NTV9 malam tadi berjaya mencungkil realiti bahawa UMNO, BN dan Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang dilanda krisis kredibiliti. Jika tidak, mana mungkin kedua-dua tetamu program Hujah, berani menyuarakan secara live, bahawa UMNO, BN dan Malaysia dijangka dapat memulihkan imej dan kredibilitinya setelah pengunduran Abdullah daripada persada kuasa akhir Mac 2009.
Tahniah kepada NTV9 selaku penerbit pogram tersebut. Dan, syabas kepada Prof. Madya Agus Yusof selaku moderatornya yang non-partisan.
Inilah bentuk wacana TV yang sangat-sangat didahagakan oleh majoriti warga Malaysia, terutamanya generasi muda ketika ini - wacana yang mencerminkan keterbukaan di pihak penerbit, wacana yang menampilkan moderator yang pakar di dalam bidangnya, dan wacana yang mengemukakan barisan tetamu yang reda menyuarakan realiti semasa tanpa mengambilkira kesan libasan yang mungkin menimpa diri masing-masing angkara individu-individu yang masih bermentaliti era gua batu.
Kepada pihak-pihak yang sentiasa memburu keterbukaan, inilah caranya insan manusia mencungkil realiti dan mengamalkan keterbukaan – dengan penuh keinsafan terhadap persekitaran dan sensitiviti masyarakatnya, mereka berbicara secara berani, bersopan, bersantun dan berhemah. Bukannya secara emosi, semberono dan menerjah seluruh tembok sensitiviti masyarakat sehingga boleh memunculkan societal threat yang kemudiannya boleh memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Jika keterbukaan ini dapat diamalkan di Malaysia, pastinya peranan masyarakat madani setempat akan jadi lebih membina, dihormati, bermakna dan sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan bersama.
Justeru itu, program Hujah NTV9 malam tadi adalah contoh keterbukaan konstruktif yang sewajarnya jadi trend-setter kepada RTM serta pengamal media lainnya. Itu pun jika mereka mahu menjadikan saluran komunikasi masing-masing sebagai pennggerak kepada kemunculan masyarakat madani Malaysia yang memahami erti keterbukaan yang berwibawa. – Ruhanie Ahmad
25 comments:
Syed Hamid punya bagasi politik berimejkan kan kurang cekap ,deviate dan salahkan polis bila soalan menjurus kepada issue ISA kpd wartawan
Rahim Tambychik memeranjatkan kerana berterus terang tanpa apalogetik menghuraikan DEB dari sudut sejarah dan sikap rakyat kpd patriotisma
Kupasan dan hujah Rahim mempamirkan beliau mempunyai pemikiran dan visi yg jelas
Syed Hamid mengambarkan seseorang yg telah ketinggalan masa dan sedikit sebanyak menjurus kepada budaya apologetik
Saperti kata Prof mederator kepimpinan memerlukan kebijaksanaan dan seseorang yg berani ,hanya Rahim Tambichik mencapai kriteria itu ....
Adalah sesautu yg menarik jika Hisham , Zahid dan Shafie Afdal ada pada malam tadi di atas pentas
begitu juga Rais Yatim , Isa Samad dan Khalid Nordin
Umno mencari pemimpin yg dapat menghuraikan pemikiran dan visi yg jelas siapa diantara mereka??
Dato Ron yang dihurmati.
Ayam berkokok di tepi sawah,
Buah ara di dalam peti;
Bila pokok sudah rebah,
Tenggiling kekura boleh meniti!
saya ingin mencadangkan keterbukaan ini bukan hanya kepada kerabat sendiri sahaja malah melangkaui horizon politik massa di malaysia. saya juga berharap ini bukan satu lagi teknik penentuan agenda pihak tertentu bagi merealisasikan tujuan politik peribadi. lihat tulisan saya dalamhttp://munshiabdullahthejunior.blogspot.com/
Sedarkah Tuan yang keterbukaan ini dapat kita kecapi semasa Datuk seri Abdullah Badawi sebagai PM dan Presiden Umno.
