pakatan politik yang memang terbukti sudah hilang keyakinan dan sokongan di DUN Perak.

Oleh itu, eloklah kita kembali kepada kewarasan masing-masing pada ketika ini dan izinkan proses politik kuasa di Perak itu reda demi manfaat bersama. Lantaran itu, kita perlu rasional dan sanggup memberikan ruang kepada Menteri Besar dan exco Perak yang baru untuk mencartakan perjuangan mereka demi rakyat jelata.

Sesudah itu, tumpukanlah keprihatinan kita semua kepada perjalanan kerajaan yang baru di Perak. Tegurlah kerajaan itu seikhlas-ikhlasnya jika menyeleweng. Kritiklah kerajaan itu sekeras-kerasnya jika gagal memperjuangkan nasib majoriti rakyat yang menggantungkan harapan baru kepadanya.

50 comments:

shahbandarmalakat said...

Saya teringat perkara serupa ini pernah berlaku pada tahun sekitar 59/60 dulu di Trengganu di zaman Ibrahim Fikri/Kerajaan Pas bertukar kepada Perikatan dgn undi tak percaya...masa itu saya dalam darjah 6 tak salah saya...
Saya percaya DYMM Sultan Perak telah menjalankan kewajibannya dengan baik sekali...
Bila MB mengadap memohon untuk di bubarkan Dewan tentu lah Sultan mempunyai kuasa/ruang/pilihan untuk mengatakan setuju atau tidak dengan permohonan itu.kalau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian tak payah lah di wujudkan peruntukkan untuk mengadap...
membubarkan Dewan adalah pilihan yang terakhir .kita tak mahu sewenang wenang nya membazir wang rakyat...

mal887 said...

Salam Dato...

Demokrasi dengan RASUAH, UGUTAN DAN SALAH GUNA KUASA... Bagus persepsi dato tentang demokrasi..

Tunggu ajelah BALASAN RAKYAT....

fudzail said...


Perak sultan had written on the monarchy, the sultan should follow my advice as leader of the house to dissolve the assembly. Sultan Azlan Shah has written in Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance in 2004 that no sultan or agung had withheld consent to dissolve legislative body, except in Kelantan in 1977

sang kancil said...

Disaat rakyat sedang memerhati kepimpinan bersusah payah mengembalikan intergriti pemerintah yang tercalar apakah ini satu unduran kebelakang. Kekalahan BN dalam PRU lepas banyak di sebabkan persepsi rakyat terhadap cara kepimpinan BN yang meloyakan. Apakah Pemimpin BN masih tidak mahu mendengar jeritan suara rakyat dalam PRU yang lepas.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Alhamdulillah for the rain, bung


kepada allah berserah

ciku said...

Hah, atas prinsip apa, demokratik yang boleh dikelok sana kelok sini dan demi kepentingan itu dan ini, sungguh sedap didengar tafsiran demokratik tuan. Tapi asalkamn saja UMNO terselamat, itu sajaaa.

asasLP said...

dato'tp mcm mana pulak dgn cara najib yang merasuah adun behrang dan changkat jering..adakah ia cara demokratik yang sah..

WaniBrah said...

Your posting is "unrational" Datuk!! far & beyond democratic principle, also not suitble for majority. That's tyranny in sound of majority mandate from last 2008 gen.elction!!

manggisajaib said...

yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain adalah buah fikirannya. rasionaliti adalah satu 'state' atau keadaan yang amat terpuji, apalagi dalam mencari sebuah kebenaran. Namun, benar atau tidaknya sesuatu tidak boleh disandarkan pada rasionaliti semata. Dek akal manusia yang banyak kelemahannya maka keperluan kepada sumber ilmu yang lebih hebat diperlukan oleh manusia. Wahyu adalah jawapan yang paling tepat untuk menjadi neraca pertimbangan kepada manusia yang beriman. yang pasti, wahyu Tuhan tidak pernah dan tidak akan bertentangan dengan rasionaliti. justeru untuk kita membuat keputusan dalam situasi getir seperti di Perak sekarang..kembalilah kepada wahyu...rujuklah al-Qur'an dan dapatkanlah bahasan dari na yang dan sejarah junjungan yang mulia Rasulullah sallalhu 'alaihi wasallam. sekiranya masih sukar mendapatkan jawapan rujuklah kepada pandangan waris Nabi-Nabi yakni para alim ulama agar keputusan yang bakal menjadi penentu kepada penerusan semula pemerintahan yang berasaskan sistem demokrasi beracuan Malaysia akan mendapat keberkatan dari Tuhan.

penunggu gua said...

Dato'

Jika tindakan Sultan adalah demokratik, kenapa agaknya Sultan tidak memecat sahaja Nizar dan Exconya?

Ianya seolah-olah Sultan tahu bahawa baginda tiada kuasa berbuat demikian.

Proses menggulingkan kerajaan adalah dengan satu cara sahaja iaitu Undi Tidak Percaya seperti apa yang DS Anwar canangkan dulu. Itu baru demokratik.

Terima kasih.

DNA said...

