Sejak PRU12 hampir setahun lalu Malaysia tidak pernah reda daripada proses politicking yang sengit, sama ada dalam sesuatu parti, sama ada diantara parti dalam sesuatu komponen, ataupun diantara parti politik pemerintah dengan parti politik pembangkang. Akibatnya, perjuangan untuk rakyat jelata pun seolah-olah terabai, suasana jadi haru-biru, kemantapan siasah juga sukar untuk diperolehi.
Lihatlah sendiri. Babak politik di Perak kian mendebarkan. Babab politik Liz Wong kian membukit klimaksnya. Kisah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan persaraannya masih terus dijadikan polemik yang tiada kesudahannya. Calon-calon ketua pergerakan UMNO yang berdebat secara live, moderatornya yang bertindak non-partisan pula jadi sasaran kemarahan sesetengah penyokong individu tertentu. Datuk Ibrahim Ali tiba-tiba didesak oleh PAS supaya mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas. Wang ringgit ditabur-tabur oleh sesetengah calon UMNO yang merasakan dirinya kurang wibawa. Ada individu tertentu melantik dirinya sendiri sebagai akitek pembangunan desa. Segala-galanya adalah politik dan realpolitik.
Memang naïve untuk sesiapa bertanya mengapakah jadi begini? Tetapi, soalan yang naïve ini wajar disuarakan kerana tidak pernah realpolitik seperti yang kita saksikan sekarang terjadi sebelum ini.
Mungkinkah ini takdir Illahi kepada kita semua? Mungkinkah inilah pilihan kita menerusi sistem yang demokratik? Mungkinkah ini petanda bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan satu budaya politik baru sehingga politik tidak lagi menjadi wadah perjuangan untuk rakyat, tetapi jadi wadah perjuangan untuk kelompok-kelompok kecil yang seolah-olah amat dahagakan kuasa dan terlalu mabuk kuasa?
Berapa lama lagikah perlu rakyat jelata mentoleransikan situasi seperti ini? Berapa lama lagikah perlu kita semua melalui keadaan yang tidak menentu ini? Berapa lama lagikah warga Malaysia seluruhnya dipaksa menyaksikan babak demi babak kegilaan kuasa seperti ini?
Mudah-mudahan seluruh pihak terbabit dengan proses realpolitik ini kembali kepada kewarasan masing-masing. Renungkanlah nasib rakyat jelata yang jadi sumber kuasa. Perjuangkanlah nasib dan masa depan mereka seikhlas-ikhlasnya.
[nota: jutaan maaf kerana tidak terluang masa untuk update blog ini beberapa hari yang lalu kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar!] – Ruhanie Ahmad
Lihatlah sendiri. Babak politik di Perak kian mendebarkan. Babab politik Liz Wong kian membukit klimaksnya. Kisah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan persaraannya masih terus dijadikan polemik yang tiada kesudahannya. Calon-calon ketua pergerakan UMNO yang berdebat secara live, moderatornya yang bertindak non-partisan pula jadi sasaran kemarahan sesetengah penyokong individu tertentu. Datuk Ibrahim Ali tiba-tiba didesak oleh PAS supaya mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas. Wang ringgit ditabur-tabur oleh sesetengah calon UMNO yang merasakan dirinya kurang wibawa. Ada individu tertentu melantik dirinya sendiri sebagai akitek pembangunan desa. Segala-galanya adalah politik dan realpolitik.
Memang naïve untuk sesiapa bertanya mengapakah jadi begini? Tetapi, soalan yang naïve ini wajar disuarakan kerana tidak pernah realpolitik seperti yang kita saksikan sekarang terjadi sebelum ini.
Mungkinkah ini takdir Illahi kepada kita semua? Mungkinkah inilah pilihan kita menerusi sistem yang demokratik? Mungkinkah ini petanda bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan satu budaya politik baru sehingga politik tidak lagi menjadi wadah perjuangan untuk rakyat, tetapi jadi wadah perjuangan untuk kelompok-kelompok kecil yang seolah-olah amat dahagakan kuasa dan terlalu mabuk kuasa?
Berapa lama lagikah perlu rakyat jelata mentoleransikan situasi seperti ini? Berapa lama lagikah perlu kita semua melalui keadaan yang tidak menentu ini? Berapa lama lagikah warga Malaysia seluruhnya dipaksa menyaksikan babak demi babak kegilaan kuasa seperti ini?
