Thursday, February 05, 2009

KEMELUT DUN PERAK: SIAPA SINGA DAN SIAPA MANGSANYA?


Rakyat Malaysia sedang menyaksikan satu babak politik kuasa yang cukup menarik di Dewan Undangan Negeri Perak. Tiga ADUN Pakatan Rakyat (PR) sudah meninggalkan parti masing-masing dan memilih jadi anggota bebas. Seorang ADUN BN yang baru-baru ini melompat ke PR sudah kembali semula kepada BN. Akibatnya, kedudukan kerusi dalam DUN Perak kini adalah 28 PR, 28 Barisan Nasional (BN) dan 3 bebas.

Oleh itu, siapakah yang menguasai DUN Perak pada ketika ini? Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menganggap dirinya masih lagi Menteri Besar, telah mengadap Sultan Perak dan memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak dengan serta merta. Beliau yakin bahawa sebarang keputusan oleh Sultan Perak akan dibuat secara adil.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku pengerusi BN pula berkata bahawa BN kini bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak kerana empat ADUN yang telah meninggalkan parti masing-masing dikatakan akan menyokong BN.

Dinamisme politik di atas membuktikan bahawa PR dan BN seolah-olah terlupa akan beberapa masalah teknikal, dan mungkin juga masalah perlembagaan, yang melingkari kemelut berkenaan.

Antara masalahnya adalah: bolehkah DUN Perak dibubarkan jika kedudukan PR dan BN adalah seri, sementara tiga ADUN bebas pula dijangka melompat ke BN untuk membolehkan BN memperolehi majoriti mudah dan menguasai Kerajaan Negeri Perak? Satu lagi masalah: adakah tiga ADUN PR yang sudah menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ADUN masih boleh dianggap sebagai ADUN? Atau, adakah surat perletakan jawatan itu sah di sini undang-undang dan akan diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya?

Bagaimanapun, BN dan PR wajar insaf bahawa politik kuasa adalah politik mengenai survival, adalah politik mengenai keselamatan, adalah politik mengenai kepentingan, adalah politik untuk mengekalkan kuasa politik. Jadi, inilah masanya untuk BN dan PR megaplikasikan doktrin politik kuasa Machiavelli. BN dan PR mestilah calculative, decisive dan exploitative. BN dan PR mestilah tangkas dan pantas. BN dan PR mestilah pintar menyambar peluang secara berkesan dan bijaksana. BN dan PR perlulah prokatif dan pre-emtif dalam keputusan dan tindakannya. BN dan PR wajar bertindak seperti seekor singa yang sentiasa mementingkan survival dirinya.

Jadi, jika BN dan PR itu umpama singa dalam andaian Machiavelli, maka perlulah BN dan PR menerkam mangsanya dengan terkaman maut. Kalau mangsa yang diterkam masih terus bernyawa, ini bermakna singa itu tidak calculative dan tidak tangkas. Ini kerana dalam proses menentukan survival, Machiavelli mengharapkan singa itu bertindak kejam, sekiranya perlu.

Dalam menentukan survival, Michiavelli juga mengizinkan singa itu mengenepikan nilai moral peribadi, jika terpaksa. Dalam politik kuasa, kata Machiavelli, nilai moral peribadi tidak relevan untuk diaplikasikan. Dalam menentukan survivalnya juga, singa tidak digalakkan untuk membangkitkan soal keadilan.

Dan jangan lupa. Machiavelli juga mengatakan, dalam menentukan survival diri, singa itu perlu juga memiliki tabii rubah yang licik. Jika perlu berbohong demi kepentingan ramai, lakukanlah secara honourable.

Apa yang dihuraikan di atas hanya gagasan Machiavelli yang hidup di era Greek kuno. Mungkin doktrin kuasa Machiavelli ini tidak relevan pada hari ini. Tetapi, bagaimana agaknya jika BN dan PR juga menggunakan doktrin ini untuk mengatasi kemelut yang sedang dihadapi di Perak? Tetapi, kalaulah PR Perak faham akan doktrin ini, pastinya Nizar tidak mengharapkan keadilan daripada mana-mana pihak!

