Dialog Sembang Aidilfitri
Aidilfitri kali ini saya sempat berhariraya di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor. Setelah larut malam dan tiada lagi tetamu bertandang, saya adakan satu sessi sembang-sembang dengan adik lelaki bongsu saya - aktivis Pemuda UMNO - serta empat orang anak buah lelaki - seorang graduan jurusan usuluddin, seorang pelajar universiti bidang komunikasi, seorang supervisor pasaraya dan seorang pekerja di sebuah syarikat pengedar ayam proses.
Kami adalah keluarga UMNO. Topik sembang-sembang kami banyak menjurus kepada soal politik negara, hal ehwal Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, WPI dan juga geopolitik Asia Tenggara, khususnya mengenai Singapura dan zionisme, persahabatan Malaysia-Indonesia dan usaha Amerika Syarikat mahu kuasai Selat Melaka.
Pastinya topik-topik di atas agak berat untuk disembangkan di malam hening di sebuah desa yang terceruk di Mukim Empat, Simpang Kiri, Batu Pahat. Biarpun begitu, topik-topik itu disorot secara kampungan dengan olahan yang menarik.
Berikut adalah dialog-dialong yang menarik untuk saya kongsikan di sini:
A: Khairy ni dah melampau sangat. Semua dia nak bolot. FAM dia nak control, semua dia nak control. Bolehkah dia jadi PM pada umur 40 tahun?
B: Apa nak hairan. Kalau saya menantu PM pun mungkin jadi macam dia. Tapi, masa Mahathir dulu mana ada anak-anak dia main politik? Adalah Marina dengan NGO anti-aidsnya.
C: Tu semua saya tak kisah. Yang soal babi kat Melaka tu kenapa kerajaan macam takut-takut nak handle? Babi ada kuasa politik ke?
D: Ala.. Saya kerja dengan syarikat Cina. Hari tu, satu anak Cina dah saya cekek lehernya. Dia soalkan DEB yang 30 peratus khas kepada Bumiputera. Saya soal dia, kenapa tak bising yang 70 peratus lagi dikuasai bukan Bumiputera. Kenapa nak bising-bising. Nasib saya tak lepuk dia.
E: Apa pasal hari ni kapal perang Amerika boleh singgah kat Port Kelang? Dia nak bom Iraq, singgah. Dia nak lanyak Islam Timur Tengah, singgah.. Apa hal ni?
Saya terdiam. Adik dan anak-anak saudara saya rupa-rupanya prihatin juga terhadap dunia di sekeliling mereka. Kata-kata mereka juga tajam dan topikal.
Sesudah itu saya berikan respons saya kepada mereka. Sampai soal kaitan Selat Melaka dengan geopolitik dunia pun saya jelaskan. Mereka memberikan komen masing-masing secara spontan dan rasional.
Inilah bukti rakyat marhaen di kampung-kampung hari ini bukan calang-calang manusia. Mereka membaca akhbar, mereka dengar TV, mereka juga ada yang baca blog.
Sebelum kami tamatkan sembang-sembang kami, graduan usuluddin bertanyakan soalan berikut:
Boleh ke kepincangan di Malaysia hari ini di atasi menerusi Pilihan Raya? Kalau kerajaan menang lagi, saya khuatir apa yang ada sekarang jadi semakin tempang.
Saya tak jawab soalan itu. Hati kecil saya berkata: lain fesyen je soalan ni!
Adik bongsu saya pula bersuara: Kita UMNO, UMNO juga. Tapi hari ini saya UMNO fahaman kanan – right wing.
Kenyataan ini juga menjentik hati kecil saya. Eh.. adik saya ni apa nak jadi? Dah pandai cakap right wing dan left wing ni apa ceritanya?
Dia seolah-olah membaca suara hati kecil saya. Katanya, kalau dia kata dia puak kiri, dia adalah pembangkang kepada UMNO. Tapi, kalau puak kanan, dia ni eksremis UMNO. Dia mau parti balik kepada landasan asal. Dia masih berjuang dalam UMNO.
Hebat adik saya, kata hati kecil saya. Kalau macam ni, UMNO kena kaji, berapa ramai ahli UMNO bersikap dan berpendirian macam adik saya ini. Dan, apa harus dilakukan?
Saya tutup sessi sembang-sembang dengan kata-kata berikut: Kat mana saja kita berada, berjuanglah untuk agama, bangsa dan tanahair dengan ikhlas dan jujur. Satu lagi, ingat, kita orang Mukim Empat, Batu Pahat, gelanggang perjuangan Panglima Salleh pada 1945. Di mana saja kita berada, dahulukan perjuangan ikhlas untuk bangsa, agama dan tanahair, bila termampu dan kalau terdaya!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Bati daripada saya sekeluarga. – Ruhanie Ahmad

9 comments:
Orang muda sentiasa dengan pandangan yang segar dan mencabar.