Sudahlah dato' Ron.
Anda seperti meludah ke langit jatuh balik ke muka sendiri.
anda sendiri tahu bahawa UMNO mmg parti yg sudah rosak, parah lagi kan hancur..
Saya yakin, PRU-13 tidak akan memihak kpd BN..silap2..DUN JOHOR pun akan ditumbangkan..
Mungkin ini pengajaran buat PR. Tetapi yakinlah bahawa UMNO sedang menuju kehancuran. Dato kena sedar dan insaf akan peristiwa 8 Mac 2008. Mungkin sekali lagi rakyat akan terus mengajar kebejatan yg dilakukan oleh UMNO-BN..
Kami pengundi muda awal2 lagi sudah menolak gaya kepimpinan UMNO-BN..kami bukan pro pembangkang. Tetapi kami kecewa dgn gaya yg tak "gentlement" pihak UMNO-BN merampas kuasa di Perak. Apalah kiranya jika UMNO-BN bersetuju DUN dibubarkan dan berentap secara anak jantan. Dari situ kita boleh ukur kehendak rakyat Perak. Harus diingat bahawa 50% pengundi di Perak adalah non-Malay. Kita jgn mendabik dada dgn kejayaan ini. Sudah pasti mereka akan rasa tersisih kerana wakil mereka di dalam DUN Perak amat sedikit. Kita kena teliti itu dahulu. Jgn kita asyik fikirkan tentang hendak mendapatkan kuasa sahaja. Dan jangan pula kita asik memikirkan utk mendapatkan "katak-katak" seperti 4 ekor itu.

Tengok, pandang, lihat dan nilai..

R@duan said...

kera jaan katak
kera dan katak
kerajaan katak
kera raja katak
kera raja dan katak
aaaahhhhhhh!!!!

puniran said...

Penubuhan kerajaan yang didalamnya terdapat ahli yang sedang menunggu kes mahkamah adakah jaminan untuk mengekalkan majoriti?

cmk said...

Salam Datuk,

Dalam permainan bolasepak, biar seteruk mana pun sesebuah pasukan itu bermain, tetapi jika pasukan itu berjaya menjaringkan lebih banyak gol, suka atau tidak maka pasukan itulah yang menang.

Sama juga halnya di Perak. Di atas kertas memang kemenangan BN dilihat 'bersih'. Akan tetapi adakah Datuk benar yakin bahawa kemenangan ini benar-benar bersih dari aspek 'di belakang kertas'...? Saya tidak pandai berpolitik tapi minta maaf datuk, hati kecil saya tidak meyakini 'kebersihan' tersebut.

Datuk, Tok Najib tidak akan disayangi rakyat jika menumbangkan PR dengan cara ini biarpun ia dikatakan 'tidak bersalahan' dengan undang-undang negeri Perak. Secara peribadi, saya sendiri tidak gemar mencapai kemenangan dengan cara ini biarpun saya menghormati peranan yang telah dimainkan oleh UMNO/BN dalam pentadbiran negara selama ini.

Jadi, secara peribadi saya anggap kemenangan BN di Perak merupakan suatu lagi kekalahan BN.

shah said...

Salam Dato',
Apakah ini tidak mencatatkan sejarah hitam didalam buku sejarah anak-anak kita akan datang? Kita perlu bangkit dan tidak patut mengiyakan sesuatu yang salah. Suara rakyat telah dipinggirkan.
Apakah itu rasional namanya.

kengkawan said...

Kenapa tidak pilih jalan tengah dengan membiar rakyat menentukan kerajaan baru, BN ada 28 ADUN, PR pun ada 28 ADUN, 3 wakil Bebas, itupun melompat setelah digertak najib. Merampas dengan cara begitu lebih tidak demokratik, even Ku Li pun tk setuju cara BN..so, kalau orang umno pun tk setuju, mcm mana nk suruh org lain setuju?

Muhammad Azli Shukri said...

saya setuju kenyataan datuk!

sudir said...

datuk, ini merupakan satu langkah yg tidak bermoral bagaimana satu gabungan parti yg dianggap keramat tetapi menang dgn cara yg paling jijik dan tidak bermaruah, datuk kena ingat rakyat yg berkuasa mungkin sultan memberi perkenan dan BN tersenyum lebar tetapi adakah rakyat negeri perak meredhainya..renungkan kembali komen Tun Dr. Mahathir dan komen Tengku Razali Hamzah..natijahnya UMNO sendiri yang akan lebih cepat dinisankan rakyat

aoazmi said...

Assalamualaikum Datuk!

Sekarang siapa yang jadi Kerajaan Katak? Ini baru dikatakakan Demokrasi menghalalkan cara! Kalau Anuar nak tubuh Kerajaan Katak dikatakan tiada bermoral dan begitu juga calon-calon yang lompat parti. Kalau calon tak bermoral, kenapa BN sekarang tubuh kerajaan tak bermoral di Perak? Kalau BN buat, semuanya okey dan demokrasi.

Datuk Ron, jenerasi muda sekarang bukannya bodoh! Ini lah selalunya BN buat silap. Mereka menganggap Demokrasi menghalalkan cara adalah cara mudah untuk menutup mulut rakyat. Undang-undang kita tidak lengkap dipenuhi teka teki dimana kadangkala logik akal tak dapat menerimanya. Undang-undang kita diujudkan oleh orang-orang politik untuk mengukuhkan kedudukkan orang-orang tertentu demi servival atau kelangsungan hidup sendiri. Undang-undang Allah juga yang kekal! Maka tak bolehkah bila menghadapi sesuatu masalah dipulangkan semula kepada rakyat menentukannya? Baik Raja atau Kerajaan, raja adil raja di sembah raja zaman... Datuk jawablah sendiri.

