Tuesday, October 23, 2007

Maklumatnya Singkat
Maksudnya Padat ….

Di bawah ini saya bariskan lapan cebisan berita singkat untuk renungan kita semua.

Abdullah Tak Keluar Negeri?

Perdana Menteri dijangka tak akan keluar negara dalam tempoh tiga bulan mulai sekarang? Benarkah info ini? Mengapa? Dah puas belayar kapal di Australia Disember lalu waktu ribuan orang Johor hempas pulas dilanda banjir besar? Atau, nak siap-siap adakan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12)?

Keyveas Makan Anak Tebuan?

Datuk Seri Ali Rustam belasah PPP. Datuk M Keyveas pula seolah-olah termakan anak tebuan garangnya. Kenapa dan apa latarbelakangnya kisah ini ?

Bahagi Kerusi Khamis Ini?

Komponen BN akan berhimpun di PWTC petang Khamis ini untuk urusan membahagi-bahagikan kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12. Betul ke? Mungkinkah sengatan Datuk Seri Ali Rustam ke atas PPP baru-baru ini jadi isu yang amat bisa?

PRU12 Hujung November?

Raja Petra Kamarudin menulis dalam column The Corridors Of Power, Malaysia Today: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka umumkan PRU12 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 9 November 2007 ini. Seorang toyol hantar mesej sebentar tadi, mengatakan ramalan RPK itu mungkin 90 peratus jadi kenyataan. Betullah kata feng-sui tu ya?

Dua Puak Senaraikan Calon?

Ada dua puak BN sedang aktif menyediakan senarai calon PRU12. Siapakah mereka? Kenapa sampai jadi begitu?

Siapa Main Politik?

Perhimpunan sehari wakil-wakil rakyat BN (negeri dan pusat) di Putrajaya Convention Centre dijadualkan 19 Oktober 2007 lalu dibatalkan di saat akhir. Kenapa? Benarkah kerana ada politicking di sebalik pembatalan ini? Siapa main politik?

Dua Menteri Gawat?

Dua orang menteri kita sedang dicengkam masalah peribadi yang amat gawat akibat keterlanjuran mereka sendiri. Anda akan terkejut besar kalau tau kisah ini. Siapa mereka? Apa sebenarnya cerita mereka?

Pasal Dia Orang Singapura?

Polis dah edar fotofit lelaki keturunan Cina yang disyakki melakukan rompakan di sebuah kedai jam branded di Suria KLCC pada senja menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Kenapa berita tu sepi sahaja tanpa susulan? Kerana yang terbabit mungkin rakyat Singapura?

Cerita di atas bukan gossip. Kesemuanya ori dan benar. Anda yang mengetahui kisah lanjut mengenainya harap tak keberatan untuk berkongsi cerita melalui blog ini. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

[Sejak tiga hari lalu kudakepang tak dapat buat apa-apa posting kerana masalah teknikal oleh pihak servive provider. Jutaan maaf. Kisah Spy Asing Kuasai Malaysia? Bahagian Dua akan disiarkan esok.]

6 comments:

InMine said...

Saja nak teka, betul ke 28/11/07 adalah tarikhnya, Dato'?

kudakepang said...

Selamat Hari Raya Brother,

AAB ada guna feng-sui. Baca RPK's posting hari ini. Tarikh feng-suinya 19.5.7, 25.11.7, 15.12.7 dan 15.3.8. Kalau betul yang terdekat adalah 25.11.7.

Anyway, maaf kerana lama tak respons pada comment anda pasal balik kampung.

Maaf lahir batin.

The Eugenist said...

Salam Dato'..

Tok...lama sungguh kita tak bercorrespondent. Harap Tok sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtra.

Berkenaan dengan PRU12 ni, macam2 saya dengar tapi pokok pangkal yang paling utama ialah kemenangan tetap akan berpihak kepada BN.

Saya harap kali ini, kewarasan rakyat yang akan menang dalam pilihanraya nanti.

bukannya wang ringgit mahupun janji-janji manis yang telah ditaburkan oleh mereka yang berkuasa...

HESMEL FAZNEE FAISAL..

Kamalkamal said...

Datuk,
Di tempat saya, khabarnya persiapan menghadapi PRU diperingkat akhir. Bilek Gerakan, penceramah semasa PRU-12 juga telah disusun aturkan.

Sekarangnya ini gerakan banyak tertumpu di peringkat DUN dan Parlimen. Masalah dalaman banyak yang diselesaikan. Kepada penyandang Wakil Rakyat, beliau nampak bersungguh-sungguh turun padang, pantang ada majlis...mesti hadir. Kalau ada "mayat" tengahmalam pun sanggup turun.

Manakala puak yang ingin menjadi calun pun begitu juga. Sanggup keluar duit sendiri bantu rakyat yang memerlukan...termasuk sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membina rumah "PPRT" kepada yang memerlukan tanpa menunggu bantuan daripada pihak yang bertanggungjawab. Apa maknanya ini semua?

Mengenai isu nasional...apa nak disusahkan Datuk, ...Melayukan mudah lupa!!!

Nampaknya saham BN meningkat sedikit...Orang Melayu pertama dapat ke ISS...ini yang dijajakan disetiap majlis.

Semua Pengerusi JKKK/Ketua Kampung telah dibayar elaun ditambah sedikit dengan duit raya.

Yang lebih penting lagi SB banyak berkeliaran setiap majlis.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Lebaran Datuk.

Itulah dia. PRU di Malaysia ini menjadi permainan teka-teki untuk rakyat. Jawapannya milik mutlak PM.

kudakepang said...

Eugenist: Puisi anda sudah saya siarkan dalam Panggilan Pertiwi.

Kamal: Terima kasih atas update mengenai PRU12.

Jowopinter: Kesuwon banget. Riko okeh gawe lontong opo orah?

Secara umum, PRU12 memang mendebarkan dan penuh cabaran. Kita tunggu dan lihat sama ada kekecewaan rakyat diterjemahkan menerusi kuasa yang berada di hujung jari mereka.

Salam takzim dan maaf lahir batin.