Wednesday, February 18, 2009

KES LIZ WONG: TELAN MATI EMAK, LUAH MATI BAPAK….

Kes Elizabeth Wong: Puak liberal akan berkata, tak payahlah berhenti. Kelompok idealis akan respons, kalau boleh, berilah peluang dia teruskan tugas. Golongan realis akan mendesak, dia mesti kosongkan kerusi Exco Selangor dan DUN Bukit Lanjan dengan serta merta.

Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apa komen Lim Kit Siang? Apa reaksi Datuk Seri Hadi Awang? Adakah mereka berpendirian liberal? Adakah mereka golongan idealis? Bukankah mereka kelompok realis?

Kita tunggu reaksi, sikap dan pendirian ketiga-tiga pemimpin utama PR mengenai kes ini. Sebagai pemerhati, saya dapati inilah kes pukulan maut - di telan mati emak, diluah mati bapak. Dan, kes ini juga mungkin membawa kesan domino kepada beberapa personaliti lain yang kini sedang digerhanai oleh kes-kes yang membabitkan soal moraliti mereka. – Ruhanie Ahmad

ELIZABETH TAWAR BERUNDUR

Elizabeth Wong tawar letak jawatan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Menteri Besar Selangor akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan isu tawaran peletakan jawatan Elizabeth.

Polis Selangor mengambil keterangan Elizabeth serta empat wartawan, dua dari Malay Mail dan dua dari The Sun bagi membantu siasatan kes gambar bogel Elizabeth.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil (DUN Bukit Lanjan) diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau pada 7 April i

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

24 comments:

Jiwa Merdeka said...

Saya fikir orang-orang seperti Khir Toyo yang mendesak supaya Elizabeth Wong behenti bukanlah seorang realis, tetapi seorang opurtunis!

Seorang realis sepatutnya seorang yang boleh menilai secara objektif dan rasional, bukan sentiasa menghentam secara melulu seperti beliau.

CINTA suci abadi said...

Datuk dari sudut Islam sebenarnya 'dilema' telan mati emak,luah mati bapak tidak terpakai...Islam ada mekanismanya untuk buat keputusan..(Hanya ada orang tertentu yang reka Malay Dilema untuk tujuan politiknya)...Kebuntuan ada cara menyelesainya..buat pilihan tetap buat pilihan kerana apa saja pilihan kita buat semua dalam takdir jua...bila sampai kepersimpangan jalan ..nak kekiri ke nak kekanan ke apa saja pilihan kita buat semua sudah di program di azali dalam computer besar Allah Taala..no mis..cuma process pemilihan itu saja; ini yang kita rasa adalah usaha kita dari idea/ilham yang tercetus dari hati/fikiran kita dan sudah tentu datang nya tidak lain dari siapa kalau tidak Maha pencipta /master programmer itu sendiri...
Mekanisma bagi seorang islam pilihan lah yang di fikirkan baik dan serah padanya(Datuk pandai menyebut kepada Allah lah kita berserah) atau kalau masih buntu juga buat lah sembayang istikarah...semua orang pandai sebut...buat tiga kali kalau tak dapat juga ilham...boleh lah lambung duit syilling ,sebelum tu pilih kepala ke ekor..hehehe...
Itu orang Islam...tapi ini elizeberth, macam mana nak nasihatkan dia ..kena pergi starbug dulu lah..tapi apa kata Datuk Him semalam kat TV 3 memang betul..jadi wakil rakyat dah jadi public figure...soal moral..ah Dimalysia sekarang sudah berubah kita di akhir zaman ni, orang yang terang terang sudah di charged korupsi pasal salah guna kuasa di pilih jadi wakil rakyat...Itu keselahan yang berat salah guna kuasa bukannya dia dapat pengampunan lagi..Bukan rakyat rejek dia malah disanjung sanjung pula oleh tok tok lebai..ini semua Dunia...So Datuk pegang lah kuat kuat Serah kepada Allah segala galanya kerana tidak bergerak sezahara pun tidak kuasa Dia

aoazmi said...

