Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima (November 2003-Mac 2009). Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat (1981-2003). Mahathir serahkan kuasa kepada Abdullah sewaktu Malaysia berada dalam keadaan politik yang stabil dan harum namanya di arena antarabangsa, khususnya menerusi dasar dan hubungan internasionalnya yang berpaksikan kepada konsep active internationalism - konsep yang menitikberatkan keselamatan dan kemakmuran negara-negara sahabat demi mewujudkan keamanan sejagat secara jangka panjang. Abdullah (Insya Allah) juga akan serah kuasa kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bakal Perdana Menteri Malaysia keenam. Tetapi Abdullah serahkan tampuk kepimpinan negara kepada Najib sewaktu keadaan siasah negara yang kita sendiri amat maklum akan situasi dan punca-puncanya mutakhir ini.
Oleh itu, terserahlah jika Abdullah mahu dilantik sebagai seorang Menteri Kanan dalam pentadbiran Najib, semata-mata untuk mengatasi dilema kecanggungan susunan dan barisan tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, selapas melepaskan jawatan Perdana Menteri hujung Mac 2009. – Ruhanie Ahmad
PARLIMEN: ABDULLAH DICADANG DIBERI JAWATAN MENTERI KANAN
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi jawatan Menteri Kanan seperti Lee Kuan Yew di Singapura selepas melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata langkah itu sesuai kerana jasa Abdullah yang terlalu besar kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini.
"Apabila Perdana Menteri kita ini lepaskan jawatan, beliau akan menjadi anggota Parlimen biasa. Jadi kedudukan dia dalam Dewan ini di mana, takkanlah hendak duduk di sebelah Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), tidak patut la kan?
"Agaknya boleh tak kita ikut negara jiran bagi beliau kedudukan Menteri Kanan. Pasal Perdana Menteri yang lepas-lepas tidak berhenti di tengah jalan dan tidak bertanding dalam pilihan raya berikutnya," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. - BERNAMA
Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=391706
MENTERI KANAN SINGAPURA
Keadaan politik di Singapura ialah apabila seseorang Perdana Menteri bersara daripada kerajaan, maka dia akan dilantik memegang jawatan sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri berikutnya. Walaupun demikian, ramai penganalisa politik melihat keadaan ini sebagai satu tindakan yang mempunyai kepentingan politik tertentu. Menteri Kanan yang terkini ialah Goh Chok Tong, bekas Perdana Menteri Singapura yang telah memegang jawatan ini sejak 12 Ogos 2004. Menteri Kanan sebelum Goh ialah Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pertama. – dipetik daripada Wikipedia Bahasa Melayu.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Menteri_Kanan
MENTERI MENTOR SINGAPURA
Menteri Mentor ialah sebuah jawatan yang diwujudkan di Singapura pada tahun 2004 semasa berlaku rombakan kabinet. Menteri Mentor pertama dan terkini Singapura ialah Lee Kuan Yew. Perdana Menteri yang baru dilantik iaitu Lee Hsien Loong telah mengumumkan mengenai perkara itu pada 12 Ogos 2004. Lee Kuan Yew sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri Singapura (1965-1990) dan Menteri Kanan (1990-2004). Penubuhan jawatan ini ialah salah satu cara untuk mengekalkan Lee dalam kabinet selepas Perdana Menteri kedua Singapura, Goh Chok Tong meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Hal ini bagi memberi laluan kepada Lee Hsien Loong iaitu anak Lee Kuan Yew untuk menjadi Perdana Menteri. Peranan dan tanggungjawab Menteri Mentor ialah untuk meberi nasihat dan cadangan. – dipetik daripada Wikipedia Bahasa Melayu.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Menteri_Mentor
ABDULLAH TIDAK AKAN LAKUKAN YANG MEMALUKAN KERAJAAN
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan kerajaan, setelah beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Ini tidak bermakna anda tidak boleh lakukan sesuatu. Anda boleh lakukan sesuatu (konstruktif) tanpa memalukan kerajaan," kata beliau pada jamuan makan malam sembang-sembang apabila ditanya sama ada beliau melihat sebarang peranan untuk beliau mengenai arena antarabangsa apabila beliau melepaskan jawatan.