Salam Datuk,
HUJAH telah meletakkan satu bentuk program ajakan kepada konsep keterbukaan secara "real-time & real-fact", interaksi minda bukan setakat bual bicara antara kata. HUJAH mengajak ahli panel berfikir dan melontarkan kupasan pemikiran untuk penonton juga berfikir dan menilai kupasan pemikiran ahli panel.
Program sebegini sebenarnya menguji kredibiliti dalam skop pemerhatian, pemikiran, penilaian dan pelaksanaan terhadap sesuatu entiti dan medium perbincangan. HUJAH boleh dikategorikan sebagai salah satu entiti ruangan blog terbaru yang bersifat e-blog.
Tahniah buat TV9, dekat di hati.
Wasalam.
Sayangnya calon naib president yang lain tidak hadir....Khalid tarik diri saat2 akhir. Betul ke?
Dato' Ron,
Sebenarnya apabila sikap dan lagak bebal kepada suara rakyat menjadi langkah tarian UMNO, itu pun sudah menjadi petanda yang cukup jelas yang UMNO sedang menuju ke arah penghujung jalannya. Sekarang ini hanya menunggu masa sahaja. Kalau bebalnya makin tebal, maka makin cepat lah dia menuju ke akhir hayatnya. Generasi sekarang sudah hilang sayangnya pada UMNO. Lagak dan keangkuhan pemimpinnya seolah-olah Malaysia itu hanya milik mereka sahaja, boleh buat apa sahaja, kadang kala mengatasi undang-undang menjadikan anak-anak sekarang tidak lagi meletakkan UMNO sebagai wadah yang memperjuangkan nasib rakyat keseluruhannya. Kalau orang Melayu sendiri merasakan UMNO sudah tidak lagi membela nasibnya, apatah lagi orang Cina, India, Iban, Dayak dan Kadazan. Kita memerlukan pemimpin rakyat dari segenap bangsa dan agama, untuk kembali membaiki negara kita, bebas rasuah, bebas kroni, bebas ganster dan bebas dari pemimpin yang di dalam hatinya ada tompok hitam terhadap rakyatnya sendiri.
Selamat Sejahtera Datuk!
Pak Lah diterjah bermacam-cam penjenamaan. Lembik lah. Kaki tidur la. Ikut tingkat 4 lah. Kronisme lah ...dan banyak lagi. Akan tetapi kita lupa atau pura-pura pekakkan telinga dan buta hati tentang satu penjenamaan yang membuatkan Datuk dan saudara-saudara bloggers, ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin PR berdialog tanpa sempadan sehingga kini iaitu sikap 'Keterbukaan' beliau. Itulah kejayaan beliau. Kalau zaman Dr. M?
Kita harus realistik dengan Pak Lah. Sikap libralnyalah yang membuat minda dan otak kita berfikir 'diluar kotak' dalam perbagai isu. Kalau nak diikutkan 'hasutan' saya kira sudah penuh penjara taiping dipenuhi oleh orang-orang semacam kita (kalau zaman Dr. M).
Apa yang membuat kebanyakkan pemimpin UMNO tersilap hari ini, telah mengambil sikap keterbukaan ini menghentam seteru-seterunya sendiri dalam UMNO melalui forum-forum secara 'bias'. Akhirnya, dek kerana cita-cita politik yang membara (tidak sedar diri bergolomang dengan dosa) sanggup menebal muka bercakap secara 'hipokrit' bagi memadam kesah-kisah lampau mereka.Perbagai idea dan ideologi dimomokkan kepada rakyat dengan harapan 'nyawa' kerjaya politik mereka masih bernafas! Saya tidak akan menyebut nama tetapi kita fikirlah sendiri.
Ruang-ruang media masa diguna untuk apa? Pentas-pentas forum untuk apa selain cuba menegak benang basah dengan menutup kesilapan masa lampau dengan harapan rakyat akan lupa. Hal ini juga terjadi kepada parti pembangkang yang diwakili oleh bekas-bekas ahli serpihan BN. Nada dan iramanya hampir sama biar pun tak serupa.
