Bahagian Satu:
Spy Asing Kuasai Malaysia?
Kira-kira setahun lalu, kudakepang menerima info mengenai beberapa elemen asing dipercayai terlibat dalam proses memilih dan menyiapkan senarai calon DUN dan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Info tersebut disiarkan menerusi tujuh siri The Toyol Code dalam blog ini mulai Oktober 2006. Sehingga hari ini belum ada mana-mana pihak menafikan siri tersebut. Dalam mukadimah siri itu dinyatakan seperti berikut:
The Toyol Code membabitkan personaliti besar. Ia juga mengandungi elemen konspirasi asing yang membabitkan kita semua serta membabitkan Malaysia, masa depan, kedaulatan, kemerdekaan, kesejahteraan, serta keselamatan dan keamanannya.
Dua bulan lalu, blog ini menerima info mengenai sekumpulan perisik asing telah masuk ke Malaysia menggunakan dokumen perjalanan dikeluarkan oleh sebuah negara jiran di selatan.
Info itu mendorong kudakepang membuat posting berjodol Nostalgia Era Pra-Merdeka: Rumah Kayu Dan Anai-Anai, pada 22 Ogos 2007. Antara lainnya, posting itu menyatakan seperti berikut:
Waspada. Anai-anai adalah serangga perosak. Armadanya datang secara menyusup. Kehadirannya sukar dilihat oleh mata kasar. Tetapi, bahaya kerosakannya pasti boleh menyebabkan suatu dharurat – besar atau kecil, bergantung kepada kemusnahan yang telah dilakukannya.
Soalnya, adakah kita (Malaysia) hari ini sedang dilanda anai-anai? Adakah desas-desus mengenai susupan anai-anai mutakhir ini sesuatu yang real? Di manakah armada anai-anai ini sekarang? Dari belantara manakah mereka datang? Adakah anai-anai ini telah menyusup daripada belukar di hujung benua? Adakah anai-anai spesies hidung bengkok juga telah menyusup menerusi pangkalan seberang? Di sektor manakah mereka telah menyusup? Sedalam manakah penyusupan mereka? Adakah kita menyedari kehadiran mereka? Apakah kita rela dimusnahkan oleh armada anai-anai ini? Dan, adakah kita sanggup memusnahkan mereka dengan tenaga kudrat yang kita ada?
Kalau penyusupan anai-anai ini sudah sampai ke peringkat yang kritikal, meluas dan berakar-umbi, sanggupkan kita runtuhkan rumah kita yang sedia ada dan membinanya semula dengan menggunakan khidmat pakar anti-makhluk perosak yang terbaik dan terbukti keberkesanannya?
Menjelang Aidilfitri baru-baru ini, kudakepang menerima maklumat bahawa agensi perisikan Singapura dan Amerika Syarikat dipercayai akan membantu dalam PRU12.
Maklumat ini memperkukuhkan pendedahan dalam siri The Toyol Code. Ia juga jadi latarbelakang kepada posting pada 10 Oktober 2007 dengan jodol Anai-Anai Uncle Sam Dan Lion Akan Berhari Raya Di Malaysia. Antara lainya, info yang jadi asas posting itu menegaskan seperti berikut:
Terima berita pengesahan ini hari ini. Beruang Hitam telah mula import anai-anai SAM dan LION.
FBI akan pastikan tiada pihak boleh membuat bantahan jika terdapat cacat cela sambutan Hari Raya Besar kali ini.
Banyak pesanan saya terima mengesahkan anai-anai kini sudah mula memeta kawasan Hari Raya Besar.
Maka, soalnya di sini, adakah seluruh info di atas benar? Kalau tidak benar, kenapakah tidak ada penafian mengenainya? Mengapakah Malaysia hari ini jadi begini? Adakah negara ini sudah mula dikuasai oleh spy dan juga kuasa asing? Kalau hakikatnya begini, adakah kita redha dengan apa yang sedang terjadi? Kalau kita tidak rela, apa pula yang wajar kita lakukan?
