Thursday, October 04, 2007

Helo Christopher Wan
Ada Tak Fotofit Saya?

Saya tak kenal Datuk Christopher Wan Soo Kee. Tapi saya tau beliaulah Pengarah CID PDRM Bukit Aman. Kebelakangan ini beliau cukup glamour dan beliau amat sensasi. Inilah contoh pegawai tinggi yang sangat berdedikasi.

Menerusi posting ini saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Christopher Wan. Pertama, syabas dan tahniah kerana bermati-matian nak selesaikan penyiasatan kes pembunuhan Nurin. Sampai import pegawai FBI dari Amerika pun tak apa. Pokoknya, kes ini mesti disiasat, penjenayahnya pula mesti ditangkap.

Kedua, syabas dan tahniah kerana kes Nurin telah diolah sebegitu rupa hingga jadi satu kes yang super-sensasi. Sama ada secara kebetulan atau sebaliknya, kes super-sensasi ini pula menjadi diversion paling klasik kepada kes super-explosive di mana seorang pegawai polis dikatakan melepaskan dua das tembakan peluru hidup ke atas sekumpulan pendemonstrasi di Kuala Terengganu baru-baru ini tanpa mematuhi Gevena Convention.

Selanjutnya, saya nak tanya beberapa hal yang kini sedang menjentik-jentik pemikiran banyak pihak di Malaysia. Kalau lepas ni Christopher Wan nak edarkan fotofit mengenai diri saya kerana bertanyakan soalan-soalan ini pun tak apa. Buatlah apa yang difikirkan baik!

Tapi, sebelum itu, berikut adalah profil ringkas diri saya. Pada 1972 saya pernah jadi wartawan jenayah. Saya familiar dengan S. Kulasingam dan Yahya Yeop Ishak. Saya familiar juga dengan etika dan convention kewartawanan jenayah.

Saya juga pernah berkhidmat di KDN selama empat tahun di era MKDN Tun Musa Hitam, KPN Tun Haniff Omar, TKPN Tan Sri Amin, PCK Datuk Mahmud dan PJSJ Datuk Syed Othman. Jadi, saya juga serba sedikit faham tentang KDN dan PDRM.

Soalan-soalan saya kepada Christopher Wan adalah seperti berikut:

Satu: Kalau anda seolah-olah mempunyai excess energy untuk menyelesaikan kes Nurin, kenapa anda memang seolah-olah mencari diversion kepada kes tembak guna peluru hidup di Kuala Terengganu tempohari?

Dua: Sewaktu dua anak Melayu terbunuh di malam menjelang sambutan 50 merdeka di Pulau Pinang dan seorang lagi terbunuh di Kuala Lumpur, kenapa cepat-cepat dikatakan kes itu hanya pergaduhan biasa? Tidak mungkinkah kes itu kes perkauman?

Tiga: Seorang gadis yang disyakki terlibat dengan pembunuhan Nurin yang ditangkap di Nilai baru-baru ini tidak mempunyai pengenalan diri. Kenapa cepat-cepat diberi identiti yang gadis itu adalah warga Indonesia?

Empat: Dalam kes gadis yang sama, kenapa kisah gadis itu kononnya menelan sim card telefon bimbitnya hanya diasaskan kepada kenyataan sumber-sumber? Kalau pasti, kenapa tidak ada kenyataan yang sah daripada anda? Kalau tidak pasti, kenapa kisah itu terus diulang-ulang secara sensasi pada setiap hari?

Link-link berikut mengandungi butir-butir yang saya persoalkan seperti di atas:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287682

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287766

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm


Lima: Pihak Kedutaan Besar Indonesia di KL berusaha menemui gadis yang anda katakan sebagai gadis warga Indonesia. Kenapa tidak dipenuhi usaha itu? Tidakkah ini menimbulkan kecurigaan dan mungkin escalate jadi kes diplomatik?