Oleh itu sikap keterbukaan ini harus 'berpanjangan'. Biar rakyat menilai kualiti sesaorang pemimpin yang telor sebiji riuh sekampung. Biar mereka di hukum dengan tangan-tangan ajaib rakyat!
Yang menjadi pertanyaan sekarang, adakah era keterbukaan ini akan berpanjangan di zaman BN Najib? Atau penjara taiping akan sesak seperti dahulu? Kabarnya mentor beliau sedang berangan-angan mahu duduk kerusi'penasihat'. Kalau ini lah terjadi, suatu lagi mala petaka akan menimpa senario politik kita.
Semuga dijauhi Allah. Salam...
keterbukaan begini yang kita nak... bukan yang buka sana buka sini... ada yang buka aib orang, tunggu la balasan, Allah akan buka aib dia balik di mahsyar bukan takat billion orang tengok malah seluruh umat manusia..... batu taaaaaaaaauuuuuuuu
Sukar untok memahami tulisan Datuk yang cukup hebat sekali dan ini membuat saya kena berfikir berulang ulang kali.
Kalau ta silap saya, keterbukaan ini boleh ta disamakan dengan sikap berani demi mendedahkan kelemahan sasaorang atau sasuatu bagi pengtahuan ramai. Agar ia tidak ada kekeluruan yang boleh memporak perandakan Negara.
Sudah menjadi teradisi melayu kalau ta silap saya, tidak suka menjatohkan ayer muka sasaorang dikalayak ramai. Orang melayu lebeh senang berbisek2 atau membiarkan saja dengan harapan kesedaran akan datang sendiri. Biarlah Tuhan saja yg menghukumnya.
Sikap turun temurun yang tidak mahu bertanggong jawab ini lah membuat fitnah dan kata mengata bermaharaja lela tampa penerangan dan bukti akan kebenarannya.
Semoga keterbukaan ini juga akan menutup peluang Aljubori untok menggoda dan menipu orang melayu supaya menyokong agendanya.
assalamualaikum..
Polisi keterbukaan telah menjadi salah satu moto pemerintahan Pak Lah yang mana telah berulang kali beliau nyatakan setiap kali di tanya tentang isu ini.
Pada umumnya semua lapisan rakyat atau ahli politik menganggap polisi beliau adalah baik kerana negara yang berdemokrasi sepatutnya mempunyai keterbukaan dalam apa juga perkara terutama sekali dalam kontek media.
Akan tetapi sebagai ahli politik sepatutnya mempunyai prinsip keterbukaan mereka sendiri. kerana keterbukaan bukanlah bermakna sesiapa saje boleh menyatakan apa saje tentang apa saje isu terutamanya yang melibatkan kepentingan negara khususnya.
Saya rasa polisi keterbukaan Pak Lah sebenarnya juga telah senjata ahli politik lain samada dalam UMNO atau pembangkang untuk mengkritik segala apa isu dalam pemeritahan beliau yang mana akhirnya telah menbawa pengunduran beliau dalam jangkamasa yang terdekat ini. Contohnya, isu sistem kehakiman negara yg dikritik tentang perkara yg lama yg terjadi dlm perlantikan Hakim. Isu Hindraf juga hangat diperkatakan oleh sesuatu kaum dengan tuntutan mereka.
Ini adalah kerana Pak Lah gagal mengurus polisi keterbukaan beliau sehinggakan polisi tersebut yang pada mulanya dianggap baik telah menjatuhka beliau.
Pemimpin politik yang berjya sebagai contoh Tun Dr. Mahathir mempunyai cara pengurusan polisi keterbukaan beliau sendiri telah berjaya memajukan negara dan juga beliau mencatat sejarah pemerintahan Perdana Menteri negara yang paling lama.
