Wednesday, October 03, 2007

Benarkah Amerika Syarikat
Mahu Kuasai Selat Melaka?

Di bawah ini saya petik beberapa faktor menarik daripada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007.

Dalam artikel berjodol Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka, antara lainnya, Azmi mengaskan seperti berikut:

Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk memaksa Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka.

Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka.

Terbaru, Washington menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.

Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka.

Bantahan keras Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington membatalkan program tersebut dan diganti dengan PSI.

Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad enggan menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.

Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice ditolak oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.

Untuk membaca artikel sepenuhnya dan artikel lain berkaitan dengannya, sila akeses link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Nota: Saya paparkan sedutan artikel Prof. Madya Azmi Hassan seperti di atas untuk memperkuatkan lagi kekhuatiran ramai rakyat Malaysia bahawa kehadiran FBI membantu PDRM dalam kes Nurin kali ini mungkin ada udang di sebalik batu. Fikir-fikirkanlah… - Ruhanie Ahmad

8 comments:

Unknown said...

Kalau kita nak faham akan pentingnya Selat Melaka, kita kena kaji geopolitik membabitkan Terusan Suez di Asia Barat dan Terusan Panama di the Carribeans.

Amerika Syarikat sanggup berperang untuk menguasai terusan-terusan itu. Peperangan itu dimulakan dengan subversion dan infiltration. Peperangan itu demi kepentingan strategik - ekonomi dan politik - Amerika serta kapitalis yahudi-zionis yang menguasai Amerika.

Selat Melaka pun macam tu juga. Bila China jadi kuasa gergasi ekonomi dunia, Selat Melaka jadi makin penting dan prominen kepada Amerika demi laluan tanker minyaknya dan demi laluan armada perangnya di wilayah Asia-Pasifik (termasuk Asia Tenggara) membawa hingga ke Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Barat.

Amerika mahu menguasai Selat Melaka supaya penguasaan itu jadi kuasa pengimbang kepada kebangkitan China.

Maksudnya, dengan menguasai Selat Melaka, dia boleh menguasai laluan minyak dari Asia Barat dan Asia Tengah hingga ke Timur Jauh dan Lingkaran Pasifik.

Dengan cara ini, dia boleh memanipulasikan supply dan harga minyak dan gas ke China tanpa ganggu gugat mana-mana pihak. Kekuasaan total seperti ini adalah senjata untuk menggugat China bila difikirkan perlu dan sesuai waktunya.

Tapi, kalau Selat Melaka gagal dikuasainya, maka kegagalan itu akan menjejaskan kekuasaan total Amerika-zionis dalam industri petroleum, daripada aspek upstream, downstream, keselamatannya dan geopolitiknya.

Untuk memperolehi control ini, Amerika akan lakukan apa saja. Kalau tak dengan cara diplomasi, dia akan guna taktik perasugut ekonomi, dominasi ke atas politikus setempat atau pun dengan subversion, infiltration, sabotaj dan kekerasan.

Berdasarkan seejarah dunia, Amerika juga sanggup melakukan regime change dengan apa jua tipuhelah dan propaganda yang ada.

Demikian pendapat saya. Saya harap kerajaan dan rakyat Malaysia waspada bahawa semua ini boleh berlaku bila-bila masa dan menerusi apa jua taktik dan strategi.

Unknown said...

Selat Melaka satu subject matter yang menarik. Ikut senario dunia hari ini, Selat Melaka adalah perairan strategik dan terpenting di Asia Tenggara. Mana-mana kuasa besar yang dapat kuasai selat ini akan jadi superpower dunia yang boleh ganggu-gugat China.

Dalam konteks dunia, Selat Melaka dikuasai oleh dua negara Islam. Di satu pihak adalah Indonesia - negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar sekali di dunia. Di satu pihak lagi adalah Malaysia - negara Islam yang progresif dan pesat membangun.