Assalamualaikum Datuk Ron,


Ringkasnya dari segi moral saya amat bersetuju DUN Eli tu letak jawatan. Ini bukan saja dapat menyelamatkan parti dari mendapat tanggapan serong tetapi juga menunjukkan kredibiliti dan prinsip yang digunapakai oleh beliau. Pemimpin-pemimpin PR tak perlu malu dan bersikap liberal. Menahan beliau daripada meletak jawatan akan mendatangkan masalah bagi parti tambahan pula dalam keadaan situasi politik yang bercelaru sekarang (yang mungkin di cipta oleh seteru-seteru politiknya baik dari dalam atau pun luaran). Cuma yang kita kesal tektik murahan ini (yang mendatangkan kemaluan yang paling dahsyat kepada ahli politik)MUNGKIN akan menjadi ikutan pada masa-masa akan datang. Pelandok mungkin lupakan jerat, tetapi jerat tak akan lupakan pelandok. Jadi, awas pemimimpin-pemimpin politik.

Menjatuhkan sesaorang pemimpin secara moralis begini seolah-olah suatu trend bermula dari Tun Mahathir hinggalah sekarang. Baik pembangkang atau pun pemerintah. Ini dinamakan 'short cut' yang paling mudah lagi tidak bermoral! Tak payah banyak guna akal dan wang ringgit.

Menutup keaiban sesaorang yang diajar oleh Islam telah dinodai oleh orang-orang yang rakus dalam politik. Mereka seolah-olah menolak hukum hakam untuk menghalalkan cara dengan alasan musuh politik mereka juga mempunyai strategi yang sama. Ibarat kata orang tua-tua, 'orang makan taik, kita makan taik'. Maaf Datuk kasar sikit.

Apakah moral politik sebegini yang rakyat Malaysia mahu?

SPR sekarang pula berlagak seolah-olah macam Suruhanjaya Pilihan Raya Pengadilan. Mereka seolah-olah melaksanakan tugas mahkamah bagi menentukan perlu diadakan pilihan raya atau tidak. Fungsi sebenar mereka hanyalah implimentasi itu seolah-olah tiada banyak kuasa yang diberi oleh kerajaan.
Dan yang paling anih sekali selalu membuat persepsi atau ramalan macam 'bomoh' bila sesuatu kerusi DUN dan Parlemen itu kosong! Apa ni? Mereka ingat rakyat 'bodo' (bodoh)ka? Mejoriti rakyat Malaysia berpendidikan tinggi sekarang. Ini lah bahananya bila kita melantik orang-orang yang 'expired' dangkal akal memegang jawatan terpenting dalam negara. Secara tak langsung menyebabkan golongan-golongan cerdik ilmu ini menghentam kerajaan kerana tindak-tanduk kebodohan melulu yang ditunjukkan Pengerusi SPR yang baru ini.

Datuk, saya lebih suka mengadap komputer berjam-jam membaca penganalisis blog yang agak 'neutral' dengan hujah yang penuh fakta dan idealis dari penulis-penulis blog yang mempengaruhi umum melalui luahan rasa yang semuanya prejudis melampau! Datuk mungkin tergulung dalam salah satu darinya. Wallah!!

Selamat sejahtera semua.

Pengundi Bkt. Selambau.

Azizahns said...

maaflah kalau saya kata... saya lebih setuju kalau perangai buruk pemimpin (seperti kes chua soi lek dan eliz)disebarkan pada khalayak supaya kami rakyat ni tahu moral sebenar pemimpin ni...

saya tak suka pemimpin yang kurang moral walaupun dia bijak.

so kalau jaga maruah tak perlulah takut.

Seladang said...

Dato Ron yang dihurmati.