Jika anda tak baca kes ini sila akses:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288397

Enam: Hari ini ada berita mengenai mistaken identity. Seorang awam (graduan universiti) yang hanya berada di IPD Petaling Jaya untuk memberikan sokongan moral kepada seorang rakannya yang dibebaskan dari tahanan reman berkaitan siasatan kematian Nurin, mendakwa gambar beliau telah disiarkan secara besar-besaran oleh media tempatan sebagai salah seorang yang bebas dari tahanan reman. Apa komen anda mengenai hal ini? Tidakkah ini hasil daripada keadaan yang seolah-olah out of control di pihak anda sehingga orang yang tidak disyakki pun turut tercemar nama baik dan imejnya?

Anda nak bukti, sila akses link ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Tujuh: Berasaskan seluruh soalan di atas, tidakkah anda fakir perlu supaya pemberitaan mengenai kes siasatan Nurin ini dikawal dan diselaraskan supaya tidak akan ada mana-mana pihak yang berasa tak puas hati atau mungkin akan teranaiya?

Lapan: Tidakkah strategi fotofit anda kali ini agak “huru-hara” impaknya kepada masyarakat setempat, khususnya golongan prihatin yang ingin membantu PDRM dalam pemberian maklumat untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah?

Sembilan: Mengapakah perlu digunakan khidmat FBI Amerika Syarikat bila kepakaran di bidang itu boleh diperolehi secara tempatan?

Sepuluh: Pada 2 Oktober 2007 anda menyatakan pada satu sidang media bahawa fotofit terbaru yang diedarkan oleh PDRM “menunjukkan wajah seorang lelaki dan wanita berketurunan Melayu.” Kenapa cepat sangat memberikan identiti ras dalam hal ini? Adakah ia mahu memenuhi sesuatu agenda yang tidak diketahui umum? Kenapa tidak dikatakan hanya dua suspek? Kenapa perlu disebut dua suspek keturunan Melayu? Mana anda pasti kalau mereka itu bukan orang kuning, orang biru, orang cokelat, orang purple atau sebagainya?

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Akhir kata, saya mohon maaf. Anda mungkin tidak pernah terjumpa dengan kes di mana kebijaksanaan anda dalam melaksanakan sesuatu siasatan seolah-olah dipersoalkan oleh masyarakat umum seperti apa yang saya lakukan menerusi blog ini.

Percayalah, saya persoalkan seluruh perkara di atas bukan untuk masuk campur urusan PDRM. Juga bukan untuk menghalang siasatan PDRM.

Tetapi, untuk berkongsi pendapat dan pengalaman bahawa pemberitaan dan publisiti sesuatu kes high profile seperti kes Nurin ini mestilah ditangani secara bijaksana dan dikendalikan secara terselaras.

Ini akan mengelakkan sensasi dan keterlanjuran yang boleh menjejaskan keadilan. Ia juga untuk mengelakkan masyarakat umum daripada mencipta apa-apa konspirasi teori yang menjejaskan imej PDRM keseluruhannya dan melunturkan martabat para pegawai tinggi yang bertanggungjawab mengenainya.

Selamat maju jaya. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

AkuberCerita said...