Saya rakyat yang hinadina ini mahukan keadilan. Kalau tanahnya dirampas secara paksa atau menghalalkan cara, tunggu lah suatu hari nanti bala akan menimpa!

Datuk, saya setuju dengan KU LI dalam kancah politik sekarang. Kembalikan kepada rakyat. Adakah KU LI (Darah keturunan raja juga) orang yang bodoh atau berkepentingan politik? Tak murkakah kebawahduli YTM Sultan Perak dengan pandangannya? Kalaulah rakyat biasa dikatakan durhaka lah nama tu. Ini lah kalau keputusan tidak dibuat dengan bijaksana. Menghalalkan cara!

Datuk, undang-undang kadangkala menyebabkan Sultan tertekan, tetapi dengan akal budi dan bijaksana beginda membuat keputusan sudah tentu rakyat akan berasa lebih adil dan selamat. Tiada pertikaian. Yang penting tidak 'berpihak' kepada mana-mana pihak.

Datuk, siapalah saya untuk mengkritik atau memberi cadangan kepada Sultan. Tetapi keputusan Sultan dan politik konglikong Najib itu merbahaya untuk kesejahtera negara.Lepas ni dikatakan negeri lain juga akan dibeli atau dipancing!

Hidup KU LI!! Hidup Chedet sebagai pemantau kerajaan BN.

Salam..

Hawaii five -O said...

salam semua

Pelik , thn lepas anwar ibrahim ghairah menjalankan serangan kononnya akan ada Yb BN lompat parti ke Pakatan, tanpa segan silu dia menjaja dramanya itu tanpa dia memikirkan hal demokrasi, hal pengkhianatan. Apabila YB BN lompat ke Pakatan , dia kata inilah keadilan dan keberanian sejati. Tapi apabila terkena balik , dia kata ini tak demokrasi, ini satu penipuan besar, ini adalah pengkhianatan. Nampaknya watak utamanya dulu memang tidak pernah berubah, yang hanya difikirkan bila aku mau jadi.........PM... dan sering kali tidak mahu terima kenyataan yang sebenar .

P/s: nampaknya sejarah penderhakaan besar kepada Sultan akan tercetus dan terpalit di dalam sejarah moden ini, berlainan sejarah jebat .

Baharudin said...

Salam Dato',
Apa yang berlaku di Perak akan memberi "pengajaran" kepada DSAI & PR yang "political hijacking" tidak bijak. Dan nampaknya Najib & BN telah "terkena umpan"... rakyat Perak (dan Malaysia) akan "meluat" melihat kejijikan taktik Najib & BN dan akan memberi "pandangan" mereka di GE13. Taktik ini juga memberi cabaran kepada Sultan Perak yang pernah mengatakan beberapa minggu lepas, "the Raja2 have to EARN the respect of the people; otherwise the will become IRRELEVANT."... juga kenyataan Ku Li, TDM & Prof. Shad of UiTM Law Faculty menunjukkan yang Sultan Perak tak maksum... walau pun amat berpengalaman dan cerdik dalam hal undang2... afterall dia pun "human"... apa nak jadi dengan Melayu sekarang ni? Habis masa dengan politicking... ekonomi semakin teruk?

Shahrul said...

Artikel ini dilekatkan bukan untuk memberi komen kepada artikel dalam subjek, tapi hanya untuk melahirkan rasa kecewa terhadap peranan media Harakah.

Assalamualaikum Datuk Ruhanie yang saya hormati..

Harakah sendiri menggambarkan penyokong PR begitu derhaka kepada Sultan Perak, semua yang membaca artikel ini sila-silalah fikirkan sendiri dengan apa yang diajar oleh PR kepada penyokong-penokongnya.

"Pertahan Perak hingga titisan darah terakhir"
Oleh: Salmiyah Harun & Intan Abdullah

Fri | Feb 06, 09 | 8:30:52 am MYT
IPOH, 6 Feb (Hrkh) - "Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi. Iklan

Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN.

Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara.

Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Terdahulu, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat diberi peluang memberi ucapan antaranya, Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Ketua Muslimat PAS,Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai mula membanjiri kediaman Menteri Besar seawal jam 6petang sebaik sahaja mendapat maklumat permit untuk berhimpun di Stadium Ipoh tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Suasana agak luar biasa, apabila rakyat berbilang bangsa Melayu, Cina dan India datang berduyun-duyun mendengar amanat pimpinan mereka, walaupun terpaksa duduk di atas rumput yang basah dek hujan turun bermula tengah hari itu.

Apa yang dikesali pihak polis pula bertindak menyekat laluan utama ke kediaman Menteri Besar pada seawal jam 7 malam menyebabkan orang ramai terpaksa berpatah balik.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu tidak mematahkan semangat rakyat Perak untuk sama-sama menunaikan solat hajat serta mendengar amanat pimpinan mereka di dalam dewan tertutup dihadapan perkarangan rumah menteri besar.

Sebaik selesai solat hajat, tiga buah trak polis yang membawa hampir 100 anggotanya tiba di pintu pagar utama kediaman, bagaimanapun tindakan pantas petugas Unit Amal bergegas membuat benteng di hadapan pagar untuk menghalang sebarang provokasi yang timbul.