Dengan itu, sama-samalah kita tunggu. Siapa agaknya yang akan jadi singa dan siapa pula yang akan jadi mangsa kepada singa dalam konteks gagasan Machiavelli ini. Mungkinkah PR akan berjaya membubarkan DUN Perak? Mungkinkah Nizar dan Exconya menerima realiti politik kuasa dan sedia mengosongkan kerusi masing-masing dalam Kerajaan Negeri Perak? Mungkinkah BN akan berkuasa semula di Perak? Dan, oleh kerana sudah ada dua tiga ADUN BN yang berangan-angan hendak jadi MP Perak yang baru, siapakah dianya? – Ruhanie Ahmad

14 comments:

Anonymous said...

Lihatlah bertapa kucar-kacirnya pembangkang. PKR & PAS perlu sertai UMNO. DAP perlu ditinggalkan, malah dilemparkan jauh2 coz agenda mereka amat buruk bagi orang melayu.
View Profile: Rantong

Unknown said...

Amat sukar untuk meramalkan apa yang terjadi kerana ia adalah satu peristiwa yang jarang berlaku. Namun saya melihat sebagai perkara positif dan BN mengambil risiko yang tinggi. Mengapa ADUN tersebut melompat parti sudah tentu akan menjadi tanda soal rakyat.

Saya mengharapkan pemilihan UMNO pada bulan MAC berjalan lancar. Rakyat bertumpu kepada pemilihan UMNO pada kali ini. Jika pemimpin yang dipilih mempunyai reputasi yang tidak baik dipilih, agak sukar UMNO untuk berubah. Untuk mengubah rakyat, hendaklah diubah persepsi rakyat.

Saya berharap agar, UMNO dan BN tidak selalu dalam suasana politik kera ia menjejaskan pentadbiran dalam suasana kegawatan ekonomi. Banyak lagi usaha yang harus dilakukan.

Saya dari kalangan belia berharap Dato dapat dilantik menjadi ahli MT agar dato boleh memberi pandangan dan kritikan agar ia di atas jalan yang betul.

luaskanmata said...

Amww Datuk:

Saya berpendapat sebagai seorang Islam, wajarlah semua pihak berkaitan mencontohi cara nabi, sahabat dan para fuqaha terdahulu berpolitik. Islam ada acuannya tersendiri.

Ibn Khaldun misalnya meletakkan fungsi pemerintah itu sebagai "mentadbir dunia" dan "menegakkan agama".

Justeru, PR dan BN yang dipimpin oleh mereka yang mengaku akan ketauhidan Allah wajarlah menghayati lunas-lunas Islam apatah lagi ketika saat sebegini.

Sebagai seorang rakyat yang mengharapkan kebaikan, sejak dulu saya bencikan politik yang diperkukuhkan secara lompat. Itu perangai budak-budak, tak kiralah PR ataupun BN.

Salam jihad.

Mudskipper said...

Salam. Pagi yang ceria!. Negeri Perak telah mendapat rohnya kembali. Perak telah bebas dari pemerintahan suku-sakat Chin Peng yang bersembunyi di bawah kopiah PAS!

Ya ALLAH, selamatlah Negeri Perak Darul Ridzuan!

abunawas said...

Kemelot mutakkhir ini terlalu banyak implikasi kepada banyak pihak serta terlalu banyak spekulasi dan telahan boleh dan akan dibuat oleh berbagai pihak.

Antaranya ianya menguatkan atau merobah persepsi rakyat terhadap parti-parti politik dan para politikus. Ini memang patut dan munasabah.

Tetapi ia juga membabitkan persepsi rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis dan seterusnya mungkin pula Badan Kehakiman.

Lebih malang pula ia membabitkan DYMM Sultan dek kerenah politikus dan parti-parti politik. Kita doakan DYMM mendapt petunjuk buat kesejahteraan semua.

Dunia ini pastinya bukan tempat kita mengharap semua manusia akan bekelakuan dan bersikap sempurna dan mulia. Ianya tempat kita berkorban dan melawan hawa nafsu. Tentunya tanpa kecuali, setiap apa yang kita lakukan ada hubung kait dengan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah.