Datuk,
Sempena Hari Raya tahun ini, ramai yang bercakap soal Pilihan Raya Umum tak terkecuali di kampung saya.
Kesempatan Hari Raya saya sempat merayakan bersama beberapa pemimpin peringkat bahagian. Rata-rata mereka cukup bimbang prestasi saluran 3 dan 4 di setiap pusat mengundi. Perubahan ketara golongan muda terhadap kepimpinan yang ada hari memuncak.
Malah sampai di kampung saya pun orang kenal KJ. Malah ramai orang muda yang sebaya dengannya cukup meluat.
Di khabarkan juga ada bebarapa PBT dibeberapa negari akan diswastakan. Staf-staf yang terlibat sekarang gundah gulana. Nama KJ juga disebut sebagai penyebabnya. Entahlah!!
Ramai orang kampung saya tahun ini beraya sakan sebab banyak sumbangan dari pelbagai pihak mencurah-curah. Mungkin Pilihana Raya semakin hampir!!!!
Yg bercakap sedemikian pun di dengari tapi yang berbunyi "perlu politik untuk dapat sesuatu" pun ada.
The latter ni tak peduli apa kepada kepentingan bangsa, agama dan negara.
Sedihnya yang sedemikian adalah yang ketua2.
Salam,
Saya rindu waktu-waktu yang lepas di parit Sulong.
selamat hari raya datuk... saya baru balik beraya di pontian, johor...
berita baik untuk UMNO: orang kampung tak peduli tentang pak lah anak beranak yang dah merosakkan negara ni... mereka tetap akan undi dacing...
orang-orang tua yang jadi ketua cawangan/bahagian cukup senang jaga perut masing-masing saja...
ramai anak muda sekarang dok menganggur tak ada orang nak peduli... syarikat-syarikat jepun dah berpindah operasi ke china, syarikat-syarikat malaysia berlumba guna pekerja asing sebab bayaran murah...
MASIH NAK UNDI DACING?
Assalamualaikum Datuk,
Salam Ed Mubarak, minal aidil walfaizin..mohon maaf lahir batin pada semua rakan taulan. Yang sangat menggembirakan tahun ini saya dapat menimang cucu ke 3 lahir 3hari sebelum raya. Lalu di berikan namanya Ariff Imran. Kedua, kerana Tun Mahathir telah kembali sehat dan bertenaga. Alhamdulillah. Rutin harian saya tetap spt biasa menerima jemputan utk mengobat orang yang memerlukan pertolongan. Esok Ketua Kaum Sungai akan datang ke KL untuk mengajar lebih dalam lagi ilmu pengobatan tradisional, mudah-mudahan saya dapat melaksanakan dengan amanah .wassalam
Kajian menunjukkan kawasan melayu dikampung , majoriti 33persen yang berumur 46 keatas mengundi dacing mizi. kita harapkan generasi muda sajalah. Dibandar yang didiami kaum cina , lebih 47% hingga 61% pengundi akan mengundi pembangkang.
Orang Melayu tidak sedar atau memang belum sedar?
Assalammualaikum Datuk
Selamat Hari Raya. Jemputlah ke rumah Ayahanda dan Bonda saya - Tuan Haji Abdul Rahim & Puan Hajjah Marfoa Banioo 11-13 Kampung Parit Tegak.
Hari tu saya beraya ke rumah arwah atuk di Separap. Sepupu saya Murni dan suaminya tinggal di situ sekarang. Rasanya da berapa kali mereka dapat hadiah kecerian tu.
Kirim salam pada family Datuk ya.
Wasalam
Berita Dari Gunung, Kamal, Haji, Hamizi, Fayrahim, Hussein, Kz: Selamat hari dan maaf lahir batin.
PRU12 memang tajuk utama sembang-sembang raya kali ini.
Haji: Tahniah dapat cucu ketiga.
Kz: Harap bagi tau sedikit identiti anda untuk dapat saya sama-sama mengenang kisah silam di Pt Sulong.
Mizi: Salam pada orang Pontian tu.
Kamal: Kg anda di mana?
Fayrahim: Salam takzim pada ayah dan bonda anda. Terima kasih atas undang ke kampung anda. Saya balik ke BP tapi sibuk sibuk sebab mak saya agak uzur sedikit.
Salam takzim dan maaf zahir batin.
Post a Comment