Mudah-mudahan seluruh pihak terbabit dengan proses realpolitik ini kembali kepada kewarasan masing-masing. Renungkanlah nasib rakyat jelata yang jadi sumber kuasa. Perjuangkanlah nasib dan masa depan mereka seikhlas-ikhlasnya.
[nota: jutaan maaf kerana tidak terluang masa untuk update blog ini beberapa hari yang lalu kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar!] – Ruhanie Ahmad
12 comments:
TUAN
Benar... sewajarnya kita tafakur melihat ke dalam diri, mencari tujuan hidup sebenarnya
Orang macam saya ini agar susah nak buang race based politik . Ini ada lah realist, kenyataan hidup di Malaysia dan dimana mana pun ….Celik saja mata kedunia ini saya sudah berhadapan dengan kenyataan, orang Cina ada Negara Cina, Orang India ada Negara India , Bristish ada negara British, Arab ada Negara Arab dan saya adalah orang Melayu ada Negara Melayu tapi kena berkongsi Negara pula.
Pertanyaan datang bertubi tubi kenapa orang lain bernegara tapi tak kongsi dengan bangsa lain?Kenapa bila kena pada Melayu kena kongsi?,,,Tak sedih ke mendengarnya?
Dah lah macam itu keadaan orang Melayu sudah banyak berkompromi, masa sebelum Merdeka dulu hanya 200 ribu orang Cina yang jadi warganegara, lepas merdeka mendadak bertambah jadi satu juta ( seperti lapuran dalam blog Cek Det)…memang murah hati orang Melayu…Cuma bila ada race based politik ini sekadar jangan Melayu terus hilang dunianya itu saja tujuannya tak lebih dari itu…
Race based politik tak salah pada Islam pasal berbilang kaum /bangsa ada lah ciptaan semula jadi Tuhan, tujuannya di jadikan begitu untuk berkenalan dan supaya ada hubungan satu kaum dengan yang lain kalau seugama jadi saudara, namum bila jadi saudara pun bangsa tetap bangsa. Bangsa adalah keturunan atau zuriat dan kita di wajibkan kena jaga zuriat…tak boleh buang bangsa. adanya race based politik adalah untuk keseimbangan antara kaum. Kita sama sama mufakat...
Kalau parti yang tak ambil kira kaum sekali pun di dalam nya ( seperti Gerakan, PPP, DAP, ) yang tak pandang bulu, tapi sekiranya ada orang Melayu yang jadi ahli dan kemudian nak jadi pemimpin nombor satu atau nombor dua , boleh ke dia menang bila bertanding tanpa pilih bulu? Sudah tentu ‘race’ akan di ambil kira …jangan tipu lah kalau kata itu tak akan berlaku…Cuba lah Melayu nak bertanding jadi president dalam Gerakan ke…
Masa saya remaja lagi sudah terfikir .Dalam keadaan politik ,macam Malaysia ini Formulanya mesti lah race based…katakan kita ada kaum Cina, India ,Kadazan, Iban, Pertugis, dan Melayu..Kenapa .kita tak ada kan satu parti baru dimana semua “kaum” bergabung di bawah satu bumbung ? (parti parti lain di bubarkan) Kita adakan juga pilihan raya umum tapi berbeza sedikit dari biasa di ubah suai tak macam sekarang.. Tujuan pilihan raya ialah untuk memilh wakil kaum, bukan wakil rakyat, dan pilihan raya Umum sekarang di mansukan buat selama lamanya…
Kita adakan council ( majlis menteri menteri) terdiri dari semua wakil kaum yang telah di lantih terlebih dulu oleh kaum masing masing...(leader dalam council tu , has to be Melayu lah…Kena hormat sikit pasal ini Negeri Melayu kena beri jalan lah..tapi boleh BINCANG IKUT TURN MACAM SABAH KE ) ..Pemilihan pemilihan untuk wakil kaum ini di lakukan di dalam kumpulan masing masing…kaum Cina sendirilah pilih wakilnya (pilihan raya umum) Kaum India , Kadazan, Iban, Pertugis dan Melayu masing masing pilih wakil atau ketua ketua masing untuk 5 tahun sekali..siapa yang menang itu jadi Perdana Menteri dan menteri menteri…dan system ini berjalan lah selama lama nya hingga kiamat insyaallah tiada pergaduhan dan rakyat hidup aman damai…Orang yang berniat jahat saja yang kata tak berjaya dan tak mahu sistem ini…Datuk cuba fikirkan
Tahniah Dato'Ron kerana, pertama sebagai student MA for political science; kedua melihat politik dalam 'realpolitik' yang hanya boleh difahami dengan menanggapi kebenaran di depan mata; dan ketiga membuat pandangan terbuka mengenai perkembangan UMNO kebelakangan ini yang memang dah di penghujung usia.