Al-Yasar said...

Kita agaknya terpaksa menyerah kepada kenyataan bahawa politik itu memang kotor, dan dalam politik "matlamat memang menghalalkan cara".

Jadi kita ketepikanlah segala prinsip dan nilai, dan kita lakukanlah apa saja demi mengejar kepentingan dan kuasa.

Tapi betulkah begitu?

Bila Diary Bercerita said...

Singa - Orang-orang politik yang gila kuasa.
Mangsa - rakyat biasa yang dah tak larat nak meratap hiba fikir nak sokong siapa....

hlekir said...

Benar kata dato', MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Nampak sangat kerakusan BN dalam hal ini, sedangkan BN memperolehi 27/28 kerusi di DUN Perak dan mampu menjadi pembangkang yang kuat dan berhemah. Mengapa tidak buktikan pada rakyat menjadi pembangkang di DUN juga mampu memberikan idea2, sumbangan kepada rakyat sekaligus memberi tamparan kepada pembangkang di Parlimen? Namun BN (khususnya DSN) cenderung kepada kaedah yang rakus, dan kesannya akan dapat dilihat dalam PRU13. Dato' ingat kata2 saya ini....

aoazmi said...

Datuk Ron,

Doktrin Michiavelli itu telah dimamah sejarah. Di Malaysia ahli politik tak guna doktrin berkenaan kerana kita masih negara bersultan. Dalam kes Perak, Sultan boleh menentukan sesaorang pemimpin boleh memerintah negeri (dengan izinnya)atau tidak.

Untuk pemimpin Malaysia melaksanakan ideologi Michiavelli ianya memerlukan perubahan minda yang drastik. Saya percaya pemimpin-pemimpin PR atau BN masih waras kerana mereka masih ada nilai-nilai keislaman didalam hatinya.Kebanyakan pemimpin sekarang hanya 'politik kantong' dan 'gila kuasa'. Tak banyak yang petriotik seperti dahulu.

Salam..

ade said...

MEMANG KISAH RAMPASAN KUASA DI PERAK NI SAMALAH SEPERTI WAKTU HANG JEBAT RAMPAS KUASA WAKTU HANG TUAH DIFITNAH DAN DIBUNUH (TAPI DIBUANG) DI ZAMAN SULTAN MELAKA. KITA BOLEH SAMAKAN TRAGEDI DI PERAK NI DENGAN DI MELAKA SEBAB KERIS TAMING SARI ADA DI ISTANA PERAK-SEBAB TU TRAGEDI RAMPASAN NI BERLAKU. KITA TAHU SEKARANG SIAPA HANG JEBAT NYE…(MUNGKINKAH DS NAJIB???)FIKIRKANLAH…CUMA HANG TUAH AKAN KEMBALI SIKIT MASA LAGI…MUNGKINKAH HANG TUAH ITU DS ANWAR ATAUPUN DS MOHD.NIZAR???PERTIKAMAN HEBAT BAKAL BERLAKU YANG PASTI HANG JEBAT AKAN TEWAS SEKALI LAGI DI PERAK…!TUNGGUUUU!HITORY WILL REPEAT ITSELF!

Unknown said...

sekarang ini PR dan BN masing-masing mahu untuk kekalkan survival mereka dalam kancah politik tanahair.tapi dalam hal ini kita nampak yang PR kurang berpendirian.

PR yang diketuai oleh Anwar berkata dia akan membina kerajaan baru melalui parti.tunggu punya tunggu yang ada hanya tarikh yang ditunda,ahli veteran dan ahli bukan ADUN yang masuk kedalam PR.cuma yang terbaru ini di mana Nasarudih(ADUN) masuk PR tetapi telah keluar semua bagi mnyertai UMNO.

kini PR di Perak dalam keadaan terumbang ambing.sebelum ini nampak sebahagian besar menyokong cara Anwar tapi kini bila BN yang mendapat manfaat dari cara Anwar maka tak boleh pula?.bila sudah kena batang hidung sendiri barulah nak kata benda lain.mahu adakan pilihanraya lah kata PR.tapi adakah PR mahu adakan pilihanraya jika mereka yang berjaya membentuk kerajaan dengan cara Anwar?

gjoy said...

jonas,

Jadi kalau BN rasa cara Anwar itu salah, jadi bagus ke kalau BN ikut cara yg sama?

