Wednesday, October 10, 2007

The Toyol Code 2007:

Anai-Anai Uncle Sam Dan Lion
Akan Berhari Raya Di Malaysia

Di bawah ini adalah info terkini daripada salah seorang Toyol Kuda Kepang. Bacalah mesej berkod ini dengan sejelas-jelasnya dan secara seteliti yang mungkin.

Ia adalah mengenai kita semua selaku warganegara Malaysia. Ia adalah mengenai kedaulatan negara kita yang tercinta. Ia adalah mengenai destini anak cucu kita bersama di hari muka.

Untuk membantu anda memecahkan info di bawah ini, imbaslah kembali siri The Toyol Code di Kuda Kepang kira-kira setahun yang lalu. Kesemuanya masih tersimpan dalam arkib blog ini.

Saya hanya akan pecah dan huraikan kod ini secara terperinci, dan mungkin secara bersiri, dalam posting mulai esok.

Inilah mesej The Toyol Code paling terkini yang saya terima awal pagi ini (jam satu pagi 10 Oktober 2007). Beginilah bunyi mesej sepenuhnya:

Pekara penting perlu Toyol Code dedahkan. Sambutan Hari Raya Besar ke-12 di sambut Disember 2007.

Terima berita
pengesahan ini hari ini. Beruang Hitam telah mula import anai-anai SAM dan LION.

Pesanan terbaru: FBI akan pastikan tiada pihak boleh membuat bantahan jika terdapat cacat cela sambutan Hari Raya Besar kali ini.

Banyak pesanan saya terima mengesahkan anai-anai kini sudah mula memeta kawasan Hari Raya Besar.

Hancur negara kita kali ini. Harap-harap rakyat jelata akan berfikir panjang dan merenung jauh akan nasib dan masa depan masing-masing secara bijaksana.

Setelah anda membaca mesej berkod di atas, pasti anda dapati bahawa Hari Raya Besar yang dimaksudkan di sini bukanlah Hari Raya Aidilfitri yang akan kita sambut dua tiga hari lagi! Tapi, mungkinkah Hari Raya Besar di sini bermaksud Pilihan Raya Umum ke-12? – Ruhanie Ahmad

10 comments:

Unknown said...

Datanglah wahai singa dan helang! Setiap bumi adalah gelanggang, setiap hari adalah "Raya"!

Salam 'Aidil Fitri kpd Datuk sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين

Hasrul Halid said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

Unknown said...

Datuk, ini perkara serius. Macam mana AAB boleh biarkan aje apa menantu dia buat pada negara, bangsa dan agama kita? Saya akan tunggu huraian Datuk pasal toyol code ini. Lepas tu kita sama-sama cari jalan macam mana perbuatan khianat ni boleh kita sekat habis-habisan. Selamat hari raya maaf lahir batin.

limado said...

Kerja-kerja gadai maruah dan kedaulatan macam ni tak pernah berlaku dulu. Waktu tu tak ada pegawai lulusan BTU (British Top University macam Cambridge, macam Oxford). Adakah ini maknanya lagi bijak pandai orang tu, lagi tak guna punya manusia jadinya? Kalau tak macam tu, mana Beruang Hitam tu Pak Lah kasi muka sangat. Sampai nak lengkup bangsa. Lengkup agama. Lengkup negara? Kita kena gunakan hak kita sebagai rakyat jelata. Kita gunakan hak kita untuk hapuskan perkara gila yang kita lalui sekarang.

politica said...

Terima kasih kepada Toyol Kuda Kepang. Hantar lagi info panas-panas. Kalau tak, orang Melayu tak percaya. Dia orang kata, bloggers sebar fitnah. Dia orang kata, sapa baca blog pun sebar berita angin. Saya nak dia orang semua insaf, negara dah nak tergadai. Apa nak kita buat? Kita nak jadi Kadok? Terus bersorak walau negara tergadai? Jahanam!!!!

Unknown said...

Saya dah cakap banyak kali dah. AAB ni memang tak boleh perintah negara. Lagi lama dia berkuasa, lagi jahanam kita dibuatnya. Kalau dah gitu, tau-taulah apa yang nak kita buat…

Unknown said...

Melampau, melampau, melampau. Kalau apa yang toyol kuda kepang ni cakap betul, memang-memang lingkup kita kali ini. Habis kita kena gadai bulat-bulat kat si Bush dan si Todak.

Kamalkamal said...

Datuk,

Sekiranya maklumat Toyol Kuda Kepang ini benar, maka sepenggal lagilah AAB akan menduduki takhta di Putrajaya.

Walaupun kebelakangan ini terdapat beberapa isu panas tetapi media arus perdana (cetak dan elektronik) telah memainkan peranannya cukup cantik.

Realitinya Datuk, Masih ramai pengundi hanya bergantung maklumat melalui media arus perdana.

Sekiranya Disember 2007, Hari Raya Besar, mungkin terdapat perubahan besar mengenai calun-calun ADUN dan AP. Sekarang ini pun lobi melobi untuk menjadi calun hebat. Di peringkat bahagian, masing-masing hendak pastikan namanya tersenarai. Sudah banyak insan yang sedang memasang angan-angan nak jadi YB.

Maaf Datuk, bagi saya Datuk lebih arif tentang situasi sebegini. Maaf zahir dan batin...selamat menyambut hari lebaran.

Unknown said...

Saya sebagai rakyat Malaysia sungguh hairan dengan 'paranoia' yang di timbulkan di sini.
Ini adalah perkara biasa. Oleh kerana Perdana Menteri kita yang di kasihi YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menukar dasar luar negara mahathir yang berhati-hati terhadap Amerika, Australia dan Singapore kepada dasar berbaik baik kepada Amerika, Australia dan Singapore maka penglibatan FBI itu perkara biasa.
Kita mesti ingat bahawa FBI dan SIS (Singapore Intelligence Services) masuk ke Malaysia untuk menolong kita.
Oleh kerana IGP dan Deputy IGP is too corrupted we need FBI to back PDRM in handling cases.
Hanya pegawai polis 'uncorruptable' macam Director CID Christpoher Wan Soo Kee, Penang CPO Dato Koh dan seorang dua yang lain boleh dipercayai.
Maklumat anai anai ini adalah palsu.

Unknown said...

I am of the same opinion with Kua. Why are you so worried of people who wanted to help us. The FBI wants to help us control the elections. So what? It is good to avoid frauds or manipulation. So, why worry? Only you all are so mental-blocked over the whole situation. I can assure you that the result of the coming general elections with the help of the FBI will surely be more credible.