Update PRK Ijok:
Keadaan Kian Mendebarkan
Siang tadi saya berada di Ijok sepanjang hari. Kira-kira tiga kilometer ke arah Pekan Ijok ada dua sekatan jalanraya. Ini menyebabkan kesesakan yang hampir tiga hingga empat kilometer panjangnya.
Maklum balas yang saya kutip pula mengatakan banyak pihak tak puas hati dengan cara pihak keselamatan mengawal ketenteraman awam di Ijok. Rakyat setempat agak marah bila FRU pun dikerah ke majlis ceramah PKR.
Saya penyokong BN. Rakyat setempat di Ijok yang marah-marah terhadap pengawalan ketenteraman awam pun majoritinya orang BN. Apa saya nak buat dalam keadaan seperti ini? Jadi, saya hanya merayu semoga mereka bersabarlah sehingga Sabtu ini.
Bacaan sikap pengundi di Ijok juga dikatakan agak ilusif. Contohnya, ada sesetengah penduduk kampung yang mengibarkan bendera BN semata-mata kerana mereka mahukan projek jalan tar. Tapi, undi mereka sehingga petang tadi dikatakan masih belum jelas.
Ramai juga orang BN yang bisik-bisik dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana terus dipaksa mendukung calon BN daripada MIC. Para pekerja BN daripada luar Selangor tidak terdaya untuk menangani isu ini kerana ianya adalah keputusan kepimpinan tertinggi BN.
Lantaran itu, para pekerja BN seperti ini dikatakan hanya bekerja to put their best to improve jumlah undi yang akan diperolehi oleh calon BN. Soal BN menang dalam kawasan peti undi seperti ini, kata mereka, agak sukar.
Ada beberapa kawasan peti undi yang dah memang hitam. Para pekerja BN di kawasan seperti ini hanya bekerja brtungkus lumus untuk memperbaiki score sahaja. Contohnya, kalau bancian semalam mengatakan BN memperolehi 40 peratus daripada jumlah undi di kawasan seperti ini, hari ini para pekerja BN akan berusaha memperbaiki score itu kepada 42 peratus. Kata, mereka, dalam kawasan peti undi seprti ini, calon BN tetap kalah. Tetapi, para pekerja BN tidak putus asa hingga ke saat akhir mereka terus bekerja.
Hari ini YAB PM turun ke Ijok. Tapi, bisik-bisik di kalangan sesetengah pekerja BN, agak sukar juga untuk lawatan itu memperbaiki peratusan undi yang mungkin diperolehi oleh calon BN di sesetengah kawasan peti undi yang hitam. Para pengundi di kawasan peti undi seperti ini mengatakan mereka tak membenci BN kerana mereka sendiri penyokong BN. Tetapi, mereka mengatakan agak sukar untuk mengundi calon BN daripada MIC.
Keadaan seperti ini adalah ironis. Tetapi, inilah situasinya setakat petang tadi. Ini pastinya mendebarkan kerana di kawasan yang dikatakan hitam seperti ini, pengundi yang majoritinya orang BN, agak ragu-ragu untuk mengundi calon BN.
Oleh itu, kata mereka, mereka mungkin tak keluar mengundi Sabtu ini. Atau, kalau mereka keluar mengundi, mungkin mereka akan membuang undi yang dirosakkan.
Saya tidak mencipta update di atas. Apa yang tulis adalah apa yang saya dengar daripada rakyat setempat di Ijok. Oleh itu, kepada ramai sahabat-sahabat yang bertanya kepada saya, apakah peluang calon BN dalam PRK DUN Ijok, inilah jawapan saya: setakat petang ini, kata orang Ijok, situasinya masih 50:50. Sesetengah bilik gerakan yang dikendalikan oleh perhubungan UMNO negeri dari seluruh Semenanjung pula mengatakan, peluang calon BN menang adalah 58:42. Beberapa pegawai risikan rasmi pula meramalkan bahawa peluang kemenangan calon BN adalah 43:57.
Jadi, mana satu yang sahih, saya tak tau. Hanya Allah sahaja Yang Mana Mengetahui! – Ruhanie Ahmad

No comments:
Post a Comment