Jadi saya rasa keterbukaan adalah perlu dalam negara demokrasi, tetapi macamana pengurusan polisi tersebut adalah lebih penting kerana ahli politik yang berjaya menguruskannya akan memberi mereka kelebihan untuk mencapai sesuatu matlamat.
wah dah lama tak tersempak dengan budaya berjiwa tamadun saperti anda, Kuda Kepang.
setlah dicungkil dan terbuka
ada yang mengaung, mas?
kemana kita ya ahmad?
Datuk Ron,
Didalam penghidupan dan persekitaran Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah jelas dan nyata. Yang tidak mahu mengikutinya adalah segelintir manusia yang bernama Islam dan kononnya menegakkan realiti dan keterbukaan.
Jelas tatacara ikhlas dan jujur itu adalah satu realiti dan keterbukaan yang nyata.
Jika dikira dari peradaban Melayu dan Islam keduanya cukup sinonim dan bersesuaian. Unsur unsur pembelajaran barat oleh generasi yang diberi peluang duduk dimasyarakat barat semasa menimba ilmu dari umur 17 tahun hingga beroleh sarjana atau kedoktoran inilah yang membawa titik hitam yang membuat celaru penghidupan masyarakat Melayu Islam. Generasi ini yang bermula sejak dari 70han lagi yang membawa titik hitam ini.
Penerapan unsur sebenar keikhlasan dan kejujuran akan membuahkan hasil 20 - 30 tahun yang akan datang jika kita memulakan sekarang.
Maka insaflah dan bertaubatlah.
Apa makna keturbukaan kalau ia ibarat pisau yang boleh menikam diri sendiri.
Saya melihat DY Sultan Perak sangat-sangat berkecuali sebab yang gadoh politik adalah rakyat baginda.
Sebab itu DY Sultan tidak sampai hati nak gantong india seorang ini yang jadi speaker supaya nyah dari negeri Perak. Sebaliknya speaker boleh buat suka hati macam itu.
kalau ada dua tiga macam speaker perak ni, hancor negara. Silap-silap macam Tamil Elam di Cylon.
Salam...memang saya amat hargai ketika zaman Pak Lah memerintah kerana dasar keterbukaan beliau yg menjadikan kita sebegini...berbeza pd zaman Mahathir...namun byk lg yg perlu d lakukan utk memastikan keadilan dan kemakmuran dpt d kecapi bersama...peganti Pak Lah ketika ini amat d ragui...Imej yg d bawanya membuatkan ramai meraguinya...Kaitannya dgn Mahathir membuatkan polisi pengganti ini mungkin mirip dgn Mahathir,malah mungkin lebih teruk daripada Mahathir...
Masing masing ada persepsi tersendiri.Bagi saya zaman DSAB adalah zaman keterbukaan.Maha lebih baik daripada zaman Tun Dr Mahadzir.Dan keterbukaan ini akan lenyap semula selepas era pengunduran DSAB yang dipaksa berundur olih ornag umno sendiri termasuk Dato Ron.Era menutup keterbukaan ini telah mula nampak dengan beberapa tragedi politik semasa dimana apa saja yang dilakukan olih umno-bn telah dihalalkan,dan apa yang dilakukan olih pr dianggap haram.
Salam Datuk,
Anwar dan Najib di Pentas Hujah
TV9!
Bagi peminat-peminat politik tanah air atau mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, Malam Selasa Jam 9.30 di TV9 pasti akan dinanti-nantikan. Rancangan Hujah semakin diminati ramai kerana ianya lain dari yang lain jika dibandingkan dengan rancangan yang sama oleh saluran-saluran tv utama di negara ini.
Penghujahan calon-calon ketua pemuda UMNO minggu lepas dan diikuti oleh calon-calon Naib Presiden UMNO minggu ini sudah cukup membuatkan penonton teruja dengan hujah-hujah dan soalan-soalan yang panas. Bagi peminat dan penyokong kerajaan rancangan ini menjadi pentas rakyat membuat penilaian tentang ketokohan, idea, ketrampilan, visi dan misi calon apabila sudah memenangi jawatan masing-masing. Ianya sesuatu yang menyeronokkan.
