Terkini:
Thirumoorthy Letak Jawatan
SHAH ALAM 16 April – Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor, S. P. Thirumoorthy mengesahkan peletakan jawatannya dalam parti itu hari ini berikutan tidak dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.
Peletakan jawatan Thirumoorthy, 55, itu turut diikuti 12 ketua cawangan MIC bagi kawasan Kuala Selangor.
Menurutnya, beliau serta ahli MIC yang lain menyifatkan keputusan pucuk pimpinan meletakkan calon muda, K. Parthiban, 38, untuk bertanding dalam pilihan raya itu sebagai meminggirkan orang lama yang telah banyak menyumbang kepada parti termasuk BN.
‘‘Pemilihan calon muda ini seolah-olah menutup peluang kami yang sudah lama dalam parti untuk bertanding selain dilihat tidak menghargai pengorbanan kami sebelum ini. "
www.utusan.com.my
2 comments:
good riddance! saya tak tahu rentak dan bunga politik dalam MIC, tapi sesiapa yang berhenti pasal tak dipilih atau merajuk sebab tak dipilih memanglah karut. i have no love for MIC, especially Samy Vellu, but the party is better off if people like Thiru resigns because he was not picked as the candidate.
if that was really why he resigned.
dah la tu, dia kata dia rasa tidak diumpamakan selepas bertahun-tahun mengabdi diri dengan Samy Vellu. lagi lah aku tak respek. sebab dia bukan mengabdikan diri untuk rakyat, tapi untuk Samy (bukan untuk parti pun).
haprah punya orang.
Brother,
I am surprised that your political sensitivity is sharp and pragmatic.
I am of the same opinion with you. But, what this guy did will surely contribute some of the votes to Keadilan.
So, how was the building? OK. Rental?
Tq.
Ron
Post a Comment