Mengapa pemimpin PR mesti mengikut kehendak segelintir pemimpin Umno yang kerjanya mencari perkara-perkara haram untuk menubuhkian kerajaan haram?

Kalau ikut kehendak Khir Toyo memanglah dia suruh berhenti, tapi kita tunggu kes ini selesai oleh polis, masa itu baru boleh buat hetungan. Kita mahu tahu siapa dalang di belakang kes ini? Cuma jangan polis main kong kali kong sudahlah!

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Laa ni, musim bukit runtuh kut..!!
Dua bukit sedang dalam perhitungan untok di tawan puncaknya.

Kini satu lagi bukit di Selangor mungkin mengalami nasib yang sama..!!

Bila di puncak bukit...sesaorang itu akan terdedah kepada pelbagai faktor elemen. Inikan pula puncak bukit yang di rebut, boleh memuatkan hanya untok saorang sahaja..!!

Bukit mana lagi yang akan roboh... sama-sama lah kita tunggu tengok..!!

ALAM said...

Sanggupkah pengundi Bukit Lanjan ber" YB" kan orang yang tidak bermoral.

abunawas said...

Where has sanity gone?

How far has MODAL INSAN achieved?

Can Malaysians be that insane?

Or are we expecting to see more insanity?

What make more and more people insane?

Sesungguhnya sesiapa yang mendapat (mencari) petunjuk, sekali-kali ia tidak akan sesat. Sesiapa yang memilih kesesatan, sekali-kali ia tidak akan mendapat petunjuk.

Wallahu a'-lam

burungjantan said...

ditelan mati ibu, diluah mati bapa, yang menimpa eli wong, gadis bujang yang belum kahwin, tetapi menjadi wakil rakyat.

Di mana ibunya masa itu, adik beradiknya, dan bapanya? Kerja jahat siapakah itu. Bapanya sendirikah atau pembantu rumahnya.

ChengHo said...

Adalah sesautu yg mengejutkan apabila yb zuraidah MP Pakatan Ampang dan Wanitanya yg kesemuanya bertudung muslimah dan Dr Loloq MP Pas Titiwangsa dapat menerima nilai hidup ( value ) yg bukan Islam didlm parti dan negara yg ugama resmi adalah Islam
Dalam nilai kehidupan Islam tidak ada toleransi perlakuan lucah diluar perkahwinan begitu juga dgn masyarakat sivil bukan Islam
Maanusia mempunyai perlakuan yg berbeza dgn binatang
Bagaimana pemimpin Islam samaada dari BN atau pun Pakatan bolih menerima nilai kehidupan minoriti dan cuba mempengaruhi nilai kehidupan majoriti dan tambahan nilai kehidupan Islam?
Mengapa akhir akhir ini Melayu terlalu apologetik hinggakan nilai Islam bolih dikompromi....

wa ya sin said...

Salam Datok;

Apakhabar orang BBB.

Entahlah saya cuma melihat dari jauh perkembangan politik semasa. Seolah-olah mati sebelum ajal. sampai penghujung sifir orang Melayu 2x5 saja. Atau macam ceritak Pak Pandir. Lagenda Melayu yang hebat.

Tetapi, Apakah nilai moral menjadi satu ukuran? Apakah patut diukur nilai kaum lain dengan kaum Melayu. Apakah bezanya nilai kaum Melayu dengan kaum2 lain sekranng ini?. Nilai agama jugak begitu.

Patut jugak kita kekalkan MP atau ADUN yang mempunyai nilai moral yang di pertikaikan atau hitam ini, tetapi nilai kerja dan sumbangan mereka pada rakyat nombor wahid, supaya menjadi cermin kepada MP and ADUN yang kelihatan baik dan baguz tetapi tidak mempunyai kredibitili dan rasa tanggung jawab pada amanah mereka.

Kalau wartawan, director filem, pemandu teksi, posman, pemain boleh boleh jadi ADUN/MP, Apakah kita boleh terima penari gelek atau penari spara bogel sebagai MP/ADUN?

