Thursday, February 05, 2009

MB SELESAI MENGHADAP SULTAN PERAK

IPOH 5 Feb. – “Alhamdulillah. Ia petanda baik,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik keluar dari Istana Kinta di sini selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta pada 12.45 tengah hari kelihatan tersenyum selepas menghadap selama 20 minit. – Bernama (utusan-online) 1:58 petang

4 comments:

Unknown said...

UMNO dan Raja memang tak boleh dipisahkan. UMNO memang parti yang dekat dihati raja. Tanpa UMNO siapalah raja. UMNO lah yang telah menentang konsep Malay Union yang telah menurunkan kuasa raja.
Oleh itu jasa UMNO kepada raja memang besar.
Apatah lagi 28 ADUN yang akan mengangotai kerajaan baru di Perak nanti adalah UMNO.
Raja melihat UMNO sebagai parti yang terus menghormati kedudukan raja.
Nampaknya rancangan Presiden PKR untuk mengembalikan kekebalan Raja kalau mereka berkuasa tidak dapat menarik perhatian raja. Mungkin raja menganggap rancangan itu sebagai gula-gula politik saja.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya berpendapat, elok ditubuhkan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Perak seperti pernah berlaku semasa penubuhan kerajaan campuran Kelantan pada awal tahun 1970an kerana itu seadil-adilnya. Pembubaran DUN dan memaksa mengadakan semula pilihanraya kecil negeri tidak bersesuaian kerana masih ada jalan penyelesaian terbaik perlu difikiran, sekiranya pihak terbabit tidak bijak usahlah cuba menjadi pemimpin. Jadi disini rakyat dan raja boleh menilai sejauh mana penyatuan samada parti politik terlibat di Perak sememangnya berkepentingan diri atau rakyat dijadikan kepentingan yang utama.

Terkini, Sultan Perak telah titahkan Mohammad Nizar bersama EXCO letak jawatan serta merta dan tidak perkenan pembubaran DUN Perak. Maka eloklah kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat bersua muka kemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran.

Senario politik Perak agak menarik kerana dalam satu tempoh masa yang singkat dua orang watak tumbang, (bekas MB Datuk Seri Tajol Rosli dan MB Datuk Seri Nizar Jamaluddin). DSTR tumbang sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan sekiranya BN mendapat perkenan menubuhkan kerajaan berkemungkinan beliau tidak akan dilantik kembali menerajui kerajaan Perak, manakala DSNJ telah dititahkan oleh Sultan meletakkan jawatan MB berkuatkuasa serta merta.

Saya yakin bijaksana Sultan Perak ingin melihat dan menilai kerajaan campuran kerana itu seadil-adilnya dan pilihan MB dan barisan EXCO baru yang lebih berwibawa tanpa ada karenah politik yang keterlaluan sehingga mengadaikan kepentingan rakyat yang telah memilih wakil-wakil mereka ke DUN.

Wasalam

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

EPISOD KERAJAAN PERAK - AGENDA SIAPA?

Tiada seorang pun yang membaca disebalik episod ini adalah merupakan satu perancangan licik satu pihak yang ingin menjatuhkan imej dan reputasi Dato' Sri Najib dan menjadikan beliau dalam dilema seterusnya memberi hasil kepada agenda untuk terus mengekalkan Pak Lah sebagai PM untuk tempoh yang lebih lama lagi. Tiada orang tefikir ke? A Lu Pikirlah Sendiri

Anonymous said...

Sekadar berpesan-pesan. Doa bagi mengelakkan terkena fitnah.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong