Monday, October 01, 2007

Dr Mahathir Sudah Boleh Makan
Roti Dan Puding, Kata Marina

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 81, yang menjalani pembedahan membersihkan luka di Institut Jantung Negara (IJN) kini sudah boleh mengambil makanan lembut.

Anaknya, Datin Paduka Marina berkata bapanya kini sudah memakan roti dan puding pagi ini, malah sudah berselera untuk makan.

Beliau berkata bapanya yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dinasihatkan doktor supaya mengambil makanan yang mengandungi kalori yang tinggi bagi membina semula kekuatan badannya.

"Bapa sudah boleh bercakap sedikit-sedikit tetapi tidak boleh berbual panjang. Beliau hanya bercakap ketika hendak meminta makanan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang legar IJN di sini.

Dr Mahathir, pada 21 Sept lepas menjalani pembedahan membersihkan luka selama tiga jam yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah yang sama melakukan pembedahan pintasan jantung yang keduanya pada 4 Sept lepas.

-- BERNAMA

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah. Semoga Tun cepat dan segera sembuh.

pemerhati said...

Akum Dato.. Kawan sekarang di Tg. Pinang Riau dan insyAllah khamis pulang ke tanahair. Kawan selalu bulan puasa datang ke pulau penyengat kerana ziarah beberapa makam dan saudara mara. Pulau penyengat adalah bekas jajahan johor lama.

salam dari anak johor.

kudakepang said...

Blackpurpuple, kesuwon. Kulo wes telek dholan-dholan reng blog kay riko. Wah, hebat banget yo.

Pemerhati: Kawan ingat anda ke mana? Dah sampai ke Pulau Penyengat pulak. Kawan dengan D pun ingat nak ziarah makam Laksamana Hang Nadim di Gunung Bentan Kapor kira-kira satu jam drive daripada Tg Pinang.

Kawan harap anda dah baca mesej kawan pada anda pasal River ParK corporation tu. Dia mesyuarat Agong baru-baru ni dan sampaikan petisyen di mesyuarat tu. Sila rujuk pada posting pasal Nurin. Mesej saya di sana.