Ooooo Kita sudah maju kedepan, merentas tanpa sempadan...

ENTAHlah .. Dari Selatan Sudan

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Komedi & Tragedi
(mahaguru penglipurlara bercerita)

Depa nak resignkah, depa tak mau
letak jawatankah - peduli apa kita
kata mereka dan kita dan anda

saya

berperang bergelut
bermanja berputar-putar
bak berat dihujung jerat
tergayung cinta dihujung nyawa

hembuskan nama tuhan
berberkati ini dan itu
beriringan amin di mata ribut

siapakah yang kau cinta
adam

adam dan hawa di dunia
moden moderen terselit songkok
hitam muslim melayunya
selangkah demi selangkah
dari rahim ke kuburnya

nasib mereka apakah
tertulis di pohon sana
dan qalam qalam pun bercerita

cinta penuh seloka gurindam
cinta majnun dan nyawa nya

di dalam pertapaan apa yang kau fikirkan

perangsang ekonomi
perangsang emosi
perangsang keyakinan

terbuai terlena mimpi
terselak pintu dan wajah
di sebelah tabir

cinta penuh seloka gurindam
cinta majnun dan nyawa nya

melainkan cinta kepada negara

bagaikan si yusuf pendita penjara
mentadbir mimpi menyampaikan ajaran

tujuh ekor sapi gemuk
gondol-gondolan? bagai mana sih?
dan gandum warnanya subur sesuburnya di bumi misri itu

cinta penuh seloka gurindam
cinta majnun dan nyawa nya

mengapakah awak membikin cerita
dengan kata-kata yang dicerca
burung mematuk kepala si-tukang roti

kenapa ya semua ini
apakah mimpi ku semalam

ceritakanlah pandai mimpi
mamak kita apa yang kitab kata

tuhan maha esa
muhammad baginda rasul

dan malaikat semuanya sujud
melainkan yang takkabur

di dekat kauthar

cinta penuh seloka gurindam
cinta majnun dan nyawa nya

lepas timbangan lepas titian
bukankah tuhan maha esa

ae_zin said...

isu dalam peribadi dalam kelambu pun nak dijadikan bahan provokasi dan isu politik.
bukan ke ada isu yang lebih dasyat yang lebih menggegar akidah dan pegangan diri sebagai penganut Islam? Isu raba, berzina, zina dengan isteri/suami, gigolo dsbnya yang pernah berlaku dan terkubur, yang jelas pelakunya adalah pemimpin dan umat Islam - yang terang lagi bersuluh hukum Islam terhadap pelakunya.... bukan ke jelas Latok?

nagagua said...

askm datuk maaf cakaplah kalau moral dan integriti menjadi prasyarat untuk jadi MP alamatnya kosonglah parlimen kah kah kah kah

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Dia tak bersalah, orang yang ambil dan edarkan gambar dia yang bersalah. Semua orang pernah berbogel, samada di rumah atau di bilik mandi. Cuma tak diambil gambar dan tidak diedarkan sahaja. Bentuk nya pulak sama saje, baik lelaki @ perempuan. Yang berbeza saiz nya.

Kenapa pulak dia perlu letak jawatan? Selama ini semua ahli politik bersih kah? Sejak bila pulak kita utamakan soal moral dalam politik malaysia ni?

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Kesian kat liz wong..

Semut Api said...

ini rivalry dalam PKR la dato!!! Bukit lanjan lawan PJ Selatan...

LESONGINDEK said...

DATUK RON,

SESUATU UNTUK DIPELAJARI DAN DIAMBIL IKTIBAR. SEKURANG-KURANG NYA BELIAU ADA PENDIRIAN TAWAR LETAK JAWATAN. SUSAH NYA DAN UM KENAPE TERJADI BEGITU. YANG MINUM AIR KERAS, KAKI RONGGENG, PENIPU DAN KUASA DISALAH PAKAI BAGAIMANA NI DATUK? ADAKAH INI BERMORAL.