Kain rentang yang tertulis ' Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan Dun Perak' dan 'Menuntut Bubarkan Dun, Kembalikan Kuasa Rakyat', jelas menggambarkan hasrat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi terhadap kuasa Sultan.

Beberapa orang di kalangan hadirin yang ditemui masing-masing melahirkan kemarahan terhadap BN merampas kerajaan Perak tanpa saluran yang sah.

Seorang warga Tronoh berbangsa Cina, Hon Eng Kee, 47, yang ditemui melahirkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap BN yang merampas kuasa secara tidak adil.

"Sepatutnya ada pilihan raya kecil, kita rakyat Perak harap Sultan dan BN keadilan dan demokrasi, KAMI TIDAK TERIMA KEPUTUSAN SULTAN dan kami tidak puas hati," katanya.

Beliau juga berharap agar pilihan raya baru diadakan dalam masa terdekat.

Hon, juga beranggapan seperti wujudnya politik wang sehingga menyebabkan BN sanggup mengambil tindakan ini.

Sementara itu, Jayabalan, 28, yang berasal dari Ipoh pula kecewa dengan cara BN merampas kuasa.

"Tindakan mereka, seolah-olah membuat undang-undang sendiri sehingga mencetuskan huru-hara. BN tipu dan SULTAN TIDAK ADIL,"katanya.

Ditanya tujuan kehadiran beliau ke situ, katanya semata-mata untuk menyokong Menteri Besar Nizar yang dilihat ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab rakyat.

Turut sama menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan BN di luar undang-undang iaitu Pravajaran, 25.

"Pentadbiran Pakatan Rakyat, ok... kerana ia membela nasib semua bangsa, kita tidak mahu tukar kerajaan yang sedia ada dan kita tetap sokong MB Nizar," katanya berharap pilihan raya dapat dijalankan.

Di akhir ceramah itu, orang ramai mengangkat ikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan terus menjunjung kasih Sultan. - mks. - DIPETIK DARI HARAKAHDAILY.NET

walaupun quotation seperti KAMI TIDAK TERIMA KEPUTUSAN SULTAN dan SULTAN TIDAK ADIL dipetik oleh wartawan Harakah Daily daripada tinjauan orang ramai yang dibuat mereka, ia menunjukkan betapa media pembangkang ini sengaja menyemarakkan api penderhakaan di kalangan penyokong-penyokong mereka. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang wajar diambil ke atas petualang-petualang yang mencipta bibit-bibit dehaka ini.

Semoga Allah sejahterakan kebenaran di bumi Melayu ini.

abghalim said...

KEMBALIKAN KUASA MELAYU
DEMI KESEJAHTERAAN
JANGAN AMALKAN RASUAH

sengkui said...

sorry i dont buy it datuk. i can say that you are right in saying so, but i cant lie to myself that what soy said is true.

i'm no PR man. but i am not that foolish that what bn did was for the rakyat.

al-Balingi said...

Salam Dato',

Alahai sedihnya buah fikiran Dato' utk posting kali ni. Seorang yg belajar tinggi, dok kwn dgn para menteri takkan mcm ni kot hujah. What a shame!!!

Azizzul said...

Assalamualaikum,

Teramatlah sedih melihat apa yang berlaku di negeri Perak ketika ini. Dunia luar pasti tertawa melihat perjalanan politik Malaysia yang dikatakan akan menjadi negara maju tahun 2020 tetapi pemikiran ahli politik masih ditahap dunia ketiga sebagaimana yang dikatakan oleh Dr M.
Berkenaan isu di Perak, apa yang saya nampak ialah cara ia diambilalih menjadi kontroversi. Jika tiada salah saya apa yang menjadi isu sekarang ini adalah bagaimana MB Perak boleh disuruh letak jawatan oleh DYMM Sultan sedangkan didalam perlembagaan Perak mengatakan MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui 2 cara iaitu pertama melalui undi tidak percaya dan kedua MB Perak meletak jawatan secara sukarela. Tengku Razaleigh (KuLi) sendiri menulis didalam blognya berkenaan perkara ini. Seperkara lagi adalah isu yang membabitkan SPR dimana SPR boleh membatalkan keputusan yg dibuat oleh Speaker DUN berkenaan 2ADUN tersebut sedangkan bidang kuasa SPR terbatas dan tidak boleh membatalkan arahan Speaker DUN. Saya melihat jika perkara sebegini dipandang ringan, amat malang bagi Malaysia secara amnya dan Perak khasnya dimasa akan datang. Saya merasakan seolah-olah perlembangaan negeri diperlekehkan sewenang-wenangnya. Jika begini, sia-sia sahaja diadakan Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan jika perlembagaan itu sendiri tidak dihormati
Bagaimana pula jika ditakdirkan dalam beberapa bulan ke hadapan beberapa ADUN daripada BN berpindah ke Pakatan Rakyat (PR)?. Adakah perkara yand sama akan berlaku dimana sekali lagi pertukaran kerajaan negeri berlaku sekali lagi?.
Rasanya jalan yang terbaik ialah mengadakan pilihanraya kecil (PRK) untuk 4 DUN yang menjadi kontroversi sekarang ini. Calon yang menjadi kontroversi dilarang terus menjadi calon selama 2 penggal. Pemenang PRK ini akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga pilihanraya umum yang akan datang dan surat taat setia atau akujanji hendaklah diadakan bagi menjamin kerajaan negeri tidak lagi diganggu oleh mana-mana pihak samada BN ataupun PR.

