Sunday, April 08, 2007


Tokoh Wartawan, Menteri
Dan Alliance of Bloggers

Oleh Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Zainuddin Maidin buka mulut lagi pasal bloggrs Malaysia. Lebih hebat lagi, beliau bercakap tentang hal ini setelah menemui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura, Dr. Lee Boon Yang, untuk “membincangkan isu blog” dan pendekatan republik itu menaganninya.

[Ini bukannya fitnah. Dan, bukan juga posting untuk mencari pengaruh politik. Hakikat Datuk Seri Zainuddin seolah-olah berguru dengan Singapura untuk mengatasi isu bloggers Malaysia ini disiarkan oleh Utusan Malaysia dengan link di bawah ini.]

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

Datuk Seri Zainuddin seorang yang luas pengalamannya. Beliau Tokoh Wartawan Negara. Beliau juga Menteri Penerangan Malaysia. Kita hormati beliau atas kapasiti ini.

Malangnya, sebagai seorang tokoh wartawan dan Mentri Penerangan, beliau sendiri agak tidak menyedari bahawa apabila kita memperkatakan hal content multimedia, termasuklah kandungan program radio, televisyen, portal berita internet dan juga blogs di negara ini, segala-galanya adalah di bawah jurisdiction Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Bukannya di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan!

Untuk membantu Datuk Seri Zainuddin dan tokoh-tokoh seangkatannya memahami fungsi dan bidangkuasa MCMC, link ke MCMC adalah seperti berikut: http://www.cmc.gov.my. Silakan akses link ini dan segala-galanya ada di situ.

MCMC

Oleh kerana blogging adalah antara cabang convergence yang terbaru daripada ledakan ICT, soal ini nampaknya masih belum menerima fokus secara khusus. Tetapi, mustahilkah untuk MCMC mula memikirkan soal tata etika bloggers dalam konteks rejim perundangan yang sedia ada?

Tidakkah pemerintah menyedari hakikat ini? Kenapakah perlu mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang kurang bijak dan konfrontasional terhadap bloggers kalau rejim perundangan di bawah MCMC ini mungkin boleh dikemaskinikan untuk membolehkan siri perundingan dengan para bloggers ke arah penggubalan satu tata etika blogging di negara ini?

Maka, berasaskan kewujudan MCMC, apakah relevannya Datuk Seri Zainuddin membuat kenyataan bahawa bloggers politik “mesti” didaftarkan?

Adakah kerana beliau beranggapan yang soal content multimedia berada di bawah kawalannya? Tidakkah beliau sedar bahawa secara hakikinya content dalam portal berita Bernama pun di bawah kawalan MCMC?

Memang ini satu ironi. Tetapi inilah antara realiti dan anamoli di era anjakan teknologi daripada rejim perundangan bukan digital kepada rejim perundangan digital.

Definisi Politik

Saya amat pasti akan hal ini kerana saya sendiri terlibat dalam membahas serta meluluskan banyak undang-undang ICT di Parlimen Malaysia.

Saya juga amat pasti akan hal ini kerana saya sendiri pernah mengemukakan banyak soalan mengenai siapakah yang mempunyai bidang kuasa terhadap contents dalam multimedia di negara ini.

Oleh itu, apakah reaksi yang perlu kita berikan kepada Datuk Seri Zainuddin yang mahukan blogs dan bloggers politik di Malaysia “mesti” didaftarkan?

Ketawa berdekah-dekah kerana kenyataan beliau amat melucukan? Menggelengkan kepala kerana kenyataan itu mencerminkan betapa tidak dalamnya pengetahuan beliau mengenai ICT sehingga tidak menydari bahawa blogs, blogging dan bloggers adalah satu cabang demokrasi siber yang lahir daripada ledakan ICT? Atau, kita pedulikan sahaja kenyataan itu kerana beliau sekali-kali tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan perkembangan ini?

Tetapi, katakanlah kita terima kenyataan Datuk Seri Zainuddin itu sebagai satu kenyataan yang boleh masuk akal, siapa pula yang akan mendefinisikan “politik” dalam konteks blogs dan portal berita di Malaysia?

Tata Etika

Definisi “politik” siapakah yang akan dijadikan definisi rasmi dalam konteks ini? Definisi pakar-pakar sains politik tempatan dan antarabangsa? Definisi Tingkat 4 JPM? Atau, bila mana sesuatu blogs itu mengkritik kerajaan maka blogs itu pun dikategorikan sebagai blogs politik?

Dan, adakah blogs yang ditubuhkan oleh pemerintah untuk menghentam penulis-penulis blogs tempatan akan dikecualikan daripada kategori blogs politik di Malaysia?

Saya terpaksa menimbulkan soal-soal seperti ini kerana inilah realitinya apabila soal blogs dan convergence ICT adalah sesuatu yang masih baru dan sedang melalui proses evolusi.

Blogs, blogging dan bloggers di Malaysia, malah di seluruh dunia, masih berkembang dari satu tahap ke satu lagi tahap yang baru, pada setiap hari. Sebab itulah soal-soal serta peruntukan tata etika mengenai blogs masih samar-samar atau belum wujud sama sekali.