Kalau kita benci perbuatan kawan kita suka mencuri, kita nasihat, halang dan elakkan diri kita dan orang lain daripada buat perkara yang sama.

Kalau ikut moral BN dan penyokongnya, bila mereka benci orang mencuri, mereka mencuri lebih banyak lagi. Mereka kata mencuri bagus dan tak salah kerana bukan mereka yang mula-mula sekali mencuri.

Jika moral BN yang sebegitu dianggap bagus, saya pun boleh merompak, merogol, menipu, menyeleweng, membunuh dan sebagainya tanpa satu dosa pun kerana bukan saya yang mula-mula sekali buat perkara tersebut. Orang lain yang ajar saya.

abunawas said...

Analogi Singa dan Mangsa amat menarik dari segi strategy.

Namun Singa bertindak benar-benar mengikut fitrah azali. Tiada ia menyerang kecuali untuk rezki yang memang sedemikian rupa caranya...sunnatullah.

Tidak pula Singa menyerang untuk berlaku zalim atau bersuka-suka atau ia hanya akan meyerang bila ia terasa akan tergugat/teranyaya...ayat yang diguna-pakai oleh Amerika dan Israel " pre-emptive strike in self defence". Maka binatang tidak perlu dibekalkan akal. Tindak tanduknya tidak lain tidak bukan dalam ketaatan pada Allah. Lihatlah Singa bila menyerang ia pastikan serangannya ditempat yang mudah mati agar tiada azab berpanjangan sebelum mangsa mati(untuk menghindarkan kezaliman...juga difitrahkan Allah)... tu lah juga kaedah sembelihan yang menuntut urat marih jadi sasaran, pisau yang tajam ditambah dengan kalimah-kalimah Allah sebelum menyembelih dan menghadap qiblat. Wajiblah kita sedari bahawa bukankah selain dari manusia, jin dan syaitan, apa jua yang berada di langit dan di bumi senentiasa bertasbih dan bertahmid pada Allah.

Akal tidak perlu jika nafsu buas tidak ada. Tetapi akal bisa mengakal-ngakal dan memandai-mandai sehingga akhirnya akal jua yang menipu dalam bentuk membenarkan sesuatu....macam juga the end justifies the means/matlamat menghalalkan cara. Maka di sini terletak peranan iman dan taqwa.

Ternyata ada perbezaan disitu. Adaikata manusia melangkauwi fitrah sunnatullah sebenar, maka ia lebih teruk dari binatang.

Cobaan dan dugaan tidak terbatas. Acapkali kita lihat yang bermula dengan baik boleh berkesudahan dengan yang tidak baik hanya kerana sesuatu yang menimpa seperti teranyaya lalu membalas dendam, kecurian kasut di masjid lalu mencuri kasut orang lain (mungkin dalam pura-pura tertukar... yang sebenarnya terdesak memerlukan kasut setelah kasutnya yang sah telah kecurian) dan berbagai-bagai lagi kisah yang serba mungkin.

Two wrongs will not make one right.

Highly likely, pengundi tidak berparti akan menjadi lebih kritikal dan berpengaruh dalam PRU akan datang kerana kemelot semenjak 308 sehingga PRU akan datang akan terus membentuk wajah dan rupa parti-parti politik serta politikus dengan lebih jelas. The next PRU will be interesting to watch

has said...

Memang kena batang hidung PR sekarang nih...Kalau diorang buat takpe tetapi kalau orang lain buat tak boleh, buruk, hina dll. Harapan saya agar PAS boleh keluar PR dan memerintah dengan prinsip mereka tersendiri. Jangan ikut PKR dan DAP yang meragukan itu. UMNO juga perlu betulkan diri kerana rakyat sekarang memerhatikan parti tersebut dengan kritis.