Tuesday, April 17, 2007

The Toyol Code 2007:

Isu PRK Ijok, Nasib BN
Dan Rombakan Kabinet?

Awal pagi ini Toyol saya megirimkan empat SMS mengandungi maklumat yang agak panas dan sensasi mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ijok di Selangor dan kemungkinan satu rombakan kabinet pusat dilakukan selepas PRK berkenaan.

SMS pertama mengenai PRK Ijok: Tan Sri Khalid Ibrahim sah jadi calon Parti Keadilan. Namanya akan diumumkan secara rasmi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di satu majlis di bilik gerakan Keadilan, di Pekan Batang Berjuntai, 8.30 malam, 17 Mac 2006.

SMS kedua mengenai MIC: Sumber dalaman daripada MIC Bahagian Kuala Selangor pula mengatakan, ada kemungkinan 26 daripada 36 cawangan MIC Kuala Selangor dibubarkan esok. Dia orang protes hal pilihan calon.

SMS ketiga mengenai peluang BN: Kajian setakat hari ini, kemenangan nampaknya akan memihak kepada Keadilan. Sebabnya, kenapa ada dua calon bebas, satu Cina dan satu lagi India? Sumber-sumber berkata, sebab ada pihak tidak puas hati bila UMNO tidak dapat jadi calon. MIC yang juga tak puas hati dengan pilihan [Datuk Seri S] Sammy [Vellu] dan mungkin bubar 26 cawangan, satu lagi faktor mungkin memihak kepada Keadilan.

Rombakan Kabinet

SMS keempat mengenai rombakan kabinet: Selepas PRK Ijok ada rombakan kecil [kabinet]. Mike Tyson [Senator Tan Sri Mohammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia], mungkin ke Mindef [jadi Menteri Pertahanan]; Abang [Datuk Seri Abdul] Aziz [Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah] yang sedang bercuti [mungkin disingkirkan]; [Datuk Seri Mohd] Radzi [Sheikh Ahmad, selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri] pun [mungkin] kena [singkir] sebab hal perjumpaannya dengan Putera Kelantan [Tengku Razaleigh Hamzah?] Pengganti belum pasti lagi.

Demikianlah SMS daripada Toyol saya kali ini. PRK DUN Ijok diadakan kerana kematian Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk K. Sivalingam, 59, akibat serangan sakit jantung, di India, pada 4 April 2006.

BN telah mengumumkan bahawa setiausaha MIC Tanjung Karang, K. Parthiban, 38, sebagai calonnya. Penamaan calon adalah pada April 19 2007, sementara hari pembuangan undi pada April 28 April 2007.

Oleh kerana tidak berpuas hati, Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, S.P. Thirumoorthy, 55, semalam menegaskan bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Letak Jawatan?

Beliau membuat kenyataan itu setelah Menteri Besar Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo mengumumkan Parthiban sebagai calon BN bagi PRK DUN Ijok yang mempunyai 12,272 orang pengundi dengan 39 orang pengundi secara pos - 50.7 peratus pengundi Melayu, 28.4 peratus pengundi India, dan 20.9 peratus pengundi Cina.

Dua lagi calon, iaitu calon bebas, seorang keturunan Cina dan seorang lagi keturunan India dijangka turut bertanding. Oleh itu, PRK DUN Ijok mungkin menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Soalnya sekarang, dalam keadaan seperti di atas, bagaimanakah agaknya peluang BN? Dan, macam mana pula peluang Tan Sri Khalid yang merupakan seorang anak tempatan Ijok?

Mengenai ura-ura rombakan kabinet, mungkinkah Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yaik yang bersara daripada Gerakan baru-baru ini turut mengosongkan jawatan menterinya untuk digantikan dengan orang baru? –Ruhanie Ahmad

2 comments:

AFRAR YUNUS said...

Ijok - Dengan 12,272 orang pengundi dengan 39 orang pengundi secara pos - 50.7 peratus pengundi Melayu, 28.4 peratus pengundi India, dan 20.9 peratus pengundi Cina. Kadangkala bebal juga dibuatnya dengan pengundi majoriti Melayu. Datuk, jika BN menang itu perkara biasa. Tetapi jika PKR pula yang menang, maka sudah semestinya ada angin perubahan di dalam piihanraya umum nanti. Dan DS Anwar akan dapat kembalikan gelombang kelesuan yang selama ini melanda politik Malaysia.

kudakepang said...

Saudara Aftar Yunus:

Andaian anda memang benar. Harap-harap tidak akan ada mana-mana pihak yang menang sorak, tapi kampung tergadai!

Dalam politik, segala-galanya adalah serba mungkin. Pihak yang akan menang adalah parti yang bekerja keras dan ikhlas dalam mematuhi seluruh peraturan dan undang-undang pilihan raya.

Dan, faktor yang lebih penting lagi adalah kebijaksanaan para pengundi.

Salam hormat,
Ruhanie