Sunday, October 07, 2007

“Perdana Menteri Mesti Berani”
- Abdullah Beritahu Diri Sendiri

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh Bernama 6 Oktober 2007 sebagai memberitahu dirinya sendiri bahawa “Perdana Menteri mesti berani, bersedia untuk mendengar walaupun cerita yang paling teruk, sama ada berkaitan negara atau dirinya sendiri.”

Sehubungan dengan kenyataan di atas, Abdullah juga menegaskan perkara-perkara berikut:

Satu: Pendirian di atas “mesti menjadi satu sikap yang wujud pada diri” semua pihak (pemimpin).

Dua: Semua pihak (pemimpin) tidak wajar “membenarkan diri” mereka “menafikan keadaan.”

Tiga: Semua pihak (pemimpin) tidak wajar “berasa selesa dengan apa yang ada.”

Empat: Semua pemimpin politik dan anggota Kabinet “memberitahu perkara yang sebenar kepadanya walaupun ia mungkin, atau merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima.”

Lima: Pemimpin politik wajar memberi perhatian terhadap (sesuatu) isu dan “bukannya berlagak bahawa semuanya berjalan baik tanpa sebarang masalah.”

Kenyataan di atas cukup murni. Ia merupakan satu anjakan sikap Abdullah selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Ia wajar dialu-alukan dan disokong oleh rakyat jelata Malaysia.

Untuk berita sepenuhnya, sila akses link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288858

Oleh itu, mulai hari ini Abdullah “mesti berani” melihat ke dalam dirinya sendiri, dan mesti “bersedia untuk mendengar walaupun cerita yang paling teruk sama ada berkaitan negara atau dirinya sendiri.”

Abdullah juga “mesti berani” menganalisa keresahan rakyat jelata terhadap karenah dan perilaku anggota keluarganya, terutama sekali anak menantu kesayangannya.

Akhir sekali, Abdullah “mesti berani” mengkaji kritikan umum terhadap segelintir individu yang kini dilihat dan dikatakan sebagai cukup manipulatif terhadap dirinya dan kepimpinannya.

Kalau tidak, kenyataan noble dan murni seperti di atas hanya akan dianggap oleh umum sebagai satu retorika kosong atau umpama menanam tebu di bibir sahaja. – Ruhanie Ahmad

4 comments:

Unknown said...

PM kena terima hakikat menantu dia perosak utama nama baik PM. Dia juga rosakkan kerajaan dan BN. Ini punca utama banyak rakyat marah dan meluat. Kalau PM dah ubah sikap, betulkanlah semua ini.

Kamalkamal said...

Dato'
Selama ini PM kita kita tidak beranikah? Mungkinkah juga selama ini PM kita tak dapat maklumat/berita yg. tepat dan terkini, hanya semuanya o.k. Ini juga menunjukkan bahawa gambar-gambar PM kita yg sering tidor yang disiarkan di laman web/blog adalah benar. Kalau PM dah berubah, beliau kena ubah semuanya termasuk peranan beruang hitam yang semakin bermahajalela. Lepas politik, beruang ni ke sukan, lepas tu bela bebubak gangster Melayu semata-mata nak capai cita-cita. Betul ke semua ini Dato'...?

Unknown said...

Ya, itulah dia muhassabah diri. Kenallah dirimu rata2, sebelum mengenal tuhan mu yang nyata. PM mesti lihat kedalam mengenal kekuatan diri, kelemahan diri, dan diluar diri, melihat kuasa yang diberi, jangan salahguna kuasa yang ada, jangan ..jangan!
Allah tidak akan mengubah nasib atau diri seseorang, sehinggalah dia mengubah dan sanggup berubah.

Unknown said...

Pertama sekali saya ingin mengtahniahkan Perdana Menteri yang kita sayangi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Bin Badawi kerana dalam pemerintahannya RTM mengesyorkan Perhimpunan-Perhimpunan Agung Tahunan MCA dan Gerakan secara live.
Dalam zaman pemerintahan Mahathir hanya Perhimpunan UMNO yang disiarkan secara langsung oleh RTM.
Sekarang Pak Lah telah meletakkan MCA dan Gerakan setaraf dengan UMNO. We would like to congratulate Pak Lah on his fairness and love for other races.
Pak Lah is sincere when he says to the Gerakan delegates that he is willing to hear any complains by them even if it is painful.
This shows that Pak Lah is very honest in tackling issues affecting the rakyat especially the Parti Gerakan members.
Khairy, Kamal, Endon's family and Jeanne's family are entitled to business priveleges as they are the family of our belove Prime Minister Pak Lah. You cannot expect Pak Lah to worry about his family's welfare while worrying about the country as well.
Pak Lah is working 24 hours a day and 7 days a week for the country.