Dua negara ini mestilah pertahankan Selat Melaka hingga titisan darah terakhir supaya ia tidak berjaya dikuasai oleh mana-mana kuasa besar dunia. Ini sesuai dengan objektif ASEAN untuk menjadikan wilayah ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.

Malangnya, ada juga anggota ASEAN, terutamanya Singapura, yang mahu kuasa besar dunia menguasai Selat Melaka. Singapura bertindak demikian kerana dia sekutu Amerika Syarikat. Singapura juga sekutu Israel. Singapura adalah pusat zionis penting di Asia Tenggara.

Malaysia dan Indonesia kena selalu waspada. Setiap inci perairan Selat Melaka mesti dipertahankan. Malaysia dan Indonesia mesti insaf, beratus tahun dulu, Selat Melaka berada dalam kekuasaan Eropah – Portugis, Inggeris dan Belanda. Kehadiran kuasa penjajah ini menyebabkan rakyat Malaysia dan Indonesia dijajah dan menderita beratus tahun lamanya. Kekayaan mereka dikuasai oleh kuasa penjajah tersebut. Kegemilangan empayer-empayer Nusantara dilenyap dan dimusnahkan secara sistematik. Kegemilangan kuasa Islam juga di lemah dan diporak-perandakan.

Hari ini kuasa penjajah itu mahu kembali bertapak di Malaysia dan Indonesia berasaskan kepentingan dan perkiraan geopolitik yang baru dan semasa.

Usaha neo-imperialis dan konco-konconya ini mesti disekat, ditentang dan dipatahkan dengan apa jua cara. Satu caranya adalah dengan Malaysia dan Indonesia mewujudkan dasar kerjasama yang seerat-eratnya. Kalau Malaysia dan Indonesia berbalah, neo-imperialis akan kembali berkuasa di wilayah kita.

Hari ini beberapa sekutu neo-imperialis di Asia Tenggara tengah kerja keras untuk mengadu-dombakan Malaysia dengan Indonesia. Mereka akan menghasut. Mereka akan cari jalan buruk-burukkan Malaysia dan Indonesia menerusi propaganda hitam dan operasi “bendera palsu”.

Usaha ini sedang kita rasakan bahangnya sekarang. Ini dilakukan menerusi talibarut-talibarut neo-imperialis d kalangan kita yang merupakan saudara serumpun di Nusantara. Perhatikanlah sekeliling kita. Pasti kita akan menyedari usaha ini dengan jelasnya.

Sudah sampai masanya Malaysia dan Indonesia memperkasakan semula persahabatannya secara jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kalau kedua-dua negara ini terpengaruh dengan hasutan dan propaganda neo-imperialis dan sekutunya, Malaysia dan Indonesia pasti akan rugi, kecundang dan ditimpa musibah yang mungkin boleh menyebabkan kehancuran.

Unknown said...

Sala Dato'

Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Saudara cyber dan Saudara nakhoda tentang niat sebenar AS untuk menguasai Selat Melaka.

Malah perkara ini bukanlah perkara baru kerana sejak zaman sebelum "Gerakan Reformasi" lagi telah timbul desas-desus yang kurang enak mengapa mereka marah benar dengan Dr. Mahathir pada masa itu (kita tentu ingat lagi betapa kurang ajarnya Al Gore).

Apa yang diperkatakan pada masa itu (mungkin benar atau mungkin tidak) ialah kemungkinan besar Amerika mempunyai bukti kukuh mengenai salahlaku salah seorang pemimpin kita dan berhasrat menggunakan bukti tersebut selepas pemimpin tersebut mendapat kuasa. Maklumlah CIA akan mengekori pemimpin negara yang dirasai boleh dimanipulasi dan pemimpin ini mungkin tidak terkecuali.

Maklumlah apabila seseorang itu terdesak untuk mengekalkan kuasa, orang itu pasti akan berkompromi walaupun ini akan merugikan negara. Yang penting diri sendiri selamat.