Assalamualaikum kepada Datuk Ruhanie dan teman pembaca blog kuda kepang. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Datuk dan teman pembaca yang memberikan ucapan tahniah diatas perkahwinan saya. 3 minggu berlalu, 3 minggu bergelar SUAMI, 3 minggu mengikuti berakhirnya sebuah kisah tragis Allahyarham Nurin dan 3 minggu yang dilalui dalam perbezaan dari yang sebelum ini.
Perjalanan kes Allahyarham Nurin sehingga mengundang kepakaran dari US melalui FBI begitu menakjubkan. Terlebih dahulu ucapan terima kasih perlu diberikan kepada PEMIMPIN dan pihak PDRM didalam kesungguhan menyelesaikan kes Allahyarham Nurin. Dengan publisiti yang begitu meluas oleh media (cetak dan elektronik) menjadikan kisah Allahyarham Nurin menjadi begitu sensasi. Terima kasih kepada pihak media (cetak dan elektronik) kerana memberikan berita untuk tatapan hamba rakyat (biarpun kadang-kadang menimbulkan kekeliruan diantara satu media dan yang lain). Sekurangnya hamba rakyat mengetahui apa yang berlaku. Penulis bertanggungjawab diatas segala yang ditulis olehnya, keikhlasan tanpa perlu mengikut telunjuk sesiapa didalam menyampaikan kepada hamba rakyat dialu-alukan. Tetapi apakah akhbar atau bahagian berita TV benar-benar tulus? Atau tidak ada campur tangan pihak tertentu didalam menentukan berita apa yang perlu dilaporkan dan apa yang perlu disembunyikan?
Biarpun kes Allahyarham Nurin berjalan dengan lancar pada ketika ini, namun ada sebuah lagi kes berprofil tinggi berjalan seiring dengan kes Allahyarham Nurin iaitu kes pembunuhan kejam Altantuya. Keduanya merupakan kes pembunuhan kejam. Kes Allahyarham Nurin mungkin melibatkan hamba rakyat marhaein tetapi kes Altantuya melibatkan suspek yang terdiri dari mereka yang diberikan tanggungjawab mempertahankan serta meningkatkan ekonomi negara. Yang menjadi kehairanan saya sebagai hamba rakyat yang jahil dalam forensik atau penyiasatan ini, kepakaran pihak foransik PDRM terbukti apabila dapat menyelesaikan serpihan daging tetapi gagal didalam menyelesaikan kekaburan gambar pada CCTV. Apakah Malaysia ketiadaan langsung pakar didalam memperjelaskan kekaburan gambar tersebut? Setahu saya perkembangan IT yang diterapkan oleh Tun Dr. Mahathir suatu masa dulu telah melahirkan ramai graduan. Apakah tidak ada seorang pun yang boleh membaiki kekaburan gambar tersebut? Sehinggakan harus meminta bantuan dari FBI?
Saya merupakan antara graduan di Malaysia yang masih mencari tapak. Saya bersyukur biarpun terpaksa membanting tulang kerana ruang pekerjaan telah diisi oleh mereka yang mempunyai Ibu,Bapa,Pakcik,Makcik,Sedara Belah Ibu, Sedara Belah Bapak, Sepupu Ibu Seorang Menteri, Anak saudara Bapak seorang Menteri dan macam-macam lagi pertalian dengan dif tertinggi tampuk kepimpinan kerajaan. Bukan mengeluh tetapi mungkin kerana perkara sebegini (tidak percaya kepada keupayaan anak tempatan) menyebabkan ramai yang telah berhijrah. Saya dengar di Universal Studio sudah ada anak melayu yang menjadi antara pelukis animasi kanan, di Dubai berapa ramai anak melayu yang menjadi pilihan dalam menjalankan tangungjawab atau paling dekat dengan negeri saya dan Datuk (Johor), berapa ramai yang keluar-masuk seawal pagi untuk mencari nafkah di negara Singapura? Tanya saja kepada mereka, ada yang mempunyai ijazah tetapi berkerja sebagai pembawa lori disana. Amat menyedihkan apabila kepakaran anak tempatan sendiri dipinggirkan dan rajuk anak muda ini telah membawa keuntungan kepada negara lain. Saya sedang mengumpulkan data terperinci untuk diungkapkan didalam blog Datuk. Insya'Allah, setelah selesai dengan pro dan kontra, saya akan hantarkan kepada Datuk untuk disiarkan dan dicari jawapannya.

Unknown said...

Syabas anak muda! Teruskan perjuangan mu.

Jangan lupa menuntut ilmu dunia akhirat juga, kerana hidup kita nak pakai, mati kita nak tumpang.

Unknown said...

Syabas Datuk. Saya percaya pihak yang jadi focus posting Datuk dah mula bertindak positif.

Tadi saya baca dalam Bernama on-line. Dah tak ada lagi sebut-sebut kisah gadis Indonesia atau sim card secara sensasi. Jadi, sapa kata blogger tak main peranan membina?

Unknown said...

Mulai sekarang Christopher Wan kena hati-hati. Banyak pihak kini perhatikan kenyataan dan perbuatan dia. Demi negara dan keadilan, buat apa saja secara saksama dan bijaksana.

kudakepang said...

Ahmad Fared: Selamat pengantin baru dan selamat berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

Haji, Cyber dan Nakhoda: Saya tegur Christopher Wan untuk kebaikan semua. Kalau dah mula ada perubahan, syukur alhamdulillah...

Salam takzim