Bagi penyokong Pakatan Rakyat jika mereka boleh bersikap terbuka minda, hujah-hujah daripada pihak UMNO ini boleh dijadikan bahan atau bilasan apabila mereka keluar berceramah nanti.Dalam keadaan politik yang semakin terbuka ini, sesiapa sahaja boleh menonton kerana soalan-soalan walaupun disediakan lebih awal tetapi tidak bocor. Ada juga soalan-soalan secara spontan dan jawapan-jawapannya juga adalah spontan.
Tahniah kepada NTV9 selaku penerbit program Hujah dan syabas kepada Prof. Madya Agus Yusof selaku moderatornya yang dilihat tidak berpihak. Prof.Madya Agus telah menghidupkan rancangan ini dengan soalan-soalan yang memang sealiran dengan pemikiran rakyat. Beliau berjaya menyelami perasaan rakyat kerana soalan-soalan itulah yang dikehendaki oleh rakyat.
Rancangan ini kelihatan tidak memihak kepada sesiapa, bebas, kawalan yang minima, beradap dan sopan , mengalakkan berlakunya percambahan fikiran dan mengajak semua penonton berfikir dan menilai. Inilah rancangan secara langsung bercorak wawancara yang realistik dan dinanti-nantikan oleh rakyat.
Jika rancangan ini tidak terkongkong seperti lazimnya, pasti akan menarik ramai orang untuk 'berselera' menontonnya. Ini lah platform terbaik kerajaan untuk menangkis persepsi buruk terhadap kerajaan seperti yang didakwa. Syaratnya segala hujah mestilah ikhlas, jujur dan mempunyai fakta bukan retorik yang boleh membuatkan rakyat meluat.
Sekarang ini Hujah memberi peluang kepada calon-calon UMNO yang akan bertanding dengan pelbagai jawatan Mac nanti, dengan melihat calon-calon berhujah dari pelbagai aspek seperti politik dan ekonomi. Saya berpendapat hujah-hujah itu dapat membantu memahamkan rakyat dengan isu-isu terkini dengan cara telus dan jujur. Secara tidak langsung ianya membantu kerajaan membetulkan persepsi buruk rakyat kepada kerajaan.
Sebelum ini, hujah berani menjemput panelnya daripada pihak pembangkang supaya ianya dilihat lebih adil dan memberi peluang kepada pihak pembangkang berhujah dalam beberapa isu terpilih. Ada baiknya juga jika Hujah memperbanyakkan pertemuan beberapa tokoh daripada pihak pembangkang dan kerajaan.
Jika benar ianya akan berlaku, saya pasti ramai orang akan menantikan pertemuah DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Tun Razak dipentas Hujah. Masa terbaik adalah sebelum Mac 2009 ketika Najib di ambang kuasa Perdana menteri dan Presiden UMNO yang baru. Pertemuan dua orang sahabat lama ini di pentas Hujah pasti akan memberi 'rating ' jumlah penonton tertinggi.
Prof. Madya Agus tentu ada banyak soalan-soalan panas yang boleh menghangatkan Dewan Tun Syed Nasir yang dingin di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amir Hamzah
Batu Pahat,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Dalam keterbukaan, rasional dan kematangannya perlu ada. Itu yang akan menjadikan sikap keterbukaan kita akan lebih subur di laman.
Lama dah tok tak komen.singgah kejap boleh bicara apa yang patut.idea keterbukaan ini bukanlah budaya UMNO.tak heranlah kalau setiap kali pemilihan UMNO ada saja isu surat layang.
tok bersikap terbuka dan tok nak cadangkan kat sini eloklah UMNO dibubarkan kerana tiada lagi daya tarikan dan menepati citarasa masakini.apa yang diamalkan UMNO hanyalah politik samseng,politikwang dan perkauman dalam satu pakej.ini bukanlah kehendak rakyat dan menjadi kebencian rakyat pula.