Tuan,
Adalah menjadi lumrah apabila sesuatu proses perubahan hendak berlaku. Ianya akan berlaku samada kita suka atau tidak, itu tuntutanya.
Proses pergerakan dari satu tempat ke satu tempat memerlukan roda berpusing dan masa memerlukan cakrawala beredar dan bergerak.
Begitu jugalah berhubung dengan proses evolusi, revolusi, reformasi, transformasi dan sebagainya.
Setiap perubahan kearah kebaikan seperti yang dituntut Allah memerlukan pengorbanan yang besar. Rasullullah saw. walaupun sebagai kekasihnya turut terima ugutan dan ancaman keselamatan nyawa. Peristiwa penting menceritakan kepada kita sehingga Nabi saw. berhijrah dan berperang demi menegakkan suruhan Allah.
Dalam hal ini, Malaysia juga turut diduga kerana firman Allah yang amaranya bahawa bolehkah kita mengaku bahawa kita sudah beriman sebelum kita lulus ujian Allah.
Dengan ujian Allah ini juga kita berharap agar pemimpin2 kita kuatkan IMAN dalam memperjuangkan amanah ALLAH demi kesejahteraan dan keamanan Negara dan Rakyatnya.
Salam Datuk,
Bukankah politik itu adalah satu seni untuk mendapatkan kuasa. Pemimpin yang tidak ada niat untuk berkuasa bukan 'politician' namanya.
Pemimpin-pemimpin kalau hendak terlungkup pun kerana kuasa juga. Ramai juga pemimpin-pemimpin yang gelojoh akhirnya hilang kuasa. Ada juga yang sudah diambang mendapat kuasa Perdana Menteri pun akhirnya kerana ketentuan Allah tidak menjadi Perdana Menteri.
Bersama-sama ini disertakan artikel saya berkenaan dengan ketentuan kuasa Allah mengatasi perancangan manusia.
Politik- Segalanya Mungkin
Sememangnya dalam politik tidak ada yang mustahil, semuanya segalanya mungkin.Kita sepatutnya menerima sesuatu perkara sebagai takdir dan sudah menjadi satu ketentuan.
Di dalam sejarah politik tertinggi negara terutama melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat menarik untuk diimbas semula.
Allahyarham Dato'Onn bin Jaafar adalah Pengasas dan Presiden UMNO pertama yang berpengaruh tetapi Allahyarham bukanlah Perdana Menteri Malaysia pertama walaupun beliau sangat berjasa kepada orang Melayu.Malah Dato'Onn meninggal dunia di luar parti UMNO.
Allahyarham Tun Dr.Ismail bin Abd.Rahman tidak sempat menjadi Perdana Menteri apabila beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun. Ketika itu Tun adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tengku Razaleigh Hamzah adalah nama besar dalam politik Malaysia.Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia berdasarkan hubungan baik dan kepercayaan Tun Abd.Razak kepadanya. Namun apabila Tun Hussein Onn melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri, ianya menjadi titik pusing kerjaya politiknya.Pada masa itu Tengku Razalegh adalah Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi. Sehingga sekarang Tengku Razalegh belum lagi ditakdirkan menjadi PM Malaysia.
Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Tun Musa juga tidak menjadi PM Malaysia.Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.
Tun Ghafar b Baba juga tidak kurang besarnya jasa kepada negara dan orang Melayu. Tun juga tidak menjadi Perdana Menteri kerana dalam tahun 1993, Tun Ghafar menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Seri Anwar juga mengalami nasib yang sama apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkir DS Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.
Berdasarkan coretan di atas tidak mustahil DS Najib Tun Razak juga mengalami nasib yang sama. Disebabkan peristiwa ini belum berlaku, kemungkinan DS Najib menjadi Perdana Menteri tetap ada.
Apa cerita, apa peristiwa, apa yang tersirat, betul atau salah semuanya itu akan menjadi satu catatan sejarah. Realitinya Malaysia sudah mempunyai 5 Perdana Menteri dan 9 orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulannya 2009 akan menjanjikan persaingan sengit politik Malaysia yang kadang kala boleh menakutkan.Sama ada DS Najib berjaya menjadi PM pada Mac 2009 atau DS Anwar sampai juga ke Putrajaya atau DS Abdullah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 sama-sama kita nantikan kerana dalam politik SEGALANYA MUNGKIN!