Akhir kata, saya amat berharap agar Malaysia tidak terus bercelaru seperti sekarang.

azihas

Borneo Synergy Sdn Bhd said...

kalau BN demokratik, ambik kerajaan melalui pilihanraya.

kalau BN pengikut nafsu dan zalim, ambik kerajaan melalui politik ugut mengugut ,guna jentera kerajaan..

BN memang menyusahkan rakyat.

Hang-Jebat said...

apakah ini permulaan untuk menumbangkan kerajaan yang sah hanya rasa tidak senang dengan keputusan MB. mereka diculik dan tanpa alasan yang logik untuk beralih arah. sudah tentu wang ringgit menjadi taruhan. sungguh memalukan.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Gatal Tangan
(banyakkan cerita rasional)

Tetapi, tindakan BN untuk menyelamatkan Perak daripada proses politik kuasa yang terumbang-ambing sehingga menyebabkan nasib rakyat jelata di negeri itu seolah-olah terbiar juga banyak manfaatnya.

semestinya banyak cerita kassim selamat dari Perak Darul Ridzuan...

adun perak ini hilang kepercayaan?
kepercayaan dalam bentuk dan hal apa?

legal dan demokratik itu kita setuju, mas. ahli umno keluar umno dan memburuk-burukan umno dan kemudian dalam seminggu diterima balik sebagai ahli - apakata tataetika parti umno?

kepentingan rakyat...

Saya amat setuju etika ahli-ahli politik bebas itu kenalah penyokong mereka dipertanggung jawabkan saperti yang telah diterangkan oleh Sdr Rais Yatim sendiri - menteri luar negara.

Namun kita bersyukur tuanku sultan perak perkenan pangkor menteri besar lagi satu. Perjanjian pangkorkah kita?

Persoalannya bagaimana kerajaan bn perak akan berjaya membela nasib rakyat jelata di negeri perak, mas? apakah itu persoalan berat ekonomi atau politik?

Kita orang umno akan menghadapi PAU dan dalam melangkah hari-hari post sub-prima menuju ke sana dewan perhimpunan mengheret sekali pekara yang masih belum selesai - politik wang dan rasuah - bukan begitu? Belum lagi dibayangi persoalan kepimpinan dalam parti dan kepimpinan UMNO itu sendiri.

Kira kita katakan kepada Mohd Najib - powerplay yang hebat, dato' seri - apakah tak tergesa-gesa hulur tangan?

tata tertib menggalakkan kita bertahniah-tahniah kepada mereka yang haru diberikan tahniah, mas.

Tahniah UMNO!

Mika Angel-0 said...

06 Februari, 2009 16:57 PM
PR Beri Amaran Tindakan Undang-undang Terhadap Sultan Perak, BN

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru, dijadualkan pada 3 petang hari ini di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Beliau berkata PR tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.
-- BERNAMA


hanya dari sudut dun yang kecoh dn kecamuk terhadap penjanaan ekonomi negeri.

jebat said...

Kalau dah bagi rasuah juta-juta, demokrasi apa namanya. Kerajaan jongkang jongkit. 2 Adun tu sah akan lepas dari tuduhan rasuah dan perempuan.... 6 bulan lagi akan ada berita 4 orang BN lompat PR, akan dapat MB baru nampaknya negeri PERAK DARUL PULUS. alahai Melayu. MALAYSIA BOLEH.... semua BOLEH

wargalama said...

Salam Dato,

Saya nak katakan "Padan muka DSAI kerana kalah dalam permainan 'kotor' yang dianjurkan dan dimulakannya".

Namun demikian saya berpendapat pengambilalihan kuasa BN ini walaupun mungkin legal tetapi tak gentleman dan 'kotor'.

Gambaran yang kita lihat ialah BN mahu memerintah dengan apa cara sekalipun termasuk cara 'kotor'. Ini tidak elok bagi imej BN apalagi 2 di antara yang melompat ini sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah. BN mungkin dapat memerintah dalam masa terdekat tapi dalam masa panjang pihak PR mungkin akan menang dengan lebeh banyak kerusi. Tengoklah.

BN 'berkhidmat'untuk rakyat? Itu pandangan dari sudut orang politik BN. Dari kacamata rakyat biasa macam saya, itu peluang untuk buat duit. Itulah imej UMNO/BN sekarang. Contoh baik ialah Terengganu, negeri kaya tapi rakyat antara termiskin. Jadi rebutan kuasa di Perak ni ialah berebut duit.

tok iskandar said...

berhentilah berpura-pura kuda kepang.apa yang berlaku di Perak adalah satu rampasan kuasa.Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja dan mengenepikan pilihan rakyat asalkan dapat berkuasa.

Rakyah memilih Pakatan Rakyat memerintah Perak.hanya orang bodoh sahaja yang mempunyai pandangan seperti kuda kepang.

Petanda kiamat politik buat UMNO akan berlaku apabila mengenepikan kehendak rakyat Perak asalkan dapat berkuasa.