[Esok akan kita bicarakan wujudnya segolongnan pekerja asing di Malaysia yang kini jadi talibarut kepada badan-badan perisikan negara asing.] – Ruhanie Ahmad

4 comments:
Off topic sikit Dato'. Saya ada terbaca dalam NST semalam melapurkan bahawa pihak PDRM menghantar "Lingam video clip" ke Hong Kong untuk dibuat analisa samada klip itu orignal atau yang telah di edit atau superimpose. Juga untuk membuat pengecaman suara. Dilapurkan juga bahawa FBI menolak tugasan ini kerana ia tidak melibatkan violent crime.
Ini komen saya:
1. untuk pengecaman suara, kumpulan penyelidik saya boleh lakukan dengan menggunakan sistem "Automatic Speaker Recognition" yang kami bangunkan. Penyelidik-penyelidik ini adalah anak-anak MELAYU kita menggunakan teknologi kita sendiri dengan membuat pengubahsuaian ke atas algorithma "Gaussian Mixture Model", "Hidden Markov Model" dan "Support Vector Machine". Untuk kes ini saya rasa tak lah susah sangat nak buat pengecaman kerana kita dah diberitahu siapa orang nya dan oleh itu kita boleh buat perbandingan dengan suara dalam klip itu dengan suara sebenarnya. Apa yang perlu dibuat adalah membuat pre-processing suara di dalam klip tersebut untuk membersihkan "background noise" terlebih dahulu.
2. Tentang "authenticity" video klip tersebut, of course kita pun ada sistem dan algorithma yang boleh diubahsuai.
Dato,
Spy. Memang cerita thriller. Menarik dan kita sentiasa mahu ikuti dengan rasa berdebar.
Espionage bukan benda asing. Dalam business kita pun macam tu. Setakat nak korek info, nak buat bandingan dan nak fikir cara nak majukan business di celah-celah rivals. Sambil-sambil tu, kalau kena gayanya, pesaing kita akan tersungkur.
Hari-hari sebelum Anwar tersungkur, perkataan spy juga sering disebut. Disebut juga permaidani merah terhampar di US. Disebut juga perihal rahsia penting diketahui dan itu jadi umpan. Istilah orang kampung ialah telor dah kena ikat.
Dalam suasana sekarang istilah SPY di sebut oleh orang biasa terhadap negara kita. Negara kita jadi sponge menyerap segala macam orang. Dalam ramai-ramai ada spy.
Pelabur juga ada hak untuk berkata-kata. Dulu World Bank di tuduh mengganggu peminjam dengan STRINGS, dimana setengahnya menggugat. Kini kita juga berdepan dengan pelabur apabila AAB bergandingan tangan bergerak di lorong Corridor of Development.
Tentu sekali pelabur meletakan syarat tertentu. Mereka kelihatan mengganggu, dan kita kelihatan terikat. Pelaburan mereka bukan sedikit, dan mereka tentunya mahu melihat suasana politik yang friendly dengan mereka.
Cuma saya harap telor tidak diikat simpul mati!
Datuk, Freemantions masih bertapak di negara ini. Jadi peranan kumpulan ini sangat besar dan masih mempunyai hubungan dengan badan induk di peringkat antarabangsa. Mungkin juga penyusupan sudah berlaku dalam UMNO dan lain-lain NGO atau orang-orang kenamaan yang berpengaruh. Mereka ni banyak dana untuk mengabui orang-orang yang gila kuasa dan harta. Ini tidak boleh dipandang rengan. Marilah kita celikkan mata dan telinga supaya maruah negara tidak tegadai.
Inmine: Kalau anda sudi, sila tulis satu artikel mengenai isu yang anda bicarakan ini untuk saya siarkan dalam KK. Mentaliti sesetengah pegawai kita memang memandang rendah pada local talent and expertise. Apa lagi Pengarah CID sekarang ni.
Berita Dari gunung dan Haji: Apa yang anda bangkitkan di sini memang relevan. Tunggu kupasan lanjut saya dalam hal ini menerusi buku The Trojan Horse yang sedang saya siapkan.
Salam takzim dan maaf lahir batin.
Post a Comment