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
p/s Datuk mungkin lebih arif kerana dalam tempoh masa perkara yang ditulis, Datuk terlibat secara langsung dengan peristiwa-peristiwa tersebut.
terima kasih
Salam,
Saya kira apa yang berlaku dalam politik negara kita sekarang, sebahagiannya adalah sebagai akibat dari perubahan dalam budaya politik kita.
Dahulu kita masih dibelenggu oleh "budaya politik feudal", di mana semua rakyat umumnya sentiasa patuh kepada parti dan pemimpin.
Pada masa itu, dalam dua tiga dekad selepas merdeka, UMNO merupakan parti Melayu yang kuat dan dominan, dan para pemimpinnya merupakan orang-orang yang kuat dan berkuasa.(Ada kalanya mungkin lebih kuat dan berkuasa dari raja (?).
Dalam keadaan demikian, politik agak tenang. Pemimpin boleh tunggu giliran untuk naik ke atas, dan wakil rakyat pun boleh menduduki kerusi empok mereka sampai empat lima penggal tanpa ada pihak-pihak tertentu yang mahu merebut jawatannya.
Sekarang keadaan sudah berubah. Orang pandai sudah ramai.Taat setia kepada pemimpin pun sudah kurang, kecuali jika ada kepentingan. Pemimpin yang betul-betul kuat dan bewibawa pun mungkin sudah tidak ada.
Sekarang politik kita memang "huruhara".Hanya saya tidak tahu adakah ini untuk sementara, atau akan berterusan untuk tempoh yang agak lama?
Bagaimanapun, keadaan mungkin akan reda sedikit, jika muncul pemimpin yang sangat berkuasa, walaupun barangkali agak autoritarian, tapi entah bila?
Ada orang bayangkan Najib akan memainkan peranan itu. Tapi pada masa yang lalu, kita lihat Najib pun lemah juga (dia terpaksa dan sentiasa bertolak ansur juga) bila berhadapan dengan orang bukan Melayu (khasnya Cina).
Jadi beliau barangkali bukan orangnya.
DARI MOHFAS7.BLOGSPOT.COM
BERPOLITIKLAH UNTUK RAKYAT,DAN BUKAN BERPOLITIK DENGAN RAKYAT.KITA SEMUA AKAN DIHISAB DISANA ATAS PERILAKU DISINI...
Salam, Datuk adakah ini petanda bahawa UMNO sudah tidak dipercayai lagi. Akar tunjang sudah buruk maka pokok pun dah tak stabil? kalau demikian siapa yg patut disalahkan?
Realpolitik diMalaysia adalah berasakan kepentingan peribadi dan kaum lebih utama dari kepentingan Rakyat dan Malaysia
Tiga kaum terbesar di Malaysia masing dijurangkan bukan sahaja sosio ekonomi mereka malahan dijurangkan dgn perkara perkara asas saperti Ugama , Bahasa dan Budaya
Walaupun Islam ugama resmi tetapi penganut Hindu , Buddha ,Keristian dll mahu ugama mereka setaraf dgn ugama resmi. begitu juga bahasa mereka mahu tamil dan mandarin setaraf dgn bahasa melayu
Mana mana negara didunia ini penduduk majoriti dan asal negara tersebut adalah asas kepada negara tersebut
DiIndia bahasa Hindi adalah bahasa national India begitu juga di China mandarin adalah bahasa national
Realpolitik kelam kabut ini menjadi problem bermula dari tahun 2004 apabila pemimpin pemimpin negara bermain dgn issue keterbukaan dan liberal tanpa memahami bahawa disiplin diperlukan untuk menjadi terbuka dan liberal
USSR berpecah menjadi Russia dan lain lain negara Asia tengah bila Gorbachev mulakan polisi perestroika dan China hampir berpecah dgn Tiannanmen Square hanya bila Deng Xia Peng cekap menyelamat keadaan kalau tidak China akan senasib menjadi USSR
Dato Najib harus menganalisa apa yg terjadi kepada negara negara ini...
Orang mcm saya sudah tak percaya lagi kepada politik berasaskan kaum kerana ia selalu disalahgunakan oleh pemimpin kaum itu sendiri bersama dengan kroni2nya.