Kalau bukan hari ni,tok percaya akan datang,UMNO akan tumbang juga kerana mengamalkan kaedah yang ketinggalan zaman.Tok heran juga mengapa MP Pasir Mas beria-ia nak masuk UMNO ketika ramai yang berlumba-lumba meninggalkan UMNO.jaguh lompat katak kebanggan blogger kuda kepang ini masuk UMNO sekadar memenuhi agenda peribadinya.Dapat duit dan jadi pengerusi agensi kerajaan pun dah kira bagus.Tak salah nak hentam PAS tapi biarlah berhemah.Kalau dulu reti singgah rumah Tg Nik Aziz mintak ehsan PAS nak bertanding di Pasir Mas,mengapa pula tak boleh singgap rumah TG Nik Aziz kejap,borak-borak pasal politik tanahair.
Tok yakin penyertaan Ibrahim Ali ke dalam UMNO bukanlah satu aset tapi liabiliti buat UMNO.Nampaknya penggal akan datang kau tak jadi MP lagi.rakyat tak suka MP belot dan talam dua muka ni.
Tok nak nasihat sikit,UMNO berhentilah amalkan corak politik perkauman dan kedaulatan raja Melayu sebagai talian hayat untuk memerintah negara.Jangan ingat rakyat bodoh dan persendakan kebijaksanaan mereka.Dengan perisytiharan darurat,UMNO fikir semudah A.B.C untuk merampas negeri Pakatan Rakyat yang diberikan mandat oleh rakyat.
Pendapat tok ini dikongsi oleh kebanyakan generasi muda sekarang.ramai yang nampak polis,SPR,SPRM dan mahkamah seolah-olah menyebelahi UMNO.Contohnya bila ada laporan rasuah terhadap pemimpin UMNO,SPRM kata kekurangan bukti.Isu surat layang yang menghina Sultan Kedah pula dilaporkan kepada TV3 dan bukannya polis.Surat tu siap ada setem dan sampul surat lagi,apa yang payah benar nak buat laporan polis.
hakikatnya,rakyat nampak UMNo takut hilang kuasa dan akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaanya.jalan buntu buat UMNO kerana dah kena check mate dan berhentilah melanggar undang-undang negara untuk kepentingan sendiri
Syabas Pak Lah. Sokong Pak Lah. Hanya pada zamannya ada debat macam ini. Zaman Tun M, tiada debat, cuma angguk saja.
1. Anda dan Masyarakat dahagakan keterbukaan?
2. Soalnya megapa?
3. Bukankah ianya tanda kecurigaan pelbagai pihak, tanda terhakisnya keyakinan, tanda kehampaan apa yang terlihat sekian lama.....yang kesemuanya itu tanda kepupusan kejujuran dan tanda meningkatnya kepentingan diri dan kelompok mendahului kepentingan amanah dan mandat yang diberikan.
4. Sukar melakukan sesuatu dengan penuh kejujuran tanpa rasa ketaqwaan kepada Allah.
5. Sukar pula meningkatkan ketaqwaan tanpa ilmu ketuhanan dan sertai dengan memperbanyakkan amal baik. Hanya insan-insan yang tekun mengerjakan amal baik dengan ilmunya dapat menambah ketaqwaan. Terlahirlah kejujuran sebagai salah satu dari buah taqwa....begitu juga keterbukaan...kerana dengan kejujuran, tiada apa yang perlu disorokkan yang menggamit panggilan keterbukaan. Sebaliknya setiap kejahatan hanya akan melunturkan saki baki ketaqwaan yang ada.
5. Sebagai orang Islam, kita mengharapkan politikus kita berpegang dan berjuang atas kekuatan iman dan taqwa tidak kira di kumpulan mana mereka berada. Semua orang akan untung insyaAllah.
Datuk dan Saudara Pembaca,
Saya amat setuju atas pandangan hampir semua pihak yang Pak lahlah yang membuatkan suasana "berani" dan "keterbukaan" ini mula menampak realitinya, baik di Parlimen sendiri atau di forum rakyat jelata.
Cuma Datuk sahaja tidak dapat menilai keadaan ini dengan lebih rational lagi. Asyik terkokong dengan cara pemikiran yang sempit... terbawa-bawa dengan corak pemikiran dan cengkaman "MAHATHIRISME/FEUDALISME"...yang hanya hendak mendengar cereta-cereta dan gambaran-gambaran yang elok dan cantik lagi sedap daripada penglipur lara sekelilingnya..... mungkin tidak termasuk Datuk sendiri....maaf.
Wassalam,
Salam Dato' Ron,
Saya tidak pasti sama ada keterbukaan ini dikecapi kerana Pak Lah itu bersikap terbuka atau pun kerana kelemahan Pak Lah yang tidak dapat mengawal keterbukaan ini. Walau apa pun, yang pasti perubahan itu pasti berlaku, adil atau tidak itu bukan soalnya. Jika kita lihat contoh betapa dunia ini sentiasa berubah, Barack Obama telah diterima sebagai Presiden Amerika walaupun beliau seorang yang berkulit hitam.
BN perlukan perubahan, apa bentuk perubahan itu parti2 komponen kena fikirkan apa yang perlu di ubah dan bagaimana cara untuk berubah. Tapi nampaknya seperti tidak mahu di ubah.
PR telah memberi sedikit petunjuk tentang perubahan yang di perlukan oleh rakyat. Sementelah masih mempunyai kuasa, BN harus menggunakan masa yang ada. Jika tidak, BN akan terus berkubur di PRU13 nanti.
saya setuju prinsip keterbukaan pak lah ibarat senjata memakan diri. ini adalah kerana umno/bn mempunyai byk rekod hitam yg perlu ditutup rapat tetapi sekarang dah banyak org tahu. malah banyak kedangkalan pemikiran pemimpin menjadi tatapan umum dan menjadi bahan lawak. itulah antara sebab tsunami politik 8 mac lalu. terima kasih pak lah kerna memberi kebebasan bersuara
Dato Yang DiHormati.
Dulu masa PAS menang diTerengganu kita dengar banyak kes akan dibangkitkan terhadap Datuk Mokhtar (YB lama). Kemudian bila pengunduran YAB Tun Dr, Mahatrhir berlaku, konon nya banyak juga kes penyalagunaan dan rasuah yang akan terbongkar... itulah antara kempen pembangkang. Akhir nya hingga kini penipuan yang dilakukan oleh pembangkang itu lenyap dan senyap begitu sahaja.
Hasil pembohongan itu pembangkang dapat sokongan dan mangsanya mendapat nama buruk. Kesimpulan nya penyokong pembangkang begitu mudah di pengaruhi dengan fitnah sebegitu.
Disini peranan media utama negara sepatutnya menyiarkan sebarang hujah atau ugutan sebegitu sepanjang masa hingga terdapat nokhtah terhadap hujah atau ugutan tersebut. Contoh: DS Anwar Ibrahim ada beberapa dokumen bukti rasuah, namun hingga kini ancaman tersebut tidak menampakan perkembangan nya. Itukah tokoh yang ada di Malaysia ?
Berbalik kepada Hujah Di TV9. Kebanyakan tokoh UMNO yang menyertainya, senantiasa tidak tertinggal menyebut untuk membela nasib kaum bukan melayu,mengapa ? Sepatutnya mereka mesti berani, UMNO akan berjuang untuk Melayu. Mereka dipilih oleh orang melayu. Melayu mengharapkan mereka menjadi hero orang melayu. Benarkah ada dalam perlembagaan UMNO untuk mereka memperjuangkan nasib bukan melayu? Bukan kaum lain selain melayu telah ada banyak kumpulan atau parti yang membela nasib kaum mereka ?
Muga Dato Mukriz, Dato Rahim Thamby Chik dan Dato Isa Samad berjaya dalam pertandingan UMNO ini.
Post a Comment