Lonjakan Indeks Komposit?
Oleh Ketua Perusuh
[http://ketuaperusuh.wordpress.com]
Indeks Komposit (IK) kini digunakan oleh media (perdana) Malaysia dalam menggambarkan status pergerakan ekonomi negara. 10 April 2007 memberikan satu peluang untuk warga Malaysia melihat IK mencecah 1300 mata.
Majoriti rakyat Malaysia bukanlah pakar ekonomi, namun rata-rata kini ramai yang telah celik mata dalam bidang ini atas sebab mereka menjadi pelabur minoriti, peniaga pasaran matawang asing (FOREX) malah ada yang mencuba-cuba melabur dalam bidang komoditi. Walau apa pun cabang ekonomi yang mereka lakukan, ianya sedikit sebanyak membuka mata mereka tentang pengaruh ekonomi serantau.
Utusan Malaysia melaporkan bahawa Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengatakan, kenaikan IK ini adalah disebabkan pelabur menaruh keyakinan yang tinggi atas ekonomi negara. Katanya lagi, ini adalah dimangkinkan oleh hasil usaha kerajaan melakukan perubahan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan kelancaran perjalanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Perubahan dalam GLC menyebabkan beberapa GLC kini sedang dalam proses penggabungan dan seterusnya akan dikawalselia oleh satu bank pelaburan utama (CIMB) dan kemungkinan besar sahamnya akan diambilalih oleh Temasek Group (Singapura) melalui beberapa proksi mereka di Malaysia. Kemungkinan perkara ini berlaku adalah besar dan impaknya agak besar.
RMK9 pula diwarwarkan berjalan dengan lancar sedangkan semua rakyat sedia maklum, setakat ini tiada satu pun pelan yang sedang berjalan dengan baik, kecuali penggadaian tanah di WPI kepada entiti asing. Malah beberapa isu kemasukan dana luar telah dibangkitkan oleh beberapa pihak yang prihatin.
Beberapa hari sudah (6 April 2007) pihak Kerajaan Malaysia telah mengiklankan kembali penjualan Bon Tanpa Skrip (Scriptless Bon) bernilai RM3.0 Bilion yang diyakini umum semata-mana untuk mendapatkan modal kerja bagi melaksanakan RMK9. Ini dapat dilihat daripada pengeluaran satu bon tanpa skrip (yang tiada nilai sandaran) kosong yang pastinya tidak bermakna jika ekonomi Malaysia merudum.
Apa yang pasti IK di BSKL naik adalah disebabkan oleh kenaikan serentak semua bursa serantau dan antarabangsa. Malah nilai matawang British (GBP) juga melonjak kepada 235.00 berbanding matawang Jepun (JPY) bermula pada 9 April 2007. Matawang Amerika Syarikat juga mengukuh kepada 119.00 berbanding Yen Jepun.
Oleh yang demikian, maka kata-kata Datuk Seri Mohd. Najib hanyalah penyedap kata-kata bagi rakyat Malaysia yang tidak memahami ekonomi dan kesan serantau. Berapa lama lagikah agaknya Kerajaan Malaysia boleh cuba untuk menipu rakyatnya sendiri mengenai IK?
Kita tunggu dan lihat…
http://ketuaperusuh.wordpress.com/ 11 April 2007.
[Ketua Perusuh adalah bekas Fellow Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)]
3 comments:
Datuk, saya rasa confused dengan berbagai penjelasan mengenai kedudukan ekonomi negaa kitra. Bolehkan Datuk jemput sesiapa untuk memberi penjelasan yang mutakhir mengenai hal ini, agar rakyat seperti saya yang kurang celik ekonomi ni tahu sikit!
IK semakin naik tetapi kita sebagai rakyat biasa tak terasa pun bahang kerancakan ekonomi negara dan yang pasti harga barang semakin meningkat dan duit semakin mengecil. Susu budak 900gram sudah RM34.00 setin. Bawa RM50.00 ke pasar pun belum tentu dapat penuhkan bakul.
Datuk, saya juga tidak tahu lansung berkenaan dengan IK yang di nyatakan oleh kerjaan, tapi sejak kenaikan minyak tempoh hari saya napak ramai perniaga kechik semakin merondun kebawah dan ada juga terpaksa tutup kedai kerana ramai rakyat tidak menpunyai duit untuk membelanja keperluan harian. Saya sendiri pun semakin hari semakin tenat untuk menghadapi liku2 hidup harian masa kini. Apa nak jadi kepada rakyat bawahan sekarang?
Post a Comment