"Saya lebih berminat untuk berbincang dengan Najib (Timbalan Perdana Menteri dan pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum saya ingin melakukan sesuatu (seperti itu)," kata Abdullah. - BERNAMA
Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=391834
20 comments:
Dato Ron yang dihurmati.
Igauan selalunya datang dari kesan perbuatan kita yang melampau sebelum tidur.
Mimpi pula selalunya datang dari rawan kita yang ada masa diluar apa yang kita fikirkan.
Igauan dan mimpi bukanlah realiti.
Oleh itu untuk Pak Lah berada di sisi Najib adalah igauan dan impian politik sahaja. WalAllahualam!
PakLah adalah bagasi kepada Najib dlm erti kata politik
Imej Paklah telak rosak dimata kaca rakyat dan International
Paklah tidak mengambil peluang di arena antarabangsa apabila beliau menjadi pengerusi NAM dan OIC beliau telah kehilangan kredibiliti
Kalau melihat logic Nazri Paklah bolihlah dilantik sebagai ambassador bertaraf menteri dijabatan perdana menteri
Untuk memberikan kredibiliti kpd kabinet Najib juga perlu membawa beberapa orang personaliti yg memang diketahui ramai sebagai cekap dan efficien
Tun M , Tunku Razaleigh dan Rafidah Aziz perlu dibawa kedlm kabinet sebagai senior minister
Najib misti memilih kabinetnya berdasarkan meritokrasi dan kepakaran dan Najib jangan sekali bersikap terlalu apologetik kpd gulungan dan kolompok kecil
Rakyat melihat lebih dari 80% menteri dan Timbalan menteri yg ada sekarang perlu diganti
boleh la dato'.. minta separuh gaji dia disumbang kepada anak yatim...
apa kerja menteri kanan tu dato'?
SALAM,
PENDAPAT SAYA BILA ABD. DAH LETAK JAWATAN PM, DIA KENA LETAK JAWATAN SEMUA DALAM POLITIK.
TAK PAYAH PIKIR2 PASAL POLITIK LAGI, BEREHATLAH BERSAMA ISTERI DAN CUCU.
PERBANYAKAN AMALAN MANA2 YANG DAH TERTINGGAL.
Ybg Datuk,
Minta laluan,
Apa yang tengah saya fikirkan sekarang ialah kita umat Islam di Malaysia ini mesti Bersatu …Bila seorang menyeru agar kita bersatu tiada pun yang mahu menyahut seruan itu….kita lebih leka melayani perbezaan pendapat di antara kita dari memikirkan kebaikan bersatu…Bila Tuhan suruh kita bersatu hati sudah tentu banyak himahnya yang kita tak nampak….
Perpecahan kita bukan apa sangat cuma nak naikkan gulungan kita supaya berkuasa dan bila berkuasa kita nak tenguk di jalankan apa yang dirancangkan oleh gulungan tertentu….tapi apa pun tujuan baik yang ada kalau umat tak bersatu tak akan tercapai apa apa pun…
Persatuan itu adalah segala galanya…kalau kita tak punya tujuan pun tapi tujuan hanya untuk bersatu kita akan di rahmati Allah dengan limpahan ramatnya yang kita tak jangka…
Ingat lah berhujah dan berhujah untuk mengatakan kita benar sebenarnya hanya akan menjadi sebaliknya..Kebenaran sebenarnya berlapis lapis seperti labu bawang…apa yang kita fakir benar sekarang tapi sebenarnya ada lagi kebenaran yang hakiki di sebaliknya (Contoh terdekat…kita kata apa yang kita minum itu air tetapi sebenarnya bukan air tetapi hydrogen dan oxygen dan di sebalik hydrogen dan oxygen pada hakikinya adalah electron semuanya…)
Jangan bangga dengan ‘kebenaran’ yang kita temui kerana ada lagi kebenarannya di sebaliknya yang kita belum temui….