Diperkatakan juga pada masa itu (dan sebelumnya) bahawa apa yang sangat-sangat diinginkan oleh AS ialah untuk mempunyai pengkalan tentera laut di Selat Melaka dan Lumut adalah pilihan mereka. Selain daripada memerhatikan TLDM, "anjing" mereka di Asia Tenggara juga akan mendapat faedah secara langsung di mana kekuatan TLDM boleh dipantau pada setiap masa.

Yang paling ditakuti ialah anak gadis Melayu akan menjadi 'mangsa' kepada tentera AS seperti di Clark Air Base, Filipina ataupun Okinawa.

Sebab itulah kita lihat isu lanun diperbesarkan. Padahal berapa banyakkah kapal yang didaftarkan di AS yang melalui Selat Melaka?

Selain itu diperhatikan juga bahawa dengan menguasai Selat Melaka, bukan saja kapal perang mereka boleh berlabuh di sini malah kapal selam mereka juga boleh tumpang berlabuh dan diservis.

Jadi kapal selam angkatan laut negara lain hanya boleh meleleh air liur sajalah kalau ini berlaku kerana Selat Melaka akan tertutup bagi mereka.

Saya berdoa pemimpin kita yang masih tidur akan segera sedar bahawa maruah negara kita termasuklah penguasaan ke atas Selat Melaka dan yang paling saya khuatir ialah kalau pasir di Selat Melaka pun sanggup dijual, apatah lagi penguasaan ke atas Selat Melaka.

limado said...

Apa Cyber, Nakhoda dan Arb tulis dalam ruang komen ni semua betul. Saya nak tau satu hal aje. Masa kita sambut 50 tahun merdeka baru-baru ni, kenapa ribu-ribu tentera marine Amerika dengan armada perang guna senjata nuklear, berlabuh di Pelabukan Kelang?

Kata orang, ribu-ribu marine Amerika tu tumpu kat KLCC. Yang duduk kat PJ Hilton, check-in kat hotel guna ID tentera aje. Ini kan tak betul. Sapa saja di negara asing mesti guna passport. Tapi, manager PJ Hilton kasi marine Amerika guna ID askar. Ini sebab manager tu dah kena ok oleh Embassy Amerika?

Apa dah jadi kat Malaysia ni? Bawah perintah AAB, Amerika dan Singapura jadi-jadi sangat. Pijak kepala kita, rompak rezeki kita. Inikah kerja menantu AAB yang bongkak konon ada network kuasa seluruh dunia? Kalau si menantu ni betul nak gadai bangsa dan negara, kita kena tentang habis-habisan. Kalau si meretua dia duduk diam macam batu, kita kena leburkan si mertua tu jadi debu.

Kita tak boleh kompromi dengan apa-apa kerja khianat macam ni. Macam Nakhoda tulis, kita tak rela dijajah semula. Kita tak sanggup derita ratus-ratus tahun lagi. Kita kena jahanamkan neo-imperialis dan talibarutnya……

Unknown said...

Salam Datuk.

Di bawah ni apa yang Datuk tulis dalam Utusan Malaysia dua tahun lalu:

“Sesetengah kuasa besar kini berpegang kepada konsep bahawa kekuasaannya ke atas sesuatu perairan yang strategik hanya akan bermakna bila ia menguasai negara-negara littoral di perairan terbabit. Dalam konteks Selat Melaka, konsep ini memerlukan kuasa besar berkenaan menguasai Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk membolehkan tentera laut, darat dan udaranya mewujudkan aktiviti pertahanan bersepadu di Asia Tenggara.”

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Saya pinjam perenggan ni kerana nak sedarkan kita semua. Amerika memang tak main-main nak kuasai negara kita. Dia nak kuasai kita dan Indonesia pasal dia nak kuasai Selat Melaka.

