Monday, February 09, 2009

AL-FATEHAH: AHLI PARLIMEN PAS BUKIT GANTANG MENINGGAL DUNIA PAGI TADI

Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Roslan Shaharum, 50, meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat sakit jantung. Blog ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatehah! – Ruhanie Ahmad

ROSLAN MENINGGAL KERANA SERANGAN JANTUNG

IPOH 9 Feb. - Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.

Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Universiti Terbuka Malaysia. – (2.30 Petang) Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

2 comments:

zeme said...

Salam Datuk,

Al-fatihah buat keluarga Allahyarham. Meskipun berlainan ideologi dan kepartian, tetapi kita semua sebagai hamba kepada Allah SWT yang satu. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan insan beriman. Amin.

Wasalam.

Shade said...

Pas tidak mahu menyertai BN walau dimana-mana kerana Pas telah merasai 'PENGALAMAN PAHIT' tatkala bersama mereka.