Oleh itu, janganlah pihak pemerintah Malaysia berfikiran atau perpandangan singkat. Janganlah kerana Singapura dikatakan “mempunyai mekanisma pendaftaran bagi blog yang secara konsisten memuatkan tulisan politik” maka apa yang wujud di sana dikagumi dan akan digunapakai di Malaysia.

Berunding

Di Malaysia sendiri terdapat ramai pakar undang-undang ICT. Kita juga mempunyai MCMC. Kalaulah, umpamanya, perisian iklan multimedia mempunyai etikanya yang tertentu, mustahilkah kalau bloggers Malaysia di ajak berunding untuk sama-sama membentuk kod etika blogging di negara ini suatu hari nanti?

Pra-syaratnya, jangan ada sesiapa jua di dalam pemerintahan negara ketika ini bercakap pasal bloggers secara rambang dan hentam keromo.

Jangan dimulakan proses konfrontasi antara kerajaan dan bloggers. Jangan dibina tembok pemisah sebelum pihak pemerintah mengenali hakikat sebenarnya mengnai blogging.

Jangan buat begitu kerana semakin hari, jumlah warga maya di Malaysia, kian bertambah, berganda-ganda, berlipat kali ganda. Jangan buat begitu kerana blogging adalah satu daripada cadang demokrasi siber di mana bloggers pula wujud di alam nyata yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi.

Jangan buat begitu kerana seluruh dunia kini mengiktiraf hakikat bahawa blogs sudah mula jadi lebih berpengaruh daripada media cetak dalam konteks penyebaran berita kepada masyarakat umum.

Alliance

Hari ini, bloggers Malaysia sudah pun menubuhkan National Alliance of Bloggers (NAB). Hasrat Saudara Ahirudin Attan, selaku Presiden Penaja NAB, untuk merangka kod etika blogging pun sudah menerima sokongan ramai.

Memang pendaftaran NAB belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Tetapi, salahkah kalau pihak pemerintah dan NAB sama-sama berikhtiar merundingkan soal tata etika blogging di Malaysia dengan MCMC?

Pada pendapat saya, inilah sebaik-baiknya usaha yang perlu diambil sebelum rasa meluat para bloggers terhadap kenyataan demi kenyataan kurang bijak terus disasarkan kepada bloggers hampir pada setiap hari, jadi kian melonjak dan memuncak.

Pemerintah perlulah bertindak segera. Kalau tidak, sapa yang akan dipersalahkan kalau suatu hari nanti cetusan rasa kecewa, rasa marah dan rasa meluat warga maya Malaysia terhadap karenah serta perilaku sesetengah pembesar negara yang kini dihamburkan ke ruang maya, akan diterjemahkan pula sebagai satu ledakan bangkangan dalam proses demokrasi di alam nyata.

Untuk makluman pemerintah, dalam mesyuarat penajaan NAB baru-baru ini, tiga perkara khusus disuarakan oleh segolongan hadirin.

Misi

Pertama: Bloggers sosio-politik dan ekonomi di Malaysia datang dari pelbagai fahaman politik. Tetapi mereka bersatu untuk sama-sama mencorak dan membentuk demokrasi siber di Malaysia di hari muka.

Kedua: Bloggers yang hadir juga menginsafi hakikat bahawa dalam usaha memperjuangkan demokrasi siber, mereka juga mahu menyumbang kepada usaha meningkatkan tahap perpaduan nasional, mereka tidak akan menjejaskan ketenteraman awam, dan mereka tidak akan menggadaikan keselamatan negara.

Ketiga: Bloggers Malaysia adalah rakyat yang cintakan negara, mahu terus memelihara kemerdekaan Malaysia, dan juga mahu terus mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Dengan adanya kenyataan misi tidak rasmi seperti di atas, tergamakkah sesiapa melabelkan para bloggers sosio-politik dan ekonomi Malaysia sebagai pembohong, pemfitnah, dan lebih serius lagi, sebagai satu pakatan yang mahu menumbangkan kerajaan?

14 comments:

Mika Angel-0 said...

Datuk Ron
Salaam

Sub-judice Prejudice


Still the question:
Blog???????

Ini kes masih di mahkamah!

ZAM kena bersabar
Don't jump the gun,
please

Tengok!
Dah kena bantai

Lembu macam kuda kepang
tidak suka
dicocok hidungnya!
apatah lagi
dirantai

Lembu, kuda, kerbau
kena branding di
punggung - XXX.com
baru sah
legal tender

Nora aka Anon Fm Miri said...

Datuk Ron,
Salam dari Miri.
Mungkinkah ini yang dikatakan "gomen" kita berada di dalam keadaan "bloggers phobia"???

Anonymous said...

Bung Mika

Tak kanlah sampai nak analojikan kuda kepang sebagai 'lembu'. Apa pun, agak kurang bijak untuk sapa-sapa saja hentam bloggers secara melulu.

Demi masa depan demokrasi siber adalah wajar diwujudkan saluran dialog dengan agensi-agensi yang relevan dengan kawalan contents.

Salam
ROB

Anonymous said...

Anon From Miri

Already back in Miri? Yes, the government might be suffering from an excessive bloggers phobia.

