Sunday, April 22, 2007

Siapakah Parthiban calon BN DUN Ijok:
Superman, Spiderman Atau Cicakman?

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan satu berita mengenai pilihan raya kecil (PRK) DUN Ijok dengan jodol Parthiban Janji Bangunkan Ijok.

Hebat sungguh bunyi berita ini. Intisari penting kepada kenyataan calon BN, K. Parthiban, kepada akhbar berkenaan, ialah: “Saya berjanji akan bangunkan Ijok.”

Untuk berita selanjutnya, sila klik di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm

Sesudah membaca berita itu, saya cuma nak bertanya: siapakah Partibhan? Siapakah yang akan bangunkan Ijok? Kerajaan atau Parthiban? Kalau kerajaan, kenapakah calon ini berkata: “Saya berjanji akan bangunkan Ijok.”? Tidakkah ini misleading?

Saya hairan macam mana Parthiban tidak dapat membezakan dirinya sebagai seorang calon wakil rakyat dengan kerajaan yang akan diwakilinya - itu pun jika beliau menang kelak?

Oleh itu, saya tegaskan di sini bahawa wakil rakyat bukannya kerajaan. Wakil rakyat adalah “jambatan” antara rakyat dan kerajaan. Lantaran itu, berasaskan kuasa apakah maka Parthiban berjanji yang dia akan “membangunkan Ijok”? Berasaskan kuasa superman, spiderman atau cicakman? – Ruhanie Ahmad

6 comments:

unstoppable said...

BN semua sama juga!

Najib pernah berkata " Kerajaan saya ....." ketika merasmikan Forum Halal Dunia yang dianjurkan oleh SIL Bedol tak lama dulu.

Tu lah perangai dan apa yang difikirkan oleh wakil rakyat/ahli parlimen dari BN kalau di beri mandat!

Habis wang rakyat dibelanja untuk diri sendiri.

lamandau said...

Datuk , tidak menghairankan kalau Parthiban mengeluarkan kata2 sedemikian. He is same cuttle of fish with his boss, samy! Itu belum menang lagi dah cakap besar. Pernyataan ini telah tidak disenangi oleh pengundi Ijok dan sedang di'capitalise' kan oleh PKR. The situation in Ijok is not that comfortable for BN (Igot the feedback at 6pm today)
DS Najib sedang berhempas pulas turun padang, although his reputation being widely attacked by PKR in all ceramah. As I've commented before, Datuk, DS Najib should defend himself from the begining of the mongolian girl case. Now he looked desparately trying to deny but rather a bit too late since PKR have already struck the advantage!

May be Datuk we could salvage something when "Anuar case- revisited" starting tommorrow(?) Mahkamah Tinggi sivil Wisma Denmark. By then we may have access to the affidevit in defence by Tun M. It is possible that Tun M will come out with some new 'things' that will demage further the reputation of Anwar and could be utilised in Ijok! Salam.

AFRAR YUNUS said...

Datuk,
saya lihat Partibhan di kaca tv baru-baru ini di hari penamaan calon.
Kelihatan sangat seronok, bercakap sambil ketawa - "saya boleh...." lebihkurang tewaskan PKR. Kenyataan nya seakan-akan kebudak-budakan. Sepatutnya agak lebih serious, ada wawasan dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Entahlah Datuk, pemimpin perlu fikir t.jawab yang bakal dipikulnya dan tidak patut kelihatan seperti sangat gembira. itu baru di hari pencalonan. I'm not a politician. Ijok's people will decide it.

kudakepang said...

Dear Mr. Unstoppable, Datuk Lamandau and Saudara Aftar Yunus:

For the record, I posted this observation about Parthiban not because I hate him. But, rather to emphaise the basic principles that wakil rakyats are not the government. They are the representatives of the people.

This Parthiban, may be out of excitement, thinks he is the government. THAT IS TOTALLY WRONG!!

Thank you and salam sejahtera.

cakapsiang said...

Siapalah Parthiban untuk membangunkan Ijok. Mungkin maksudnya "...saya akan membantu Rakyat Ijok menikmati pembangunan dengan jambatan yang saya bakal bina dengan Kerajaan Negeri Selangor". Parthiban mungkin orang kecil jika dibandingkan dengan Tan Seri Khalid, tetapi dia mungkin menang kerana pengundi Ijok, terutamanya Melayu telah mula MUAK dan jijik dengan serangan peribadi DSAI yang berterusan menyerang seolah-olah dialah manusia yang tidak melakukan dosa.

Jika Tan Seri Khalid dibiarkan sendirian, berkempen dengan caranya yang humble, mungkin dia menang..... Tapi faktor Anwar telah mempalitkannya kebaikan Khalid dengan kempen dendam kesumat.

Walaupun begitu, keputusan boleh memihak kepada Khalid jika media arus perdana berterusan menyerang dan menidakkan jasa Tan Seri Khalid, anak tempatan kebangaan mereka!. Hidup demokrasi.

Unknown said...

Wah bukan main tambi ni konon nak bangunkan Ijok. Dia pikir duit kerajaan (wang pembayar cukai) mak bapak dia punya ke? Belum jadi wakil rakyat dah berangan2 nak merompak wang rakyat. Klau dah berkuasa nanti, segala macam dari pasir sampai ke balak (kalau ada) serta tanah rakyat habis dia sapu!!Orang Ijok, jangan kamu menyesal!