Imam Ghazali satu masa dulu memang kuat berhujah sehingga orang memberi gelaran Hujatul Islam..tapi akhir hayatnya dia berubah sikap, setelah banyak mengamalkan ajaran tasauf mengikut abangnya, lalu dia mengelak dirinya dari berhujah…katanya, dalam berhujah tiada yang menang..masing masing bukan mencari kebenaran masing akan mendabik dada, dia lah yang lebih berilmu …ini lebih mendatangkan dosa, banyak buruknya dari baiknya kalau banyak berhujah…
(Nak memahamkan seorang dengan fahaman kita atau nak seorang itu melihat dengan microscope yang kita tenguk , agak memakan masa yang lama juga , kadang kadang berhujah tidak mendatang kan hasil yang di kehendaki,malah kita kan bermusuhan akhirnya. )
Walhal apa yang kita sangka “ilmu yang kita rasa perolehi lebih baik dari orang lain’ sebenarnya bukan milik kita , semua ilmu dari Tuhan belaka, in reality we are nothing…oleh kerana itu kenapa mesti berbangga diri…kita jangan lah mengambil sikap kita berbeza dengan kumpulan itu dari banyak segi walaupun mereka seugama..Ini kah pendirian kita sehingga kita menolak untuk bersatu bila ada seruan untuk bersatu?…
Kenapa kita tidak sahut seruan bersatu itu dulu..mengapa? tak yakin ke bila bersatu nanti rahmat akan turun kepada semua dan apa yang kita idamkan itu akan akhirnya tercapai juga?
Berpecah belah sebenarnya hanya tuntutan hawa nafsu yang di tunggangi oleh iblis…Hakikat ini kita mesti terima…iblis lah di belakang setiap perbuatan sengketa dan berpecah belah….
Dan mana mana pemimpin berugama Islam yang tak mahu bersatu memang lah dia membiarkan dirinya di perkudakan oleh iblis…
Kalau kita bersatu, walaupun dari mulanya timbul satu idea yang kabur tapi nampak ada kebaikan didalam, idea itu lalu sama sama dibaiki sudah tentu akan menjadi baik dan lebih mantap…tiap tiap ahli yang bersatu adalah kepingan batu bata…
Kalau umat Islam di Malaysia ini boleh bersatu sudah tentu jadi umat Islam pertama di dunia yang bersatu mengatasi Orang Islam Arab , Pakistan dan lain lain lagi…
Mungkin soalan timbul siapa kah patut di ikuti?
Kalau di Negara dimana penduduk Islamnya minority, sudah tentu kalau terdapat ‘President “ Negara itu orang Islam sudah tentu mereka bergembira, contoh di America, bila Obama nak jadi President saja, harapan orang Islam di Amerika menggunung tinggi menunggu ‘rahmat’ .Itu baru seorang murtad… belum Islam
Kita kena akur kuasa ada lah pemberian mutlah Allah SWT kepada seorang , dia yang sebenarnya melantik pemimpin, baik pemimpin itu beriman atau tidak beriman, semuanya adalah kuasa Dia dan dia yang Maha Mengatahui akan muslihat kenapa dia melantik sesorang itu jadi pemimpin.
Di Malaysia umat Islam mesti bersyukur kerana Allah masih mengekalkan orang Islam sebagai Pemimpin ( Perdana Menteri dan Raja Rajanya).
Di Malaysia boleh berlaku di sebaliknya dengan kehendak Allah jua.
Memang lah kita orang Islam di tuntut untuk mematuhi pemimpin yang berugama Islam, Semasa Allah memberi kuasa padanya kita patuh lah, sekiranya ada kemunkaran yang di lakukannya dosanya pemimpin itu yang tanggung, rakyat hanya boleh memberitahu apa yang mungkar….
Kalau rakyat rasa kemungkaran terlalu teruk sehingga Pemimpin menduakan Tuhan seperti kisah wali wali dalam surah Alkalfi , boleh berhijrah ke lain Negara.
Yang utama nak di ceritakan di sini ialah Persatuan itu .
