Wednesday, April 18, 2007

Rombakan Kabinet Selepas Ijok:
Najib Akan Pindah Kementerian?

SMS keempat yang dikirimkan oleh Toyol saya awal pagi semalam mengatakan bahawa satu rombakan kabinet yang agak kecil mungkin dilakukan selepas PRK DUN Ijok.

Senator Tan Sri Mohammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, diura-urakan menjadi Menteri Pertahanan.

Ura-ura ini menimbulkan spekulasi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang juga Menteri Pertahanan.

Kalaulah ura-ura mengenai Tan Sri Muhammad ini jadi kenyataan, ke kementerian manakah Datuk Seri Mohd. Najib akan berpindah?

Mungkinkah beliau akan berpindah ke Kementrian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah? Atau, mungkinkah Datuk Seri Mohd. Najib hanya akan bertugas sepenuh masa sebagai Timbalan Perdana Menteri sahaja?

Spekulasi ini sedang hangat diperkatakan, terutama sekali bila Datuk Seri Mohd. Najib kini sedang diserang secara bertubi-tubi oleh pihak pembangkang atas tuduhan bebrapa penyelewengan membabitkan Kementerian Pertahanan.

Serangan sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, mungkinkah ianya memang disengajakan oleh sesetengah pihak yang berkonspirasi dengan pembangkang semata-mata untuk mencemarkan kredibaliti dan integriti Datuk Seri Mohd. Najib sebagai tokoh nombor dua negara? – Ruhanie Ahmad

2 comments:

dukperati said...

datuk

kalaulah betul kata toyol yg mat taib dilantik jadi menteri pertahanan....semua suratkhabar dunia akan menulis "malaysia melantik seorang yang sudah didakwa di mahkamah australia atas tuduhan membawa wang berjuta-juta sebagai menteri pertahanan yang baru..."

kalaulah betul dia jadi menteri pertahanan...maka pendapat saya pertahanan malaysia akan menjadi terlalu rapuh...pasai apa...pasai money matters....

readme said...

Takpe lah sapa-sapa pun sama gak. Karang Mat Taib boleh lah bawa duik ke Australia dgn selamat. Dulu MB Selangor ajak..tak de security.. Okie.. What is the relation Mat Rempit and Singapore Formula One Bid? I have the answer ...