MAAF JIKA TERSALAH BAHASA.

al-Balingi said...

Salam Dato',

Saya 'admire' Dato walaupun fahaman kita berbeza. Dato' melihat satu isu sama seperti orang lain, tapi dari sudut berbeza. Seperti posting kali ini.Respect! Ba rakallahu fika.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

aaaaaaaaaaa....HHHHHH
(telan luah atau tercekik?)

Are You Okay, Prince
(while i like what the sultan did)

HANAN 2
By Dr. Mahathir Mohamad

on February 19, 2009 7:01 PM | Permalink | Comments (177) | TrackBacks (0)

Dear Hanan,

1. I think I cannot convince you on anything simply because your perception of things is not based on logic or reason but merely on your strong belief that you are always right, even if the whole world says you are wrong.

2. Jews have lived with Muslims in Muslim countries for centuries without any serious problem.

3. On the other hand in Europe, Jews were persecuted. Every now and again there would be pogroms when the Europeans would massacre Jews. The Holocaust did not happen in Muslim countries. Muslims may discriminate against Jews but did not massacre them.


4. But now you are fighting the largely Muslim Palestinians. It cannot be because of religious differences or the killing of Jews living among them. It must be because you have taken their land and expelled them from their homeland. It is therefore not a religious war. But of course as you seek sympathisers from among the non-Muslims, the Palestinians seek sympathisers among the Muslims. That still does not make the war a religious war.

5. Whether you speak Hebrew or not is not relevant. Lots of people who are not English speak English. They don't belong to England. For centuries you could speak Hebrew but remained Germans, British, French, Russians etc.

6. Lots of Jews cannot speak Hebrew but they are still Jews. Merely being able to speak Hebrew does not entitle you to claim Palestine.

7. The Jews had lived in Europe for centuries. They identify themselves with their domicile. They fought the wars of these countries often against other Jews living in enemy countries.

8. These countries are their homeland. So why should they take Palestinian land to make their own country? They could take any of the European countries as their own country. The United States of America should offer one of its states as Israel.

9. As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go to war to regain our land especially as there are Malays living there.

10. But we want to live in peace with our neighbours. So we accept the borders drawn by the colonialists.

11. You may say it is a joke to believe the Philistines are the forebears of the Palestinians. But what may be a joke to you is a serious belief of much of the non-Jewish world.

12. We did not have a Jewish representative at our conference. But I am sure when you have a conference in Israel you did not have Muslim representatives either.

13. I can sympathise over the killings of the Jews. But show me pictures of total destruction of Israeli towns and villages. Show me the effect of the primitive Hamas rockets on the Israeli people. Compare them with the effects of your bombs, rockets, shells, chemical weapons you used on the Gazans. When did Hamas blockade you and starve Israeli people and deprive them of medical attention. Did Hamas build a wall to separate Israelis from other Israelis including from family members? Did Hamas build settlements in Israel?

14. This idea of out-terrorising the terrorists, of massive retaliation on a scale that horrifies the whole world will not work.

15. Our people who went to Gaza were amazed at the attitude of the people there. Even after the deaths of so many of them, the deaths of their children and babies; even after their towns have been flattened, their schools and hospitals destroyed, they show no fear. Every one of them expects to die at any time because of your attacks but they would never surrender. When asked they simply said it is their land and they would defend it to the last. Even an Arab Christian priest was determined to stay on in Gaza. Those of their children who survive will prepare themselves to defend their land like their parents. Your attacks fail to terrify them or to force them to submit. You only succeed in instilling greater hatred of Israel and the Israelis.

16. When it was pointed out to them that they are no match for the Israeli forces and their weapons of mass destruction, when it was pointed out that their rockets were primitive and cannot compare with the destructiveness of Israeli rockets, they were not disheartened. The Israeli attacks simply strengthened their resolve to go on fighting. The Israeli idea to out-terrorise them has not worked and I believe it would not work.

