Friday, April 06, 2007

Cadangan
Wujud Zon Akses Bebas
Di WPI Dibatal

[www.utusan.com.my]

JOHOR BAHRU 5 April – Kerajaan telah membatalkan cadangan untuk mewujudkan kawasan Zon Akses Bebas (FAZ) di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) bagi membolehkan warga asing dari Singapura keluar dan masuk secara bebas.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, langkah itu diambil kerana ia tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk WPI dan tidak diperlukan.

Sebagai ganti, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Imigresen akan memperkenalkan kad pintar yang akan memudahkan proses imigresen di antara kedua-dua buah negara.

“FAZ telah dilupuskan (dari WPI). Kita tidak memerlukannya. Tidak perlu kawasan khusus untuk FAZ walaupun kawasan berkenaan ada dalam pelan (asal) WPI,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan WPI: Perancangan dan Peluang Pelaburan di sini, hari ini.

Dipinggirkan?

Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Ghani menjelaskan, insentif khas dalam WPI yang termasuk pengecualian penyertaan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam projek-projek yang diluluskan terhad kepada syarikat-syarikat yang beroperasi dalam kawasan 1,760 hektar dalam dua kawasan yang ditentukan.

Kedua-dua kawasan yang mempunyai insentif WPI itu katanya, ialah di Danga Bay yang mempunyai kawasan 800 hektar dan di Nusajaya yang membabitkan keluasan 960 hektar.

Ia katanya, bertujuan memastikan WPI berdaya saing.

“Jadi masalah rakyat tempatan akan ditelan oleh warga asing atau menjadi orang asing di negara sendiri tidak timbul.

“Juga tidak wujud persoalan sama ada Melayu Johor dipinggirkan secara paksa dengan kemasukan warga asing terutamanya warga Singapura.

“Sebaliknya akan membawa banyak manfaat berbanding keburukan kepada warga Johor,” katanya.

Katanya, ia terbukti apabila pelancaran WPI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada November lalu menyaksikan pasaran hartanah di kawasan selatan Johor yang sebelum ini agak dingin kini melonjak.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Komen:

Syukur Alhamdulillah! Saya yakin keputusan ini amat dialu-alukan oleh rakyat Johor Darul Takzim.

Bagaimanapun, sudilah apa kiranya dipertimbangkan juga sentimen dan cetusan rakyat jelata mengenai insentif khas di WPI, “termasuk pengecualian penyertaan 30 peratus ekuiti bumiputera.”

Kaji dan halusilah seluruh pandangan rakyat jelata mengenai hal ini. Manalah tau, dengan rahmat Allah SWT jua, mungkin kajian dan penelitian ini akan menghasilkan satu variasi kepada insentif berkenaan, tanpa mengorbankan prinsip asas “30 peratus ekuiti Bumiputera” yang kini sedang hangat dipolemikkan oleh segolongan rakyat Johor dan Malaysia. – Ruhanie Ahmad

7 comments:

A Voice said...

Al hamdulillah ... namun perjuangan belum selesai, tok.

Ide "ini rancangan saya" ini sebenarna bukan satu ide yang bernas. Ianya hanya angan2 yang serupa lebih sudu dari kuah.

Pelaburan yang di sasarkan hanyalah hartanah, pelancongan, perubatan, dan pentadbiran. Logistik ditulis kerana ia sudah memang sedia ada. Industeri? Tak jelas strategi pembangunan industeri.

Jelas sekali bukan cadangan kerajaan persekutuan pimpinan AAB mempunyai niat untuk membawa satu anjakan paradigma dalam pembangunan tetapi hanya satu peranan sekunder untuk meraih revenue dan pelaburan dari singaopura yang lebih affluence dari segi wangnya untuk menggunakan kelebihan space atau kawasan.

Tidak ada peningkatan langsung dalam segi peupayaan dan kapasiti samada teknologi, pengurusan, pekerjaan, kehidupan rakyat, pembangunan ekonomi masyarakat setempat, dan ilmu applikasi.