Kenapa tidak dibiarkan ketiga kerusi DUN itu kosong dan diadakan pilihanraya kecil.Jelas,UMNO takut kalah dan sanggup mengunakan cara keji untuk menang.

Aku mewakili generasi muda semakin meluat dengan politik mafia yang dimainkan UMNO.

UMNO berjaya kuasai Perak dengan kelebihan majoriti 3 kerusi DUN.Kerajaan yang tidak stabil juga dengan mengharapkan sokongan rapuh 3 DUN Bebas.

Aku harap dalam PRU13,Rakyat Malaysia akan memberikan UMNO dan BN pengajaran dan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.

Kau....kuda kepang,teruslah hidup dalam UMNO yang kian rapuh dan tak mampu lagi berdaya saing.

Kalau dah tak mampu berfikir,elok kau tutup blog ni

Kabar Kinabalu said...

Saya sokong pendapat saudara. Namun ada baiknya baginda sultan meminta pengerusi BN perak untuk menunggu dewan bersidang bagi mengemukan usul undi tak percaya pada MB Nizar. Pada ketika itu barulah sultan kelihatan berlaku adil. persoalan apakah pihak sultan tidak mengetahui bahawa 2 YB pakatan tidak dapat dihubungi selama beberapa hari namun serta merta bersuara tatkala surat letak jawatan mereka muncul. tidakkah pihak istana mengesyaki sesuatu. YB Bota melompat namun ia tak pernak disembunyikan oleh sesiapa. Maka tiada wasangka keatasnya. PR bukan sekadar memenangi jumlah kerusi dalam DUN malah undi popular juga diraih hingga ke 56%. Jelas kedudukan mereka kuat dan stabil. Saya bimbang rakyat melihat sultan membantu UMNO untuk berkuasa setelah rakyat menolaknya. Apakah BN dan istana bimbang jika undi tak percaya keatas MB Nizar dijalan melalui proses undian tertutup ada kalangan BN sediri yang menolak usul tersebut. Jika BN cukup yakin akan kekuatan mereka kenapa tidak ambil kerajan secara "anak jantan". Hati saya semakin hampir meyakini bahawa BN punya penyakit hati yang maha berat yakni kedengkian pada perbuatan baik MB Nizar.

Ibnu Ahmad said...

Datok Ron,
Saya fikir tidak keman, dan sampai bila kita perlu berzikir dengan masalah orang Melayu lemah, pendidikan lemah, perniagaan lemah, pengurusan lemah .. yang tidak lemah dan pantang lemah cuma TENAGA BATIN saja. Sudah tiba masa orang Melayu perlu dan di perlukan untuk bersaing, bertanding di medan terbuka secara jantan!. UMNO tidak perlu jadi juara orang Melayu sebab orang besar UMNO sudah cukup Juara - Juara Politik Wang, rasuah, juara sombong, kaya raya dulu, poket sendiri dulu. Yang Melayu dapat hanyalah bagai umpan menyalut kail.

Sampai bila kita bertengek dibawah tahta!.

Orang Melayu perlu di tekan - barulah mereka sedar .. kalau tidak mereka terus terlena .. AKU ORANG MELAYU .. akhirnya jadi Tukang Sapu, Tukang Kebun dan segala macam tukang.

Saya ulangi - UMNO membius orang Melayu jadi bodoh, malas, jumud, pandir dan mundur!.

Maaf kalu tersinggung - kerana saya sengaja singgung. Apa khabar orang BBB?

AhmadBoes said...

Salam Dato',

BN penyelamat rakyat di Perak?Dengan menerima 2 ADUN yang ada pertuduhan jenayah seks tu, BN dikatakan penyelamat?

KAKAKAKAKAH....lawak.

Nie bukan penyelamat, nie penyangak.

Percayalah, BN tidak akan berubah di Perak.

Salam.

special task force said...

komen yang baik. nampak macam tak menyebelahi mana-mana. tapi saya berpendapat bahawa walau apapun pendapat kita tentang situasi di perak. rakyat mempunyai pendapat mereka. pendapat tuan hanya benar apabila pilhanraya diadakan. jika PR menang, ia menunjukkan rakyat tolak kaedah BN, tetapi jika BN menang, betullah telahan tuan. tetapi kenapa pilihanraya tidak mahu diadakan. mungkinkah BN takut dengan gelombang di terengganu. cuba bubar dun tak perlu pelbagai andaian. lihat apa kata rakyat.

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati,

Umno kini tidak perlu jaga rakyat kerana rakyat dah menampakkan menolak Umno di PRU dan PRK. Yang penting Umno jaga ialah Raja-Raja Melayu saja lagi! Melalu Raja-Raja Umno boleh merampas mandat rakyat dengan seribu alasan yang bersandarkan kepada kepentingan rakyat. Umno sanggup cabuli perlembagaan negara & negeri bukan kerana rakyat tetapi kerana nak memanjangkan hayat yang mula tersiat.

Jika pemimpin Umno dan R... sanggup cabuli perlembagaan negara, maka rakyat akan koyakkan perlembagaan itu satu hari nanti!

Kerana itu kita jangan kencing berdiri, supaya anak cucu kita tidak kencing berlari.