Hari ni Amerika dah kuasai Singapura. Tapi masih tak boleh kuasai Selat Melaka. Sebab dia belum boleh kuasai Indonesia dan Malaysia. Kalau ikut plan dia orang, Amerika nak buat naval base di Acheh, di utara Sumatera. Juga di Lumut, di bahagian tengah pantai barat Tanah Melayu. Plan ni untuk sempurnakan rancangan penuh Amerika kuasai Selat Melaka. Singapura memang dah jadi pintu masuk ke Selat Melaka dari selatan yang dikuasai Amerika. Kepada Amerika, juga lebih baik kalau Singapura dapat kuasai Pulau Pisang di barat daya Johor. Pulau Batu Putih di tenggara Johor pasti akan jatuh ke tangan Singapura. Tak percaya, kita tunggu seminggu dua lagi…

Jadi, adakah pemimpin kita nak main-main lagi dengan Amerika dan Singapura? Kita nak tengok aje apa KJ buat atau AAB buat dengan Amerika dan Singapura? Polis tentu tau hal ni. MIO tentu tau kisah ni. Tapi, kenapa diam je? Takkah dah sampai masa untuk bertindak? Kita kena pertahan negara kita untuk masa depan anak cucu kita!

Unknown said...

saya setuju dgn pandanan putera bentan dan cyber.

segala masaalah yg tibul akhir-akhir ini adalah kebodohan orang yang mentadbir negara serta membenarkan anak menantu campur tangan dalam pemerintahan negara kita.

anda semualah yang menentukan masa depan negara kita. sayangilah negara kita dan bangsa kita.

pemerhati said...

A'kum Dato' kawan rasa bangga kerana banyak rakyat Malaysia sudah mula sedari maruah keselamatan negara.

Teruskan perjuangan bersama anak Johor bebaskan WPI dari di jajah.

kudakepang said...

Cyber: Pandangan anda compact dan menarik. Saya syak, kalaulah ada satu sebab Amerika nak bertapak di Malaysia, Selat Melaka adalah alasan utamanya. Tapi kita kena juga waspada, kalau dia tak dapat bertapak secara fizikal, dia akan cuba menguasai Malaysia secara proksi. Ini lagi bahaya kerana strategi ini membabitkan pngkhianatan, infiltrasi dan subversion. Dan, yang akan jadi proksi Amerika pastinya daripada kalangan kita juga.

Nakhoda: Pandangan anda juga bernas. Semoga rakyat Malaysia kategori anda akan terus memainkan peranan menginsafkan kita semua supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap game plan Amerika terhadap Malaysia.

Arb: Buah fikiran anda juga sungguh segar. Semoga anak muda seperti anda akan berperanan tanpa jemu-jemu dalam perjuangan menangkis neoimprialis daripada bertapak di negara tercinta ini.

Limado: Saya amat setuju dengan kata-kata anda bahawa "kita tak boleh kompromi dengan apa-apa kerja khianat..." Kalau itulah ikrar kenegaraan anda, teruskan perjuangan murni ini sampai bila-bila.

Putera: Terima kasih kerana sudi memetik tulisan saya daripada Utusan Malaysia, Untuk renungan semua, sala ulangi pertanyaam anda "adakah pemimpin kita nak main-main lagi dengan Amerika dan Singapura? Takkah dah sampai masa untuk bertindak? Kita kena pertahan negara kita untuk masa depan anak cucu kita!". Slamat maju jaya.

Tuan Haji: Luahan hati anda adalah satu cetusan rasa yang amat berharga kepada semua pihak yang cintakan tanah air.

Pemerhati: Terima kasih atas pujian. Kawan harap anda segera pulang daripada Bentan kerana kalau tidak nanti anda terlepas majlis pulut kuning. Kalau lambat pulang, kawan juga bimbang anda akan dilanda gelombang kuning di perairan Johor Riau. Kawan tau anda ada besi kuning dan sahabat orang kuning. Tapi kalau gelombang kuning dah jadi tsunami, nanti tak sempat anda balik dengan lancang kuning... Kawan ingat kisah Selat Melaka ni kena terus dihidupkan selama mana kita terdaya. Selamat berjuang.

Salam takzim dan selamat hari raya, maaf zahir batin.