Saya rasa Datuk Faham .Kenapa kita tidak jadi kan ini agenda kita bersama bermula hari ini…lain tiada kita nak perkatakan hanya seruan terus menerus agar semua kita bersatu…dan kita minta kawan kawan kita bersama menganjurkan nya dan sentisa berdoa tak putus putus agar kita bersatu…Amin…
Pak Lah mahu ke ?
dato ron,
sapa pulak yang memandai nak cadangkan abdullah jadi menteri kanan?
mintak tolong dato ron bagi tahu ahli parlimen tu jangan buang masa rakyat. kami dah letih dengan pentadbiran abdullah dato ron. dah tak boleh tahan ni.
lagi lama dia kat dalam kabinet atau dekat kabinet atau hampir dengan orang kabinet susah kita orang.
maaf dato ron,
kami dah tak boleh tahan dengan keadaan sekarang. melantik abdullah merupakan satu kesilapan besar tun mahathir (saya rasa tun mahathir pun fikir begitu)
Salam Bahagia Dato',
Pada hemat saya lah..!! Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi PERLU melepaskan kerusi Ahli Parlimen yang beliau sandang sekarang. Selepas menyerah kuasa PM kpd Tok Sri Najib kelak.
Langkah ini lagi lah PALING sesuai dan juga MemperTinggikan lagi Martabat beliau. Selain "jasa-jasa nya yang TERLALU BESAR kpd rakyat"...!!
Ia juga sekali gus..!! Menyelesaikan masalah, dilema kecanggungan susunan kerusi di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Demi untok menabahkan lagi..keredibeliti Pak Lah yang akan bergelar Mantan PM Malaysia. Dengan bersemangat berkobar-kobar dan setulus ikhlas , berkempen-lah bermati-matian demi untok kemenangan calon ganti yang beliau pilih itu..!!
Saya percaya rakyat akan sokong calon pilihan beliau demi mengenangkan jasa nya yang terlalu BESAR kepada rakyat dan negara. Dan jasa-jasanya , pada kawasan Parlimen yang beliau pernah wakili..dah tentunya berlambak-ruak...!! Tak kan-lah rakyat kawasan belau lupa kut..., Jasa-jasanya yang pernah depa kecapi sekian lamanya itu...!!
Akhir kalam..Pak Lah akan di anggap Hero-Pahlawan UMNO sejati...!! Kerana Tak Mementingkan diri....tapi Pak Lah rela Berkorban demi Parti..Negara dan juga elak dari... Kecanggungan ...kedudokan kan kerusi di Parlimen.
Membiar kan PM baru Tok Sri Najib...melakari hala tuju nya tanpa gangguuan. Serperti mana yang pernah di lakukan oleh Mantan PM Tun Mahathir...masa belau serah 'baton' PM kpd Pak Lah di satu ketika dulu...!!
Sekian Wasalam ..dari seoghang Pengundi PRK P059...!!!
Salam Dato',
Menteri Kanan? Satu kedudukan yang mempunyai kuasa menentukan hala tuju politik, ekonomi dan pembangunan negara? Kenapa tak beri sahaja jawatan penasihat syarikat2 GLC macam apa yang Tunku Rahman Putra, tun Hussein onn @ Tun Mahathir dapat? Bunyi macam tak nak lepas jawatan PM jer... By the way, MP mana punya idea ni?
"Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata langkah itu sesuai kerana jasa Abdullah yang terlalu besar kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini."
Huh? Was he talking about the same Abdullah, the existing PM that I know? "Jasa yang terlalu besar" like what?" Corridor? Sheesh... I don't think being a good FIL is considered "jasa besar."
-----
"...takkanlah hendak duduk di sebelah Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), tidak patut la kan?"
Yes, tak patut. Seen him for the last 5 years or so. No need for another day.
----
"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan kerajaan, setelah beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri."
Fine. Agree with you sir. Can you please don't say a thing, don't lift a finger and just don't move or touch anything after this? Thank you.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata langkah itu sesuai kerana jasa Abdullah yang "terlalu besar" kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini.
Boleh tak YB Sri Gading jelaskan dengan terang apakah sumbangan & jasa yg BESAR itu??
Mengapakah YB Sri Gading tidak berkata perkara yg sama ketika Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan beliau kepada Pak Lah??? Bukankah kalau diikutkan jasa & sumbangan Tun mentadbir negara selama 22 tahun dengan pelbagai pembangunan insfrastuktur, ekonomi, sosial, teknologi, dll lebih BESAR dan BERJAYA serta boleh dilihat dengan mata kasar melebihi jasa Pak Lah yg hanya boleh berbangga dengan "model-model miniature" pelan koridor wilayah yang tidak tentu berjaya atau tidak itu?? serta perlukah diagungkan pemimpin yg telah mencemarkan sistem politik di negara Malaysia ini??