Dari kita menghabiskan hampir RM5 billion untuk menarik US105 billion yang tak pasti datang dalam masa perancangan dan forcast 20 tahun yang terlalu lama, cuba AAB fikir balik keupayaan AAB sendiri. Kehandalan TDM pun hanya berani menaruhkan sepaling tinggi dalam satu projek pun RM6 billion Bakun. Itu pun dikajisemula dan dibatalkan akhirnya.

Kalau mahu bangunkan Johor, mudah saja. Belanja sepaling paling banyak pun dalam RM1 billion tetapi pasti berkesan dari segi ekonomi. Tak perlu terjejas politik, tak perlu terjejas impak sosial budaya tempatan Johor, tak perlu menjatuhkan diri sebagai derhaka kepada perintah sultan, dan tak perlu peninggalam gajah2 putih yang bersepah di tengah bandar Johor Baru utk mengingatkan kegagalan dan pengecutnya AAB.

Jawapannya: Robohkan saja tambak johor. Bina jambatan. Tak perlu duit luat utk memajukan Johor. Johor akan membina keupayaan utk membangun.

KUDA KEPANG said...

Saudara
Tk.

Semalam apasal tak hadir. Cadangan anda baik. Kenalah disuarakan selalu. Saya juga kan mimpikan jambatan di Johor tu.

Salam
Ron

Kepada Allah Berserah!

lamandau said...

Alhamdulillah, akur juga mereka kepada reaksi rakyat! Dari mana A.Ghani Othman dapat feedback tentang keresahan rakyat, sedangkan media arus perdana tidak pernah mengeluarkan sebarang reaksi negetif rakyat terhadap WPI? Hairan dan pelek ya! Keputusan ini bukan nya keputusan Ghani! PM mungkin mengarahkan nya mengeluarkan kenyataan tentang pembatalan FAZ ini. Saya rasa PM dah terasa malu untuk menarik balik keputusannya yang terdahulu. Mungkin sedikit masa lagi pengecualian penyertaan 30% ekuiti b/putera juga akan menerima nasib yang sama!
Kalau media arus perdana black-out berita tentang penentangan rakyat keatas isu ini, saya rasa para bloggers lah yang meyedarkan pemerintah!! Maka tidak sia2 lah usaha bloggers untuk mempolemikkan sesuatu isu berserta pengulas2 memainkan peranan yang ketara , untuk kepentingan rakyat!
Saya berdoa dengan usaha positif yang dimain kan oleh bloggers , banyak lagi isu yang mempunyai impak langsung kepada rakyat dan negara akan dapat di perbetulkan . Maka sekali lagi saya menyeru mereka 'in corridors of power' toleh2 lah kepada blogs untuk mendapat sumber alternatif dan reaksi ikhlas rakyat, agar dapat menjadi panduan untuk membuat keputusan.
Kita sebagai pengulas, harus bersikap objektif dan 'confine ourselves to subject matter'. Kalau kita ikhlas memberi pendapat, ia pasti akan didengar oleh orang2 yang berkenaan.Sesiapa pun tidak mungkin dapat mencari kesalahan kita!

KUDA KEPANG said...

Datuk
Terima kasih. Di samping peranan bloggers dan pengulas-pengulas blogs seperti datuk, saya prcaya TDM juga memberikan sumbanhan besar menyumbang kepada tindakan ini. Pada waktu yang sama, saya percaya Datuk Ghani juga prihatin terhadap sentimen rakyat Johor. Rasanya, kalau FAZ tu tidk dibatalkan kesannya mungkin agak fatal kepada BN dalam PRU k-12 kelak.

Ron

KUDA KEPANG said...

Ralat:

....saya percaya TDM juga memberikan sumbangan besar kepada tindakan ini.

lan's said...

Datuk,

sekadar ingin bertanya.

Adakah tanah-tanah WPI ini ditawarkan secara pegangan tetap atau sementara(leased).

Bila saya melihat salah satu sensitiviti dan kepentingan nasional boleh di ketpikan demi untuk menarik pelabur, saya sudah tidak berapa selesa.

KUDA KEPANG said...

Saudara Lan

Saya kurang pasti tentang status tanah di WPI. Harap sahabat-sahabat yang tau akan bantu kita. Saya juga akan cuba siasat mengenainya.

Terima kasih.
Ron