Tq and salam
RON

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Dear Dato'
ASMLKM.
Hujah yang bernas sekali.Tapi sebenornye ZAM memang tak mahu faham,meyusahkan die je kalu faham.Lebih baik die menunjukkan his usefulness as Information Minister to Pak Lah.
He was identified as TDM's boy,that is the most unfortunate thing with him,thus he got to be whiter than white or darker than than black.
ZAM wont stand on any principle,he just need to survive in present climate...he has been on survival mode all his life,therefore all his actions,words and deeds ultimately would ensure only his survival.

"It is difficult to get a man (ZAM)to understand something when his job depends on not understanding it."
Upton Sinclair

G said...

Very reasoned and thoughtful posting Datuk Ron.

It states the case very clearly on the facts in this whole blogger vs powers that be.

I hope they read this for context to recent events, because this gives me far greater understanding than what the mainstream media has reported so far.

The Eugenist said...

Salam.

Datuk, boleh jugak Datuk access the internet at last, kan? Btw, saya teringat org pernah cakap..

Kalau buat salah, kita akan buat macam2 untuk tutup kesalahan kita..

Does it ring a bell, Datuk? I mean, "that people" asks us to register blog la, apa la..It does ring a bell

hehe..

Mika Angel-0 said...

Datuk Ron
Salaam

PEMBETULAN

Apakah nanti
blogger ada peluang menang
kereta MYVI atau Kris Jaguh?

Okaylah, silap tersasul saya.
Kuda-kepang is kuda kepang
Maaf seribu kali

maka, ZAM lah jadi
Taurus(Lembu jantan) RTM!
Nak tak kain merah?

Ole, ZAM - give your best shot!

Nota:
Menteri Penerangan mendapati semakin sukar hendak mengawal aliran maklumat. YB ZAM kenalah suruh orang turunkan posting lawan
'the spread of disinformation' against the government of the day.

Buka tender atau direct nego dengan Datuk Ron dan lain-lain blogger yang hebat-hebat.

Hasrul Halid said...

Dato' Ron,
Dato' telah memberikan definasi yang 'tepat' tentang bloggers dan hala tujunya.

Secara peribadi, saya merasakan, sekiranya pihak pemerintah tidak membuka telinga luas-luas, maka adalah lebih baik kalau Dato' berbicara hanya kepada 'tunggul kayu', sekurang-kurangnya 'kita' tak sakit hati.

Maafkan saya!

Raja Bersiung said...

MCMC tugasnya memastikan infrastrukur komunikasi meliputi seluruh pelusuk negara.
MOSTI memastikan/menggalakkan contents & application diperbanyakkan di Malaysia

kudakepang said...

Kepada seluruh sahabat yang memberikan respons kepada posting ini saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sebenarnya, apa yang menjadikan segolongan bloggers rasa agak mual atau loya sikit adalah sikap konfrontasi dan prasangka wakil-wakil pemerintah terhadap bloggers tempatan mutakhir ini.

Kalaulah sikap ini dimansuhkan, dan sebaliknya diwujudkan pula saluran perbincangan dan perundingan antara MCMC dan NAB, sebagai usaha awalan merintis jalan ke arah penggubalan tata etika bloggers, alangkah lebih baik?

Moga-moga pihak pemerintah membaca apa juga yang telah kita polemikkan menerusi blogs tempatan selama ini, khusus sekali mengenai masa depan bloggers dan demokrasi siber.

Apa pun, perjuangan kita bersama untuk memurnikan demokrasi siber di Malaysia wajar diteruskan sehingga terhakis segala kejahilan dan terbentuk pula satu rangka persefahaman antara semua pihak demi kepentingan negara tercinta ini di hari-hari muka!

Kepada Bung MIKA, saya faham anda tidak bermaksud untuk memperlekhkan sesiapa.Mungkin hanya tersilap memilih kata-kata, itu saja.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya. - Ron

LEKLOOK said...

Datuk Ron,
Saya rasa penubuhan Persatuan Bloggerspun tidak perlu. Banyak sangat persatuan. Kelab wartawanpun bukan dianggotai semua wartawan.

vpromoter said...

En. Leklook
That's just a lame ol' excuse. FYI not all malays join United malays national organization.

cakapsiang said...

Dato' Ron,

Saya amat tertarik dengan perkembangan muktahir ini yang mana satu persatu pembesar negara memberikan komen terhadap bloggers. Jangan terkejut ada antara mereka yang tidak tahu apa maknanya WWW atau http, tapi bercakap mengalahkan Bill gates! Saya rasa kita perlu berfikiran positif. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Di sini saya lihat satu hikmah yang nyata kepada kita rakyat Malaysia ialah kita berpeluang untuk mengetahui dan menilai sejauh mana kebijaksanaan para pembesar kita hari ini. Lagi banyak mereka merapu, lebih banyaklah kebodohan mereka terserlah. Kita ibarat cikgu yang sedang memberi markah dalam ujian. Terpulanglah kepada kita untuk menilai mereka, samada A,B,C atau F!. Biarkan luncai terjun dengan labunya, biarkan, biarkan!