Friday, April 06, 2007

Wujudnya National Alliance of Bloggers
Membentuk Demokrasi Siber Malaysia

Bloggers Malaysia hari ini mewujudkan National Alliance of Bloggers (NAB). Matlamat utamanya, melindungi kesejahteraan serta meningkatkan kredibaliti, integriti dan akauntabiliti mereka dalam perjuangan membentuk demokrasi siber di negara ini di hari muka.

Ahli-ahli penaja NAB adalah: Presiden - Ahirudin Attan; Naib Presiden - Jeff Ooi; Setiausaha - Nuraina A. Samad; Bendahari - Tony Yeo; Ahli Jawatankuasa - Patrick Teoh, Bernard Khoo, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Syed Jamal al-Idrus, Rajahram Ramalingam, Annuratha K, Ami Husni, dan Soon Li Tsin

Lebih 50 bloggers Malaysia, termasuk dari Bangkok dan Miri, menghadiri mesyuarat penajaan NAB. Diantaranya adalah Raja Petra Kamaruddin, Datuk Rejal Arbee, Rosli Ismail, Zaharin Yassin, Susan Loone, Eric Woon dan Anon From Miri.

Satu hakikat yang signifiken dalam mesyuarat hari ini ialah, dalam perjuangannya membentuk serta mencorakkan demokrasi maya, bloggers yang hadir juga mahukan NAB menyuburkan perpaduan nasional, meningkatkan toleransi agama dan budaya serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

[Nota: Saya sendiri menolak pencalonan untuk mengelakkan kemungkinan NAB disifatkan sebagai “political.”] - Ruhanie Ahmad

6 comments:

Eugenist said...

Salamm...

Dato.. Pertemuan para blogger semalam, pada pendapat saya adalah satu permulaan kepada revolusi penyampaian berita di Negara Kita..

Saya berpendapat, ia tidak harus dipandang remeh oleh pemimpin dan mereka tidak boleh lagi berselindung di sebalik para menteri dan pegawai mereka sendiri. Pemimpin harus tampil dan menjawab semua tuduhan tersebut.

Jika tidak, rakyat akan beralih kepada medium blog yang nampaknya telah berjaya membentuk pemikiran rakyat, dewasa ini.

BLOGGERS, UNITE!!

Eugenist said...

hampir terlupa..

seronok dapat bertemu dan berbual dengan Dato' semalam.

- Hesmel Faznee -

lamandau said...

Syukur saya apabila mendapat tahu NAB telah di bentuk! Dengan ini saya beranggapan bloggers akan lebih bertanggungjawab dalam postings mereka disamping dapat menyediakan suatu makenisme kawalan oleh NAB keatas bloggers.

Saya juga,Datuk,amat terharu dengan hasrat NAB untuk " menyuburkan perpaduan nasional ,meningkatkan toleransi agama dan budaya serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara" Apa yang saya sering ingatkan bloggers nampaknya mendapat perhatian NAB. Syabas!
Dengan ujudnya NAB, maka SOP (standard operating procedures) dapat dilahirkan untuk menjadi ikutan para bloggers 'on dos and don'ts' dalam menggendalikan blog masing2. Dengan ini keluarga besar bloggers akan di hormati dan menjadi ruang alternatif utama untuk rakyat mendapat maklumat tanpa ragu2 tentang authensitinya!

Bloggers being responsible citizen of Malaysia do havve role to play in the nation building, infact a very important one, especially to maintain and enhance race relations among the malaysian. We must not design our freedom to that being practised by the west. We have multi-racial and religious society to to honour. Anything with negative effect to our social contract , should tread with every cautions.

We should not allow blogs to become battlefields for those who are racists and religious extremists. It is the bloggers themselves to deny the space for such responders!.

Ucap selamat saya kepada NAB, agar perstuan ini tidak disalahgunakan oleh sesiapa!

AFRAR YUNUS said...

Datuk
jika datuk memegang jawatannya tidak kira sebagai ajk - adalah lebih afdhal kerana biar masyarakat menganggap bahawa semua lapisan masyarakat menjadi ahli dan jawatankuasa kepada persatuan yang bakal diwujudkan.

Sheih said...

Datuk,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu Datuk di dalam memperjuangkan demokrasi siber dan juga di dalam penubuhan NAB.

Saya yakin Datuk akan terus memberu khidmat nasihat dan pandangan untuk NAB walaupun tidak berada di dalam Jawatankuasa Penaja. Kami hormati keputusan Datuk menolak pencalonan yang dibuat.

Terima kasih

mayaputera said...

Sahabat-sahabat Eugenist, Lamandau, Aftar Yunus dan Brother Sheih.

Semalam adalah permulaan kepada satu perjalanan yang lebih jauh. Insya Allah saya akan membisikkan kepada NAB mengenai usaha-usaha inculcation of ethics and principles of fairness and justice dalam blogging kepada Brother Rocky and Jeff.

Semalam pun Rocky dah outlined beberapa cadangan menganjurkan workshops mengenai basic laws on liable, defemation, innuendo dan lain-lainnya yang sering dijadikan senjata pihak yang tak suka kepada apa yang ditulis oleh seseorang penulis.

Saya juga akan mencadangkan supaya diadakan satu workshop khas mengenai cyberlaws and its related legal issues like copy rights, domains, cyber frauds dan sebagainya.

Ini akan saya cadangkan kerana inilah yang akan menjadi batasan aktiviti siber bila blogging dah jadi sophisticatd and mungkin juga commercially driven di hari muka.

Terima kasih dan slamat majujaya.
- Ruhanie