Tahniah Kepada PM
Berita di bawah ini mendorong saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Moga-moga rakyat Malaysia juga akan turut berbangga dengan kenyataan tersebut. Inilah bukti Abdullah adalah seorang tokoh yang dihormati dunia, terutama sekali bila “ahli politik dan diplomat Amerika Syarikat melihat Malaysia sebagai rakan dan sebuah negara berpendirian sederhana.”
Mudah-mudahan “pengiktirafan” oleh “ahli politik dan diplomat Amerika Syarikat” ini bukannya usaha menangguk di air keruh atau ada udang di sebalik batu.
Duta Anggap Misi Abdullah
Ke PBB Satu Kejayaan Besar
NEW YORK, 5 Okt (Bernama) -- Duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Hamidon Ali, menyifatkan misi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Perhimpunan Agung PBB minggu lepas sebagai satu kejayaan besar.
"Perdana Menteri telah berbincang dengan pemimpin-pemimpin penting dunia dan kita mencapai matlamat yang kita tetapkan bagi perhimpunan agung ini," katanya kepada wakil Bernama.
Hamidon berkata penyertaan Malaysia dalam perhimpunan agung kali ini membawa satu lagi erti kerana ia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 Malaysia, dan satu majlis jamuan diadakan oleh Perdana Menteri, dihadiri pembesar-pembesar asing yang menyertai perhimpunan agung itu.
Untuk berita sepenuhnya sila akses:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288629

11 comments:
Hebat, memang hebat, dan cukup hebat… Ini namanya masuk bakul pikul sendiri. Ini juga namanya retorika hebat. Lain daripada tu? Tuhan saja yang tau.
Cyber: Tak elok cakap macam tu. Saya harap mana yang betul kita akui. Mana yang tak betul kita betulkan.Baru gentleman.
Salam takzim
Datuk, saya tak pandai nak ampu-ampu. Saya kata kehebatan Abdullah di PBB hanya berita kosong. Kalau ada orang nak puji, dia orang punya pasal. Pada saya, Duta kita tu cuma nak jaga periuk nasi dia.
Entah-entah ini arahan Annuar Zaini, chairman Bernama. Dia nak ampu Abdullah pasal dia berangan nak jadi chirman NCER. Tak percaya, tunggu seminggu dua lagi, tentu ada announcement pasal Annuar ni.
Cyber: Apa salah Datuk Seri Annuar Zaini jadi chairman NCER? Dia layak dan berkebolehan.
Tapi, soal di sini bukan hal Annuar. Isunya, kehadiran PM di PBB kali ini berjaya capai matlamatnya. Itu pun susah anda nak akui hakikatnya?
Saya akan sanjung AAB kalau dia berani bagi tau AS, Selat Melaka tu dalam kawasan ZOPFAN atau zon of peace, freedeom, and neutrality. AS tidak dialu-alukan di Selat Melaka.
Saya juga akan sanjung AAB kalau dia berani suruh AS undur dari Iraq dengan segera. Hebat setakat jamu makan di New York, sapa-sapa boleh buat. Ingat, jamuan tu guna duit rakyat tau....
Politica, terima kasih.
Soal Selat Melaka boleh diperjuangkan menerusi pelantar ASEAN. Di PBB PM kena cakap isu global. Macam soal perubahan cuaca dan sebagainya. Selat Melaka isu regional.
Soal Iraq saya setuju. Atas kapisiti pengerusi OIC PM perlu sebut soal AS di Iraq. Tapi, kalau PM pilih tak nak sebut soal tu, itu hak dia.
Salam takzim
Lain-lain hal saya tak kisah. Soal AS nak terima Malaysia sebagai rakan, kita kena waspada. Kalau kita termakan pujian ni, kita mungkin rugi.
Nakhoda: Saya setuju. Malaysia memang kena sentiasa waspada terhadap AS.
Salam takzim
Apa yang disiar Bernama itu bukan perkara besar dong. Itu soal kecil. Soal besarnya kan bagimana Bapak PM Malaysia bisa kontrol Malaysia dan bisa ada taring bila bicara sama Singapor. Kan gitu dong.
Kalau partisipasinya di PBB tu dikatakan hebat, SBY juga hebat. Nah ini lumrah. Kalau enggak, usah gelar dirinya pemimpin.
Salam lebaran buat teman-teman di Malaysia.
Keni: Terima kasih dan salam perkenalan dari saya.
Keni orang Indonesia ya? Soal PM Malaysia dan Presiden Indonesia, kehebatannya tak usah kita bicarakan. Itu soal subjektif. Pokoknya, Malaysia dan Indonesia adalah sahabat seNusantara.
Salam takzim dan Selamat Hari Raya.
Our beloved Prime Minister had a very tiring schedule and series of meetings in New York.
After the disaster of Mahathir's foreign policy, now Australia, America and even Singapore is praising Malaysia.
Malaysia was side-tracked by Mahathir into concentrating on frivolous and insignificant organizations like OIC and NAM.
With American and British influence at UN and a mature ASEAN with a Singaporean Secretary General, Malaysia is better suited to involve itself in these 2 groupings.
Congratulations to our beloved Prime Minister YAB Datuk Seri Abdullah Ahhmad Bin Badawi.
Post a Comment