Jangan salahkan rakyat berarak kononnya tidak menghurmati Raja yang dituntut oleh perlembagaan Negara tapi siapakah yang memulakan langkah mencabuli perlembagaan itu? Pemimpin Umno! antara lain dari merampas Kerajaan pilihan rakyat ialah PPSMI!

Pencabulan Perlembagaan Negara ini akan ditentang sehingga pencabulnya hancur atau kita berkubur! Tetap tidak akan undur!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Kenapa Melayu dilahirkan sebagai bangsa penakut?

tok iskandar said...

UMNO-BN bertindak rasionalkah menjatuhkan kerajaan negeri Perak yang memerintah dengan mandat rakyat bukannya melalui perlantikan oleh Sultan Perak,SPR ataupun mahkamah.

Dari sudut moral,UMNO-BN semakin desperate untuk mempertahankan kuasanya yang semakin terhakis sehingga memperalatkan institusi Raja-raja Melayu untuk kepentingan politiknya.

burungjantan said...

Saya kira ramai yang sayangkan Dr Nijar Jadi menteri besar, tapi sayangnya dia sombong dan menjuling mata.

Dia tawas oleh nafsunya sendiri yang BIAR PAPA ASAL BERGAYA, BIAR TERGADAI ASAL KUASA.

Demi menyelematkan negeri perak, UMNO tiada pilihan lain. Itulah yang dihajatkan oleh rakyat.

Saya kira UMNO pun tak mahu, tapi terpkasa buat. Malahan sejak awal lagi UMNO ada 28 kerusi. Hanya satu parti, tapi PR walaupun 31 kerusi tapi banyak parti.

Sebenarnya kekuatan politik masih di tangan UMNO sejak awal-awal lagi, tapi kerana gentelman, kerana demokrasi, UMNO mengalah, tapi mengalah UMNO menyebabkan orang lain biadab, malahan nak kacau-kacau pula tu

Itu macam.... UMNO terpkasa terima hakikat. Kerajaan Negeri Perak dan rakyat perak mesti diselamatkan dari terus tergadai.

PAS nama sahaja, tapi lihatlah siapakah yang buat demontarasi, adakah ada orang PKR dan DAP.

PAS jugakan?

Jadi eloklah PAS sokong UMNO, Jangan gadoh-gadoh.

orang kedah said...

bn 28.
pr 28.
bebas 3.
adakah kerajaan ini kuat?
bubarkan saja dun tu..
kan lebih elok diadakan pilihanraya
semula.
barulah masing2 puas hati kot.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian. Seperti biasa, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Keduanya, dengan takzimnya saya hormati pandangan, kata nista atau cemuhan anda semua.

Ketiganya, sama-samalah kita berhemah dan bersantun di blog ini.

Sekali lagi, salam takzim - Ruhanie Ahmad

zeme said...

Salam Datuk,

Saya berpendapat, adun PAS perlu dilantik menganggotai barisan EXCO Perak duduk bergandingan bersama barisan ECXO BN yang baru diketuai MB Datuk Dr. Zambry. Ini boleh diklasifikasikan sebagai permulaan kepada bibit penyatuan Melayu Islam, dapat direncanakan sekiranya UMNO-PAS mampu menerajui kerajaan Perak sebaik dan semoleknya.

BN mungkin bijak umpama membentuk kerajaan campuran dengan memberikan sesetengah kerusi EXCO kepada PAS kerana mainan politik menuntut sebarang kemungkinan, kemungkinan dengan cara ini untuk mengurangkan pengaruh PKR serta DAP di Perak pada masa kini dan juga untuk persediaan akan datang.

Wasalam.

tok iskandar said...

Lain kali kuda kepang kena bagi hujah yang intelek bukan spastik.memalukan aku yang sama belajar dengan kau kat UiTM.Aku junior kaulah tapi hujah kau macam budak tadika je.

Rampasan kuasa tidak diterima sama sekali oleh rakyat Perak.Penat-penat mereka mengundi Pakatan Rakyat tapi BN yang memerintah.

UMNO kini sudah berada di tahap tidak mampu berdaya saing sehingga terpaksa bergantung kepada tongkat Sultan untuk memerintah negara.

Inilah dikatakan baling batu sembunyi tangan.

Politik mafia yang dipraktikkan UMNO akan membawa kepada zaman kejatuhannya.

Rakyat semakin benci kepada UMNO.Aku harap bukan sahaja di Perak tapi di Sarawak BN juga tumbang gara-gara politik keja yang dimainkan UMNO

kudakepang said...

Saudara Iskandar,

Jutaan terima kasih. Orang otak spastik saja yang berbahasa kasar, tanpa sopan tanpa santun. Dalam hal ini saya persilakan kita berbeza tapi wajarlah berbahasa. Anda sendiri ada blog jadi abadikan keintelektuilan anda dalam blog anda. Buat apa nak habis waktu intelek anda baca blog spastik ini.

Saya silakan anda sering ke blog spastik ini supaya anda juga jadi spastik macam saya.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Tilam said...

Sebenarnya ni macam main dam. BN bagi orang dia kat PR untuk kena makan.Lepas tu dia dapat makan sampai 3 terus dapat haji.

Penganalisis Junior said...

Assalamualaikum Dato'Ron...