Sila jawab... Terima kasih...
Salam Datuk Ron,
Saya tidak menyokong cadangan Abdullah dilantik sebagai Menteri Kanan. Saya lebih suka beliau dicalonkan ke jawatan "Menteri Kiri Malaysia". Dr. Mahathir lebih layak untuk jawatan Menteri Kanan Malaysia.
sila pastikan ada bantal spare kat meja menteri kanan nanti
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata langkah itu sesuai kerana jasa Abdullah yang terlalu besar kepada rakyat, negara dan Parlimen sepanjang menjadi pemimpin negara hingga kini."
Dato' Ron
Nasib baik YB ne buat ucapan dalam dewan. Kalau dia buat ucap kat public
tentu satu lagi kasut akan melayang macam kat IRAQ...Berfikir dan kaji dahulu sebelum mengatakan sesuatu.
Datuk Ron,
Nampak sangat wakil wakil kita ini kaki ampu kaki bodek tidak langsung mempamirkan kewibawaan diri untuk kepentingan rakyat, bangsa dan negara.
Kita tidak perlu meniru orang. Memang orang sudah mengcapkan kita suka meniru. Saya malulah Datuk Ron. Orang johor pulak tu. Mungkin keturunan jawa. Lagi saya malu.
As'kum Dato',
1. Pertama YB yang mencadangkan supaya Pak Lah dilantik Menteri Kanan tidak bercakap berasas fikiran yang waras,ia kononnya nak tunjuk baik.YB itu harus ingat bahawa Pak Lah sebenarnya di"minta" supaya berundur kerana kerosakan yang terlalu banyak yang dilakukan kepad Umno dan negara.So enough is enough.
2. Kalau DS Najib betul2 nak menyelamatkan negara, saya bersetuju dengan cadangan supaya beliau menlantik TDM sebagai Penasihat Ekonomi (MTEN), Ku Li dan TS Rafidah(jika beliau gagal tahan jawatan Ketua Wanita) sebagai Menteri Kanan.
terbukalah tembelang masing-masing
cuma yang sangat teringin kepingin
kita tersilau hari yang pergi
tiada tergagak gemilang hari mendatang
kenapa harus Abdullah tidak gemari Menteri Kanan terlantik?
budaya melayu ini seni
semua jiwa berangan-angan
yang nabi mengharungi mimpi indah
BIARLAH MALAYSIA DENGAN ACUAN SENDIRI TIDAK PERLU MENGIKUT SINGAPORE ADA MENTERI KANAN.JIKA SUDAH DIPUTUSKAN SERAHKAN JAWATAN KITA HORMATI KEPUTUSAN DAN BERIKAN KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN KEPADA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK MENGEMUDI PEMERINTAHAN NEGARA.
Datuk Mohamad Aziz ni (Sri Gading) pandai juga bermuka2. Ini ahli politik haprak, berani dia buat kenyataan bodoh dan melucukan. Kenapa masih ada orang politik yg lebih bebal dari rakyat ?
Agak2 inilah punca BN kalah teruk kerana ramai politician UMNO macam dia ni. Berubahlah datuk, masa untuk berlakun telah tamat sedarlah orang macam datuk telah jadi laibaliti buat UMNO, kesian UMNO ada politician macam datuk.
Datuk ni lebih bodoh dari saya ke ?
Saya pun ada lihat siaran langsung persidangan parlimen yg menyiarkan Datuk Mohamad Aziz berucap. Meluat betul saya menenguknya, rupa2nya YB Sri Gading ni pandai juga berlakon dan mengampu. Dulu saya respek juga dekat dia ni tapi bila melihat akan isu ini..menyampah saya. Bukanlah saya ini anti AAB tapi kita kena bercakap, menyokong dan bertindak berdasarkan fakta. Mana fakta kejayaan AAB ?
Datuk, jgnlah tidur lagi, bangunlah PRU 13 dah tak lama lagi, jgn jadi bargasi kpd UMNO...
Berubahlah jika tidak senario politik akan berubah.
Post a Comment