Pemimpin UMNO asyik mengumpul harta kekayaan dan tidak sedarkan diri setelah mendapat sokongan orang melayu.
Pemimpin MIC telah menjadi tersangat kaya dan begitu sombong dan sering memaki hamun kaum mereka yang miskin dan dhaif.
Pemimpin MCA benar2 memperjuangkan kaum mereka walaupun begitu mereka ditolak dalam PRU12 kerana dituduh menjadi barua pemimpin UMNO.
Dialaf baru ini politik berbentuk perkauman tidak lagi relevan kerana generasi baru rakyat Malaysia merasa sangat jijik dengan politik mengampu membodek dan mengiakan tanpa hujah yang berlandaskan ilmu.
Ini bukan lagi zaman kerajaan Melayu Melaka..ampun tuanku..sembah patik harap diampun..patik pacal yang hina..Begitu bodoh sekali orang melayu menganggap pemimpin mereka perlu dijunjung seperti ini.
Tiada perkauman dalam Islam.. Bagi orang Melayu yang memerlukan pertolongan pemimpin semua kaum menghulurkan tangan..begitu juga dengan kaum2 yang lain.. Peniaga melayu akan bankrap jika pelanggannya hanya orang melayu.
Kita kena akur dengan Dasar Langit Terbuka, World Trade Organisation (WTO), Dunia Tanpa Sempadan dan sbg..Jangan jadi kumpulan katak dibawah tempurung yang menjadi inferiority complex kerana berada didalam kumpulan melayunya sahaja.
Soalnya sekarang bijakpandai melayu yang berperibadi mulia dan mempunyai daya kemimpinan yang tinggi mesti diberi tempat untuk memimpin. Jangan jadi UMNO yang suka meminggirkan golongan ini hingga parti tua itu dah macam pokok yang nak mati selepas dipanah petir.
Salam,
Walau apapun yang dilakukan mereka. Harap2 dapat menaikkan sumber ekonomi rakyat. Sesetengah Rakyat sekarang menderita kerana kegawatan ini. Fahamilah...
http://www.e-printings.blogspot.com/
1. PM mengundur diri atas desakan pemimpin lain.....konon-kononnya kehendak akar umbi. Mungkin apa yang ada di dalam hatinya... anadaikata sebenarnya ada peluang untuk dia kembali kepada setiap ahli untuk membuat pilihan, pastinya dia menang. Namun dia setidak-tidaknya akur kepada teriakan yang berbunyi akar umbi yang tiada kepentigan dalam hiraki parti (harus kita sedar yang gah berteriak adalah yang berkedudukan dan berkepentingan dalam parti...kadang berbentuk wayang kulit...yang bunyi bukan yang di lihat). Tidak kelihatan dianya cuba menggunakan kuasa yang ada di tangannya digunakan seperti cerita singa tempoh hari, end justify the means atau apa jua nak kita namakan. Peluang dan ruang jelas ada di tangannya...tapi sehingga kini may be too early to say.
2. Di Perak, mungkin hampir semua orang tahu apa yang sepatutnya dan sewajarnya dilakukan tetapi realitinya hanya beberapa individu sahaja yang mencaturkan samada membelakangkan apa yang hampir semua orang tahu langkah yang sepatutnya , sewajarnya dan semurninya atau sebaliknya. Apa pun negeri dan rakyat yang menanggung akibatnya sekarang.
3. By the time further events occured including Eli Wong case, in all probabilities, most people have already formed their opinion and perception about who are the bad and good guys....and this will be hard to be changed in the near future. Events that occured much earlier will be recalled and will only reinfoce their opinion and perception.
4. The sad thing is, the whole thing does not reflect what are expected out of muslim politician be it BN or the other sides. If thiese are the games that they are playing here, why waste time talking and demonstrating about Palastinians, Afghans etc.
In as much as the reminders in Al-Quran...apakah sama orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang tidak beriman...the wisdom goes to...apakah sama orang yang kuat imannya dengan yang lemah imannya. Wallahu a'-lam
I'Allah, semua ini mungkan memberi hikmah yang lebih besar in that it will be easier for the people to distinguish between the good choice from the not so good a choice.
Then again...Allah send another remainder that pangkat, kedudukan, kekayaan itu hanya sementara...bahkan apa jua. Another PRK in Sarawak following another death.
Sesungguhnya amat beruntunglah mereka yang mati dijalan yang diredhai Allah.
Post a Comment