Kepada semua pengunjung setia blog ini, ingatlah kata keramat ini,
"BERSABAR..." Bukankah dengan bersabar, dapat menjamin kewarasan akal & tindakan ? Setiap dari kita pastinya mempunyai pandangan yang berbeza dalam satu hal, namun jgn sampai perbezaan itu membuatkan kita kata-mengata sesama sendiri, apatah lagi sesama Islam.
Dato' Ron, saya hormati pandangan Dato' walaupun kurang bersetuju. (Maaf Dato'). Sama-samalah kita renungkan senario ini dan fikirkan apakah ianya sesuatu yang logik di saat pergolakan politik tanahair yang begitu hangat selepas PRU 12.
1) Apa yg berlaku di Perak hari ini telah menyaksikan suatu babak "peralihan kuasa @ bagi sesetengah orang- rampasan kuasa". Pd hemat saya, kalau dibandingkan dengan drama bersiri, ia baru episod 1. Ertinya, akan ada lebih banyak episod seterusnya. (Jika diizinkan Allah la..). Seandainya pula episod 1 telah menyaksikan babak2 yg begitu memeranjatkan, apakah babak2 seterusnya akan semakin menurun ? Pada pndangan saya, tidak. Mengapa tidak? Terus renungkan senario2 ini...

2) UMNO @ BN pada hakikatnya semakin tertekan kerana imejnya yg semakin tercalar dan sokongan rakyat yg semakin menurun. Ini dapat dilihat drp keputusan PRU 12 & PRK Pmtg Pauh & Kuala Terengganu. Keadaan ini membuatkan UMNO @ BN berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kembali moralnya di samping kekuasaannya. Oleh itu, apa sahaja peluang yg menuju ke arah itu pasti tak akan disia2kan oleh para pemimpin tertinggi UMNO @ BN. Maka..pergolakan politik Perak dilihat sbg peluang besar ke arah itu tanpa memikirkan dgn mendalam implikasi2 yg boleh timbul spt kemarahan pengundi, implikasi undang2 dll yg tak perlu sy huraikan.

3) Dalam episod 1 ini, kt masih tak pasti siapa yang telah termakan umpan siapa (BN @ PR). Kt semua maklum gertakan lompat melompat 16 September DSAI.Walaupun tak berjaya, namun hakikatnya, haru biru juga MP kita. Kesahihan dakwaan DSAI telah cukup MP utk melompat hanya Allah yg tahu kerana PM tidak mahu mengadakan sidang parlimen khas. Itu cerita lama yg tak jadi. Tetapi, peristiwa itu telah membawa saranan drp MP & penyokong2 BN kpd undang2 anti lompat parti. Dgn keadaan BN yg tak dpt majoriti 2/3, mungkinkah rang undang2 itu dpt diluluskan ? Hari ini, peristiwa yg serupa oleh pihak yg berbeza telah berlaku di Perak. Angkara 3 Adun yg keluar PR & jadi bebas, maka Kerajaan PR Perak telah TUMBANG. Agak2nya hari ini pemimpin2 PR Perak kata, "kalaulah undang2 anti lompat parti dah ada, takkan Perak jatuh kpd BN". -SEBELUM INI-jika undang2 tersebut dibentangkan di parlimen tentunya MP dari PR takkan sokong kerana rosaklah program mereka utk tawan Puterajaya sebelum PRU13. Sekarang ni pulak ? Pasti sokong krn mrk taknak pisang berbuah 2 x.
Apakah semua ini strategi politik BN utk meningkatkan imej & memastikan tunjang kekuasaannya ???

4) Pada hari ini, PR Perak ada 28 kerusi DUN yg diwakili pelbagai bangsa . BN pun ada 28 tetapi 27 melayu dan 1 cina. Penduduk Perak pula lebih 50% keturunan Cina. Apakah cina perak benar2 gembira dgn keadaan ini? Begitu juga dgn MCA & Gerakan. SUARA PEMIMPIN TERTINGGI PARTI BELUM PASTI DAPAT MEWAKILI SUARA AKAR UMBI.Betul kan Dato'? Baiklah, sebelum ni pun ada desas desus yg mengatakan parti komponen cina dlm BN ingin tinggalkan BN. Apakah dlm situasi di Perak ini akan menjadi PEMANGKIN TERBAIK utk itu ??? Apakah semua ini pula merupakan strategi politik PR untuk menuju ke Puterajaya ???
*** sama2lah kita saksikan episod2 seterusnya yg dijangkakan lebih panas & mendebarkan. Apa yg penting adalah "SABAR".

lunas oh lunaih said...

Tanhiah kepada UMNO kerana berjaya membuat rakyat terutamanya MELAYU mulai membenci INSTITUSI KESULTANAN...BRAVO......

Ulasan ulasan retorik TANPA merujuk undang2 tubuh negeri perak oleh kebanyakan org memperlihatkan kebodohan mrk untuk menegakan BN yang penuh dengan rasuah....

ish ish...UMNO masih "in state of denial" teruskan teruskan...itu yang kami mau....

Brange Muslim said...

tak bermanafaatkah rakyat semasa berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat??????bermanafaatkah rakyat Perak dengan penggulingan kuasa seperti ini...mcmlah Malaysia ni x ade undang2. RAJA ADIL RAJA DISEMBAH...RAJA ZALIM ADALAH RAJA YANG DI SANGGAH!!!!!