17. Your arguments simply confirm my belief that the Jews have the same degree of hatred for the Palestinians, despite the fact that you suffer less than them.

18. The war has degenerated into a feud between Palestinians and Israelis. The Palestinians know they cannot win the war but that simply heightened their hatred for Israelis. They will nevertheless try to kill Jews, even if that will intensify Jewish hatred for the Palestinians. And you will retaliate with many times greater ferocity because you cannot force them to their knees. Their resistance simply increase your anger and hatred of them.

19. We have come to an impasse. If Israel is bent on occupying Palestinian land, on building Jewish settlements, on building Berlin walls and on sanctions and blockade, the Palestinians will continue their futile attacks. Arabs will die, maybe 10 for every one Jew. But with the hatred for Jews which they harbour, that is a worthwhile sacrifice. And Jews will kill more Arabs to express their hatred. And so it will go on as it had gone for 60 years, as it will go on for another 60 years or more.

20. Dear Hanan, tell your Government to compromise.



sementara di bumi melayu
sultan perak raja melayu
dirgahayu tuanku

adakah in cukup bahan bukti
saperti yang akan dineracakan
segala amalan dan berbicara segala saksi

terima kasih beras tujuh butir
bismillah dan selawat baginda rasul

kemudian kunyah dan telan

(tertibnya - niat di mana?)



kepada allah berserah

Sal said...

Sekiranya Bukit Lanjan ini letaknya dalam negeri Kedah atau Terengganu atau di Kelantan, sudah pasti pengundi akan menganggap kes Elizabet Wing ini sebagai suatu kes moral. Tetapi Bukit Lanjan terletak di kawasan Petaling, Selangor. Besar kemungkinan bagi penduduk bandar yang sudah biasa dengan kehidupan liberal terutama diantara orang bukan Islam, ini bukan isu moral tetapi isu invasion of privacy. Samada kes ini adalah kerja orang BN atau orang dalam PKR sendiri tidak penting, yang penting, dari persepsi pengundi ini adalah kerja jahat orang BN. Oleh itu saya predict, sekiranya terdapat by-elction di Bukit Lanjan, PKR akan menang dengan majoriti lebih banyak dari waktu Elizabeth Wong.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Tuan,

Setiap kali berita kejutan politik diletuskan dek pemain-pemainnya, saya terbayangkan kecukupan barang keperluan dapur di rumah.

Saya teringatkan jiran yang entah makan entahkan tidak, terkenangkan masa depan anak-anak yang tak dapat lagi di rancang seperti sebelumnya.

Malah, setiap malam tidur saya tak lena kerana banyak penjenayah berkeliaran akibat pihak polis disibukkan dengan isu-isu sensasi demi memuaskan serakah pemain politik.

Tidak berapa lama lagi saya akan dihidangkan pula dengan hiruk pikuk tiga buah bukit di dalam tiga buah negeri. Maka makin bertambahlah kebimbangan saya.

Tiga bukit itu pasti menentukan suka atau muak nya rakyat dengan politik. Lihat saje peratusan keluar mengundi / undi rosak nanti.

Tiga bukit itu juga yang akan menentukan di mana pilihan sebenar rakyat terbanyak antara retorik Ketuanan Melayu atau retorik Ketuanan Rakyat.

Khirjr said...

Kenapa politik Malaysia paling bodoh dalam dunia? Selepas election agenda yang sepatutnya adalah memajukan dan memakmurkan rakyat, bukannya menjatuhkan dan memburuk2kan antara satu sama lain! Komen sket dato', itu pun kalau dato' tiada kepentingan

odeen said...

TELAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR TELAJAK KATA BURUK PADAHNYA...
TELAJAK PERBUATAN ADA PENCATUR..
TELAJAK MEDIA PEMBAWA BENCANA...