Sunday, April 01, 2007

Singapura Akan
Terus Gugat Kita
[Bahagian Dua]

A Kadir Jasin
[www.kadirjasin.blogspot.com]

Dua veteran politik tanah air yang pernah bermusuh semalam [30 Mac 2007] berkongsi pentas di Universiti Malaya. Tengku Razaleigh memberi ceramah bertajuk “Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Merentas Sempadan Etnik” anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu.

Bekas Menteri Kewangan itu, antara lain, berhujah: “Memang bukan tugas kerajaan untuk berniaga. Tanggungjawab kerajaan, antara lain, adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, misalnya dengan mewujudkan keadaan yang boleh menarik pelabur asing untuk melabur di negara ini.

“Tetapi kerajaan yang dipilih oleh rakyat juga mempunyai tanggungjawab moral dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara dan maruah atau jatidiri bangsa. Ini bererti bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bumi atau kawasan ekonomi kita ini tidak dijadikan milik ekonomi kuasa-kuasa asing sehingga kita nanti akan menjadi tawanan kuasa-kuasa ekonomi dan politik luar, dan rakyat yang memilih kerajaan itu seolah-olah menumpang di kawasan ekonomi milik asing di tanah air mereka sendiri.

“Saya kebetulan terbaca sebuah artikel yang tersiar di dalam sebuah akhbar di Bangkok sewaktu saya berada di sana baru-baru ini. Tajuknya ialah “From Money Politics to Moral Politics’. Menurut artikel itu, negara Thai sedang pulih daripada kerosakan politik wang atau rasuah politik pentadbiran Thaksin. Penulisnya berkata “While Thailand recovers from the excesses of the previous administration, our people need to be shown that modesty, honesty, hard work and moderation are the keys to a harmonious society”.

“Tun Razak cuba mewujudkan masyarakatnya yang harmonious itu, baik dari segi kemakmuran ekonominya, lebih-lebih lagi dari segi keharmonian etnik yang cuba dibina melalui dasar pelajaran, dasar pembangunan ekonomi dan dasar kebudayaan kebangsaan seperti yang telah kita jelaskan sebelum ini. Tetapi jika ‘kemajuan ekonomi’ atau pelaburan asing digalakkan oleh politik wang seperti yang berlaku di Thailand itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab moral politik untuk mencegah perkembangannya sebelum keharmonian masyarakat dan keselamatan negara ini tergugat.

“Kita tidak perlu takut kepada pelabur asing asal sahaja pelabur asing itu tidak dibiarkan menakluki kawasan kita seperti yang dilakukan oleh Israel yang menakluki kawasan Tebing Barat dan kawasan-kawasan lain Palestin melalui pencerobohan tentera. Pelaburan asing jangan dibiarkan berkembang menjadi penceroboh atau perampas ekonomi di negara ini.

“Yang kita khuatir ialah politik wang dan amalan rasuah yang datang dari dalam diri bangsa kita sendiri – bangsa kita yang berkuasa menentukan nasib bangsa dan negara menurut kehendak mereka (pihak yang memimpin) (dan) tidak menurut kehendak rakyat, sehingga anak cucu kita nanti tidak mempunyai apa-apa harta lagi untuk meneruskan kehidupan mereka di tanah air sendiri.”

Kebetulan Dr Mahathir juga bercakap panjang lebar mengenai bahawa memberi hak keluar-masuk tanpa pasport dan menjual hartanah kepada orang asing di dua kawasan khas di Johor dalam dialognya dengan ahli Umno dan penduduk Kulai Besar kelmarin [29 Mac 2007]

http://www.kadirjasin.blogspot.com

2 comments:

kingyakin said...

Dear sir,

Open market will never enslave its rakyat!

Open market will only give us back our Freedom of Choice instead of vesting them in the hand of this authority (which is a very bad choice, and another form of its rakyat being enslaved by its own government!)

Only the government's invincible hands around its rakyat that are enslaving us!

Give us back our rights, and Hand OFF!!!

Mika Angel-0 said...

KENAPA
(Keling Botol, Cina Lanca)

Kenapa
Iskandar mengamit-gamit mata
hanya kera sekangkang mengamat

Kenapa
kerja tukang jual besi buruk, kerja orang malas
bila tiada yang sudi
dijual nya semurah-murah
perkenan anak cina
penarik lanca tahi candu

Kenapa
hanya yang pandai terkebil-kebil
malayu johor berasmara dalam senja
termimpi-mimpi anak dara
istanbul dan hadratul maut

Kenapa
terserlah memang orang johor
orang bugis, orang jawa,
tidak setinggi lampai mana
tidak secetek sungai mana
langkau selat, langkah silatnya yang mati

Kenapa
bumi ini di pijak, langit ini dijunjung
pucuk paku pun tiada lagi!